Pages

Monday, December 17, 2012

.Jaga-jaga ada yang memerhati.

Assalamualaikum semua
Hari ini 17 Disember 2012 bersamaan 4 Safar 1434
Dalam masa 2 minggu lebih lagi kita akan melangkah masuk ke tahun 2013
Yang buat azam tu, macam mana? Sudah laksanakan belum?
Untuk aku, aku rasa aku tak buat apa-apa azam rasanya, aku pun lupa, cuma aku ingin menjadi muslimah yang lebih baik dari sebelum ini
Lengkapkan azam aku itu?Aku rasa belum layak lagi untuk aku katakan aku betul-betul menghayati pengertian muslimah itu sendiri bila mana aku pun kadang kala alpa dan leka dalam duniawi ini
Jadi azam 2013, aku ingin menjadi muslimah yang lebih baik dari hari ini dan terutamanya lebih baik dari diriku untuk beberapa tahun lepas, amin, semoga dipermudahkan urusanku ini

Sepanjang tahun 2012 ini, aku rasakan terlalu banyak ujian, dugaan, pengalaman dan pengajaran yang telah aku lalui
Dugaan kewangan, dugaan kerjaya, dugaan perhubungan sesama manusia, Ya Allah, kadang-kadang tu rasa tidak tertanggung, tapi kepada Allah juga aku mengadu dan menangis
Tapi aku sentiasa yakin, setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya
Untuk tahun ini sahaja, aku rasa terlalu banyak kejadian ragut dan samun yang aku lihat sendiri atau berlaku kepada ahli keluarga aku
Contohnya, aku lihat sendiri kereta di belakangku dipecahkan cermin tingkap ketika berada di lampu isyarat, kemudian diragut pula handbag si pemandu malang itu
Kemudian aku sendiri juga pernah mengalami pengalaman tingkap kereta diketuk-ketuk oleh seorang lelaki ketika berhenti di lampu isyarat mengatakan keretanya rosak, hampir sahaja aku buka tingkap untuk menolong, tapi naluriku melarang aku berbuat demikian
Dan Alhamdulillah, Allah pelihara aku senja itu dari kejadian yang tidak diingini
Selepas hampir 20 minit tingkapku diketuk, dan aku lihat isyarat muka yang diberikan oleh pemandu kereta disebelahku, aku kuatkan diri untuk tidak membuka tingkap kereta, lelaki tersebut berlalu pergi tanpa mengetuk tingkap kereta pemandu lain yang kebanyakannya adalah pemandu lelaki
Apa niat lelaki yang mengetuk tingkap keretaku? Wallahualam, hanya Allah yang mengetahui samada betul-betul keretanya rosak atau dia punyai niat atau agenda tertentu
Dan awal bulan September atau Oktober, tingkap keretaku sekali lagi diketuk di lampu isyarat, tapi kali ini dengan lelaki berkulit hitam atau 'Awang Hitam'
Kejadian ni berlaku semasa aku dalam perjalanan pulang dari pejabat sekitar pukul 8 malam
Kereta aku berhenti betul-betul bersebelahan dengan kereta Awang Hitam seramai 4 orang ni
Untuk pengetahuan, tingkap kereta aku tidak ber'tinted' dan memudahkan pemandu kereta lain melihat segala tingkah laku aku di dalam kereta
Sedang aku leka mendengar radio, tiba-tiba tingkap keretaku diketuk oleh Awang Hitam
Berderau darahku tapi aku masih lagi boleh berfikir dengan rasional untuk tidak melayan perbuatan Awang Hitam tersebut
Banyak kali juga Awang Hitam mengetuk tingkap keretaku sambil diketawakan oleh rakan-rakannya yang lain
Dalam hati aku cuma mampu berdoa supaya lampu isyarat bertukar warna hijau dan Alhamdulillah, doaku dimakbulkan
Terus sahaja aku memecut meninggalkan kereta Awang Hitam yang sememangnya hitam dengan perbuatan kurang ajarnya
Peristiwa lainnya pula, kejadian adikku disamun di surau KL Sentral cukup membuka mata aku dan adik serta ahli keluarga dan rakan rapat bahawa di mana-mana tempat pun, waimah di rumah ibadat, manusia yang gelap hatinya, tetap akan melakukan perbuatan keji dan terkutuk walaupun ketika itu bulan puasa

Semua peristiwa hitam ini membuatku lebih berhati-hati meniti kehidupan di sini
Aku lebih berhati-hati dengan gerak-geriku
Di sini aku ingin berkongsi sedikit tips keselamatan untuk para gadis dan wanita terutamanya mereka yang membawa kereta berseorangan mengenai cara untuk menghindari berlakunya perkara-perkara tidak diingani ini

1. Selepas masuk kereta, tak payah nak hidupkan enjin kereta dahulu atau sibuk letak barang dahulu, tapi masuk je dalam kereta terus lock kereta. Selepas dah lock tu, nak letak barang dekat mana-mana pun letaklah, nak ambil masa seberapa lama dalam kereta pun ambillah, tapi yang penting, kereta sudah berkunci
2. Yang ini kebanyakan perempuan masih lagi buat iaitu meletakkan handbag di kerusi sebelah pemandu. Ladies, tolong ye, jangan sesekali buat macam tu ye. Dalam keadaan macam mana pun, letak handbag di belakang kaki atau di bawah kerusi. Jangan sesekali terlepas pandang pun perkara ini sebab peragut pun tak terlepas pandang handbag kita.
3. Tinted sedikit cermin kereta supaya orang lain tak nampak kita berseorang di dalam kereta. Kalau dahulu aku tak berapa nak berkenan untuk tinted cermin kereta ni, tetapi selepas berlaku beberapa gangguan, Si Dia kerap memaksaku untuk tinted cermin kereta, dan akhirnya berjaya juga Si Dia menghantar keretaku untuk di'tinted' semasa kedatanganku ke Kemaman 2 bulan lepas. 
4. Parking kereta berhampiran dengan pintu masuk shopping mall. Haa, ini untuk mereka yang kadang-kadang pergi beli barang-barang dapur seorang diri. Tolong jangan letak dekat ceruk-ceruk mana entah yang terlindung dari penglihatan orang lain. Letak kereta di tempat yang dapat dilihat oleh orang dan kalau boleh letak dekat dengan tempat keluar atau masuk, senang.
5. Bagi yang kadang-kadang nak buka tingkap tu, buka kecil jela, tak perlu nak buka seluas alam tingkap kereta tu sebab tangan peragut pun dengan seluas-luasnya boleh ragut sebarang barang harga dalam kereta kita, silap haribulan, siap sempat mencabul lagi. Ye, ini berlaku kepada kawan saya, sudahlah kereta dipecahkan tingkap, sempat pula peragut mencabul sebelum memecut motosikalnya.
6. Selepas parking kereta dan matikan enjin kereta, pastikan jangan terburu-buru untuk keluar tanpa melihat keadaan sekeliling. Oh pastikan juga kereta turut berkunci ye. Duduk dahulu di dalam kereta selama 5 minit ke, perhatikan keadaan sekeliling dahulu. Kalau rasa keadaan selamat untuk keluar, keluar cepat-cepat.
7. Tangan sentiasa bersedia tekan alarm kereta. Aku memang akan pegang kunci kereta siap-siap kalau aku nak keluar mana-mana. Macam-macam boleh buat dengan kunci kereta tu. Boleh bunyikan alarm dan boleh digunakan sebagai senjata.
8. Pepperspray! Beli 2-3 botol ke, kalau pakai seluar, letak dalam kocek, jangan letak dalam handbag, kelam kabut nak cari pulak nanti. Letak dalam kereta 1, pegang dekat tangan siap-siap, letaklah dekat mana-mana pun. Padahal aku tak beli lagi pepperspray, takpe nanti aku cari dengan Si Dia yang katanya ada jual di Ace Hardware.

Jadi semua, sediakan payung sebelum hujan, beringat sebelum terkena sebab malang tidak berbau, jadi selagi kita boleh hidu, kita sediakan senjata dahulu.
Taraf kehidupan yang semakin tinggi, menyebabkan manusia kadang-kadang terpaksa bertindak di luar kawalan.
Kita perlu berhati-hati dalam segala perkara yang dilakukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Jadi ladies, berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling

Monday, November 26, 2012

.Selamat Pengatin Baru semoga kekal bahagia.


Assalamualaikum
Sejak beberapa minggu ni mood aku memang tak berapa nak elok
Asyik nak sedih, nak marah, tapi apa yang disedihkan atau dimarahkan, aku sendiri tak pasti, mungkin hormon perempuan dah menggila agaknya, jadi bagi kesan dekat perasaan dan emosi aku
Tapi semua perasaan negatif dapat disingkirkan apabila aku menghadiri majlis perkahwinan sahabat rapat aku pada hari Sabtu lepas
Rasa macam mimpi je apabila Kusam aka Nurul Ain sudah sah bergelar isteri kepada Firdaus
Puan Nurul Ain ye, PUAN, P.U.A.N
Kusam ni la yang kata dia akan jadi anak dara tua sebab takde orang nak kahwin dengan dia
Kusam ni la yang risau dia tinggal seorang diri selepas aku dah berkahwin
Tup tup, dia yang tinggalkan aku dahulu *sebak*
Tapi sebagai sahabat rapat, aku tumpang gembira dengan pernikahannya
Sejuk perut ibu mengandung apabila dijodohkan dengan lelaki yang soleh (InShaAllah)
Jumaat malam Sabtu, aku resah tak boleh tidur sebab teruja sangat nak pergi majlis Kusam pagi tu, tak faham apesal aku yang beria-ia sangat kan
Aku dan Mazel bergerak ke rumah Kusam dalam pukul 10 pagi
Sampai sahaja di rumahnya, alunan merdu nama-nama Allah dan pujian kepada Rasullullah SAW berkumandang di segenap alam dan pelosok rumah Kusam
Makin sebak jadinya hati ni
Masuk sahaja ke bilik pengantin, Kusam sedang dimekapkan oleh sepupunya, cantik sangat aku rasa Kusam masa tu
Mana tak cantik dan naik seri, Kusam memang tak pernah mekap sepanjang perkenalan aku dengan dia, paling kuat pun pakai celak je pun
Tema yang dipilih adalah warna ungu
Dan paling terharu, aku dipilih menjadi pengapit dan pengiringnya pada hari bersejarah Kusam :")
Eh, memang panik la kan kena pegang payung, kipas, span muka, dengan kasut tingginya lagi
Tak tahu la kenapa aku yang nervous macam aku yang nak kahwin pun ada, tak masal je kan
Tapi alhamdulillah, majlis berjalan dengan sangat lancar sampaikan aku makan nasi sampai 2 kali ye
Yang pertama, dekat meja makan beradab, makan sikit je, malu katanya konon-konon ada orang perati je aku dekat depan
Yang kedua, lepas dah selesai tugas sebagai pengapit, aku makan lagi sebab perut masih lagi lapar, tapi dah makan kali kedua pun rasa lapar lagi, perut masuk angin rupanya, patutlah (padahal nak cover memang kuat makan kan)

Saat pertemuan pertama antara Kusam dan Fir adalah ketika kami menyertai ekspedisi bersama PLUS ke Taman Negara Pahang
Nak jadikan cerita, kami berhenti di Kuala Gandah untuk menikmati sarapan pagi
Sesudah masing-masing kekenyangan, Kusam berlari menuju ke tandas
Selang hampir 20 minit, giliran perut Fir pula memulas-mulas
Agaknya tak tahan, Fir pun terus ke tandas dan meninjau-ninjau gerangan Kusam di dalam tandas
Nak jadikan cerita, keadaan tandas di gerai tersebut amat tidak selesa dengan dinding berlubang, pintu pun hampir tak boleh tutup, siap ada kerusi lagi kalau siapa-siapa nak buang air sambil duduk, ok pening kejap bayangkan tandas gerai ni
Kusam yng berada di dalam tandas, ternampak kelibat lelaki mengintai-ngintai di luar tandas dan hampir sahaja menjiruskan air sebab beranggapan ada orang ingin mengintai dia dari luar
Kusam pun keluar dari tandas dan melihat Fir di luar, sambil dalam keadaan emosi, dia terus duduk di sebelah aku menceritakan peristiwa tersebut
Aku pun gelak bersungguh-sungguh sebab aku rasakan peristiwa tersebut teramatlah lucu
Dan Fir pun ambil masa yang lama di dalam tandas ye sampaikan kami semua terpaksa menunggunya
Sejurus selepas Fir keluar dari tandas, apa lagi, kami semua mengusik la Kusam dan Fir sebab sama perangai dan kami beri mereka gelaran 'Couple Kuat Ber*k', hahahaha
Agaknya di situlah kot bibit-bibit cinta mereka berputik, peh muntah hijau dengan ayat sendiri :l
Dan selepas pulang dari Taman Negara, aku macam biasalah kan agen pencari jodoh beria-ia nak jodohkan Fir dengan Kusam ni
Aku mulakan dengan bagi no.telefon Kusam dekat Fir, lepas tu bagilah advice sikit, kemain lagi kan
Lepas tu teman mereka keluar deting, di mana ada mereka, di situ ada muka aku
Dalam hubungan mereka ni, aku rasa aku la paling excited macam aku lak bercinta
Tetiap hari nak update dekat Kusam pasal perkembangan hubungan mereka
Sampaikan ada la sesuatu berlaku dan Fir putus asa, cuba teka aku buat apa?
Ye, aku hantar mesej dekat Fir bagi tips nak ambil hati Kusam dan kata-kata semangat dekat Fir
Nampak tak betapa beria aku di sini, tak pasti la kenapa beria sangat entah
Tapi alhamdulillah, mereka dah selamat diijabkabulkan
Aku doakan Kusam menjadi isteri yang solehah yang sentiasa menyenangkan hati suaminya tidak kira masa dan waktu
Menjadi tulang belakang suami dalam apa jua keadaan yang dihadapi
Semoga bahagia dan kekal hingga ke syurga
Amin


Beberapa minggu sebelum Kusam nikah, aku bagi ayat-ayat ini dekat Kusam
InsyaAllah dia mampu menjadi bidadari untuk suaminya :)

Isteri yang baik dapat mengilhami suaminya,
Isteri yang cerdas mampu membangkitkan perhatian suaminya,
Isteri yang cantik pula menawan hati suaminya,
Akan tetapi isteri yang penuh dengan kasih sayang dan lemah lembut, dialah yang dapat menguasai suaminya












*Kesat air mata*

Wednesday, November 14, 2012

.Kahwin dan Sahabat.


Assalamualaikum November :)
Phew, hampir 2 bulan aku diam membisu tanpa sebarang cerita baru
Maklumlah hidup sekarang ni pagi-pagi pergi kerja, malam-malam baru balik kerja (nampak tak jalan cerita hidup aku sekarang ni?)
Jadi kadang-kadang tu masa untuk diri sendiri pun takde
Nak sikat rambut yang panjang mengurai pun takde masa, kesian betul
Nasib baik sekarang dah potong rambut pendek (nanges sebab tak rela)
Tidur pun dah tak nak sangat dekat aku, semakin menjauh pergi
Ini barulah ada kesempatan untuk menulis, itu pun tak banyak cerita, yela, macam kawan aku cakap hidup aku memang bosanlah kan
Tapi cerita kali ini menarik sikit sebab cerita kahwin-kahwin, haa kan menarik kalau sebut perihal kahwin kan?
Awal bulan November ni, aku menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan yang agak rapat dengan aku semasa di zaman universiti
Dulu aku teringat masa buat Projek Sarjana Muda, kononnya tajuk pun gah sangat 'Microzonation of Natural Frequencies and Amplification Factor at UTHM'..seram kan tajuk dia?Kawan aku ni la yang paling banyak menolong aku
Tarik tolak kabel tengah-tengah panas, yela nak ambil frekuensi getaran tanah katanya kan
Duduk tengah panas dekat padang, konon baca koordinat kawasan untuk buat grid kedudukan
Dia ni la yang selalu ada dengan aku
Sama-sama bergosip mengenai Supervisor kami yang garang sangat kononnya sampai menangis kami dibuatnya
Sama-sama minum air sirap dalam plastik
Sama-sama gelap akibat pendedahan cahaya matahari terlampau
Dia sentiasa ada untuk aku tak kira masa dan tempat
Kalau masalah cinta, memang A sampai Z dia tahu
Lepas tu terasa kehilangan dia selepas dia masuk latihan polis
Kemain lagi dari jurutera kepada polis, kelas okay polis yang ni
Tup tup dia call kata nak tunang lepas tu kahwin
Memang tak sangka sangat tapi kalau Allah dah tulis jodoh dia lepas dia tamat latihan polis, berkahwin dengan polis juga, maka berkahwinlah dia kan
Majlis dia di Alor Star tak dapat aku hadir tetapi aku tetap tebus dengan hadir ke majlis dia di Muo
Jangan tak tahu suami dia kebetulan orang Muo jugak, bertambah seorang lagi warga Muo ye



Dan aku pergi ke majlis dia juga dengan 2 orang rakan yang rapat dengan aku iaitu Kusam dan Mazel
Sepanjang perjalanan memang bercakap je kerja kami ni sampai tekak pun kering, perjalanan yang jauh pun terasa dekat
Itulah pertama kali dan mungkin terakhir kali kami menghabiskan masa bertiga memandangkan Kusam bakal mendirikan rumahtangga pada minggu hadapan (sebak)
Selesai dari menghadiri majlis kahwin Aziati, aku bawa mereka duduk di Tanjung Emas, duduk menghadap laut
Disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, kami terpaksa pulang awal ke Shah Alam
Tapi sebelum itu, aku bawa mereka berdua shopping dekat kedai-kedai kegemaranku di Muo
Hasilnya memang tersenyum lebar tokei kedai baju tu
Itulah aku selalu pelik, kalau aku dekat Shah Alam ni, duit tu memang tak terusik sangat, tapi kalau balik Muo, eh memang kejap je habis duit aku sebab dekat Muo banyak butik baju yang menjual baju ala-ala vintage yang memang menjadi identiti aku untuk berpakaian begitu, jadi memang habislah kan duit kalau di Muo
Okay dan jauh menyimpang
Sepanjang perjalanan kami pulang ke Shah Alam, bermacam-macam cerita yang kami kongsikan bersama terutamanya perihal rumahtangga
Sebenarnya aku sebak dan terharu apabila sahabat baik aku, Kusam, bakal berkahwin minggu hadapan
Punyalah banyak kisah percintaan dia dengan lelaki yang tak hargai dia ni sampai dia fikir dia tak akan berkahwin sampai bila-bila
Tapi tengok, dia yang berkahwin dulu dari aku
Tu yang aku selalu cakap dengan dia, jodoh tu rahsia Allah, kalau Allah cakap 'Kun Fa Ya Kun', kahwinlah kita pada sekian tarikh yang ditetapkan
Memang betul Allah Maha Mengetahui segalanya, lagi seminggu je Kusam akan bergelar seorang isteri
Sebagai sahabat yang rapat dengannya, aku gembira dan bersyukur sangat dia bakal menjadi isteri kepada seorang lelaki yang boleh membimbing dan mencantikkan lagi imannya
Mereka pun tak bercinta, keluar pun ditemani muhrim, tak keluar berdua
Siapa tahu Kusam berubah menjadi seorang yang sangat mentaati perintah-Nya
Pakai baju pun labuh dan longgar, tapi tetap cantik, sejuk mata aku memandang dia
Dengan Kusam, aku banyak belajar hal agama dan saling bertukar pandangan, kalau ada yang salah, dibetulkan atau ditegur
Sahabat inilah yang paling aku rindu
Sahabat inilah yang akan aku ingat sampai bila-bila
Persahabatan kami bermula dengan kebencian di mana Kusam tak suka aku disebabkan dulu aku seorang yang tidak bertudung dan mungkin sedikit sosial barangkali?
Tapi disebabkan 1 perkara yang mungkin bunyi agak kelakar tapi inilah sebab kami rapat iaitu kami sama-sama gian dengan game Virtual Village
Bayangkan tiba-tiba Kusam ni dari aras 4 turun berlari-lari ke aras 2 semata-mata nak tanya macam mana nak tanam pokok apa entah untuk penduduk kampung dia, lepas tu tetiap malam datang bertandang ke bilik sebab benda alah ni la
Selepas peristiwa tu, aku jadi lebih rapat dengan Kusam
Kami jadi makin rapat di tahun akhir kami di universiti apabila masing-masing tinggal di rumah sewa
Kusam rajin datang ke rumahku memandangkan rumahku betul-betul bertentangan dengan universiti kami
Tapi kenangan yang paling tak akan aku lupakan apabila kami dikejar orang gila di duduk di belakang rumah sewaku
Dah la masa tu baru je pindah situ, kami ni konon nak ke kedai beli telur
Aku ni jalan depan sikit dari Kusam, tak lama lepas tu aku dengar macam tapak kaki berlari-lari menuju ke arah kami, aku dengan tak toleh ke belakang terus lari laju menuju ke kedai runcit
Kusam pula pelik kenapa aku tiba-tiba lari terus menoleh ke belakang dan terkejut yang orang gila tu memang tengah berlari menuju ke arah kami
Lintang-pukang la kami lari pergi ke kedai runcit dengan perasaan takut
Sampai je kedai runcit, aku terus berlari ke abang kedai sambil tarik baju abang kedai sebab terlalu takut
Eh memang sampai sekarang kalau ingat memang macam nak matilah kan kami berdua gelak
Ngeri tapi kelakar sangat
Dari situ kami jadi sangat rapat sampaikan semua rahsia kami cuma kami sahaja yang tahu
Kalau bergaduh memang dahsyat tapi sekejap je gaduhnya tu, lepas tu gelak ketawa balik macam tak pernah bergaduh
Aku harap selepas Kusam menjadi isteri, persahabatan kami tetap terjalin rapat lagi
Aku doakan perkahwinan mereka kekal ke syurga dan bahagia hingga ke akhir hayat
Terima kasih Kusam sebab sentiasa ada dengan aku tak kira susah atau senang, suka duka, pahit dan manis
:")



 


Wednesday, October 10, 2012

.Cara hilangkan tekanan hidup.


Assalamualaikum semua
Malas betul aku nak update belog aku sekarang ni
Dah tulis banyak-banyak lepas tu, aku delete, eh tak fahamlah kenapa kan
Macam terlampau banyak emosi yang bermain dalam minda dan fikiran aku
I need a vacation, a very long vacation, a vacation to help me me to rilex and forget everything
Aku rimas betul dengan keadaan trafik di Shah Alam atau lebih tepat lagi di Lebuhraya Persekutuan
Kadang-kadang pagi-pagi aku dah sumpah seranah, terus mood untuk bekerja kurang
Kadang-kadang aku tengok macam-macam kaedah la orang buat untuk hilangkan tekanan
Katalah masa tengah jem, aku boleh tergelak tengok gelagat manusia melalui side mirror atau back mirror
Ada ni, aku pernah terlihat seorang kakak menyanyi dengan penuh perasaan sambil angguk-angguk kepala, ok sumpah ini kelakar
Ada juga yang sempat lagi manja-manja dengan pasangan masing-masing,lentuk-lentuk,peluk-peluk,sampaikan aku pernah nampak perempuan ni baring dekat pangkuan lelaki di sebelah, kemain lagi kan
Ada juga bertentangan dengan kemesraan tu iaitu bergaduh, aku yang tengok pun stress, apatah lagi yang tengah bergaduh tu kan
Paling jijik, aku pernah tengok lelaki korek hidung dengan penuh kekhusyukan, dahsyat sangat ye, lepas tu siap tengok lagi hasil lombongan dia tu, aaahh pengsan!
Untuk aku, cara aku atasi tekanan, bergantung kepada keadaan aku ketika itu
Kalau tengah menhadap kesesakan trafik, biasanya aku akan menyanyi sekuat hati sambil menari-nari dalam kereta, oh FYI, kereta aku tidak bertinted ye, jadi memang kalau pemandu lain senyum-senyum tengok aku, dah tahu sangat dorang duk perati gelagat aku
Tak pun, aku call si dia, yang ini jarang dibuat memandangkan kadang-kadang si dia dalam meeting, tak nak mengganggu pulak
Tapi kadang-kadang aku lepaskan tekanan aku dengan hon pemandu yang kurang ajar, rasa puas dapat hon pemandu yang tak faham bahasa bodoh sombong fikir dia seorang je yang nak balik rumah, memang rasa dapat kurangkan stress kalau buat macam tu
Kalau tekanan di tempat kerja biasanya aku akan makan gula-gula masam dalam kuantiti yang banyak, tak pun aku pergi toilet, ambil wudhu' kemudian solat
Tak pun aku hantar mesej jiwang-jiwang dekat si dia, tak pun aku call mama bual-bual banyak sikit, berbual benda-benda mengarut je, hehe
Paling kerap aku buat adalah menyanyi
Semua orang dekat ofis dah faham dengan perangai aku yang suka menyanyi ni sampaikan kadang-kadang bos aku tanya apa lagu baru bulan ni, boleh tak macam tu, haha sumpah comel okay
Tapi dekat ofis aku tak boleh pasang lagu ye, jadi aku nyanyi la ikut rentak aku sendiri
Lately lagu kegemaran aku adalah lagu 'Ya Sudahlah' nyanyian Bondan Prakoso
Dulu aku pernah dengar lagu ni dalam drama siri apa entah dekat TV3, jatuh cinta dengan lirik dia 'Apa pun yang terjadi, ku kan selalu ada untukmu, janganlah kau bersedih, cause everythings gonna be ok'
Lepas tu jadilah 1 peristiwa comel yang mana ketika jumpa dengan si dia, aku saja je call handphone dia untuk tahu ringtone apa yang dia letak untuk aku kan, sekali keluar lagu 'Ya Sudahlah', eh memanglah aku terus berulang kali kan nak dengar lagu ni dengan feeling konon-konon si dia tujukan lagu ini untuk aku
Tapi dengan berfikiran begini, apabila aku dengar lagu ni, tekanan kerja atau tekanan ketika menghadap trafik terus hilang, aku boleh senyum dengar dan hayati lirik lagu ni

'Satu dari sekian kemungkinan,
Kau jatuh tanpa ada harapan,
Saat itu raga ku persembahkan,
Bersama jiwa, cita-cita dan harapan'

Si dia adalah seorang yang sangat misteri dan bukan jenis yang bagi ayat-ayat jiwang dan sebagainya, tapi dia luahkan melalui perbuatannya
Jadi apabila dia letak lagu ni untuk aku, aku rasa sangat gembira dan bahagia sebab di sebalik lagu itu menunjukkan si dia sentiasa ada untuk aku untuk masa susah senang kami berdua
Selain lagu, cara aku hilangkan stress dan bersyukur dengan kehidupan aku adalah dengan pergi ke Pasar Karat Shah Alam pada setiap pagi Ahad
Pasar Karat ni dia gabung sekali dengan Pasar Pagi
Jadi mula-mula, aku pusing dulu Pasar Karat sampai aku puas, kemudian aku ke Pasar Pagi beli ikan, ayam, udang, sotong, sayur-sayuran, tempe, dan macam-macamlah
Dalam hati semacam rasa puas dapat beli semua benda tu, lepas tu balik masak sambil nyanyi-nyanyi
Bercakap pasal masak pula, sekiranya aku dalam keadaan tertekan, aku akan makan makanan pedas lebih dari biasa
Untuk pengetahuan semua, aku adalah penggemar masakan/makanan pedas
Semua benda yang aku makan mesti kena pedas, kalau sehari aku tak makan pedas, hari aku rasa hambar, lepas tu aku cenderung untuk mengunyah makanan dalam kuantiti yang banyak sebab aku tak puas tak dapat makan pedas
Kalau makan pedas, automatik hilang rasa nak marah ke, tertekan ke, memang hilang semua perasaan negatif tu
Tapi cara hilangkan tekanan dengan efektif adalah bercuti, yes!bercuti!dan itu yang aku perlukan sekarang
Lama aku tak bercuti
Aku ingin ke pantai, ku lari ke pantai kemudian teriakku, konon feeling ala-ala Cinta, kalau aku Cinta, si dia jadi Rangga la ye (ok muntah hijau)
Kalau ke pantai, cara aku bahagiakan diri sendiri adalah dengan mandi pantai, terapungkan diri, tenggelamkan badan sampai aku rasa dunia ini cuma aku sahaja penghuninya, aku bayangkan diri aku adalah 'mermaid', seronoknya kan
Selepas mandi, aku main layang-layang pula
Selepas tu, duduk piknik sambil baring tepi pantai, pandang langit, tenggelam dalam keindahan dan kecantikan ciptaan Allah yang menakjubkan
Kemudian berlari-lari tepi pantai, gelak ketawa, membayangkan sahaja dah buat aku gembira
Ish, i can't wait Mr.November to come and cheer me up, please please come faster November

Wednesday, September 26, 2012

.Wordless Wednesday.




Tuesday, September 11, 2012

.Selamat Hari Lahir Suhaila!.


Assalamualaikum September :)
Pejam celik pejam celik, kejap sahaja September menjengah kita semua
Untuk aku, kedatangan September sentiasa ditunggu-tunggu memandangkan hari lahirku jatuh pada 8 September :)
Tahun ini, aku merasakan betapa sudah matangnya umur aku, 26 tahun ye
Kalau orang dulu-dulu, anak dah 5-6 orang kan, tapi aku masih lagi bujang
Si dia selalu pujuk aku dengan mengatakan umur hanya ada pada angka, orang lain tak tahu pun, aku masih lagi pergi ke butik dan dipandang sebagai pelajar universiti, alhamdulillah, inilah kelebihan mempunyai ketinggian 150cm ;)
Tapi lately semua cakap aku dah matang, penampilan aku, cara aku bercakap, badan aku, semuanya dah jadi wanita, siap cakap aura nak kahwin nak datang dah, eh mandai-mandai je kan, padahal tak tahu lagi bila tarikh nikah tu
Tarikh lahirku yang jatuh pada hari Sabtu minggu lepas, disambut dengan kenduri kecil-kecilan dan marhaban di rumahku di Muo
Seawal pagi lagi, aku sudah bertolak pulang ke Muo
Sampai sahaja di rumah, alangkah terkejutnya aku apabila terpandangkan sebuah khemah elok terpasang di halaman rumah
Terdetik juga di dalam hati yang ni kenduri atau majlis bertunang ni kan
Masuk lak perkarangan rumah, dah dengar riuh-rendah di dapur, kemain lagi sibuk kopek kulit kerang, potong ayam, siang ikan
Pergi ke ruang tamu, amboi kemain lagi bunga segar, tapi itu dah biasa memandangkan mama penggemar bunga segar, jadi setiap minggu rumah kami penuh bunga segar
Macam biasa, tugasku apabila pulang ke rumah adalah mengemas rumah, menyapu sampah, menyusun atur kedudukan perabot di rumah dan sebagainya
Nak masuk ke dapur, cuma sekali sekala sahaja, yela, mama meminta beberapa orang pekerjanya untuk tolong sediakan juadah untuk kenduri, jadi aku cuma mampu tolong merasa makanan sahaja..haha
Mama ketika itu tiada di rumah, biasalah mesyuarat persatuan, ayah pun sibuk beli barang-barang masakan yang kurang dengan si kembar
Aku pun bertanyakan kepada adik, ramai ke jemputan, adik kata mama jemput 1 taman, siap jemput tetamu VVIP lagi
Ok, sekali lagi hati bertanya ni majlis tunang atau kenduri doa selamat ni?
Tepat pukul 1.00 petang, mama sampai di rumah, sampainya mama terus sahaja bagi pelukan dan ciuman hari lahir kepadaku
Kemudian ayah dan si kembar pulang dari membeli-belah, terus sahaja si kembar salam dan cium pipi sambil ucap selamat hari lahir
Sungguh bahagia perasaan ini, duduk di rumah ketika hari lahir, rasa sangat disayangi
Dalam pukul 5.30 petang, sampailah tetamu pertamaku, rakan seperjuangan ketika menuntut di UTHM, Cdomp dan Emma
Sebenarnya aku sangat terharu dengan kedatangan mereka berdua, lama tidak ketemu sama kereka, kali terakhir 2 tahun lepas ketika aku ke Parit Raja
Sejurus selepas rakanku sampai, tetamu VVIP mama pula sampai
Macam biasalah kan, perbualan politik memang topik utama kalau datang ke rumah ni
Jadi kami macam biasa, tetap meneruskan suapan roti jala cicah kari ayam, nasi lemak sambal udang dan ayam goreng berempah serta sirap bandung, eh memang meleleh air liur membayangkan kesedapan nasi lemak resepi mama tercinta
Selang beberapa minit, datanglah kawan-kawan persatuan mama, masa tu memang dah meriah la kan
Orang taman pun mula datang ke rumah untuk menjamu selera
Selepas maghrib, marhaban dari pihak perempuan datang menbanjiri perkarangan rumah
Alunan puji-pujian kepada Nabi Muhammad S.A.W bergema di setiap ruang rumah
Nyanyian merdu 99 nama Allah memenuhi segenap ruang di rumahku
Terasa sebak dan bahagia kerana pertama kali hari lahirku disambut dengan penuh keislaman
Usai pihak perempuan makan selepas marhaban, datang pula pihak lelaki bagi meneruskan marhaban di rumahku
Aku ketika itu, bersama adik perempuan, sibuk di dapur menolong mama tambah hidangan yang kurang
Dah lama tak rasa suasana begini
Kalau dahulu ketika kecil, arwah Tok Pak rajin buat kenduri, dan paling merapatkan kami sekampung, makanan dihidangkan di dalam dulang dan dimakan sama rata
Selepas arwah Tok Pak meninggal, jarang lagi dapat rasakan suasana kenduri begitu lagi
Selepas pihak lelaki pulang, datanglah saudara-mara memenuhi khemah
Anak angkat mama dan ayah yang tersangat ramai turut datang ke rumah pada malam hari tu
Paling comel, kawan-kawan si kembar turut datang ke rumah dan menyertai para tetamu memeriahkan kenduri tersebut
Tak sangka kejap sahaja dah besar si kembar tu, siap ada kawan-kawan lagi datang rumah, tak boleh terima kenyataan apabila si kembar sudah akil baligh dan lebih besar dariku, rasanya baru sahaja aku buatkan susu si kembar, tidurkan si kembar, mandikan si kembar,haih cepatnya masa berlalu
Dan Si Dia, walaupun sibuk dan jauh di Kemaman sana, terima kasih di atas ucapan hari lahir serta doa untuk saya
Pada umur 26 tahun ini, aku tak perlukan hadiah atau sambutan di restoran mewah, apa yang aku mahukan cumalah dapat bersama dengan keluarga, rakan-rakan dan Si Dia tercinta dan doa dari mereka
Sesungguhnya aku sangat bersyukur diberikan peluang oleh Allah Taala untuk kehidupan selama 26 tahun ini
Aku bersyukur dikurniakan keluarga yang sangat meriah walaupun kami cuma berenam
Aku bersyukur dikurniakan mama dan ayah yang sangat memahamiku
Aku bersyukur dikurniakan adik-adik yang saling mengambil berat antara satu sama lain
Aku bersyukur dikurniakan sahabat yang sentiasa ada denganku tanpa mengira susah dan senang
Aku bersyukur dikurniakan seorang lelaki yang penyayang dan mengambil berat keadaan diriku
Walaupun mungkin aku tidaklah sekaya, secantik, sepopular mana-mana perempuan, tetapi aku tetap bahagia dengan kehidupanku sebagai perempuan sederhana
Terima kasih Ya Allah di atas segala kenikmatan-Mu :)

Tuesday, September 4, 2012

.Bakal Menantu vs Mentua.


Assalamualaikum para pembaca
Macam mana cuti 3 hari sempena hari kemerdekaan?
Seronok tak?
Ada yang ke dataran merdeka melaungkan merdeka merdeka merdeka
Ada yang di atas katil sahaja
Ada yang di dalam kereta
Aku?
Dah tentulah melaungkan kemerdekaan sambil vacum rumah ;)
Selain vacum rumah, aku juga basuh baju, lipat baju, mop lantai, masak memasak
Bosan kan hidup aku ni?
Tapi sejak umur hampir mencecah 26 tahun ini, aku lebih gemar duduk di rumah sahaja
Kebanyakan masa aku dihabiskan dengan membaca novel dan buku agama (sekarang ni tengah obses membaca kisah Yakjuj dan Makjuj)
Kehidupan aku di pagi hujung minggu biasanya dimulakan dengan buat teh O panas, menonton rancangan pagi di televisyen, mengemas katil, siram pokok bunga (macam emak-emak sangat kan)
Kemudian beraya ke rumah kawan rapat seorang diri,aku jenis rajin ajak kawan-kawan lain beraya,tapi memandangkan kawan-kawan lain pun ada kawan-kawan mereka sendiri,malas aku mahu ganggu,jadi aku nekad beraya seorang diri,memang puas hati sangat sebab dapat berbual lama dengan kawan baik dan emak kawan baik
Tapi hujung minggu hari tu, perasaan teruja tu lebih dari hujung minggu sebelum-sebelum ni
Sebabnya, pada hari Ahad tu, keluarga si dia akan datang ke Shah Alam untuk hantar adik bongsu melanjutkan pelajaran di sini
Hari Khamis si dia maklum kedatangan family-nya, malam tu aku dah tak boleh tidur sebab excited sangat
Pagi Khamis aku dah survey hotel yang selesa dan cantik untuk keluarga si dia
Dengan tak sabarnya aku dah tempah 2 bilik yang aku rasa selesa untuk kedua-dua orang tua si dia merehatkan diri di sana
Hari Sabtu pula aku pening memikirkan baju apa yang sesuai dan sopan untuk keluar dengan keluarga si dia
Padahal ini kali kedua aku berjumpa dengan family si dia ni, perasaan nervous tetap ada
Maka, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba, percayalah aku langsung tak boleh tidur dengan lena sebab super-excited kan
Tapi pagi Ahad tu, tetap aku buat rutin mingguan seperti biasa sementara menunggu si dia dan family tiba di Shah Alam
Pergi pasar tani, siang ikan, buang kulit udang, basuh ayam (macam suri rumahtangga tak?)
Dulu aku tak berapa gemar nak pergi pasar sebab busuk, malas nak siang ikan sebab hanyir, tapi lama-lama sejak aku duduk rumah sewa, minat memasak tu makin timbul
Macam-macam masakan kampung yang aku cuba masak
Ayam masak merah, ayam masak lemak cili padi, udang masak lemak, sotong goreng kunyit, kailan ikan masin, kangkung goreng belacan, sayur rebus air, ayam masak kari, ayam masak kicap, ikan singgang, sambal ikan, tomyam, sup, eh macam-macam la
Dan, setiap hari aku akan bawa bekal ke pejabat ye, memang puas hati dapat makan masakan sendiri
Okay okay berbalik kepada cerita asal
Sambil buat kerja rumah, hati memang tak tenang, debar sepanjang masa
Sekitar jam 4 petang, si dia cakap dia dan family hampir sampai ke rumahku
Bertambah debaran di dada aku ni
Selepas bersiap, aku turun tunggu si dia datang ambil aku di rumah
Nampak je kereta si dia, terus rasa nak pecah jantung aku ni
Masuk je kereta, abah ada di dalam kereta, ringan je mulut aku tanya, 'Pak cik dah lama sampai?Tadi pergi Sogo ke?'
Abah dengan sangat comel menjawab pertanyaanku dengan malu-malu
Mama dan adik-adik perempuan yang lain, naik kereta dengan Abang Long, tunggu kami di Tesco
Sampai je di parking Tesco, aku keluar dari kereta terus buka pintu kereta Abang Long bersalaman dengan mama
Dengan ringan mulut aku bertanya itu ini kepada mama
Kemudian kami ke hotel untuk check-in supaya abah dan mama dapat solat dan bersihkan diri
Lepas check-in, aku ingatkan Izzuan hantar aku balik rumah, sekali mama dan adik-adik perempuan ajak aku duduk dengan mereka sekali
Berdebarnya jantung aku ni
Jadi, yang perempuan duduk sebilik, yang lelaki duduk di bilik lain
Sepanjang berada di dalam bilik dengan mama, aku rasa sangat selesa, aku tak rasa janggal sebab aku orang luar ke, aku rasa macam dah lama kenal dengan keluarga si dia ni
Macam-macam kami borak, dari cerita pasal aku, sampailah cerita pasal pergi haji dan umrah
Ada 1 benda yang aku buat mungkin buat mama terharu
Selepas solat asar, aku salam dan cium pipi mama
Mama cakap sejuk perut ibu mengandung dapat anak macam ni, alhamdulillah, terharu sangat dapat pujian macam tu
Terus mama tanya, mama kandung kerja apa, ayah kerja apa,selalu tak belajar agama
Aku cakap dulu-dulu ada la belajar agama sikit-sikit masa sekolah dulu
Yela, Johor kan wajib bersekolah agama sebelah petang, alhamdulillah, aku sekolah sampai darjah khas iaitu sekolah agama selepas darjah 6, faham tak?
Paling comel, siap keluarkan tudung minta pendapat dekat aku samada sesuai ke tidak dengan baju yang mama nak pakai untuk pendaftaran si adik bongsu esok
Memang sebiji macam mama kandung, kalau aku balik Muo, mama kandung nak pergi pasar pun akan tanya sesuai ke tak baju, cantik ke tak, jadi mama si dia banyak mengingatkan aku dengan mama kandung yang berada di Muo
Alhamdulillah, aku bahagia sangat dapat spend masa dengan mama
dari pukul 4 petang sehingga 7.30 malam kami berbual
Mama dah pakai kain telekung nak solat pun, sempat lagi berbual-bual dengan aku
Memang aku lupakan si dia terus, khusyuk berbual dengan mama
Kemudian kami keluar makan beramai-ramai, sumpah dah rasa macam menantu sebab aku sangat selesa
Esoknya pula, aku teman si dia shopping makanan dengan adik bongsu, aku pula yang sibuk tanya adik bongsu nak beli makanan apa, suruh beli itu ini, si dia pula tolong tolak troli je, memang rasa bahagia sangat la time tu
Masa hantar adik bongsu balik hostel pun, adik dia ajak aku masuk dalam bilik sebab nak tunjukkan keadaan dalam bilik, memang dah macam adik sendiri pula
Tapi kalau adik sendiri, aku membebel dengan lebih lagi..hahaha
Inilah masa depan aku lebih-lebih lagi aku akan pindah duduk di Kemaman selepas berkahwin
Mungkin aku dibesarkan dengan melihat betapa sayang dan kasihnya mama melayan mentua iaitu arwah Tok Mak
Aku dibesarkan di rumah arwah Tok Pak, kami sekeluarga duduk di tumah arwah tok atas permintaan tok sendiri
Aku tengok mama cabut uban arwah Tok Mak, ketip kuku arwah Tok Mak, picitkan badan arwah Tok Mak, berbual-bual dengan arwah Tok Mak, sikit pun mama tak mengeluh
Mama pun selalu pesan dekat aku, nanti kalau dah kahwin, tak kiralah ibu mentua atau bapa mentua, mereka tetap keluarga, jangan ada perbezaan layanan, anggap mereka ibarat keluarga kandung
Semasa arwah Tok Mak sakit pun, aku tolong guntingkan rambut Tok Mak, korekkan telinga Tok Mak, mandikan Tok Mak, sampaikan Tok Mak buang air besar pun aku setia duduk di sebelah Tok Mak dan tolong Tok Mak beristinjak samada di qubul atau dubur
Jadi, aku memang suka melayan kerenah orang tua, aku suka melayan dorang bercakap, ada je benda yang menjadi topik perbualan
Kepada si dia, kalau jodoh kita panjang, awak tak perlu risau ye, saya akan sayangkan emak awak macam saya sayangkan emak saya sendiri
Lagi pun, suatu masa nanti saya pun bakal jadi emak, saya pun tak nak anak menantu saya layan saya kasar-kasar, jadi saya faham perasaan emak awak
Awak tahu tak, saya sangat terharu tengok pengorbanan awak untuk keluarga awak
Sentiasa ingat, jangan belakangkan keluarga awak demi saya atau kerjaya awak
Saya pun terharu tengok pengorbanan awak untuk saya
Saya terharu dengan layanan emak awak kepada saya, ibarat anak sendiri
Terima kasih sebab beri saya peluang untuk kenal emak awak dengan lebih rapat lagi
Sampai sekarang

Friday, August 24, 2012

.Selamat Hari Tua.


Amaran : Entri di bawah mengandungi ayat-ayat manis melampau yang boleh mengakibatkan kerosakan gigi kekal akibat terlalu manis, ok mengarut




Assalamualaikum Khairul Izzuan, sahabat, cinta, teman suka duka, teman ketawa menangis, insyaAllah bakal imamku (semoga dipermudahkan)
Saya tak pernah rasanya menulis sesuatu untuk awak di sini, tapi kali ini sempena hari lahir awak yang ke-26 yang jatuh pada hari esok, saya terasa mahu menulis tentang awak, siapa awak di mata Suhaila
7 tahun saya mengenali awak sebagai seorang rakan, dan baru 1 tahun ini saya diberi peluang untuk lebih mengenali awak sebagai seorang sahabat yang teramat rapat dengan saya
Untuk segala kebaikan yang ada dalam diri awak yang baru saya tahu, saya rasa bersyukur dan menganggapnya sebagai 1 bonus kepada saya
Untuk sedikit kekurangan dalam diri awak, saya anggapnya sebagai 1 cabaran kepada diri saya untuk terus mengenali awak dengan lebih mendalam
Setiap hari di dalam kehidupan saya dan awak, merupakan 1 hari lain bagi kita, belajar perkara baru tentang satu sama lain
Saya anggap perkara baru yang saya belajar tentang awak itu merupakan satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan
Yela, saya menganggap hubungan istimewa antara lelaki dan perempuan itu adalah ibarat seorang bayi yang baru lahir yang dalam proses mengenali hidup di atas muka bumi ini
Hubungan kita ini ibarat budak kecil yang baru belajar nak berguling lagi, masih fresh katanya
Banyak lagi saya nak tahu tentang diri awak, saya tak pernah jemu mahu mengkaji tentang awak (ingat awak ni arnab ke nak kaji-kaji kan..haha)
Untuk masa-masa sedih saya, awak selalu ada untuk saya tak kiralah awak masa tu awak tengah stress ke, sibuk dengan kerja ke, awak selalu ada untuk saya
Saya memang seorang perempuan yang sungguh kompleks dan aneh, mungkin paling pelik pernah awak jumpa
Saya bercakap dan menyanyi dengan pokok untuk pastikan pokok terus tumbuh segar
Saya obses dengan binatang sampaikan saya punyai cita-cita untuk bekerja di Taman Negara Afrika
Saya menangis untuk benda yang tak logik, contohnya pemadam 50 sen saya hilang di pejabat
Saya kuat membebel dan saya tahu awak menikmati bebelan saya kan?
Saya selalu buat awak risaukan saya duduk di Kay-Ell ni seorang diri(muntah hijau eja KL macam tu)
Janganlah risau, walaupun saya pelik, tapi saya mampu menjaga diri saya dengan baik
Tapi macam mana pelik dan menjengkelkan saya ni, awak tetap ada untuk saya
Awak tak pernah pentingkan diri sendiri dan biarkan saya seorang diri
Terima kasih untuk yang itu, saya sangat menghargai setiap apa yang awak buat untuk saya
Sepanjang mengenali awak, pelbagai halangan dan rintangan yang datang untuk menguji kesabaran saya dan awak
Tak perlu saya nyatakan halangan apa kan, cukuplah cuma kita berdua saja yang tahu
Saya anggap perkara-perkara macam tu menguatkan lagi perasaan saya untuk awak, bukan menjauhkan saya dari awak, dan bukan merosakkan hubungan kita
Memang kita bergaduh, kita sakit hati, kita kecewa, tapi semua itu adalah normal untuk semua pasangan
Awak selalu pesan, kalau kita nak buat sesuatu dekat orang lain, letakkan diri kita dahulu di tempat orang tu, fikirkan dahulu apa yang dia rasa, sebab tu kalau saya rasa sakit macam mana pun dengan kerenah sesetengah manusia ni, saya tetap bersabar, saya tetap cuba kekal positif, sebab saya ingat pesan awak tu
Awak selalu membawa aura positif dalam diri saya yang kebanyakannya negatif
Alhamdulillah, sedikit sebanyak, saya berjaya kekal tenang dalam setiap masalah yang dihadapi
Dalam hubungan awak dan saya, tiada istilah obses dengan satu sama lain
Selagi saya belum bergelar isteri awak yang sah, biarlah perasaan saya ini tidak berlebihan, atau awak cakap biarlah berpada-pada
Saya simpan yang berlebihan itu untuk awak apabila bergelar seorang suami
Untuk satu hari yang sungguh bahagia sedikit masa dahulu, awak bertanyakan sudi atau tidak saya menjadi isteri awak, hari itu merupakan hari yang sangat bahagia untuk saya
Untuk pertanyaan yang itu, jawapannya ya saya sudi :)
Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa indahnya perasaan saya ketika ditanyakan sebegitu
Dan saya pegang kata-kata dan janji awak, sebab tu saya sanggup bersabar menunggu awak
Perasaan kasih, sayang dan cinta untuk awak bukan disebabkan nafsu semata-mata, kasih, sayang dan cinta ini kerana Allah
Jadi kekasih dan sahabat sejati, Selamat Hari Lahir yang ke-26
Walaupun saya tak dapat berada di samping awak, walau kita terpisah jarak sejauh ini, doa saya sentiasa mengiringi awak, setiap hari terutama pada hari yang istimewa ini
Saya doakan awak menjadi seorang muslim yang soleh
Saya doakan awak menjadi imam saya yang mampu membimbing saya kelak (insyaAllah)
Saya mahu menjadi bidadari awak, menunggu awak di syurga kelak
Saya doakan awak berjaya dalam setiap pekerjaan yang awak lakukan
I wish that this life becomes all that you want it to
Your dreams stay big and your worries stay small so that you never need to carry more than you can hold
I want to be the part of this happy occasion, and wish that May Allah always shed His blessings rain on you
I Love You and always do :)


Thursday, August 23, 2012

.Kisah kejadian manusia.



Assalamualaikum :)
Entri kali ini bagi aku merupakan satu pengetahuan baru untuk aku yang ingin aku kongsikan dengan semua
Aku rasa sangat menarik untuk kita ketahui sejarah kejadian manusia iaitu diri kita sendiri, supaya dapat menimbulkan keinsafan dan menambahkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T
Manusia diciptakan dari tanah, itu pengetahuan umum yang secara objektifnya diketahui oleh semua umat Islam
Tapi, tahukah jenis tanah untuk mencipta setiap anggota badan kita?
Tahukah kenapa diambil tanah-tanah berlainan untuk setiap anggota?
Jadi, mari kita sama-sama muhasabah diri, perbaiki diri sendiri, selepas membaca tujuan penciptaan anggota badan kita
Allah telah memerintahkan Malaikat Jibrail untuk turun ke bumi untuk mengambil tanah untuk diciptakan khalifah di muka bumi ini
Tetapi, bumi tidak mengizinkan Malaikat Jibrail untuk mengambil tanah di bumi disebabkan bimbang manusia akan melakukan kerosakan di atas muka bumi kelak
Malaikat Jibrail pulang kepada Allah, dan Allah mengutuskan Malaikat Mikail untuk turun ke bumi mengambil tanah, tetapi bumi tetap enggan memberikan kerjasama, kemudian Allah mengutuskan Malaikat Israfil pula untuk turun, tetapi tidak berjaya juga membawa pulang tanah dari bumi
Kemudiannya, Allah memerintahkan Malaikat Izrail untuk turun mengambil tanah dan memerintahkan supaya ini adalah kehendak Allah dan sekiranya bumi enggan menyerahkan tanah kepada Malaikat Izrail, nescaya bumi adalah dianggap menderhaka kepada Allah
Maka, bumi menyerahkan beberapa tanah daripada beberapa tempat kepada Malaikat Izrail.


Yang pertama, Tanah Baitulmuqaddis iaitu untuk bahagian kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan otak dan akal
Yang ke-dua, Tanah Bukit Tursina (Mesir) iaitu bahagian telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat
Yang ke-tiga, Tanah Iraq iaitu bahagian dahi sebagai tempat sujud kepada Allah
Yang ke-empat, Tanah Aden (Yaman) iaitu bahagian muka sebagai temat berhias dan kecantikan
Yang ke-lima, Tanah Telaga Al-Kautsar iaitu bahagian mata sebagai tempat menarik perhatian
Yang ke-enam, Tanah Al-Kautsar iaitu bahagian gigi sebagai tempat memanis-manis
Yang ke-tujuh, Tanah Kaabah(Makkah) iaitu bahagian tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama
Yang ke-lapan, Tanah Paris (Perancis) iaitu bahagian tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak
Yang ke-sembilan, Tanah Khurasan (Iran) iaitu bahagian perut sebagai tempat berlapar
Yang ke-sepuluh, Tanah Babylon (Iraq) iaitu bahagian kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu serta godaan syaitan
Yang ke-sebelas, Tanah Tursina (Mesir) iaitu bahagian tulang sebagai peneguh manusia
Yang ke-duabelas, Tanah India iaitu bahagian kaki sebagai anggota berdiri dan berjalan
Yang ke-tigabelas, Tanah Taif (Arab Saudi) iaitu bahagian lidah sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah, syukur dan doa
Tanah yang ke-empatbelas pula diambil dari syurga iaitu bahagian hati kerana dihatilah tempat letaknya keyakinan, keimanan dan kemahuan



Kemudian Allah memerintahkan roh untuk masuk ke dalam jasad yang telah dibentukkan oleh Allah S.W.T tetapi roh tidak mahu masuk ke dalam jasad tersebut.
Allah memerintahkan Malaikat Izrail untuk memaksa roh supaya masuk ke dalam jasad, dan kejadian ini mengambil masa selama 200 tahun.
Allah berfirman kepada Malaikat Izrail, sesungguhnya semasa penciptaan manusia, Malaikat Izrail yang memasukkan roh ke dalam jasad, maka Malaikat Izrail juga diarahkan oleh Allah untuk menarik roh kembali apabila tiba waktu kematian manusia.


SubhanaAllah, kita semua diciptakan dari tanah yang sama, paling penting, hati dicipta dari tanah syurga
Jadi sebagai umat manusia, wajiblah kita memelihara hati dari melakukan perkara-perkara yang boleh menggelapkan hati kerana hati merupakan elemen yang dicipta dari tanah dari suatu tempat yang indah iaitu syurga
Lihat bagaimana bumi enggan memberikan tanah untuk kejadian kita semua kerana takut kita melakukan kerosakan di bumi ini, tapi tengok, kita buang sampah merata-rata, kita buat vandalisme, sedangkan dengan tanah bumi ini, kita tercipta sebagai Khalifah Allah di sini
Aku rasa bahagian paling aku rasa mahu menangis ketika membaca artikel ini adalah bahagian hati
Betullah sesetengah pujangga berkata, setiap yang lahir itu, hatinya suci bersih dan bercahaya, bergantung kepada kita manusia untuk pastikan hati terus bersinar atau semakin malap

.Berhati-hati di bulan raya.


Assalamualaikum semua :)
Selamat Hari Raya kepada semua penganut agama Islam seluruh dunia
Diam tak diam sudah 5 hari kita berhari raya
Macam mana dengan berat badan?Makin bertambah atau sama je atau kurang sedikit?
Semestinya ramai yang akan berpuasa semula selepas berhari raya kan ;)
Pengalaman berhari raya pada tahun ini tidaklah semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya
Kenapa?Ini sebab kebanyakan sahabat handai sudah pun berumahtangga dan punyai komitmen dengan keluarga sendiri
Tahun ini aku dan rakan-rakan, kami cuma berenam sahaja, tak macam tahun-tahun sudah, sampai belas-belas rakan pergi raya bersama-sama
Walaupun berenam sahaja, kami tetap meneruskan tradisi kunjung mengunjung, dan mestilah kebanyakan dari kawan-kawan sibuk bertanyakan bila giliran aku untuk menamatkan zaman bujang pula, aku jawab insyaAllah raya tahun depan masih lagi beraya sebagai perempuan bujang sebab perempuan bujang ini insyaAllah menjadi isteri orang pada hujung tahun hadapan, jadi sempat la merasa beraya sebagai perempuan bujang lagi tahun depan
Hari raya pertama, makanan wajib untuk kami sekeluarga adalah ketupat, sambal kacang, rendang daging, kari ayam dan kuah lodeh (kuah lodeh bagi siapa-siapa yang tak kenal tu adalah kuah lontong yang berwarna kuning tu)
Selepas selesai menunaikan solat raya, kami pulang ke rumah bersalam-salaman dengan mama, ayah, along, angah dan adik-adik
Tahun ini alhamdulillah, rezeki lebih sedikit, jadi duit raya untuk mama dan ayah pun lebih, dan paling terharu, apabila aku tanyakan ayah, duit raya yang aku bagi tu, ayah nak buat apa?Ayah jawab dia mahu simpan sahaja,tak nak guna,sumpah terharu :")
selepas bermaaf-maafan, kami ke meja makan untuk menikmati juadah raya, macam biasa la, aku tak mampu untuk makan 1 pinggan sahaja ketupat yang mama masak, mesti 2 atau 3 pinggan
Selepas makan pula, kami bersiap-siap untuk beraya ke rumah Mak Long, dan ke kampung mama
Sudah 3 tahun kami beraya tanpa datuk nenek, Al-Fatihah untuk arwah Tok Pak, Tok Mak, Tok Abah dan Tok Nah


Hari raya kedua, biasanya adalah hari untuk rumah terbuka adik-beradik sebelah mama
Hari raya ketiga pula, rumah terbuka untuk adik-beradik sebelah ayah dengan kawan-kawan aku
Tapi tahun ini, akibat terkejar-kejar sangat, kawan-kawan tak sempat datang beraya ke rumahku, permintaan Bang Long Apar untuk makan Bihun Hailam masakan mama pun tak dapat, sorry Bang Long, bila-bila masa datanglah makan, macam tak biasa je kan
Dan raya tahun ini kurang meriah juga disebabkan oleh suatu peristiwa yang berlaku ke atas adik kedua sebelum kami pulang ke Muar pada pagi Sabtu (18/8/2012)
Petang Jumaat (17/8/2012),seperti biasa, aku akan ambil adik di Esso berhadapan dengan Stesen LRT Asia Jaya
Tunggu punya tunggu, hampir 1 jam aku tunggu, adik tak datang-datang juga di Esso, aku dah mula naik hantu, aku sms, tak reply, aku call tak jawab
Aku cuba call lagi, dan kali ini dia angkat, terus aku tanya dia dekat mana sudah 1 jam aku tunggu dia
Dan kemudian suara lembut seorang perempuan jawab mengatakan telefon adik aku ada pada dia
Dan aku terkejut lalu aku pun tanya perempuan tersebut berada di mana supaya senang aku sendiri yang pergi ambil barang adik aku, perempuan itu dengan pantas terus meletakkan telefon, biadab namanya itu kakak
Aku telefon berkali-kali, tidak dijawabnya telefon tu, aku cuba lagi, cuba dan cuba, kakak tu boleh divert pula kan, ini memang mendatangkan kemarahan aku
Aku letak kereta di Asia Jaya dan terus naik lrt ke KL Sentral, dalam kepala aku cuma fikir keselamatan adik aku
Tak lama kemudian, adik telefon aku menggunakan telefon seorang hamba Allah yang dia pinjam di surau KL Sentral mengatakan dia on the way ke KL Sentral dari Masjid Jamek, aku sekali lagi naik hantu bertanyakan kenapa pula dia dari Masjid Jamek kan
Aku pinta adik tunggu aku datang di 7e KL Sentral, jangan bergerak ke mana-mana pun
Semasa dalam tren, aku cuba telefon lagi nombor telefon adik, dan haa haa kakak tu jawab telefon tu, aku cakap aku sudah dalam perjalanan ke KL Sentral, dan tahu kakak lahanat itu jawab apa?Dia suruh aku balik sahaja, tak perlu datang ke KL Sentral sebab biar adik sahaja yang selesaikan perkara itu dengan dia
Eh, aku dah naik hantu gila-gila, tapi aku masih boleh kawal lagi perasaan marah aku ni, aku jawab takpe adik aku tunggu dia di 7e KL Sentral, kemudian terus kakak lahant tu letak telefon
Sampai sahaja di KL Sentral, aku lihat adik sudah menunggu aku dengan linangan air mata, sayu je hati aku, ikutkan hati memang mati kakak lahanat aku kerjakan
Kami pun tunggu kakak lahanat di sana, dan 2 jam ye tunggu di situ, kakak lahanat keji tidak sampai juga
Dan kami telefon nombor adik aku, kakak lahanat sudah mematikan telefon adik
Kami terus ke pondok polis di KL Sentral untuk buat laporan kehilangan barang-barang adik
Nak dijadikan cerita, adik pulang awal pada hari Jumaat, sementara menunggu aku balik kerja pukul 5 petang, adik tunggu aku di surau KL Sentral
Sedang adik duduk membaca Al-Quran, datang seorang perempuan melayu bertudung berbual dengan adik
Dan disebabkan adik mula percayakan perempuan tu, yela mungkin karakter perempuan tu lemah lembut putih suci je muka dia kan, adik minta dia tengokkan barang-barang adik iaitu laptop, handbag yang dalamnya ada blackberry, purse dan pendrive, beg telekung dan al-Quran
Usai solat adik toleh ke belakang dan mendapati bahawa barang-barang adik dah tiada di sisi perempuan tu
Adik tanya mana barang-barang dia, perempuan tu jawab ada seorang makcik ambil barang-barang tu katanya nak bawa ke tandas
Okay persoalan pertama yang timbul, kenapa perempuan tu bagi barang tu kan sedangkan dia tahu semua tu barang-barang adik
Adik ni dalam keadaan buntu, berlari ke tandas cari makcik yang dikatakan oleh perempuan tu, tapi malangnya makcik tu tiada di dalam bilik air
Adik pergi ke surau semula, perempuan tu ada lagi di sana, ish kalau aku la kan, memang aku tarik perempuan tu ke balai, minta polis tanya
Tapi mungkin adik betul-betul panik kan, itu yang kelam-kabut sangat sampai tak mampu untuk berfikir ketika itu
Adik cuba telefon nombor adik, perempuan lahanat tu jawab, paling menarik, perempuan lahanat cakap 'kalau nak barang, bagi duit dulu', adik cakap ambil la semua duit dia, tapi tolong pulangkan laptop adik memandangkan kerja-kerja adik semua ada dalam tu, perempuan lahanat setuju, dia cakap dia pulangkan barang dekat Masji Jamek, dia minta adik ke sana untuk mengambil barang-barang adik
Adik pun tanpa berfikir panjang, pinjam duit seorang hamba Allah yang baik hati untuk ke Masjid Jamek
Sampai sahaja di sana, adik telefon semula perempuan lahanat mengatakan dia sudah sampai di sana, perempuan lahanat boleh la cakap dia tak nak bagi barang adik dekat Masjid Jamek, dia minta adik ke Midvalley pula
Adik jawab adik penat, adik minta dia pulangkan dekat KL Sentral, adik tunggu di 7E KL Sentral
Perempuan lahanat bersetuju untuk jumpa di sana
Ketika itulah aku datang ke 7E KL Sentral
Seperti yang diceritakan di atas, perempuan lahanat tidak datang pun
Kami pun ke Pondok Polis KL Sentral dan seterusnya ke Balai Polis Petaling
Selesai sahaja dari segala urusan, kami pulang ke rumah Shah Alam
Selang beberapa hari kemudian, mama dapat satu panggilan telefon dari seorang pak cik yang mengaku dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Masjid Jamek
Pakcik tersebut mengatakan bahawa dia jumpa barang-barang adik di Masjid Jamek dan minta adik ambil barang di sana
Persoalan seterusnya, macam mana pakcik tu tahu nombor telefon mama?
Adik cakap dia tak pernah letak nombor telefon mama di mana-mana kecuali dalam telefon
Jadi aku memang musykil sangat
Semalam kami pulang ke Kuala Lumpur dan hari ini adik ke pondok polis KL Sentral untuk melaporkan panggilan telefon dari pakcik tersebut
Pegawai di sana minta adik dan dia ke Masjid Jamek dan melarang adik menghubungi pakcik tersebut sebelum sampai di sana
Sampai sahaja di sana, adik menghubungi pakcik tersebut dan mengatakan bahawa adik telah pun berada di Masji Jamek untuk mengambil barang-barang yang dijumpai
Tahu apa pakcik tu cakap? Pakcik tu cakap dia tiada di Kuala Lumpur sebaliknya dia di kampungnya di Kelantan
Pegawai polis terus sahaja bercakap di telefon dengan pakcik dan setelah dimarahi pegawai tersebut, barulah pakcik mengatakan dia sebenarnya ada di Masjid Jamek tu
Pegawai polis bertanyakan bagaimana pakcik tahu nombor telefon mama?Pakcik jawab orang yang bagi barang tersebut yang bagi
Ini semua komplot lah ni
Persoalan, kenapa pakcik tu menipu?apa motif dia buat macam tu?Aku dapat rasakan semua ini komplot mereka yang jahat, mungkin mereka ingat adik datang seorang diri dan dapat perdayakan adik
Alhamdulillah, walaupun laptop, pendrive dan blackberry tak dipulangkan semula, dokumen penting seperti IC, pasport dan buku log praktikal dipulangkan, itu yang penting
Kad bank?Memang dipulangkan itu pun setelah keluarkan duit dari atm tu
Terima kasih kepada pegawai polis di pondok polis KL Sentral kerana menolong kami berdua, terima kasih kepada Inspektor Hairi
Yang tidak seronoknya, adik mahu print laporan polis yang dibuat di KL Sentral, tapi memandangkan di sana tiada printer, mereka minta adik ke Pondok Polis Midvalley
Sampai sahaja adik di sana, mereka cakap ink printer habis jadi tidak boleh print laporan polis yang adik buat
Dan untuk refill ink itu, kena tunggu pihak pengurusan, lama lagi ink nak sampai
3 orang pegawai di sana minta adik ke Balai Polis Brickfields, adik cakap macam mana mahu ke sana sedangkan adik datan ke Midvalley dengan menaiki LRT, polis-polis jawab, teksi kan banyak, naik jela teksi
Sungguh waktu adik telefon aku berceritakan perihal itu, tangan aku sudah menggigil, sumpah saat itu aku kecewa dengan sikap sambil lewa 3 orang pegawai di Pondok Polis Midvalley
Katalah ketika adik tengah tunggu teksi, jadi apa-apa dekat adik, siapa mahu tanggung?
Katalah ketika perjalanan adik yang tidak tahu apa-apa pasal selok belok jalan di Kuala Lumpur ke Brickfield, berlaku sesuatu yang buruk, 3 orang pegawai tadi mahu tanggung ke?
Setahu aku, sepanjang aku hidup, aku sangat mengagumi dan menyanjungi sikap prihatin polis dalam menjalankan tanggungjawab mereka
Tapi akibat dari peristiwa ragut yang berlaku dekat aku sikit masa dahulu dan kejadian yang berlaku dekat adik di saat genting macam tu, pegawai bagi layanan macam tu, aku hampa, sungguh, aku kecewa dengan sikap yang ditonjolkan mereka
Aku berharap sangat pihak atasan dapat mengambil tindakan terhadap segelintir sikap pegawai polis yang buat kerja sambil lewa ni
Kami penduduk Malaysia mengharapkan pegawai polis memelihara dan menjaga keselamatan kami, janganlah diberi layanan sebegitu, tapi yang pasti aku sangat kecewa dengan layanan 3 orang pegawai di Pondok Polis Midvalley


Jadi di sini, kepada semua pembaca dan rakan-rakan, please please please, sila berhati-hati tidak kira di mana sahaja anda berada.
Walau dalam surau yang kita rasa selamat pun, boleh berlaku perkara ini
Orang jahat, nak buat jahat tak kira tempat walaupun surau itu rumah Allah, sikit pun tak takut dengan balasan Allah
Tolong jangan percaya siapa-siapa yang baru dikenali tidak kiralah makcik ke, budak-budak ke, perempuan bertudung muka putih suci ke, pakcik kedut-kedut ke, sial jangan percaya
Bersikap sombong itu perlu apabila kita berada di tempat asing untuk pastikan kita tidak menjadi mangsa kepada mereka yang berniat jahat ini
Malaysia 2012, tidak sama macam Malaysia tahun 1990 dahulu, semuanya sudah berubah
Aku tidak rasa Malaysia ini negara yang selamat lagi
Dalam keluarga kami, ayah, mama, aku, nabila, keempat-empat kami pernah diragut dan dirompak
Dan daripada kejadian tersebut, kami lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling yang kita sendiri tidak tahu niat orang samada betul-betul ikhlas mahu menolong atau pun sebaliknya
Lagilah sekarang ni lepas raya, kebanyakannya balik dengan duit yang banyak, jadi tolong berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga sekiranya ingin ke mana-mana
Beraya, beraya juga, tapi jangan lupa keselamatan diri sendiri dan orang tersayang

Thursday, August 16, 2012

.Raya raya raya.



Assalamualaikum semua :)
Hari ini merupakan Ramadhan yang ke-27
Begitu pantas bulan yang suci ini pergi meninggalkan kita semua
Entah dapat ke tidak untuk aku berjumpa Ramadhan tahun hadapan
Semoga dipanjangkan umur untuk bertemu lagi
Macam mana dengan persiapan raya?
Baju raya dah siap?
Untuk baju raya tahun ini, aku sudah tempah dari bulan 2, kononnya untuk dipakai ke majlis kahwin sahabat handai, tapi memandangkan masa yang tidak mengizinkan, tidak dapat ku hadirkan diri ke majlis persandingan kawan-kawan
Walaupun hantar baju bulan 2, tapi awal Ramadhan aku pulang ke Muo dan niatku memang ingin mengambil baju raya, tetapi apakan daya apabila auntie kata baju tak siap lagi, malam raya nanti dia hantar ke rumah
Auntie ni dah biasa agaknya tetiap tahun, masa kita tengah sibuk masak juadah raya, mesti dia pun datang hantar baju raya, jadi dah terbiasa sampaikan baju yang dihantar dari bulan 2 pun tak siap lagi
Tahun ini aku buat 3 pasang kurung raya, 1 pasang tu kain sari dari India, al-makulumlah adik kedua rajin ke india, memang mama bakal dapat menantu dari India la jawabnya ;)
2 pasang lagi, aku beli kain dekat kakak ofis, kain tu bukan sama, maksudnya, untuk baju corak lain, untuk kain corak lain, cuma warna asas je sama
Jadi dari buat sepasang, aku buat 2 helai baju, kain tak payah sebab aku banyak kain kosong, jadi pakai jela dengan mana-mana
Itu jela, takde kasut baru, handbag baru, cuma mungkin nak beli pashmina baru
Tahun ini ingatkan nak raya rumah kawan-kawan rapat, yela sementara bujang lagi ni, mana la tahu kalau tahun depan dah kahwin, ikut suami pula (insyaAllah)
Kuih raya pula biasanya memang mama yang beli sebab mama dah ada penjual tertentu yang mama biasa beli dengan mereka
Kuih tart nenas jela yang kami buat
Biasanya mama rajin buat tempeyek, tumpi, kuih ros sendiri, tetapi memandangkan keadaan kesihatan mama yang kurang mengizinkan tahun ini, tak dapat mama buat kerepek-kerepek idaman anak-anaknya
Takpe la, yang penting tak susahkan mama
Tahun ini pun, aku dengar persiapan raya di rumah Muo meriah semacam je
Rumah di cat, pokok-pokok bunga makin banyak, lampu-lampu makin bergemerlapan, kemain lagi, tapi aku gembira tengok mama ayah gembira, yang penting mereka puas hati
Aku masih di pejabat lagi sehingga Jumaat esok, dan insyaAllah akan pulang dalam pukul 11 malam
Harap sangat tak sesak jalan masa tu, tak sanggup hadap jem
Tapi mood kerja memang out 100% lah sebab dalam kepala ni dah bayangkan ketupat, sambal kacang, rendang daging, kari ayam, kuah lodeh, kuih tart, almond london, tempeyek, kerepek pisang, sarang semut, aaa tolonglah tak boleh nak buat kerja langsung, sampaikan aku lukis gambar makanan-makanan tu dalam buku nota (dahsyat ek?)
Aku tengok kawan-kawan yang dah berkahwin, sibuk nak balik kampung suami / kampung isteri
Tiba-tiba tak nak kahwin sebab aku kesiankan mama tunggu aku balik kampung nanti, mesti mama sedih, lepas tu mesti aku menangis
Kalau boleh nak kahwin dengan lelaki Muo, senang je tak payah berebut, lelaki Muo yang single, kerja bagus, beriman, penyayang, sedap mata memandang, kalau nak hantar rombongan meminang, dialu-alukan
Tapi kalau jodoh dengan lelaki jauh negeri, contohnya Kemaman ke, aku harap suami aku boleh bertolak ansur, kiranya macam bergilir-gilir tetiap tahun ke kan, tak pun sebab Kemaman mungkin kurang meriah ketika hari raya puasa, jadi untuk hari raya puasa bolehlah pulang ke Muo je, hari raya haji kita boleh pulang ke Kemaman (gelak jahat)
Tapi malas nak fikir sebab belum lagi masanya kan
Tahun ini budak-budak mesti suka dapat duit raya kan?
Sebab yela tahun ini semua nak tukar duit baru
Aku yang tukar duit baru pun dah semacam rasa malas nak bagi duit raya sebab aku sayang duit baru tu (eh?)
Kepada pembaca belog sambalbelacan ini, aku menyusun 10 jari meminta kemaafan jika ada entri yang buat kalian terasa hati, al-maklumlah, kadang-kadang apabila emosi sudah menguasai minda, banyak yang terluka
Kepada rakan-rakan taulan, selama kita kenal, aku tahu aku banyak melukakan hati ramai orang dari segi perbuatan atau perkataan, jadi di bulan yang mulia ini, aku memohon kemaafan dari kawan-kawan semua di atas segala silap dan salah
Kepada bakal suami (you know who you are), kalau awak baca belog ini, saya minta maaf kalau sepanjang saya kenal awak, saya ada buat awak terluka atau terasa hati dengan awak, bab kata awak, saya kan perempuan paling pelik dalam hidup awak, jadi mestilah banyak benda pelik yang saya buat kan, maafkan saya ye?
Raya berpada-pada ye semua, makan ketupat ingat dengan aku ye semua
Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan!

Wednesday, August 15, 2012

Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun


Assalamualaikum teman-teman penulis, pembaca awam dan silent reader :)
Diam tak diam, umat Islam di Malaysia sudah berpuasa selama 26 hari
Masa berlari meninggalkan kita dengan sangat pantas sampaikan aku rasa belum puas lagi beramah-mesra dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini
Memandangkan aku terlalu mengantuk sampaikan terpaksa cari peribahasa Karam Singh Walia untuk ketawa dengan tujuan elakkan aku dari terlelap, aku curi sedikit masa untuk menulis
Sedikit sahaja, tak lebih, nanti hilang berkat bekerja dan gaji kalau curi tulang selalu
Bercakap mengenai gaji dan berkat, ada yang buat hati tertarik untuk menulis mengenai perkara ini
Seorang kawan bertanya kepadaku bagaimana mahu ketahui samada gaji itu berkat atau tidak?
Emm, payah untuk aku jawab sebab keberkatan itu adalah datangnya dari Allah
Mungkin kita rasa gaji kita cukup berkat, tapi mana tahu ada sedikit kurang berkat gara-gara kita curi masa menulis belog macam aku semasa bekerja ni kan
Ada pun semasa kerja, sepatutnya diberikan tumpuan 100% dalam menyelesaikan hal kerja
Mungkin sesetengah orang 90% kerja, 5% main facebook/twitter, 5% bergosip
Mungkin ada yang 50% kerja, 50% main facebook/twitter
Mungkin ada yang 30% kerja, 60% main facebook/twitter,10% pura-pura sibuk bekerja
Mungkin ada yang memang 99% untuk main facebook/twitter,1% untuk kerja
Kita termasuk di dalam golongan yang mana? Tepuk dada tanya diri
Kadang tu sakit hati apabila kita pening kepada fikir masalah kerja, nak muntah mengadap report, tapi tengok sebelah, rilex je layan facebook dari masuk kerja sampai balik kerja
Tak pun sibuk BBM, ish, kehadiran Blackberry ni mendatangkan keburukan la
Rasa sangat tak puas hati apabila aku sibuk berlari ke sana ke mari, ada rakan kerja yang cuma goyang kaki ketawa-ketawa tengok youtube, facebook atau twitter
Bertambah sakit hati apabila rakan sekerja fresh grad, ditawarkan gaji yang agak tinggi, tapi tak menyumbang apa-apa melainkan menambahkan bil elektrik sebab kerap sangat caj telefon atau sibuk tengok facebook
Apa yang kita mampu buat cuma memendam perasaan, mungkin ada juga yang telah ditegur oleh bos, tapi tetap sahaja buat endah tak endah sahaja

Jangan pula tertanya kenapa duit selalu tak cukup sedangkan gaji kita ni tinggi
Cuba tanya layak tak kita dapat gaji dengan nilainya begitu dengan usaha dan tanggungjawab kita terhadap kerja yang diberikan kepada kita?
Ada yang gaji kurang dari kita, tapi hujung bulan, dia masih lagi punyai wang yang cukup malahan mungkin ada lebihan lagi
Kita tertanya diri kita, si polan ni tak keluar shopping ke?si polan ni catu makanan dia ke?si polan ni tak keluar berjalan-jalan ke?
Kemudian kita cuba tengok si polan ni di tempat kerja, rajin ke tidak dia ni?Selalu deliver kerja on time ke tidak?
Mungkin si polan mungkin beri 100% perhatian pada kerjanya, gaji yang kurang dari orang lain, lebih dari mencukupi untuknya
Jadi faktor begini kita kena teliti dan lihat dengan mendalam
Aku sendiri tak mampu nak berikan 100% tumpuan kerja, tapi InsyaAllah 90% adalah untuk kerja dan 10% lagi untuk baca berita, bergurau, menulis belog dan termenung melihat langit biru
Tapi bagi aku, kalau bekerja tu jangan kurang dari 90% tumpuan kita tu
Kerja tetap kerja, nak layan social network ni, tunggulah selepas pulang ke rumah atau pun pada hari minggu
Seriously, tak bosan ke menghadap Facebook sepanjang masa?
Apa yang menarik sangat tu?Kalau dulu memang menarik game dia, tapi sekarang facebook pun aku rasa semakin tidak selamat

Jadi mari kita sama-sama ubah diri kita
Jadi bangsa yang rajin dan tekun
Ketika kerja bagi sepenuh komitmen
Kalau rasa tak mampu lagi bagi tanggungjawab dengan 100% terhadap kerja dan tiada hati lagi, aku rasa baik cari kerja yang bersesuaian dengan jiwa dan hati kita
Macam aku, dalam masa setahun setengah, sampai 3 kali tukar kerja dan alhamdulillah, tempat kerja kali ke-4, tak pernah terlintas untuk aku berhenti kerja atau rasa malas untuk bekerja walaupun terpaksa meredah jem selama 2 jam
Jadi ingat, kaf ba ra kaf alif ta nun   :)

Monday, July 30, 2012

.Kemaafan itu dendam terindah.



Assalamualaikum
Eh, biar betul la kan rajin pula aku update blog hari ni, emm mungkin bagi hilangkan perasaan mengantuk yang melampau-lampau ni
Hampir lama juga aku kehilangan idea mahu menulis
Mungkin aku terlalu asyik dengan dunia cinta melampau-lampau sampaikan aku hilang masa untuk diri aku sendiri
Ini aku salahkan diri sendiri, tak elok sebenarnya macam ini, perlu bersederhana dan tidak melebih-lebih ye Suhaila selagi tiada ikatan yang sah

Petang semalam, semasa menunggu waktu berbuka, aku, adik dan housemate duduk di hadapan tv sambil mendengarkan zikir dan bacaan suci ayat Al-guran di astro Oasis
Kemudian keluarlah iklan Imam Muda yang bakal disiarkan nanti
Ada la seorang calon dari Kepala Batas rasanya memperkenalkan diri
Terus sahaja housemate cakap orang kampung memandangkan dia juga berasal dari Kepala Batas
Pantas sahaja aku tanyakan 'Babe, kalau kau mahu tak dipinang ustaz muda ni?'
Housemate-ku menjawab 'Siapa yang tak mahu, semua perempuan idamkan suami yang soleh, perempuan jahat pun impikan lelaki yang boleh imamkan dia dan bimbing dia, tapi siapalah aku ni'
Yela, semua perempuan mahukan suami yang soleh supaya dapat membimbing mereka ke arah kebaikan
Dan sekarang ni, cuba tanya mana-mana perempuan pun, hampir semua mahu mencari bakal suami macam suami Irma Hasmie
Tanyalah makcik-makcik yang punyai anak perempuan, rata-rata memang berkenan habis dengan suami Irms Hasmie tu sampaikan semua nak berubah macam Irma Hasmie
Dan malam semalam perbualan dengan seorang teman baik yang bertanyakan aku bagaimana untuk kita buang jauh-jauh perasaan teringatkan masa silam seseorang yang kita sayang
Emm, percayalah bukan mudah untuk kita terima masa silam seseorang itu dengan hati yang terbuka
Ibarat suami Irma Hasmie yang dikhabarkan seorang duda, lalu ditanyakan soalan apa pandangan Irma terhadap suaminya itu..tahu apa jawapan Irma? 'Saya pun ada masa silam dan kesilapan sendiri'
Jawapan seorang isteri yang menjaga maruah suaminya
Bagi aku jawapan itu sangat tepat dan bijak lebih-lebih lagi tugas seorang isteri adalah wajib menjaga maruah suaminya dan nama baik suaminya
Jadi jawapan aku kepada kawan baik ku adalah kadang-kadang kita rasa diri kita cukup sempurna sampaikan kita berani untuk hukum seseorang berdasarkan kisah silamnya, kita terus mengungkit dan terus teringatkan peristiwa lampau sampaikan kita susah mahu memandang ke hadapan, benda ini terjadi dekat diri aku sendiri yang mahukan kesempurnaan sampaikan sanggup melupakan hati ramai pihak
Tapi aku bersyukur, peristiwa yang berlaki dalam masa 2-3 minggu ini, dan peristiwa meluahkan perasaan takut dan paranoid aku kepada seorang kawan baik istimewa, membuka mata dan hati aku
Kita fikir kenapa penagih dadah kembali menagih walaupun sudah berjanji tidak mahu menyentuh najis haram itu lagi?
Kita fikir kenapa pencuri mencuri lagi walaupu telah menerima hukuman?
Kita fikir kenapa penzina tetap sahaja berzina walaupun tahu perbuatan itu haram dan berdosa besar?
Sebab pandangan kita semua termasuk aku terhadap dirinya yang lampau sedangkan mereka sangat memerlukan sokongan dan galakan kita untuk berubah
Astaghfirullahalazim, mungkin ada yang antara mereka ini terus sahaja melakukan perkara tidak elok disebabkan diri kita sendiri yang tidak mahu menerima dan percaya dengan perubahannya
Siapa kita untuk menghukum seseorang itu baik atau jahat sedangkan kita sendiri tidak tahu keadaan kita nanti apabila saat ditarik nyawa, mati dalam iman atau sia-sia sahaja (minta dijauhkanlah)

Apa yang perlu kita buat adalah yakin bahawa dia boleh jadi lebih baik dari dahulu
Lupakah kita yang kita pun pernah lakukan kesilapan?
Lupakah Nur Suhaila yang awak dahulu pun banyak dosa dan salahnya sampaikan awak sukar redha dengan masa silam orang lain?
Ibarat kata teman istimewa ini, kita jangan paksa diri untuk melupakan, tapi kita terima masa silam tu
Ya, memang itu yang patut kita lupakan, ibarat air yang jatuh ke atas tanah, meresap ke dalam tanah, meninggalkan kesan basah mungkin sehari atau 2 hari, dan kemudian hilang mungkin meninggalkan sedikit kesan ke atas tanah tersebut
Faham tak apa aku cakap ni, siap nak bagi contoh tanah bagai kan (hahahahaha)
Kiranya dalam bahasa mudahnya macam ni la, memang kisah silam seseorang itu meninggalkan kesan terhadap diri seseorang yang lain tetapi apa yang penting, kesanggupan seseorang itu untuk menjadi lebih baik dari dirinya yang dahulu
Kalau asyik menafikan je perubahan dirinya tu, lama-lama mungkin dia putus asa dan tinggalkan kita
Jangan cepat melatah dan menghukum orang lain
Wujudkan ruang kemaadan dan kepercayaan di dalam diri

Tengok macam mana Irma Hasmie ikhlaskan diri menerima suami dia, jadi aku dan yang luar sana, patut ikut contoh yang baik ni
InsyaAllah diri pun makin disayagi, hubungan sesama manusia pun lebih indah dan bertambah erat
Apa kaitan dengan kisah imam muda tadi kan?
Sebab semua orang mahukan yang baik-baik sahaja sampaikan terlupa untuk bagi peluang untuk orang lain berubah dan sanggup menutup mata
Bagi peluang untuk mereka yang mahu berubah, hey jangan lupa siapa Wardina, Diana Amir, Irma Hasmie dahulu sebelum mereka berubah menjadi siapa mereka hari ini, jauh lebih baik dari aku dan mungkin orang di luar sana yang sejak azali menutup aurat tapi selalu melakukan dosa
Tengok mereka sekarang, jauh lebih baik dan berilmu agama dari aku yang kononnya sekolah agama sampai darjah khas tapi tak amalkan apa yang aku pelajari
Jadi terima seadanya kisah silam orang lain dengan redha dan ikhlas, sayangi dia dan teruskan menyokong dia dengan penuh kasih dan keimanan
Benda yang lepas jangan dikenang
Hidup ini ibarat memandu kereta, kadang-kadang perlu untuk melihat side mirror atau back mirror untuk pastikan pemanduan kita lancar dan elakkan kemalangan, tapi selebihnya kita fokus pemanduan kita dengan memandang ke hadapan supaya selamat sampai ke destinasi yang dituju
Pandang sikit-sikit je kisah dahulu, jadi kita boleh ambil iktibar dan teladan dan perbetulkan apa yang perlu

.Ramadhan aku datang kepadamu.


Assalamualaikum :)
Diam tak diam, sudah masuk hari ke-10 umat islam di Malaysia melaksanakan Rukun Islam yang ketiga
Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk sentiasa kekal cergas dan sihat untuk menunaikan kewajipan berpuasa ini
Untuk tahun ini, aku sangat bersyukur dengan perubahan terhadap diriku, dari segi menahan nafsu makan
Hari pertama sehingga sepuluh, baru sekali aku jejakkan kaki ke bazar ramadhan, itu pun setelah teringin sangat nak minum air tebu dan apam
Puas hati dapat minum air tebu dan putu piring (eh tadi kata apam?)
Tapi aku rasa suasana di bazar ketika hari Sabtu yang lepas, sayangnya tercemar dengan pemandangan yang menyakitkan hati
Bagi aku, perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku di bulan yang sangat mulia ini, hari-hari yang lain pun tidak patut juga buat
Sepanjang di bazar, MasyaAllah, sakit hati dan sakit mata tengok perlakuan sesetengah manusia yang beragama Islam ni, langsung tak menghormati umat Islam di situ
Tanpa segan silu memakai baju menjolok mata sehingga ada yang menampakkan lurah dada, seluar pendek sehingga hampir menampakkan punggung, dan yang sadis dipakai oleh perempuan beragama Islam
Tak malu ke?kalau sekalipun tak malu dengan orang lain, malu dengan Allah dan malaikat di kiri dan kananmu
Aku dulu pernah juga berada dalam situasi yang mana aku tidak memakai tudung ketika itu, dan perasaan semacamnya 'hot' apabila orang semua pandang tu memang tak dinafikanlah
Tapi percayalah, selepas aku bertudung dan menutup aurat, aku malu dengan aku yang dahulu dan kerap menangis memikirkan keadaan aku yang dahulu
Yang bertudung pula, kenapa cuma menutup bahagian rambut tapi tidak bahagian lain?Apa konsep menutup aurat bagimu?
Adakah sekadar menutup rambut sahaja?Apa salahnya pakai baju berlengan panjang atau setidaknya pun, pakailah cardigan
Tak pun, yang bukan muhrim, berpelukan berpegangan tangan di bazar
Ya Allah, ini bulan puasa, hormatlah!
Bulan tidak puasa pun haram buat macam tu selagi tiada ikatan yang sah
Ini teguran dan ingatan untuk semua termasuk diri sendiri yang kadang kala lalai sebagai umat manusia
Aku banyak belajar dari kesilapan silam dan aku tidak mahu mengulangi diri Suhaila yang lama
Jadi, dengan mengajak rakan-rakan yang lain berubah, bagi aku suatu perkara yang digalakkan
Jadi kawan-kawan, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita perbaiki diri kita dan banyakkan muhasabah diri kita
Apa yang tak patut buat, kita tinggalkan, apa yang baik, kita tingkatkan lagi
Aku takde la cakap diri aku ni bagus, tapi aku dalam proses untuk belajar menjadi yang terbaik dan lebih baik dari dahulu
Alhamdulillah, percayalah kita semua akan mendapat suatu perasaan yang indah dan tenang walaupun ditimpa pelbagai ujian
Kalau dulu aku akui aku akan cepat melatah menghadapai suatu perkara
Contohnya aku lepaskan kemarahan di Facebook dengan menulis status marah-marah yang mana syaitan memang suka dapat menghasut mereka yang marah ni
Dan kawan-kawan yang tiada kaitan pun terasa disebabkan luahan rasa marah tu
Benda macam tu tak elok, ibarat kata si dia, 'Jangan biarkan diri dipengaruhi dengan Facebook atau Twitter,hidup nanti tak tenang sebab terlalu percaya dan taksub dengan benda-benda macam tu' (lebih kurang macam ni lah bunyinya)
Jadi aku mula belajar dari situ, ye aku akui memang susah pada mulanya untuk berubah memandangkan perkara tersebut sudah menjadi 'habit' kita
Tapi aku cuba yang terbaik sebab aku percaya dalam hidup, sampai suatu peringkat, kita kena berubah dan tingkatkan hidup kita
Takkan sampai mati mahu hidup dengan diri yang sama tanpa sebarang peningkatan
Ibarat kata-kata penulis Habiburrahman El-Shirazy dalam karyanya 'Dalam Mihrab Cinta'
'Ada yang dalam diri setiap manusia sebenarnya seekor singa yang garang, tetapi disebabkan dibesarkan di dalam kelompok kambing, jadi berasakan diri sekadar kambing, tapi sebenarnya dia seekor singa yang mampu menjadi yang terbaik'
Jadi, Bismillahhirrahmanirrahim, aku minta diteguhkan imanku untuk berubah menjadi yang terbaik, semoga dijauhkan perasaan kurang elok, tamak atau sombong yang membuatkan aku terlupa aku hanya seorang hamba yang kerdil dan hina disisi-Nya..

Wednesday, July 4, 2012

.Rabu Diam.


Wednesday, May 23, 2012

Tips hubungan kekal lama


Assalamualaikum kepada semua pembaca belog tersayang :)
Memandangkan ramai yang mintak aku bagi tips cara untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan, jadi aku bermurah hati nak share dan kupas tips ni bersama-sama
kadang-kadang terfikir aku ni dah macam Doktor Love pulak kan *sambil tutup muka malu*
mungkin ini rentetan dari entri Tips Melupakan Kekasih Lama la ni yang mendapat sambutan hangat
takpe takpe, sharing is caring kan katanya

Sebenarnya aku pun masih lagi belajar untuk stabilkan hubungan dengan si dia
jadi tak banyak yang aku dapat kongsi, tapi aku cuba juga berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman kawan sekeliling dan juga berdasarkan pemerhatian peribadi.



1. Jujur.Jangan Menipu

- Yang ini merupakan antara keyword untuk menjayakan sesebuah hubungan. Jangan menipu sebab apabila sekali menipu, kita akan cenderung untuk menipu lagi bagi menutup penipuan sebelum ini. Kiranya, walau apa pun yang kita buat, cakap je dengan pasangan kita, samada masa tu ataupun selepas kejadian. Cara menyampaikan tu, terpulang la pada individu. Sebab bayangkan kalau kita menipu pasangan kita dengan cakap kita balik kerja lewat tapi hakikatnya kita dah lama balik dan tengah keluar dengan kawan-kawan. Bayangkan kalau pasangan kita dapat tahu yang kita tak jujur, kan dah bergaduh lepas tu, dari elok-elok je pasangan kita ok dan boleh terima kita keluar dengan kawan-kawan, terus tak percaya ingatkan kita keluar dengan perempuan / lelaki lain. Yela sebab mestilah pasangan kita akan terfikir-fikir kenapa kita tak cakap je kan hal sebenar. Jadi jangan tipu


2. Percaya 

- Kenapa kebanyakan lelaki menipu pasangannya?Macam contoh dia kata dia pergi gerai buah pukul 12 malam, mestilah kita rasa curiga kan, kedai buah apa bukak sampai pukul 12 malam kan?Dekat situ kita dah ragu-ragu, hilang dah 10% percaya sampailah si dia MMS gambar kedai buah yang dia pergi tu, sampai macam tu sekali kan sebab ragu-ragu punya pasal kan. Lepas ni pasangan kita menipu la cakap dia sibuk dengan kerja sebab malas nak cakap hal betul, cakap hal betul pun diragui jugak, baik menipu je kan. No No No! Walaupun kepercayaan itu merupakan suatu perkara yang sangat susah untuk dibina, tapi kita kenalah berusaha untuk percayakan pasangan kita. Bab-bab kepercayaan ni, aku memang sedang belajar. Cara untuk aku belajar adalah dengan poisitifkan fikiran dan diri. Memang susah sangat memandangkan hubungan kami ni jarak jauh kan, tapi aku cuba untuk belajar. Aku cuba berfikiran positif dan kekalkan kewarasan diri supaya dapat berfikir secara rasional. Hubungan yang sihat adalah hubungan di mana kita saling mempercayai pasangan kita dan cuba untuk bersikap setenang yang mungkin dan menikmati keindahan hubungan kita tu


3. Perbualan terbuka

- Kiranya kita ni boleh menerima kritikan dan teguran dari pasangan kita. Memang mula-mula angin kan, yela sebab kena tegur kan, siapa suka kan. Tips dia, apabila kena tegur atau dikritik pasangan, diam dan berfikir baik buruk teguran tu dan kenapa si dia menegur kita. Bukan terus melenting terus merajuk tak tentu pasal. Dah tentu lepas ni pasangan kita pun macam hambar je sebab semua benda tak boleh ditegur. Gurau-bergurau, kongsi masalah sama-sama, cuba untuk cari penyelesaian sesuatu masalah bersama-sama, kan comel je tu kan?


4. Jangan sesekali bercakap untuk berpisah

- Dah kenapa kan tiba-tiba kita sms pasangan kita cakap nak berpisah, padahal orang tu elok-elok je tengah buat kerja. Alasan berpisah, sebab overthinking yang pasangan kita dah tak sayangkan kita la, dah tak ingat kita la, sedangkan orang tu takde la buat apa-apa, dia cuma stress dan banyak masalah je ketika itu. Ni memang aku akui perangai perempuan. Tiba-tiba mintak putus sebab rasa tak dicintai dan kurang kasih sayang. Mati kutu boyfriend dapat sms macam tu. Macam mana tetiba boyfriend reply sms 'Okay kita putus!', tak frust menonggeng la pulak kan. Lepas tu nangis-nangis nak balik dekat boyfriend tu. Ish, perangai macam ni wajib ubah. Sebab lelaki ni apabila dia cintakan seseorang tu, dia cuba merendahkan ego dia. Kalau dah banyak kali cabar dia, lama-lama hilang sabar la kan. Jadi jangan berfikir ikut emosi tapi akal fikiran


5. Kalau bergaduh, maafkan dan lupakan pergaduhan itu dengan ikhlas

- Kebanyakan dari kita ni, suka sangat mengungkit hal-hal lama dan dah lepas (termasuk aku). Geram betul la perangai macam ni, omputih kata 'Let bygones be bygones', tapi orang Melayu kita ni sampai ke mati nak mengungkit je kan. Toksah la buat perangai macam ni, apa yang dah lepas, kita biarkan. Bukan ke si dia dah mintak maaf dari kita dan kita pun dah cakap kita maafkan dia kan? Jadi kenapa selalu nak mengungkit? Aku cabar diri aku untuk buang tabiat buruk ni jauh-jauh. Tak sihat lah kalau asyik mengungkit je, seolah-olah semua kebaikan pasangan kita tertutup dek SATU kesalahan yang dilakukan tu


6. Kalau tak ok perasaan dan hati tu, toksah la cakap ok, cakap je tak ok

- Jangan la menipu perasaan sendiri cakap kita ok je dengan apa yang dia buat, sedangkan kita terluka. Nanti pendam-pendam, lepas tu meletup dan bergaduh besar. Tak elok la buat macam tu. Kalau rasa tak suka dia buat macam tu, kabor je tak suka. Kalau rasa apa yang dia buat tu melampau dan lukakan perasaan kita, terus terang je. Baru dia tahu apa yang kita rasa. Kadang-kadang sebab kita diam je, pasangan kita ingat kita ok je dengan apa yang dia buat, sebab tu dia buat je benda yang kita tak suka tu


7. JANGAN BERCAKAP PASAL KEKASIH LAMA

- Tahu tak annoying gila kalau pasangan kita sentiasa bercakap pasal bekas kekasih dia? Apa kata, apabila pasangan kita bercerita mengenai bekas kekasih dia, kita pun tak payah jaga hati dia, kita pun join sekaki cerita pasal bekas kekasih kita. Ambil kau, berlumba-lumba kita tengok bekas siapa yang lebih baik kan?Memang loser okay buat macam ni, tak payah nak berlumba sangat. Instead of mendengar, apa kata kita terus terang je cakap kita tak suka. Sekali dua mungkin kita boleh terima apa yang dia ceritakan, mungkin untuk kita ambil pengajaran kenapa dorang berpisah, tapi kalau kerap sangat, tak elok juga. Mungkin pasangan kita rasa tak salah memandangkan si dia pun dah dengan kita sekarang ni, tapi jaga la hati pasangan awak tu.


8. Berhati-hati dengan perasaan pasangan kita

- Sesuai la dengan tips di atas, kita kena la peka dengan perasaan pasangan kita. Dia suka ke, dia benci ke, dia marah ke, dia kecewa ke, dia sedih ke, kita kena tahu. Sekurang-kurangnya kalau kita jauh pun, benda-benda kecil dengan bertanyakan dia ok ke tak hari tu, boleh buat dia tersenyum dan mungkin hilang sedikit perasaan tak nak berapa best yang sedang bergolak ketika itu


9. WHEN YOU HAD FIGHT, DON'T LET THE DAY PASS WITHOUT BEING FINE

- Tips ni aku paling suka. Macam mana marah pun kita dengan si dia, pastikan sebelum tidur, kita buang ego campak jauh-jauh, mintak maaf tak kira la siapa yang bersalah, dan maafkan si dia dengan sepenuh hati. Jangan biarkan pergaduhan tu berlarutan sehingga berhari-hari, sedih tahu tak kalau tak dengar suara pasangan kita.


Itu sahaja tips yang mampu aku kongsi bersama. Ada yang berdasarkan pengalaman sendiri dan ada yang dari pembacaan dan pengalaman kawan-kawan. Apa pun aku percaya dalam sesebuah hubungan, kalau mahu berjaya, kena banyak bersabar dan berfikiran positif. Apabila keadaan agak melampau dan tegang antara pasangan kita, ambil masa, berfikir, fikir macam mana kalau selepas dia letak telefon, lepas kita marah-marah dia, Allah tarik nyawa dia?Jadi hargailah satu sama lain :)





Thursday, May 17, 2012

Bukit-bukit lama-lama jadi gunung


Assalamulalaikum

Kalau ada yang perasan, setiap kali mahu membaca belog aku ni, mesti kena masukkan userid password bagai kan
sebab aku hadkan pembaca aku ni cuma di kalangan para penulis belog
bukan apa, aku dapat tahu, ada la sekumpulan lalat kecil ni, rupa-rupanya terjumpa belog aku ni, dan kerap membincangkan apa yang aku tulis di sini
lama-lama aku fikir balik, tak perlu la aku nak hadkan apa yang aku tulis ni, sebab semua orang punyai hak untuk menyatakan apa yang dirasa, kebebasan bersuara kan
selagi tak mendatangkan mudarat, tak salah untuk luahkan apa yang dirasa ada orang rasa dengan bercakap depan-depan, masalah akan selesai, dia puas hati tapi dia tak sedar mungkin ada yang tak boleh terima dengan apa yang disampaikan tu ada orang lebih senang untuk menulis samada di surat, sms, atau juga belog
mula-mula mungkin sukar untuk menerima, tapi apabila diulang baca, mungkin ada betul, mungkin ada salah
jadi di sini, aku terus buka belog ini untuk umum
persetankan apa cakap-cakap kosong orang lain sebab manusia akan sentiasa bercakap, baik pun mengata, jahat pun diumpat juga
jadi yang penting kita, keluarga, kawan-kawan dan pasangan hidup kita yang kenal kita, dan kita pun bukan orang asing dalam kehidupan seharian mereka

ok, berbalik kepada topik asal mengenai aktiviti hujung minggu aku yang lepas
kali terakhir aku mendaki adalah pada hujung bulan Januari 2011
selepas 1 tahun lebih tak mendaki gunung atau bukit, hujung minggu lepas aku ikut kawan-kawan sekerja aku mendaki bukit kutu
bagi aku, dah tak layak digelar bukit lagi, tapi lebih layak dipanggil gunung
sebelum mula mendaki, kami sarap dahulu di RNR Sg.Buloh
menu pagi aku adalah nasi goreng + telur sebab perut lapar yang amat
selesai bersarapan, kami terus gerak ke Kuala Kubu Bharu
sampai sahaja di sana, tanpa berlengah lagi, kami terus mendaki
di awal pendakian, di antara Checkpoint 1 dan 2, aku rasa oksigen tak sampai dekat otak aku
dengan keadaan tercungap-cungap, aku berhenti sebentar, kawanku Adibah mula mengurut belakang leher, saat tu aku rasa nak pengsan dan mahu turun semula ke bawah
akhirnya, terburai segala isi perut di situ, telur, nasi, lobak, kacang, eh memang terkeluar semua tanpa sempat dihadam
selepas puas muntah, dan bibir kembali merah, kami teruskan pendakian dan kemudian sekali lagi, aku mengeluarkan isi perut dengan jayanya, kali ini lebih banyak dari sebelumnya dan selepas muntah, aku pitam pula
selepas minum 100+ dan mentos, aku rasa tenaga aku kembali aku mendaki dengan penuh tenaga dan semangat
daki daki daki, selepas 4 jam, sampai juga kami di puncak
rasa nak menangis sebab banyak sangat rintangan
bagi aku, trek ke Bukit / Gunung Kutu ni, memang sangat menarik sebab kami perlu merentasi sungai, cerun dengan kecondongan 70% tanpa tali, lalu batu-batu besar yang bentuknya macam kapal angkasa, semua ni memang tak akan dapat kalau aku tidur terbaring sahaja dekat rumah
perjalanan turun pula, agak mencabar memandangkan hujan turun dengan agak lebat ketika itu
aku memang menggelongsor turun, dah tak berdiri, aku duduk sambil menggelongsor, bila lagi kan nak buat macam tu
akibatnya kaki aku melecet =.=
tapi pengalaman ni memang tak akan aku perolehi di mana-mana, dan aku bersyukur ketika berada di puncak bukit, sambil menghirup udara segar gunung, kabus sejuk menghempas ke muka kami
Ya Allah, sungguh indah ciptaan-Mu, betapa kerdilnya aku ni sebagai seorang manusia
dan dari puncak tu, boleh nampak empangan di situ, lembah-lembah dan gunung Rajah kalau tak silap aku
selepas ini, insyaAllah kami ke Gunung Angsi pula
pastikan stamina cukup dan tak makan pagi berlebihan


 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com