Pages

Thursday, May 26, 2011

.Journey to the center of the earth.


Agak-agak kalau tengok gambar dekat atas, dapat rasakan betapa seronok tak pergi Taman Negara ni?
yup!minggu lepas aku dan beberapa orang rakan lama dan baru bercuti di Taman Negara
seronok gila sampai rasa tak nak balik nak duduk dengan kaum orang asli di sana
aktiviti?
cakap je, tapi ikut pakej yang disediakan oleh tempat penginapan masing-masing
macam aku, rapid shooting, night walk, canopy walk, waterfall, long boat, dan BBQ..tapi aku tengok ada aktiviti lain yang disediakan di sana, faham-faham sendirilah kena bayar lebih kalau nak sertai aktiviti lain seperti water rafting
seronok gila aku tengok mat salleh dengan anak-anak buat aktiviti tu
next time kalau pergi, aku nak cuba aktiviti tu pula
ok malas nak membebel sebab rasa mood Taman Negara melekat lagi dekat minda dan badan..ecehhh
percutian seterusnya mungkin ke Pulau Pangkor?emmm, tapi tengok dulu sebab aku rasa aku dah mula menyimpan duit untuk ke alam satu lagi..
tapi perasaan hati membara-bara mahu berenang-renang seperti duyung di sana


nama gajah ni Kala, best je jadi gajah, nak mandi orang mandikan
nak makan, orang suapkan
bercakap tentang gajah, gambar di atas ni semasa kami singgah di Santuari Gajah di Kuala Gandah
yang aku nak bercerita ni, semasa kami buat aktiviti night walk di Taman Negara
mula-mula nature guide suluh ternampak rusa, excited gila aku
tutup jap lampu suluh, bukak balik ternampak gajah!
10 kali ganda excited aku
tapi disebabkan beberapa orang pengunjung yang tidak tahu tatatertib ke hutan dan tidak tahu menghormati binatang liar, apa lagi terkinja-kinja buat bising dan menyuluh terus ke mata gajah sehingga gajah tersebut hampir naik minyak
apa lagi, terus nature guide suruh kami turun dari menara tinjau takut-takut gajah rempuh
apa punya orang, masuk hutan, tempat binatang tinggal, behave la
kalau saya suluh mata awak dengan lampu suluh masa awak tengah makan, awak marah tak?
jadi fikir sikit
pesanan untuk yang berminat nak pergi taman negara, hormat binatang yang tinggal dalam hutan
jangan buat bising, buat kepala sendiri lak
tengok, kan dah membebel panjang, sensitif sikit dengan manusia yang tak peka ni
ok sambung lihat gambar di bawah


masa ni kami melawat perkampungan orang asli
kaum batek :)

hampir lemas di situ akibat simbahan bot di sebelah kami (rapid shooting)

pertama kali jejak kaki, pucat lesi muka aku
sebab aku takutkan ketinggian
berhenti kejap dan sambung berjalan di canopy walk ke-2, aku dah boleh adapt sikit
alhamdulillah, aku selamat walaupun kaum-kaum lelaki yang nakal menggoncang-goncang tali tu ye


time ni nak tengok ikan kelah :)

muka penat lepas mandi waterfall warna teh tarik
tapi serius seronok
banyak lagi gambar yang best, tapi aku dah upload di facebook
nanti bosan lak asyik tengok gambar yang sama je kan

overall, aku puas hati dengan percutian kali ni walaupun di awal perjalanan, pelbagai masalah timbul






p/s : tp my sayang, thanks for making me smile, i love you!


Monday, May 16, 2011

.Demam Nur Kasih.



Nurrrrrrrrrr Kasih..Nurrrrr Kasih..
tetiap hari kot aku duk ulang lirik ni..
excited-nya nak tengok Abang Remy..Remy!Remy!Remy!Baby!ehhh..
Khamis ni mementang aku cuti, Alamanda tak bukak lagi aku dah tunggu depan pintu, terus berlari pergi tengok Nur Kasih..dah tak sabar sangat dah ni



suwitnyeeee!!





alolololo..
yang aku over sangat ni kenapa lak kan?
gambar-gambar ni semua dari ihsan facebook Tiztiz



Monday, May 9, 2011

.Laki-laki idaman.



Bercakap mengenai laki-laki kegemaran atau idaman, tipulah kalau ada perempuan yang geleng kepala keluarkan statement tak pernah ada lelaki idaman, nampak sangat nipu-nye tu..
mesti pembaca setia belog aku ni serba sedikit dapat agak kan, aku sedikit tergila-gilakan siapa kan?kan?kan?
tentu-tentulah tahu selepas baca luahan perasaan kecewa selepas Noh Hujan bertunang hari tu..bulan Julai lak nak kahwin..haihhh mengeluh panjang aku
sekarang ni aku nak senaraikan laki-laki idaman yang berkurun lama aku idamkan (dalam mimpi pon jadilah kan)


1. Johnny Depp
- amaigad!!!!!!!!!!!!!!!!abang Joni!!dari muda sampai dia dah tua, aku tetap minat dekat dia, umur Joni ni dah 51 tahun ye kalau tak silap akulah..tengok, dah berdebar-debar jantung aku apabila sebut nama Joni ni, dulu berangan Joni ni kalau datang Malaysia aku nak ngorat dia, tapi non hado la kan nak datangnya ke sini, setakat wallpaper di telefon bimbit pon cukuplah



masa muda dah hensem macam ni


dah tua 10 kali ganda hensem!


pandai main piano lak tu, memang ciri-ciri laki idaman aku ni


speechless sebab hensem sangat dengan umur 51 tahun



2. Remy Ishak
- tetiap hari kot aku tweet Remy ni walaupon dia tak pernah sekali pon reply..ok fine..aku tahu-lah suara aku tak sedap sangat kalau dibandingkan dengan Tiztiz kan?aku selalu membayangkan Remy ni balik kampung dia dekat masjid tanah tu, bertukang buat reban ayam ke, betulkan rumah ke, reban kambing ke..faham tak apa aku nak sampaikan ni?Remy ni kan macam laki melayu terakhir kan, kulit dia, badan dia, siapa cakap dia macam bangla, memang kaki cemburu sebab tak mampu kan nak jadi model dashing macam Remy kan?walaupon tak dapat nak mengurat Remy ni, tapi aku pasrah dengan pesaing utama aku iaitu Tiztiz, sesuai gamaknya, kalau dengan Maya Karin la kan, konfem aku tak akan minat lagi dekat Remy ni, motif?sebab tak sesuai ;p







3. Shaheizy Sam

- oooohoiii!!siapa tak minat dia ni, dari dia tak fames aku memang duk gilakan dia sebab dia ada ciri-ciri abang Joni ok?gaya dia tu, serius dia tu, ala-ala Joni, sebab tu aku jatuh hati dekat dia ni, sanggup aku tidur lambat semata-mata nak tengok Shaheizy ni dalam Fuhhh!macam mana nak ngorat Shaheizy ye?????tapi kalau tak dapat dia, aku memang berkenan sangatlah kalau dia ni dengan Lisa (dah macam ejen pencari jodoh lak kan aku ni)



macam Joni kan?tapi Joni lagi hensem ;)




4. Qi

- first time tengok dia ni masa dia jadi host untuk rancangan apa entah, destinasi bajet ke apa entah, tapi terus suka dia, sebab aku memang suke laki serabut ni, macam-macam comel je..frust la juga apabila dapat tahu dia dengan Julie Woon dulu, tapi apabila dapat tahu dia dengan Yuna, terus suka sangat, sebab aku memang minat gila dekat Yuna..dan dan akhirnya dapat gak aku jumpa depan-depan dengan Qi ni semasa Maysaa event dulu, suka yang amat!dah la friendly kan, comel lak tu, ok jangan nak getis sangat, dan aku tak faham kenapa orang sibuk nak cerita kisah silam Qi ni dan nak label yang dia tak sesuai dengan Yuna, tak fahamlah, banyak sangat Kak Nam dalam Malaysia ni, tak bagus gak..








memang 4 laki-laki ni, aku minat dari dulu sampai sekarang, tapi tak minat nak lebih dari tu pon, kecuali Joni, ok bye!

.Ibu-ku sayang.

Umi, ku petik bintang-bintang
Menyinar, cahaya hidup mu
Umi, dekatlah wajahku
Yang selalu rindu

Ku tak relakan kau menderita selamanya
Biarlah aku yang menanggung derita mu

Umi, ku ingin kau menyaksikan
Sinar, yang ku cipta untuk mu
Umi, berikan senyuman
Agar kau bahagia




Dato' Shake - Umi



Mendengarkan lagu Umi, buatkan aku rasa sebak
Sebak sebab masih belum mampu lagi membalas jasa mama yang terlalu banyak berkorban untuk membesarkan aku :")
Namun, doa aku untuk mama sentiasa mengiringi kehidupan-ku seharian
Mama adalah segalanya bagiku
Membesarkan aku dengan penuh kepayahan dan kesusahan demi untuk melihat aku berjaya pada masa hadapan
kini, umur-ku memcecah 25 tahun
aku rasa masih lagi gagal untuk menjadi yang terbaik untuk mama
hati aku gusar dan sedih waktu ini
aku selalu mahu dekat dengan mama, sentiasa mahu di-sisinya sepertimana mama selalu ada untuk aku dari kecil sehingga dewasa
apabila mengingatkan betapa banyaknya dosa aku kepada mama, mengalir air mataku
zaman remaja aku yang boleh aku kategorikan sebagai nakal-yang-amat, sentiasa ligat bermain difikiranku
mungkin ini cara Allah mengingatkan aku betapa bersyukurnya punyai seorang Ibu yang sanggup bertahan dengan kerenah anaknya
ah, menuliskan ini pon hampir sahaja mengalir air mataku
kenapalah dulu aku degil kan? mesti banyak air mata mama yang mengalir untuk aku..
tapi, sekarang aku makin menghargai mama
setiap masa aku mesej mama, setiap masa aku telefon mama
jadi makin sayang dengan mama
sebab tu, sekarang ni aku berusaha cari kerja yang lebih dekat dengan rumah
aku mahu sentiasa ada dengan mama
semasa bujanglah boleh sentiasa ada dengan mama, nanti apabila sudah berkahwin, tak boleh nak balik sangat
tiba-tiba hati jadi sayu, aku nak kahwin lambat-lah macam ni
sekarang ni, setiap detik aku dengan mama, akan aku hargai
jadi, janganlah tanya bila aku nak berkahwin ye, aku jadi sesak nafas nak jawab sebab aku tak bersedia walaupun aku dah ada design baju kahwin, berapa orang jemputan (oh, aku mintak maaf ye sebab aku cuma jemput kawan susah senang sahaja, yang aku tak jemput nanti, aku mintak maaf, mungkin aku akan tebus dengan buat kenduri doa selamat di rumah), konsep apa, decoration, budget, semua aku dah fikirkan
bukan sebab dah gatal, tapi senang aku nak simpan duit dalam sebulan
ok, cukup bercakap pasal kahwin, sebab aku nak berbulan madu dengan mama dahulu
bulan depan 6/6/2011, hari lahir mama yang ke 45 tahun
aku sudah fikirkan hadiah yang memang aku rasa sesuai untuk mama..
tak sabar nak tunggu hari tu
untuk ibu-ibu diluar sana, Selamat Hari Ibu!
jangan pernah putus asa membimbing anak-anak di dunia untuk kebaikan di akhirat kelak :)




p/s : dah tak sabar tunggu 20/5 ni, ke Taman Negara la kita kan Kusam?kenapa bawa Kusam?she deserve it more than anyone,kalau ada Aziati, aku bawa dua-dua sekali, sebab mereka sentiasa ada untuk aku ibarat seorang kakak :)




Friday, May 6, 2011

.My best friend weddings.



Memandangkan beberapa minggu ni emosi selalu terganggu
mesti sampai orang dah muak baca entri emosi aku (mahap sangat la ye)
jadi aku nak buat 1 entri khas untuk kawan baik aku selama 16 tahun, kawan susah senang yang selalu ada untuk kawan-kawannya walaupun selalu berada di atas kapal


aku teringat sewaktu mula-mula kenal dia ni semasa umur aku 10 tahun
masa tu, dia ni memang kecil je, lebih kecil dari aku, ketinggian pon, aku lebih tinggi (masa tu aku memang riak dengn ketinggian aku, sebab aku antara yang tinggi di sekolah rendah)
walaupon kecil saja, tapi IQ dia teramat-lah tinggi sehingga dinobatkan sebagai murid unggul semasa di Sekolah Rendah Parit Setongkat (tolong jangan nak gelak sangat baca nama sekolah aku ye, sebab Si Dia selalu ejek nama sekolah aku ni)
dulu-dulu aku pengawas yang sangat garang sampaikan aku rasa ramai tak suka aku kot sebab GARANG yang amat
serius, aku suka jerit-jerit, marah-marah pelajar yang tak ikut peraturan ni, macam susah benor je nak pakai tag nama kan?
so, kiteorang poyo sikit-lah kan siap tubuhkan kelab FIZZIE = Farah + Ita + Ziha + ok aku lupa..yang E tu aku la..ella (ni nama panggilan family ye kawan-kawan)
lepas tu siap jadi penyiasat la bagai kan, siasat aktiviti penagih dadah dekat belakang sekolah
apa kaitan dengan kawan yang aku sedang cerita ni? sebab dia merajuk tak dapat join kelab ala-ala poyo kami ni, sentap sampai pergi larikan diri dekat atas kubur lama bawah bangunan sekolah, motif la kan???
masa tu tak kawan sangat dengan dia ni, tapi selepas paristiwa tersebut, kami terus jadi kawan rapat
tapi dia ni, sebab terlalu kecil je, selalu jadi mangsa buli budak-budak lelaki ni, benci betul aku, salah seorang pembuli dia, si Apar, Apar sekarang pon, jadi kawan baik aku juga dengan dia ni
tak sangka sangat kami boleh berkawan selama 16 tahun
16 tahun tu, macam-macam berlaku sampaikan aku pernah hampir putus kawan dengan dia akibat aku terlalu stress dengan exam, dan dia boleh nak gurau-gurau kasar lak dengan aku
seperti biasa, Apar akan jadi mangsa bebelan aku, Apar juga-lah yang tolong settlekan pergaduhan kami
ada sekali ni, selepas habis sekolah rendah, selepas 3 tahun tak jumpa dan lepak sama-sama, tiba-tiba kawan-kawan nak buat reunion, maka bertemulah kami, sesungguhnya, percayalah, terkejut beruk aku tengok dia dah tinggi, lebih tinggi dari aku bersentimeter banyaknya!!
muka pon dah dewasa
dan..kami terus berkawan sehingga ke hari ini

dan hari ini, dia bakal dinikahkan dengan pilihan hatinya yang aku mula-mula kenal secara kebetulan bertemu di Bus-stand Pagoh
aku doakan pernikahan ini menguatkan lagi rasa cinta antara mereka berdua
Selamat Pengantin Baru untuk Shahril Hamid dan Nina :)
i'm happy for both of you, and to Nina, tak pernah pon terlintas di benak fikiran i ni, untuk jadi lebih dari kawan baik Shahril :)
hanya Nina je yang berhak ke atas hidup Shahril Hamid
semoga bahagia ke anak cucu



Nina, i curi gambar ni tau, sebab nampak serupa sangat rupa korang berdua :)



p/s : apabila ramai kawan baik dah melangkah ke alam pernikahan yang abadi, hati terasa sedih sekejap memandangkan lepas ni aku keseorangan sahaja, aku bila lagi?entah..tak pasti :")

Thursday, May 5, 2011

.Pelita.



Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,
Tak pernah sesaat aku menyesali
apa yang telah daku nikmati
apa ku alami,
Selagi hayat di kandung badan


Takkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah
Harapan ku hancur sayap ku patah
Kan ku pancarkan cahaya
Seperti pelita ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat daku mencurigai
apa yang telah aku kecapi
setakat ini,
Tiba saatnya aku tangisi pada yang pergi takkan kembali
kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan


Takkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah
Harapan ku hancur sayap ku patah
Kan ku pancarkan cahaya
Seperti pelita ke serata dunia yang gelap gelita


......................................................................................................................................

Dear Suhaila,
Jangan mengalah
Selama ni hidup lebih besar dugaan, tapi dapat je bertahan
kali ni mesti dapat bertahan juga kan?
insyaAllah setiap orang telah ditetapkan rezeki masing-masing di dunia ni
cuma cepat atau lambat sahaja rezeki tu datang
yang penting usaha dan tawakal..


Surat dari Suhaila kepada diri sendiri


 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com