Pages

Thursday, January 22, 2009

sambal kentang bikin aku cirit birit

isnin selasa rabu khamis..
4 hari dah berlalu kosong begitu saja..
aku terlupa yang aku baru balik dari program Towards First Class..
program kemahiran insaniah begitu aku rasa memang wajib dianjurkan selalu..
yela..
sebagai mahasiswi yang bakal grad bulan 8 ni..
social skill itu penting..
bukan semata-mata otak saja kena tajam..
kemahiran insaniah juga wajib lengkap..
sekarang ni pula aku tengah pening samada mahu ke Sime Darby atau Kualiti Alam..
both of these company have their own advantage..
aku mahu ke Sime Darby..
tapi aku takut..tahap keyakinan aku rendah..atau mungkin sifar..
Sime Darby ni syarikat antarabangsa..
ok..macam mana kalau aku gagal tunjukkan prestasi cemerlang??
aaaaaa..pening akulah! (padahal baru balik dari program motivasi ni)
Kualiti Alam..ok..memang aku minat..
solid waste..hazardous waste..
katalah macam-macam..
aku suka bersih jadi aku kena jinak dengan benda-benda kotor..
dan paling penting..aku minat
nantilah balik rumah tanya pendapat semua orang..
peninglah..





Bilik kami setelah 1 hari berlalu





bantal peluk besar..seronokkkkkkkkkkk



bilik kami memang best gila!
shower pun seksi je..
rasa nak mandi tak nak keluar-keluar..
heeee..
lepas tu..
bantal peluk sangatlah besar..
yang warna ungu tu..
aku jela yang peluk bantal tu
yang lain tidak berpeluang..hahahaha
ooo..dan gambar dibawah akibat kebosanan..
penceramah (en.fazli) sangatlah seronok..
aku bosan sebab banyak gelak..
dan banyak gelak buat aku bosan..
heeeee



Tuesday, January 20, 2009

..bulat + bubu + bebot + kuntum = kami tak besar..kami comel je..



Binatang itu terapi pemulihan mental emosi




semalam selepas kami menonton tayangan filem Maut (aku malas mahu mengulas filem ini..dah banyak sangat ulasan kan?)
kami ke pet corner di Summit..
tujuan asal hendak cari adik Bulat..(atau pasangannya)
tapi aku terus tertarik hati dengan kecomelan 2 ekor hamster Roboloski..
comel comel comel comel comel..
terus jatuh cinta..
aku pun sebenarnya dah berkira-kira sama ada mahu beli adik Bulat atau hamster..
aku fikir..beli hamster pun takpe juga..
Bulat masih ada adik..
tapi lain mak dan juga bapa..
keturunan saudara jauhlah kan..
anggola dan roboloski..
lebih kurang kan..
jadi tanpa berfikir panjang aku pun dengan senang hati terus beli Bubu dan Bebot..
jantan dan betina (dia kata tak baik pisahkan binatang..kalau aku..suka ke dipisahkan dengan dia??)
jadi..sekarang ni aku ada 4 ekor anak kesayangan..
bulat + bubu + bebot + kuntum..


ok..kuntum tu sebenarnya ikan laga aku..
selayaknya kuntum ni along..
angah = bulat (4 bulan)
uda = bebot (2 bulan)
andak = bubu..(bubu umur sebulan saja)





_Bulat_


bulat sekarang makin besar..makin gendut sebenarnya..
kepala kecil perut besar..
berat sangat lepas tu..
mana tak nya..mama dengan ayah manjakan sangat..
bulat tak makan dedak murah..
belikan bulat macam-macam sayuran..
ayah makan ais-krim bulat makan juga..
ayah makan roti bulat makan juga
ayah makan strepsils bulat makan juga..
bulat melompat nak keluar..
mama timang-timang bulat..(adik kembar aku cemburu pukul mak aku..pening aku)
bulat umur pun dah meningkat..
aku balik muar ni mahu cari pasangan bulat..(mama mesti marah sebab aku tinggalkan kat rumah saja ;p)






_Bubu + Bebot_


buah hati baru aku (tapi bulat tetap di hati!)
kuat tidur..
hyperactive..
memang tak reti duduk diam..
eeeee..comel sangat bila nak tidur..
Bubu yang kecil saja (betina)
tapi dia aktif sangat..
bila Bebot (jantan) yang besar tu tidur..dia menyelinap bawah Bebot..
tolak Bebot jatuh dari roda mereka..
kesian Bebot jatuh tergolek..
tapi yang kelakar Bebot naik atas roda balik sambung tidur..
comelnye (macam sekarang sedang berlakulah ni)
suka bergaduh berebutkan roda..
Bubu pusing kanan Bebot pusing kiri..
heeee..(sekarang Bubu lak jatuh tergolek..padan muka)
bahagia ada mereka :)






_Kuntum_


ini kuntum..
ikan laga yang aku sering abaikan..
kejam aku ni..
mentang-mentang Kuntum ni tak boleh pegang-pegang..
aku abaikan dia..
maafkan mak ye Kuntum..;p
dulu Kuntum ada jiran yang nama mereka Butang + Rosyam..(ikan orang aku yang namakan)
tapi dah mati sebab mereka kelaparan tak cukup kasih sayang..
nasib baik Kuntum hidup..
warna kuntum ni biru + hitam..
garang kuntum ni..
kalau kami bosan..
sewaktu ada Butang + Rosyam..kami lagakan mereka..
mestilah Kuntum yang menang..
tengoklah siapa mak dia..
heeeee..



* aku bahagia bersama si kecil ini..bila sedih..pengubat duka lara aku..si kecil bertiga ni..siapa-siapa yang ada bela binatang mesti faham perasaan aku :)

Monday, January 19, 2009

..kadang-kadang apa yang kita impikan tidak selamanya kekal..



Kadang-kadang perpisahan itu perlu walaupun
kita saling mencintai satu sama lain..




Aku rasa walau kau cinta dia dalam mana pun..
tapi kau sering terluka..
jalan terbaik yang kau ada adalah perpisahan..
kau tahu perpisahan itu menyeksakan..
kau tahu kau menderita tanpa dia..
tapi kau sedar..
kalau kau bersama..
walau sekecil zarah kesalahan atau kata-kata yang kau ucapkan..
semuanya nampak bara di matanya..
semuanya kedengaran menyakitkan di telinganya..
sampai satu masa..
kau rasa..
cukup..!!









* Hati merajuk lagi..kali ni entah bila mahu pulih..harapan ke arah itu 0.01%







* Yang ku inginkan hanyalah cinta..dan semua menghilang :"(

Friday, January 16, 2009

..pejam celik sambal kentang saja di hati..






sambal kentang pujaan hati walau nampak tak sedap..heee


malam semalam rasa kempunan sangat nak makan sambal kentang..
tiba-tiba je..
tapi mula-mula rasa nak makan kfc..
tapi lama lepas tu..
rasa nak makan sambal kentang..
rasa nak masak kul 12 tengah malam tu juga..
tapi tak jadilah masak..
lepas tu siap lah boleh terfikir nak ponteng kelas pagi esok..
sebab??
nak masak sambal kentang??
hahahaaha..
mengarut saja..


hmmm..
2-3 hari ni angin pasang surut datang..
jadi macam-macam badai melanda..
sebab tu entri kebelakangan ni sangat emosional..
insan yang paling patut aku sujud sembah ialah muhammad zulhilmi..
maaf sayang sebab lately sangat kasar perangai saya ni..
bila fikir balik..
kenapa lah mesti aku berperangai kebudak-budak kan..
mungkin sebab aku tertekanlah dengan PSM (*PSM = Projek Sarjana Muda)
tapi mungkin juga sebab masalah perempuan..
tapi..
tak mungkin..
sipi-sipi je kot..
rasa bersalah sangat sebenarnya dengan dia..
ialah..
dia banyak sangat bersabar dengan kerenah aku..
bila entah mahu berubah..
aku rasa sebab lambat mahu matang sebab terlebih makan spirulina lah kot!
kadang-kadang rasa nak matang (cam entri yang lepas berkobar-kobar gila)
lepas tu..balik semula ke perangai asal..
aku pun tak fahamlah dengan diri aku ni..
ke sebenarnya aku ni seorang budak di dalam tubuh badan seorang wanita??


*sigh..gila banyak sangat berfikir..



petang ni dalam pukul 2 ada program kat Melaka..
hotel Nova??
entah tak tahulah kat mana..
tiba-tiba je kena pergi..
programnya "Towards First Class"
kawan-kawan bila dengar kata hebat..
gilalah tak sangka aku pandai..
ok..ingat aku ni walau kuat main..
sangat suka bercakap..
tapi aku jenis tak suka main masa belajar tau!
lebih-lebih lagi sem akhir ni ramai sangat pensyarah yang best ajar..
I LOVE PM RASHID!!!
aku bagi beliau 5 bintang penuhlah..
kelakar + pandai tarik student
hasilnya = setiap kali kelas aku akan gelak sampai terkeluar air mata..
jadi sem ni..
semangat memang naik (sem lepas sangat tidak bersemangat..rujuk entri tahun lepas)








* yeyyy..hati dah pulih..perasaan yang dah hilang datang kembali..di mana aku tahu kebarangkalian dia nak buat perangai memanglah tinggi..nak kena rotan hati ni!

Thursday, January 15, 2009

..aku rasa aku seperti tiada berperasaan lagi..



Pelik.Perasaan tu hilang menyusup masuk ke dalam hati lalu hilang tanpa isyarat.Kosong
















*Lostsoul

Wednesday, January 14, 2009

..semester akhir ni buat aku banyak keluarkan air mata kesedihan dari kegembiraan..

kadang-kadang kita rasa perubahan itu perlu dalam kehidupan..
kita mahu berubah..
kita tahu kita mahu jadi yang terbaik..
tapi macam mana kalau kita tak bersedia??
mental emosi kita tak cukup kuat untuk terima perubahan..?
masih lagi goyah..
masih lagi alpa..
yang seorang mahu..
yang seorang tidak..
cukup ke macam tu?
darah muda yang mengalir masih lagi inginkan kepuasan..
masih lagi dahagakan keseronokan..



bagi pendapat aku..
kalau aku betul-betul mahu berubah..
aku berubah ikhlas kerana Allah Taala..
bukan kerana disuruh oleh keluarga..kawan-kawan atau kekasih..
ibaratnya aku berubah untuk memakai tudung..
bagi aku..
kalau aku mahu ke arah begitu..
aku mahu semuanya cukup sifat..
aku tak mahu keluar berdua-duaan dengan kekasih aku..
aku takut syaitan menggoda aku..
aku tak mahu aku bertudung..tapi aku masih pegang-pegang tangan kekasih aku..
aku tak mahu aku bertudung tapi masih lagi keluar dengan kekasih malam-malam..
aku tak mahu aku bertudung tapi aku masih lagi menghantar gambar aku tidak bertudung semasa di rumah kepada kekasih aku..
aku tak mahu mengumpat mengata orang..
untuk apa bertudung kalau aurat yang lain aku tidak jaga??



jadi aku memilih perubahan itu biarlah datang dari hati..
biarlah aku ikhlas..
dan..
sejujurnya aku tak dapat terima perubahan drastik..
terus menerus sahaja..
hati aku menangis malam ni..
tak perlulah aku nyatakan di sini..
aku hormat keputusan dia..
bagi aku masa..
aku masih aku..
aku belum puas..
biar aku sendiri buat seketika..



sepatutnya semester akhir banyak dikumpulkan kenangan yang manis..
tapi..
hmmmm..
keseronokan dah hilang..

Tuesday, January 13, 2009

..kalau nak saya gembira belanjalah indulgence yang sangat mengghairahkan..









sedapkan indulgence..
ecececece..
muka pelahap aku kan dah nyatakan betapa menggiurkan indulgence tu..


aku suka kedai buku Radin yang terletak berhadapan dengan Bp Walk (akhirnya buka juga setelah 2 kali tutup)
sebab..
suasana dalam kedai tu..
aku rasa dari zaman 80-an..
ringkas tapi suasana sangatlah mesra..(tak tahu nak describe bagaimana lagi)
tujuan asal nak cari kamus jurutera saja..
tapi kami (me and him)
haiii..dah sama-sama minat membaca kan..
terus lekat situ..
banyak sangat koleksi buku-buku yang lama masih ada di situ..
dan yang paling menarik..
ada novel Salina..
but in English version..
aku baca karya A.Samad Said semasa aku darjah 4 lagi (antara percaya dan tidaklah)
Salina lah..
5 kali ok aku baca buku tu..
Ronggeng Rokiah pun not bad..
paling aku suka..
novel Badai Semalam..
buku sastera mama semasa mama tingkatan 4..heeee
aku tak gemar sangat buku ahadiat akashah ke..
maksud aku novel yang 100% tema cinta..
lemaulah aku..
bila dah meningkat dewasa ni..
aku makin malas membaca buku-buku yang mengasah minda aku..
banyak disogokkan dengan bacaan hiburan..
jadi..aku gembira berada di Kedai Buku Radin..
tak hairanlah kalau aku rajin ajak sayang ke situ bila bosan :)



thanx sayang belanja indulgence :)

x0x0..

Monday, January 12, 2009

..aku akan cuba tak gatal-gatal nak potong rambut aku..saba saba..
















aku sedang melawan arus nafsu bergelora nak potong rambut ni..
jadi..
pembakar semangatku..
Rachael Yamagata aku letak gamba dia dalam lappy aku..
kalau-kalau gatal nak potong..
cepat-cepat tengok dia..
aku nak rambut macam ni..
sekarang ni..
dah panjang..
sikit je lagi nak capai target..
sabar sabar..
rambut si Racheal nih..
menggoda gila..
kalau-kalau aku dah kahwin (yang mane kemungkinan 7 tahun lagi)..hehh
nak goda suami aku..
tutup *****t aku dengan rambut sahaja..
gila laaa..
(fantasi mesti kuat) ;p

..Last Hope Last Chance..












































aku lihat gambar ni..
hati aku sedih..
pilu yang amat..
apa salah mereka??
apa dosa mereka??

walaupun aku gemar makan mCd..
aku gemar minum coke..
tapi aku campak makanan yahudi jauh-jauh..
sebagai seorang islam..
walau aku tak boleh membantu dengan cara berjuang di bumi Palestin..
tapi aku anggap aku berjihad dengan cara sebegitu..
ye..
kau perlekehkanlah apa yang aku buat..
kau kata jangan kata mampu nak tolak maybelline..
jangan kata nak tolak perfume ralph lauren..
aku tanya kau balik..
aku mampu..kau mampu??
kenapa kau kata kau tak mampu nak tolak??
walhal dari kau laburkan duit kau beli barangan yahudi syaitan tu..
baik kau dermakan..
aku benci dengan mentaliti sesetengah masyarakat ni..
bila tengok berita..hati marah..mulut bising..
tapi kau masih cari makanan yahudi juga..
kau makan mcd juga..
aku jijik dengan manusia macam ni..
dari kau bising..
baik kau diam..
kau tak layak nak suarakan kemarahan..
sebab kau tak mampu menahan hasutan yahudi laknatullah..
kalau seluruh umat berganding bahu..
insyaAllah segala usaha boikot ni..
akan mendatangkan hasil..



*Ya Allah..Engkau peliharalah kesejahteraan penduduk di bumi Palestin..jauhkanlah mereka dari kesakitan..kurangkanlah mereka dari penderitaan..Amin

..You and I Both Love..









_our sweet moment :) _


Thursday, January 8, 2009

..Unforgetable..









i just can't stop smiling when i see this picture..
yup..our trip to singapore..
well..
i did embarrass myself in front of SANA's staff..
SANA = (Singapore Anti-Narcotic Association)
ok..i forgot what is "logo" in English during my presentation..
arghhhh..
SYMBOL LAH STUPID!!!
but..i like Singaporean..they just smiling at me and say "good try"
hahaaha..
i'm really2 nervous lah on that day..
yelaa..
i never present in front of foreigner..
suddenly encik boyfriend ask me to introduce our club..
i dunno why lah..
i always got A for my English subject..(SABGS)
then..
i move to another school..(SMTM)
and i got B..!!
teruk je..
pesal ntah..
i think 1 of the reason is an environment factor..
yelaa..bila aku nak speaking sikit..cakap aku show off..
sebab tu kot..


ok..i need to gain my confidence level..
semua lah nak takut..
nak tanya lecturer pun malu..
nanti dah kerja..
macam mana ni??

Tuesday, January 6, 2009

..Gadis & Lelaki..

Seorang gadis mengerti cinta kekasihnya..
Seorang lelaki mengerti kasih nafsunya..
Seorang AKU mengerti..


kasih dan cinta adalah milikku




Lalu usah luka dara..

Saturday, January 3, 2009

..I miss you Hanani :(.








In memory of Hanani Bte Abdul Razak
17 April 1986-13 Mei 2007




It's been too long and I'm lost without you
What am I gonna do
Said I've been needin you (Said I'm needin you)
Wantin you
Wonderin if you're the same and
Who's been with you
Is your heart still mine (Is your heart still mine)
I wanna cry sometimes
I miss you

Off to college
Yes you went away
Straight from highschool
You up and left me
We were close friends also lovers
Did everything for one another
Now you're gone
And I'm lost without you here now
But I know I gotta live and make it somehow

Come back to me(to me)
Can you hear me (callin)
Hear me callin (for you) for you
cuz it's

It's been too long and I'm lost without you
What am I gonna do
Said I've been needin you Ooh...Ooh
Wantin you
Wonderin if you're the same and
Who's been with you
Is your heart still mine (Is your heart still mine)
I wanna cry sometimes
I miss you

Now I'm sittin here
Thinkin bout you
And the days we used to share
It's drivin me crazy
I don't know what to do
I'm just wonderin if you still care
And I don't want to let you know
that it's killin me
I know you got another life
And gotta concentrate baby

(I miss you)
I can't breathe no more
Since you went away
I don't really feel like talkin
Don't want to hear you don't love me
Baby do you understand me
I can't do a thing wihtout you

Thursday, January 1, 2009

..Pening..



my PMS is driving me crazy


perut sakit gila rasa nak mengesot ke kelas
tapi makan pedas juga sebab lapar yang amat
sardin yang aku masak dah tentu-tentu jadi sambal ikan sadin sebenarnya
aku fail kalau masuk bab "kena bajek sendiri cili, garam, gula"





ok
antara azam tahun baru aku nak jadi lebih pendiam??
penatlah jadi talkative
tapi susah..
dah memang talkative sejak dari azali
but i will try
zip mulut rapat-rapat





setelah 2 hari tidak menjamah nasi
akhirnya tadi aku makan juga
entah
balik je rumah sewa
selera makan hilang
dan
aku tidak kisah sebenarnya kalau tidak makan
tapi sebenarnya aku craving nak makan banyak macamlah
agaknya begini bila sedang PMS
tiba-tiba aku terfikir kakak sepupu aku yang sarat mengandung
sanggup balik muar semata-mata mahu makan tauhu sumbat mama aku
ish
kalau aku mengandung (ok yang mana kemungkinan besar lambat lagi 8 tahun)
mesti macam-macam aku mengidam
owh mungkin tomyam??
nasi ayam??
ubi rebus + ikan masin??
mangga muda??
dan tentulah semuanya mama yang akan masak
aku tidak akan terliur semata-mata kalau masakan selain mama aku
mama kata susah sebab aku terlalu mahu makan masakan dia
masakan emak orang lain susah aku hendak makan
air tangan emak







*rindu sambal ikan bakar mama..adoi
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com