Pages

Tuesday, May 26, 2015

Mengandung 36 minggu

Assalamualaikum semua :)
Diam tak diam, dah 36 minggu atau 9 bulan sudah kandungan aku ni
Debaran menanti kelahiran si kecil ni semakin terasa
Tapi aku cuba untuk kekal tenang dan positif
Sekarang ni aku cuba teknik bernafas mengikut hypnobirthing
Sebab utama adalah aku tak nak nanti masa bersalin, aku terlalu nervous dan bagi tekanan dekat badan dan si kecil ni untuk keluar melihat dunia
Aku baca kalau kita rasa takut, stress dan muka kerut, badan kita tak nak bekerjasama dengan kita
Bukaan pun tak nak kerjasama dengan kita
Tapi kalau kita kekalkan ketenangan dan positif, senyum walaupun tengah sakit yang amat, inshaAllah badan kita akan bagi kerjasama dekat kita, kurang sikit rasa sakit tu
Yang ini adalah pengalaman aku sendiri masa kena tahan dekat wad masa 28 minggu (7 bulan hari tu)
Sebelah aku ni seorang wanita orang asli, dia masuk sekali dengan aku iaitu pada pukul 6 petang, masa masuk tu bukaan dia baru 1 cm
Aku tengok sepanjang dekat situ, dia senyum je, usap-usap perut dia, berbual dengan baby dia, sikit pun aku tak nampak dia kerut muka atau marah-marah nurse ke apa
Selepas 6-7 jam, aku tengok muka dia berpeluh-peluh, tapi dia tengok aku sambil senyum, aku tanya dah mula rasa sakit ke, dia senyum dan angguk
Aku ni kan terlebih concern, aku panggilkan nurse tengok-tengokkan dia, nurse check bukaan, sekali dah 7cm
Apa lagi, terus la tolak masuk ke labour room, tapi dia sikit tak jerit-jerit macam seorang kakak sebelah aku sampaikan aku rasa nak terberanak juga
Jadi aku rasa, memang betul la kalau kita sakit macam mana pun, kita cuba kawal diri kita, lepas dia bersalin, aku tanya tak sakit ke, dia jawab, mestilah sakit, tapi lagi sakit kalau kita jerit-jerit menangis
Aku memang rasa kagum sangat

Perkembangan si kecil ni pula, memang kuat main bola sepak dan karate la kiranya dia ni
Tapi aku gembira mengikuti setiap perkembangan si kecil ni
Kalau dia diam je, susah hati pula aku nanti
Tapi yang aku perasan la kan, setiap kali aku pasang surah untuk ibu mengandung, dia memang akan bagi feedback, aku rasa suka sangat, setiap hari aku doa supaya dia menjadi anak yang soleh/solehah untuk kami
Ikutkan perkiraan, aku dijangkakan bersalin pada 21 Jun 2015 iaitu bersamaan dengan 4 Ramadhan
Memandangkan aku duduk berjauhan dengan suami dan keluarga, setiap hari aku akan bercakap supaya dia keluar bila kami semua dah balik ke Muor
Aku akan cakap sekarang ni aku duduk seorang je, abah dia jauh, nenek dia pun jauh, dia macam faham je, kadang tu kalau aku menangis sebab sakit apa-apa ke, dia tendang perut aku, gerak-gerak ikut pergerakan jari aku, macam nak pujuk aku
Aku tak sabar nak tunggu si kecil ni keluar
Semoga dipermudahkan segala urusanku, amin


Wednesday, April 29, 2015

Checklist barang keperluan bayi

Assalamualaikum semua
Lama betul nak update blog ni kan, perasaan malas tu memang menjadi-jadi
Memandangkan usia kandungan dah 32 minggu (alhamdulillah), jadinya barang-barang keperluan baby pun dah lengkap kecuali carseat sebab bab-bab teknikal macam ni, aku serahkan kepada suami

Memandangkan ini adalah pengalaman pertama kami untuk bergelar parents, jadinya benda pertama yang wajib adalah checklist untuk beli barang keperluan, aku rasa kalau tak buat checklist ni, memang lagha jadinya. Aku bahagikan barang keperluan baby kepada 8 item iaitu :

1. Clothing
2. Changing & Diaper
3. Baby care & Grooming
4. Nursering & Bedding 
5. Feeding & Breastfeeding
6. Travelling
7. Keperluan berpantang
8. Barang-barang lain

Bila kandungan dah masuk 5 bulan lebih, aku dah start beli barang-barang keperluan dah sebab kami plan bila dah masuk 7 bulan, semua barang-barang nak hantar ke Muar memandangkan aku akan bersalin dan berpantang di Muar. Untuk baju ni memang geram je memacam la kan kalau nak beli tu, rompers/carters/jumpsuits, eh memang rambang mata sampai kena marah dengan suami sebab beli macam banyak sangat ;p

Tapi tips dia sebenarnya, kalau baju untuk newboen, beli 3-4 helai sahaja dah cukup sebab baby cepat membesar, lepas tu belilah 6 helai 3-6 bulan ke, lepas tu pastikan beli yang berbutang ye, maksudnya butang yang normal tu, bukan jenis yang butang kena ketap tu


 Yang ini memang cantik, aku dah beli ni juga, sampailah suami cakap kan susah nak pakaikan dekat baby kena ketap-ketap, kurang sesuai untuk newborn, jadinya nasib baik aku beli yang umur 3-6 bulan, boleh la pakai nanti masa tu, untuk newborn, aku tak galakkan la




Yang ini aku rasa paling senang nak pakaikan dekat newborn baby, ikat je kan, jadinya takde la nak kena ketap-ketap lama sangat proses pakaikan baju tu


Lepas tu aku beli lampin kain okay sebab emak aku nak juga cucu dia pakai lampin kain, tak nak cucu jalan kengkang katanya, aku pun ikutkan je, takpe nanti pakaikan pampers bila dah habis pantang. Pampers tak payah beli banyak dulu, sebab takut nanti baby tak sesuai dengan pampers tu, takut ruam kan. 

Untuk barang mandian, aku beli jenama Buds sebab aku suka barang-barang natural base, mudah-mudahan baby sesuai dengan jenama ni




Antara minyak yu yee dan minyak telon, ikutkan orang-orang tua, minyak telon lebih elok, tu yang aku pulun beli minyak telon 6 kotak sebab rata-rata kedai aku pergi semua jual minyak yu yee, minyak telon ni aku beli dekat Marissa Shoppe dekat Seksyen 19, Shah Alam sebab dekat dengan rumah

Dalam checklist ada la aku letak nak beli bouncer / rocker, tapi fikir punya fikir, tak nak ikut perasaan sebab bukan pelaburan yang baik, lagi pun kalau boleh nak anak tidur tanpa perlu buaian, balik kampung nanti takde la susah nak tidur. Antara stroller dan carseat, aku dan suami lebih utamakan carseat sebab lebih berbaloi boleh pakai sampai umur 3 tahun, sebab tu kuasa membeli carseat di tangan suami, sebab dia lebih bijak dalam hal ni.

Lepas dah beli semua barang dan baju, masa untuk membasuh, nak sangat basuh pakai tangan, terduduk aku dalam bilik air tu, 4-5 kali trip jugak la nak membasuh tu, aku basuh pakai baby pureen wash, wangi pun wangi 




Haa, untuk tuala, kalau boleh kite ni kan emak-emak nak beli tuala yang kepala tuala tu macam comel gambar binatang la apa kan, tapi sayangnya tuala jenis tu kecil, aku beli tuala besar jadi senang untuk balut baby dan pakai untuk jangka masa yang lama, semua barang adalah 100% kapas jadinya baby rasa selesa

Okay buat masa sekarang ni, itu jela aku update, nanti aku update kena minum air gula (MGTT) dan kena buat BSP (blood sugar profile) setiap 2 minggu sekali



Tuesday, March 24, 2015

Pengalaman mengandung kali pertama


Assalamualaikum semua :)
Nampak tak bersungguh-sungguh nak menulis sampai 2 entri sehari?
Kalau baca previous entri ada sebut pasal Suhaila Junior kan?
Ni kita excited nak bercerita pengalaman pertama kali mengandung dan beli barang-barang keperluan untuk babyM

Sebenarnya untuk tahu berkenaan berita gembira ni, aku melalui beberapa detik yang sedih
Selepas nikah, memang tak period terus
Tapi masa tu masih lagi fikir mungkin sebab hormon berubah kan lepas bersama suami, mungkin sebab tu aku belum datang bulan lagi
Lepas sebulan tu, ada buat pregnancy test sekali sebab masa tu nak pergi honeymoon ke pulau, jadi Izzuan takut kalau masa tu aku duk naik turun gelongsor menjunam ke dalam laut, buat-buat ada isi ke kan, kan dah naya tu
Lepas buat tu, memang bacaan dia negatif la, jadinya terus pergi honeymoon siap snorkeling bagai
Lepas balik honeymoon, tak datang-datang bulan sampailah tiba-tiba ada keluar macam spot cokelat dalam 6-7 hari macam tu
Masa tu risau la juga sebab eh kenapa macam spotting lama sangat, yela kita kan kenal dengan keadaan tubuh badan kita kan
Lepas balik kerja tu, terus pergi klinik dekat seksyen 13
Doktor suruh aku buat urine test dan soal siasat bila aku nikah, bila aku last period semua, lepas tu doktor scan pulak perut aku ni
Result dia tetap negatif
Masa masuk dalam kereta, terus call Izzuan, masa tu rasa sebak sangat sebab 2 kali aku buat test, 2 kali negatif, lepas tu aku risau kot-kot ada penyakit lain ke apa
Doktor suruh aku datang lagi selepas 7 hari untuk refer dekat pakar sakit puan kalau still spotting macam tu sebab takut kalau ada masalah lain
Hari tu memang rasa macam drama sebab masuk kereta dengan hujan selebat-lebatnya, jalan gelap, pergi seorang diri sebab kami duduk jauh, Izzuan di Kemaman, aku pula di Shah Alam, bertambah sedihlah aku
Nasib baik Izzuan berjaya tenangkan aku cakap semuanya okay, takde apa-apa

2-3 hari kemudian, Izzuan datang Shah Alam untuk spend time dengan isteri dia la kan
Aku pulak dekat ofis rasa perut tak sedap sangat, sampai nak jalan pun susah
Terus aku pergi klinik panel sebelah ofis ni
Doktor tanya lagi soalan bila aku last period semua, lepas tu doktor mintak aku buat urine test sebab nak check kencing kotor dan mintak kebenaran untuk buat UPT test
Aku dengan pasrah cakap okay buatlah
Lepas tu nak membuang air kecil tak payah cakaplah, siap mintak 3-4 gelas air masak dekat kaunter depan sebab sebelum pergi klinik, aku dah buang air kecil
Lama betul nak tunggu mood tu sampai
5 minit kemudian, doktor panggil aku, doktor tunjuk air kencing kotor sikit, doktor suruh minum air masak, aku pun fikir sebab tu kot aku period keluar cokelat gitu
Tiba-tiba doktor tunjuk UPT test tu, doktor tanya apa maksud ni?


Doktor tunjuk 2 line tu la, tapi yang UPT test klinik tu takde tulis pregnant/not pregnant, ni gambar ihsan dari google, heee


Masa tu aku cakap la ada 2 line, sebab aku lupa kalau mengandung 2 line atau 1 line, hahaha
Doktor kata maksudnya apa? Aku macam tenung lama muka doktor tu, lepas tu aku senyum cakap 'I'm pregnant?'
Doktor kata 'Yes, you are'
Dalam hati ni rasa sebak sangat, rasa gembira dan bersyukur sangat
Lepas tu tanya Izzuan, balik kerja nak ambil naik kereta apa?Dia kata kereta lumba dia la
Terus aku bagi alasan, naik kereta Viva aku jela sebab yela dah kahwin ni tak boleh la naik kereta gitu, kena jaga (padahal tak sabar sangat ni nak tunggu Izzuan ambil, nak surprise dia tunjuk UPT test tu)
Lepas habis waktu kerja, dengan dedebar tunggu Izzuan ni, asyik la tengok UPT test tu, rasa macam tak percaya je
Masuk je kereta, masa tu Izzuan baru nak drive, terus tunjuk UPT test tu, Izzuan toleh tanya 'ni dah pakai kan?ni ada 2 line?'
Lama dia pegang benda tu, lepas tu dia senyum sambil cium tangan isteri dia ni
Sampai je rumah, dia mintak pulak cerita A sampai Z pasal macam mana boleh tahu pregnant semua
Tengok muka suami tersenyum je, rasa bahagia sangat

Sekarang kandungan dah masuk 26 minggu iaitu 6 bulan lebih
Alhamdulillah, babyM makin aktif, bila malam je main ragbi dalam perut, tak pun pergi kelas karate
Untuk nikmat yang 1 ni, aku bersyukur sangat-sangat
Setiap malam aku berdoa supaya dipermudahkan semuanya, inshaAllah babyM akan keluar pada 4 Ramadhan ni
Doa kan semuanya berjalan lancar ye




p/s ; next entri aku cerita pasal pengalaman beli barang keperluan baby ye, do and dont's katanya


Persediaan nak kahwin


Assalamualaikum semua pembaca kekakak semua :)
Nak pengsan bila tengok last entri adalah pada 17 April 2013 (?!!), huish hampir 2 tahun aku hilang menyepikan diri, harapnya ada lagilah kan pembaca yang sudi membaca blog aku ni haa, dan harapan sangat supaya skill menulis masih lagi elok macam sekolah-sekolah dulu

Sepanjang 2 tahun menghilang ni, banyak sangat perkara terjadi dalam hidup aku, contohnya paling best mestilah bab menikah :)
Alhamdulillah, aku selamat dinikahkan dengan pasangan hidup paling kacak dan baik hati di mataku iaitu Khairul Izzuan Alwi setelah kisah percintaan ibarat ombak melanggar kapal, betulkan kapal balik, lepas tu ombak langgar lagi, lepas tu langgar lagi dan lagi, alhamdulillah masih utuh lagi kapal belayar di lautan, gitew perumpamaan kekakak kan
Kami dinikahkan pada 30 Ogos 2014 di Muar, Johor

Haa meh nak cerita pengalaman nikah aku bagi menjadi panduan dekat bakal pengantin di luar sana
Aku bertunang pada 23 November 2013, kiranya tak sampai setahun la kan kami ni bertunang
Selepas je bertunang, aku terus buat checklist A sampai Z apa yang perlu aku buat sehingga tiba bulan Ogos 2014 tu nanti
Checklist ni bagi aku wajib untuk elakkan kita tersasar dari landasan, al-maklumlah kan, kita ni orang perempuan cepat berubah fikiran, kejap nak baju fesyen gini, kejap nak baju fesyen gitu pulak
Tapi apa-apa pun pastikan dah pergi kursus kahwin dulu ye, untuk aku, aku dah pergi kursus kahwin awal-awal dah, aku pergi seorang diri je (eh, takde masalah pun pergi seorang diri, dah kalau pasangan jauh, nak jugak pergi sama-sama, itu menyusahkan okay?)
Memandangkan aku ni jenis sistematik sikit orangnya, kebanyakan benda aku dah prepare siap-siap, contohnya macam beg untuk doorgift aku beli 7 bulan sebelum nikah, aku pakai brown paperbag sebab aku kan pencinta tegar alam sekitar, lagi pun harganya murah, fikir punya fikir, aku rasa kalau dapat doorgift, memang purata orang kita ni buang je paperbag cecantik tu kan, jadinya better aku pakai jenis brown paperbag tu, kalau orang nak koyak, koyak je, kalau buang, dia senang mereput, tapi harapnya orang tak buang merata-rata la kan
Aku siap pergi chow kit dengan adik aku semata-mata nak cari brown paperbag sebab beranggapan dekat sana je ada jual paperbag tu, ambil ko, sampai sesat ke mana entah kami pergi, paling sadis rupa-rupanya dekat GM Klang pun ada okay, penat je siap tanya abang polis dekat mana kedai jual paperbag warna cokelat
Lepas tu letak la dolly paper bagi fefeeling vintage sikit kan, itu pun masa tu dah pening dah nak beli warna apa, akhirnya ambil warna putih bagi nak vintage sangat tu



Inilah paperbag yang aku gigih sangat cari dekat chow kit tu sampai sesat bagai, yang dalam paperbag warna peach tu, untuk family sebelah suami, semua tu DIY, dalam tu makanan semua, paling special yang diperkatakan orang adalah kuih batang buruk yang mama buat sendiri :)



Barang hantaran

Untuk barang hantaran, awal-awal lagi aku dan Izzuan dan tetapkan berapa budget untuk hantaran masing-masing, dan haruslah budget aku lebih sedikit dalam RM500 - RM1000 untuk Izzuan sebab pihak lelaki kan dapat lebih 2 dulang, lagi pun sekali sekala nak membeli untuk pasangan kan, nasib baik duit memang saving siap-siap sebelum tunang lagi (ini penting ye, nanti takde la korang pening kepala, saving tu bahagi la untuk kahwin, untuk lepas kahwin, untuk emergency, untuk masa depan)
Untuk perhiasan dulang hantaran, meh sini kekakak nak ajar, kalau nak cari bunga cantik dan murah dan nampak seakan-akan bunga hidup. aku suggest korang pergilah ke Kaison, memang berbaloi-baloi sangat, harga pun murah, mula-mula aku nak hias pakai baby breath, tapi bila fikir balik, nanti layu pulak, bagi jela bunga palsu yang menyerupai bunga hidup, semua DIY ye, buat 2 hari sebelum majlis sebab masa tu rasa semua benda dah settle dah, doorgift pun dah isi siap-siap dah semua tu, dulang pula aku beli dekat kedai depan GM Klang, murah sangat okay




Tips nak beli barang hantara adalah belilah barang yang kita dan pasangan memang akan pakai, macam sandal ni kan, memang Izzuan jenis pakai kasut selesa, so pergi Clarks memang dah target untuk kasut jenis tu je, sudahnya sampai sekarang dia memang pakai kasut ni je, mestilah aku gembira sebab dia pakai kasut yang aku bagi tu


Nak tunjuk sikit, ni hantaran dari Izzuan kepada aku, aku memang cakap bagi kasut yang aku pakai, kami pun memang shopping barang hantaran sama-sama, cuma dia akan pilih barang aku, aku pilih barang dia, tapi haruslah tanya berkenan ke tidak, jadinya semua orang tengok ni kasut budak ke apa kan saiz 4, kasut flat, hahahah



Hiasan meja makan dan DIY Hand-bouquet 

Untuk hiasan meja makan, aku beli bunga baby breath dan orkid oren, dua-dua bunga ni memang kegemaran, aku jugak beli bunga fever few nak hias sikit-sikit antara 2 bunga ni
Total aku habis untuk 3 jenis bunga adalah dalam RM300, bagi aku murah dah tu sebab aku ambil banyak sangat bunga baby breath tu, nasib baik aku memang baik dengan Auntie kedai bunga dekat Pasar Muar tu haa, sebabnya memang tetiap bulan bila balik Muar, wajib singgah beli bunga dekat situ, sampai emak dan adik aku pun kalau pergi sana, dapat harga murah, lagi pun pilihan bunga dia banyak
Tips nak tempah bunga berdozen-dozen ni kan, kalau macam aku, 3 bulan sebelum nikah aku dah tempah dah, aku inform pukul berapa nak ambil, hari apa nak ambil, kalau nak elok, sehari sebelum majlis la pergi ambil bunga tu
Lepas tu untuk hand-bouquet tu pun aku buat sendiri, aku ambil bunga baby breath tu, aku ikat dia dengan riben ala-ala rustic/vintage tu, taraaa dah siap dah, senang pun senang



Tu la baby breath hand-bouquet yang aku sendiri tu, lilit-lilit je, senang





Botol untuk letak bunga-bunga pula, aku ambil je botol air ribena yang kaca tu kan, basuh bersih-bersih, letak je bunga dalam tu, ada juga kalau aku pergi mana-mana event ke, aku ambil jela botol kaca tu, senang je kan, tak payah pening-pening fikir mana nak beli botol tu atau keluarkan budget untuk beli botol tu


Guest book table

Part ni aku paling suka sebab aku memang minat benda-benda hias menghias gini, aku letak je bunga atas meja batu ayah, terima kasih la meja batu ayah yang memang sesuai sangat dengan konsep rustic/vintage ni kan, aku beli brown paper dekat Kaison harga RM3.00 dapat tebal gila kertas tu, lepas tu beli kotak kayu ala-ala vintage juga di Kaison, aku letak hiasan taman mini kaktus/terrarium yang aku buat sendiri (maklumlah, memang buat bisnes terrarium ni kan), letak pensel warna-warna, haa siap semua, senang
Lepas tu aku gantung la hiasan kertas dekat pokok mangga besar tu, kebetulan ayah pulak bela ayam dan burung dekat situ, eh memang alam sekitar sangat 







Baju nikah

Baju nikah ni aku tempah dekat kedai auntie di Aked Muar, senang cerita, sebabnya memang dari kecil sampai besar aku tempah baju dekat dia, hasil dia memang puas hati, harga pun kurang dari RM300 termasuk veil semua
Tips nak tempah baju nikah adalah tak payah la bazir duit tempah dekat fashion designer, pergi je tempah dekat tukang jahit yang memang dah biasa buat baju korang, boleh kawtim harga semua, lepas tu kalau tak puas hati, lepas nikah pergi betulkan balik, pakai time raya ;)
Untuk nikah aku pilih baju warna hijau mint, sebab aku nak ambil berkat Fatimah Az-Zahra yang menikah pakai baju warna hijau, lagi pun warna hijau kan warna kesukaan Rasulullah SAW
Izzuan memang dah pesan jangan buat baju ikut bentuk badan, nanti orang tengok dah berdosa dah padahal ni majlis nak tambah pahala, aku pun memang kurang selesa pakai baju ikut badan, tu yang aku buat baju yang lepas nikah pun boleh pakai lagi tu





Veil tu semua auntie buatkan terus, aku beli kain siap-siap je, inai pulak memang pakai inai sendiri dekat jari, tak melukis-lukis dekat tangan 



Masa majlis ni, dalam hati ada juga terdetik, letihnya kahwin ni ye, cepatlah habis, nak pakai selipar jepun je sebab tak larat, hahaha
Tapi aku nak nasihat bakal-bakal pengantin di luar sana, terpulang nak ikut atau tidak
Pernikahan, perkahwinan memang inshaAllah sekali dalam seumur hidup kita
Tapi tak semestinya itu jadikan kita untuk melakukan pembaziran dan lukakan ramai hati termasuk hati emak kita atau pasangan kita
Walau mampu macam mana pun, lebih elok kita bersederhana sahaja sebab lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit
Paling best kalau boleh DIY sendiri semua benda, puas hati sangat kan
Idea untuk buat pelamin dan macam-macam sekarang, sampaikan boleh buat sendiri kalau rajin bertukang sikit
Yang penting tetamu datang dan gembira dengan makanan yang kita sediakan, layanan yang kita berikan
Aku sedaya upaya skip beberapa adat supaya aku tak lama sangat atas pelamin, contohnya aku tak buat tepung tawar tu sebab aku rasa tak perlu buat pun takpe, hasilnya aku dapat duduk semeja dengan kawan-kawan aku yang sanggup datang jauh-jauh demi aku
Ada juga yang aku tak sempat jumpa sebab kena make-up la semua, tapi aku mesej dorang cakap terima kasih datang
Ada juga yang bila aku nak jumpa je, tetamu lain nak bergambar, kalau sempat, aku bagi isyarat tangan suruh tunggu sekejap
Sempat juga aku duduk semeja dengan beberapa orang kawan sambil temankan dan dukungkan anak dorang sementara dorang makan
Semua tu kenangan sangat sebab kawan-kawan ada masa hari bersejarah kita
Kalau ikutkan nafsu, semua benda kita nak buat, tapi kalau sampai bergaduh-gaduh dengan pasangan, tak berbaloi semua tu

Oh, sekarang dah 7 bulan kami menikah dan alhamdulillah, tak lama lagi ada Suhaila Junior keluar inshaAllah bulan 6 ni, nantikan entri seterusnya ya :)






Wednesday, April 17, 2013

.Kahwin kahwin kahwin.


My dear Izzuan,
You don't have to drive any BMW or Skyline to be gorgeous
Be an imam in prayers that's how you define gorgeous
You don't have to have nice voice and hush me with lovely songs to 'wooo' me
Recite the Kalamullah, Al-Quran Kareem, that's how i would melt
You don't have to be rich for me to love you
I love you so much and i want to grow old and grey with you




Sincerely,
Suhaila



Sunday, March 10, 2013

.Cerita kahwin lagi dan lagi.


Assalamualaikum semua :)
Lama tak update belog ni, rasa  macam lama sangat tinggalkan belog ni, kesian dia
Masa untuk tidur pun kurang, apatah lagi untuk menulis belog
Tapi aku janji akan pastikan belog aku selalu diisi dengan kisah baru
Antara faktor aku jarang menulis sekarang ni adalah aku banyak outstation
Hari ni di Pontian, esok di Kuala Perlis, lusa di Pahang
Dan sekarang aku di Kemaman tercinta
Eceh, nak juga perkataan 'tercinta' tu kan, retis sangat kan
Kenapa di Kemaman, mestilah jumpa buah hati tercinta di samping hilangkan bebanan kerja
Middle name aku kan 'beach', itu yang suka sangat nak duduk dekat pantai,heee
Dalam masa yang sama, si dia juga minta aku temankan dia ke majlis kenduri kahwin kawan di Taman Pertanian Kuantan
Disebabkan aku ni  sukakan kehijauan, jadi Taman Pertanian itu menjadi lokasi pilihan untuk aku adakan majlis kenduri kahwin kami di sana juga, ehem kahwin? Jeng jeng jeng, nantilah kita update cerita yang satu itu ye
Tapi si dia pula, geleng-geleng kepala sebab dia dah rancang untuk adakan kenduri kahwin di rumah sendiri, jadi wajib patuh keputusan suami, eh bakal suami :)
Jadi sekarang, tataplah dahulu wajah yang semakin tembam ni akibat overdose bahagia
Bye bye!

Feeling ala-ala princess katanya ;p

Friday, January 11, 2013

.Mari kita membaca!.


Assalamualaikum semua :)
Ini kiranya Part II la sambungan azam tahun baru katanya yang azam untuk banyakkan membaca buku
Cuba tanya kebanyakan pensyarah dekat mana-mana universiti, rata-rata akan cakap rakyat Malaysia ni malas membaca benda-benda ilmiah ni
Itu aku setuju sangat sebab cuba kalau kita buka belog-belog gosip artis ni kan, kadang-kadang tu sampai beratus-ratus komen aku tengok orang kita ni komen ye, macam kenal nor je dengan artis tu
Kadang-kadang geli hati juga sebab ada yang tengok tajuk je, tak baca sampai habis pun cerita tu, tup tup sibuk nak komen berdasarkan pemahaman sendiri dari tajuk yang ditulis tu
Nampak tak ceritanya sekarang, tak kira la belog ke, buku ke, kadang-kadang segelintir orang Malaysia ni memang malas nak membaca
Macam belog aku ni, aku boleh jamin berapa kerat je yang sanggup habiskan baca dari A sampai Z memandangkan belog aku ni kurang gambar berbanding belog lain
Tapi bila fikir balik, mungkin faktor persekitaran yang memainkan peranan atau cara pendidikan ibu bapa masing-masing
Macam aku dan adik-adik, bukan mahu membangga diri, tapi alhamdulillah, kami berempat memang suka membaca
Ada je buku nak di baca
Kalau ada jualan buku murah, memang kadang-kadang habis sampai beratus-ratus ringgit
Di rumah Muar pun, ada sudut bacaan untuk kami, kiranya macam perpustakaan kecil la, macam-macam jenis buku ada, dari komik sampailah buku ilmiah
Dan tukang kemasnya mestilah aku, aku suka kemas ikut kod warna, bukan jenis buku, jadi nampak macam pelangi, bila dah nampak macam tu, hati rasa nak dekat je dengan rak buku, nak tengok buku apa yang ada sebab warna-warni sangat
Di rumah sewa di Shah Alam pun macam tu juga, walau tak besar sangat almari, tapi alhamdulillah, dah penuh buku-buku aku sampai aku rasa dah kena beli rak buku baru
Dia macam satu perasaan tau kalau nampak buku tu jadi rambang mata sangat sampaikan aku ni pegang buku sampai tak nampak muka, pergi kaunter je tup tup beratus kena bayar, tapi takpe la, benda yang aku suka, jadi tak kisah melabur lebih, lagi pun buku tu aku kadang-kadang baca berulang kali
Bulan ini sahaja, aku laburkan banyak juga duit untuk beli beberapa buah buku
Lepas beli tu, aku belek, aku tengok, sayang nak baca, ni la perangai pelik aku, dah beli lepas tu sayang nak baca, nak tengok je
Dah kenapa lah kan
Macam 2 tahun lepas pergi Big Bad Wolf, beli bukan main banyak, tapi ada banyak lagi buku yang aku tak baca lagi
Jadi apabila jiwa ni menggila nak beli lagi buku, aku akan peringatkan diri yang buku yang sedia ada pun tak terbaca, ini kan pula mahu membeli lagi
Tapi biasanya kalah la, sebab aku akan beli sekurang-kurangkan sebuah buku
Macam adik lelaki kembar aku, bayangkan komik doraemon tu, banyak gila dekat rumah, baca sampai 2-3 kali agaknya, sampaikan ada sekali ni aku suruh si kemabar ni teka dialog kartun doraemon dengan nobita ni dengan bahagian mana, aku baru je baca dalam 2 dialog, eh dah jawab dah bahagian tajuk mana dah
Memang kagumlah kan, tapi dari situ aku dah boleh tengok yang si kembar memang minat membaca macam aku dan angah
Yang angah, memang gila membaca, genre buku lebih luas memandangkan angah ambil jurusan Sains Politik, jadi kalau nak bercakap perihal politik dengan angah, memang kalahlah kan
Si kembar sekarang pun dah berumur 15 tahun
Aku rasa semua buku yang ada dekat rumah tu, dah habis di baca
Aku ingatkan nanti mahu belikan buku kisah-kisah Rasulullah dan Para Sahabat untuk si kembar memandangkan sekarang ni pun kita kurang didedahkan dengan cerita-cerita macam tu
Jadi biar seimbang pengetahuan dunia dan akhirat mereka







Keadaan buku di rumah Muar


Dekat rumah sewa baru sikit je buku, takpe nanti aku tambah sampai muntah baca buku ni


Si dia pun tahu aku minat membaca
Seringkali dia menelefon, aku akan jawab aku sedang membaca
Jadi aku pun dah request awal-awal dengan Si Dia supaya rumah kami nanti disediakan perpustakaan mini untuk aku letak buku-buku aku
Tak pun, letak rak buku sepanjang perjalanan ke dapur ke, atau pun letak dekat sepanjang perjalanan ke bilik ke, tak perlu letak rak besar atau mahal, letak rak kecil pun takpe, yang penting nampak ada nilai estetik dan ilmiah (bab macam ni memang pandai je)
Bayangkan aku boleh duduk lama di kedai buku lama di Amcorp Mall sebab aku sangat menggemari suasana di kedai buku lama tu, bau buku lama buat otak aku dapat berfikir dengan baik, ya itu fakta
Kalau hujung minggu takde apa nak buat, kadang-kadang aku pergi kedai buku Popular di Sunway Pyramid, duduk la situ membaca, terima kasih Popular sebab sediakan tempat duduk selesa untuk aku duduk lama dan baca banyak buku sampai tak perlu nak beli buku tu ;)
Pokok pangkalnya, rumah aku wajib ada rak buku atau perpustakaan mini, buku ini satu pelaburan yang tak sia-sia sebab sampai anak cucu pun boleh baca buku tu kalau dijaga dengan elok
Aku selalu terfikir berdasarkan pengalaman diri sendiri dan kawan-kawan, beli baju, kasut, handbag sanggup pula walaupun sampai beratus-ratus atau beribu-ribu, tapi kadang-kadang tu, nak beli buku ilmiah yang harganya RM15.00 pun rasa macam nak keluarkan duit RM1500.00 pula
Kadang-kadang beli baju harga RM 60.00 boleh, beli buku yang sama harga tak boleh pula (ini aku dulu-dulu)
Lepas tu aku fikir aku kena ubah sikap aku ni, benda ilmiah jangan berkira, pahala kita beli buku ilmiah dan kongsi kandungan ilmiah dekat orang lain
Jadi, mari kita buang sikap kedekut dan berkira membeli bahan ilmiah, sekurang-kurangnya sebulan sebuah buku pun jadilah





 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com