Pages

Tuesday, March 24, 2015

Persediaan nak kahwin


Assalamualaikum semua pembaca kekakak semua :)
Nak pengsan bila tengok last entri adalah pada 17 April 2013 (?!!), huish hampir 2 tahun aku hilang menyepikan diri, harapnya ada lagilah kan pembaca yang sudi membaca blog aku ni haa, dan harapan sangat supaya skill menulis masih lagi elok macam sekolah-sekolah dulu

Sepanjang 2 tahun menghilang ni, banyak sangat perkara terjadi dalam hidup aku, contohnya paling best mestilah bab menikah :)
Alhamdulillah, aku selamat dinikahkan dengan pasangan hidup paling kacak dan baik hati di mataku iaitu Khairul Izzuan Alwi setelah kisah percintaan ibarat ombak melanggar kapal, betulkan kapal balik, lepas tu ombak langgar lagi, lepas tu langgar lagi dan lagi, alhamdulillah masih utuh lagi kapal belayar di lautan, gitew perumpamaan kekakak kan
Kami dinikahkan pada 30 Ogos 2014 di Muar, Johor

Haa meh nak cerita pengalaman nikah aku bagi menjadi panduan dekat bakal pengantin di luar sana
Aku bertunang pada 23 November 2013, kiranya tak sampai setahun la kan kami ni bertunang
Selepas je bertunang, aku terus buat checklist A sampai Z apa yang perlu aku buat sehingga tiba bulan Ogos 2014 tu nanti
Checklist ni bagi aku wajib untuk elakkan kita tersasar dari landasan, al-maklumlah kan, kita ni orang perempuan cepat berubah fikiran, kejap nak baju fesyen gini, kejap nak baju fesyen gitu pulak
Tapi apa-apa pun pastikan dah pergi kursus kahwin dulu ye, untuk aku, aku dah pergi kursus kahwin awal-awal dah, aku pergi seorang diri je (eh, takde masalah pun pergi seorang diri, dah kalau pasangan jauh, nak jugak pergi sama-sama, itu menyusahkan okay?)
Memandangkan aku ni jenis sistematik sikit orangnya, kebanyakan benda aku dah prepare siap-siap, contohnya macam beg untuk doorgift aku beli 7 bulan sebelum nikah, aku pakai brown paperbag sebab aku kan pencinta tegar alam sekitar, lagi pun harganya murah, fikir punya fikir, aku rasa kalau dapat doorgift, memang purata orang kita ni buang je paperbag cecantik tu kan, jadinya better aku pakai jenis brown paperbag tu, kalau orang nak koyak, koyak je, kalau buang, dia senang mereput, tapi harapnya orang tak buang merata-rata la kan
Aku siap pergi chow kit dengan adik aku semata-mata nak cari brown paperbag sebab beranggapan dekat sana je ada jual paperbag tu, ambil ko, sampai sesat ke mana entah kami pergi, paling sadis rupa-rupanya dekat GM Klang pun ada okay, penat je siap tanya abang polis dekat mana kedai jual paperbag warna cokelat
Lepas tu letak la dolly paper bagi fefeeling vintage sikit kan, itu pun masa tu dah pening dah nak beli warna apa, akhirnya ambil warna putih bagi nak vintage sangat tu



Inilah paperbag yang aku gigih sangat cari dekat chow kit tu sampai sesat bagai, yang dalam paperbag warna peach tu, untuk family sebelah suami, semua tu DIY, dalam tu makanan semua, paling special yang diperkatakan orang adalah kuih batang buruk yang mama buat sendiri :)



Barang hantaran

Untuk barang hantaran, awal-awal lagi aku dan Izzuan dan tetapkan berapa budget untuk hantaran masing-masing, dan haruslah budget aku lebih sedikit dalam RM500 - RM1000 untuk Izzuan sebab pihak lelaki kan dapat lebih 2 dulang, lagi pun sekali sekala nak membeli untuk pasangan kan, nasib baik duit memang saving siap-siap sebelum tunang lagi (ini penting ye, nanti takde la korang pening kepala, saving tu bahagi la untuk kahwin, untuk lepas kahwin, untuk emergency, untuk masa depan)
Untuk perhiasan dulang hantaran, meh sini kekakak nak ajar, kalau nak cari bunga cantik dan murah dan nampak seakan-akan bunga hidup. aku suggest korang pergilah ke Kaison, memang berbaloi-baloi sangat, harga pun murah, mula-mula aku nak hias pakai baby breath, tapi bila fikir balik, nanti layu pulak, bagi jela bunga palsu yang menyerupai bunga hidup, semua DIY ye, buat 2 hari sebelum majlis sebab masa tu rasa semua benda dah settle dah, doorgift pun dah isi siap-siap dah semua tu, dulang pula aku beli dekat kedai depan GM Klang, murah sangat okay




Tips nak beli barang hantara adalah belilah barang yang kita dan pasangan memang akan pakai, macam sandal ni kan, memang Izzuan jenis pakai kasut selesa, so pergi Clarks memang dah target untuk kasut jenis tu je, sudahnya sampai sekarang dia memang pakai kasut ni je, mestilah aku gembira sebab dia pakai kasut yang aku bagi tu


Nak tunjuk sikit, ni hantaran dari Izzuan kepada aku, aku memang cakap bagi kasut yang aku pakai, kami pun memang shopping barang hantaran sama-sama, cuma dia akan pilih barang aku, aku pilih barang dia, tapi haruslah tanya berkenan ke tidak, jadinya semua orang tengok ni kasut budak ke apa kan saiz 4, kasut flat, hahahah



Hiasan meja makan dan DIY Hand-bouquet 

Untuk hiasan meja makan, aku beli bunga baby breath dan orkid oren, dua-dua bunga ni memang kegemaran, aku jugak beli bunga fever few nak hias sikit-sikit antara 2 bunga ni
Total aku habis untuk 3 jenis bunga adalah dalam RM300, bagi aku murah dah tu sebab aku ambil banyak sangat bunga baby breath tu, nasib baik aku memang baik dengan Auntie kedai bunga dekat Pasar Muar tu haa, sebabnya memang tetiap bulan bila balik Muar, wajib singgah beli bunga dekat situ, sampai emak dan adik aku pun kalau pergi sana, dapat harga murah, lagi pun pilihan bunga dia banyak
Tips nak tempah bunga berdozen-dozen ni kan, kalau macam aku, 3 bulan sebelum nikah aku dah tempah dah, aku inform pukul berapa nak ambil, hari apa nak ambil, kalau nak elok, sehari sebelum majlis la pergi ambil bunga tu
Lepas tu untuk hand-bouquet tu pun aku buat sendiri, aku ambil bunga baby breath tu, aku ikat dia dengan riben ala-ala rustic/vintage tu, taraaa dah siap dah, senang pun senang



Tu la baby breath hand-bouquet yang aku sendiri tu, lilit-lilit je, senang





Botol untuk letak bunga-bunga pula, aku ambil je botol air ribena yang kaca tu kan, basuh bersih-bersih, letak je bunga dalam tu, ada juga kalau aku pergi mana-mana event ke, aku ambil jela botol kaca tu, senang je kan, tak payah pening-pening fikir mana nak beli botol tu atau keluarkan budget untuk beli botol tu


Guest book table

Part ni aku paling suka sebab aku memang minat benda-benda hias menghias gini, aku letak je bunga atas meja batu ayah, terima kasih la meja batu ayah yang memang sesuai sangat dengan konsep rustic/vintage ni kan, aku beli brown paper dekat Kaison harga RM3.00 dapat tebal gila kertas tu, lepas tu beli kotak kayu ala-ala vintage juga di Kaison, aku letak hiasan taman mini kaktus/terrarium yang aku buat sendiri (maklumlah, memang buat bisnes terrarium ni kan), letak pensel warna-warna, haa siap semua, senang
Lepas tu aku gantung la hiasan kertas dekat pokok mangga besar tu, kebetulan ayah pulak bela ayam dan burung dekat situ, eh memang alam sekitar sangat 







Baju nikah

Baju nikah ni aku tempah dekat kedai auntie di Aked Muar, senang cerita, sebabnya memang dari kecil sampai besar aku tempah baju dekat dia, hasil dia memang puas hati, harga pun kurang dari RM300 termasuk veil semua
Tips nak tempah baju nikah adalah tak payah la bazir duit tempah dekat fashion designer, pergi je tempah dekat tukang jahit yang memang dah biasa buat baju korang, boleh kawtim harga semua, lepas tu kalau tak puas hati, lepas nikah pergi betulkan balik, pakai time raya ;)
Untuk nikah aku pilih baju warna hijau mint, sebab aku nak ambil berkat Fatimah Az-Zahra yang menikah pakai baju warna hijau, lagi pun warna hijau kan warna kesukaan Rasulullah SAW
Izzuan memang dah pesan jangan buat baju ikut bentuk badan, nanti orang tengok dah berdosa dah padahal ni majlis nak tambah pahala, aku pun memang kurang selesa pakai baju ikut badan, tu yang aku buat baju yang lepas nikah pun boleh pakai lagi tu





Veil tu semua auntie buatkan terus, aku beli kain siap-siap je, inai pulak memang pakai inai sendiri dekat jari, tak melukis-lukis dekat tangan 



Masa majlis ni, dalam hati ada juga terdetik, letihnya kahwin ni ye, cepatlah habis, nak pakai selipar jepun je sebab tak larat, hahaha
Tapi aku nak nasihat bakal-bakal pengantin di luar sana, terpulang nak ikut atau tidak
Pernikahan, perkahwinan memang inshaAllah sekali dalam seumur hidup kita
Tapi tak semestinya itu jadikan kita untuk melakukan pembaziran dan lukakan ramai hati termasuk hati emak kita atau pasangan kita
Walau mampu macam mana pun, lebih elok kita bersederhana sahaja sebab lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit
Paling best kalau boleh DIY sendiri semua benda, puas hati sangat kan
Idea untuk buat pelamin dan macam-macam sekarang, sampaikan boleh buat sendiri kalau rajin bertukang sikit
Yang penting tetamu datang dan gembira dengan makanan yang kita sediakan, layanan yang kita berikan
Aku sedaya upaya skip beberapa adat supaya aku tak lama sangat atas pelamin, contohnya aku tak buat tepung tawar tu sebab aku rasa tak perlu buat pun takpe, hasilnya aku dapat duduk semeja dengan kawan-kawan aku yang sanggup datang jauh-jauh demi aku
Ada juga yang aku tak sempat jumpa sebab kena make-up la semua, tapi aku mesej dorang cakap terima kasih datang
Ada juga yang bila aku nak jumpa je, tetamu lain nak bergambar, kalau sempat, aku bagi isyarat tangan suruh tunggu sekejap
Sempat juga aku duduk semeja dengan beberapa orang kawan sambil temankan dan dukungkan anak dorang sementara dorang makan
Semua tu kenangan sangat sebab kawan-kawan ada masa hari bersejarah kita
Kalau ikutkan nafsu, semua benda kita nak buat, tapi kalau sampai bergaduh-gaduh dengan pasangan, tak berbaloi semua tu

Oh, sekarang dah 7 bulan kami menikah dan alhamdulillah, tak lama lagi ada Suhaila Junior keluar inshaAllah bulan 6 ni, nantikan entri seterusnya ya :)






2 orang pengkritik:

Nur Syazanna said...

SALAM awak
Nk tanya la..mane beli kain mint green utk baju nikah tu ea.saya bekenan la.hee.nmpk cm suci n.simple.hee

Nur Suhaila said...

Wsalam,yang kain tu saya beli dekat kedai kain dekat muar,kampung saya,saya tunjuk design baju saya nak buat tu dengan warna saya nak,then orang kedai tunjuk kain yang sesuai

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com