Pages

Wednesday, May 23, 2012

Tips hubungan kekal lama


Assalamualaikum kepada semua pembaca belog tersayang :)
Memandangkan ramai yang mintak aku bagi tips cara untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan, jadi aku bermurah hati nak share dan kupas tips ni bersama-sama
kadang-kadang terfikir aku ni dah macam Doktor Love pulak kan *sambil tutup muka malu*
mungkin ini rentetan dari entri Tips Melupakan Kekasih Lama la ni yang mendapat sambutan hangat
takpe takpe, sharing is caring kan katanya

Sebenarnya aku pun masih lagi belajar untuk stabilkan hubungan dengan si dia
jadi tak banyak yang aku dapat kongsi, tapi aku cuba juga berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman kawan sekeliling dan juga berdasarkan pemerhatian peribadi.



1. Jujur.Jangan Menipu

- Yang ini merupakan antara keyword untuk menjayakan sesebuah hubungan. Jangan menipu sebab apabila sekali menipu, kita akan cenderung untuk menipu lagi bagi menutup penipuan sebelum ini. Kiranya, walau apa pun yang kita buat, cakap je dengan pasangan kita, samada masa tu ataupun selepas kejadian. Cara menyampaikan tu, terpulang la pada individu. Sebab bayangkan kalau kita menipu pasangan kita dengan cakap kita balik kerja lewat tapi hakikatnya kita dah lama balik dan tengah keluar dengan kawan-kawan. Bayangkan kalau pasangan kita dapat tahu yang kita tak jujur, kan dah bergaduh lepas tu, dari elok-elok je pasangan kita ok dan boleh terima kita keluar dengan kawan-kawan, terus tak percaya ingatkan kita keluar dengan perempuan / lelaki lain. Yela sebab mestilah pasangan kita akan terfikir-fikir kenapa kita tak cakap je kan hal sebenar. Jadi jangan tipu


2. Percaya 

- Kenapa kebanyakan lelaki menipu pasangannya?Macam contoh dia kata dia pergi gerai buah pukul 12 malam, mestilah kita rasa curiga kan, kedai buah apa bukak sampai pukul 12 malam kan?Dekat situ kita dah ragu-ragu, hilang dah 10% percaya sampailah si dia MMS gambar kedai buah yang dia pergi tu, sampai macam tu sekali kan sebab ragu-ragu punya pasal kan. Lepas ni pasangan kita menipu la cakap dia sibuk dengan kerja sebab malas nak cakap hal betul, cakap hal betul pun diragui jugak, baik menipu je kan. No No No! Walaupun kepercayaan itu merupakan suatu perkara yang sangat susah untuk dibina, tapi kita kenalah berusaha untuk percayakan pasangan kita. Bab-bab kepercayaan ni, aku memang sedang belajar. Cara untuk aku belajar adalah dengan poisitifkan fikiran dan diri. Memang susah sangat memandangkan hubungan kami ni jarak jauh kan, tapi aku cuba untuk belajar. Aku cuba berfikiran positif dan kekalkan kewarasan diri supaya dapat berfikir secara rasional. Hubungan yang sihat adalah hubungan di mana kita saling mempercayai pasangan kita dan cuba untuk bersikap setenang yang mungkin dan menikmati keindahan hubungan kita tu


3. Perbualan terbuka

- Kiranya kita ni boleh menerima kritikan dan teguran dari pasangan kita. Memang mula-mula angin kan, yela sebab kena tegur kan, siapa suka kan. Tips dia, apabila kena tegur atau dikritik pasangan, diam dan berfikir baik buruk teguran tu dan kenapa si dia menegur kita. Bukan terus melenting terus merajuk tak tentu pasal. Dah tentu lepas ni pasangan kita pun macam hambar je sebab semua benda tak boleh ditegur. Gurau-bergurau, kongsi masalah sama-sama, cuba untuk cari penyelesaian sesuatu masalah bersama-sama, kan comel je tu kan?


4. Jangan sesekali bercakap untuk berpisah

- Dah kenapa kan tiba-tiba kita sms pasangan kita cakap nak berpisah, padahal orang tu elok-elok je tengah buat kerja. Alasan berpisah, sebab overthinking yang pasangan kita dah tak sayangkan kita la, dah tak ingat kita la, sedangkan orang tu takde la buat apa-apa, dia cuma stress dan banyak masalah je ketika itu. Ni memang aku akui perangai perempuan. Tiba-tiba mintak putus sebab rasa tak dicintai dan kurang kasih sayang. Mati kutu boyfriend dapat sms macam tu. Macam mana tetiba boyfriend reply sms 'Okay kita putus!', tak frust menonggeng la pulak kan. Lepas tu nangis-nangis nak balik dekat boyfriend tu. Ish, perangai macam ni wajib ubah. Sebab lelaki ni apabila dia cintakan seseorang tu, dia cuba merendahkan ego dia. Kalau dah banyak kali cabar dia, lama-lama hilang sabar la kan. Jadi jangan berfikir ikut emosi tapi akal fikiran


5. Kalau bergaduh, maafkan dan lupakan pergaduhan itu dengan ikhlas

- Kebanyakan dari kita ni, suka sangat mengungkit hal-hal lama dan dah lepas (termasuk aku). Geram betul la perangai macam ni, omputih kata 'Let bygones be bygones', tapi orang Melayu kita ni sampai ke mati nak mengungkit je kan. Toksah la buat perangai macam ni, apa yang dah lepas, kita biarkan. Bukan ke si dia dah mintak maaf dari kita dan kita pun dah cakap kita maafkan dia kan? Jadi kenapa selalu nak mengungkit? Aku cabar diri aku untuk buang tabiat buruk ni jauh-jauh. Tak sihat lah kalau asyik mengungkit je, seolah-olah semua kebaikan pasangan kita tertutup dek SATU kesalahan yang dilakukan tu


6. Kalau tak ok perasaan dan hati tu, toksah la cakap ok, cakap je tak ok

- Jangan la menipu perasaan sendiri cakap kita ok je dengan apa yang dia buat, sedangkan kita terluka. Nanti pendam-pendam, lepas tu meletup dan bergaduh besar. Tak elok la buat macam tu. Kalau rasa tak suka dia buat macam tu, kabor je tak suka. Kalau rasa apa yang dia buat tu melampau dan lukakan perasaan kita, terus terang je. Baru dia tahu apa yang kita rasa. Kadang-kadang sebab kita diam je, pasangan kita ingat kita ok je dengan apa yang dia buat, sebab tu dia buat je benda yang kita tak suka tu


7. JANGAN BERCAKAP PASAL KEKASIH LAMA

- Tahu tak annoying gila kalau pasangan kita sentiasa bercakap pasal bekas kekasih dia? Apa kata, apabila pasangan kita bercerita mengenai bekas kekasih dia, kita pun tak payah jaga hati dia, kita pun join sekaki cerita pasal bekas kekasih kita. Ambil kau, berlumba-lumba kita tengok bekas siapa yang lebih baik kan?Memang loser okay buat macam ni, tak payah nak berlumba sangat. Instead of mendengar, apa kata kita terus terang je cakap kita tak suka. Sekali dua mungkin kita boleh terima apa yang dia ceritakan, mungkin untuk kita ambil pengajaran kenapa dorang berpisah, tapi kalau kerap sangat, tak elok juga. Mungkin pasangan kita rasa tak salah memandangkan si dia pun dah dengan kita sekarang ni, tapi jaga la hati pasangan awak tu.


8. Berhati-hati dengan perasaan pasangan kita

- Sesuai la dengan tips di atas, kita kena la peka dengan perasaan pasangan kita. Dia suka ke, dia benci ke, dia marah ke, dia kecewa ke, dia sedih ke, kita kena tahu. Sekurang-kurangnya kalau kita jauh pun, benda-benda kecil dengan bertanyakan dia ok ke tak hari tu, boleh buat dia tersenyum dan mungkin hilang sedikit perasaan tak nak berapa best yang sedang bergolak ketika itu


9. WHEN YOU HAD FIGHT, DON'T LET THE DAY PASS WITHOUT BEING FINE

- Tips ni aku paling suka. Macam mana marah pun kita dengan si dia, pastikan sebelum tidur, kita buang ego campak jauh-jauh, mintak maaf tak kira la siapa yang bersalah, dan maafkan si dia dengan sepenuh hati. Jangan biarkan pergaduhan tu berlarutan sehingga berhari-hari, sedih tahu tak kalau tak dengar suara pasangan kita.


Itu sahaja tips yang mampu aku kongsi bersama. Ada yang berdasarkan pengalaman sendiri dan ada yang dari pembacaan dan pengalaman kawan-kawan. Apa pun aku percaya dalam sesebuah hubungan, kalau mahu berjaya, kena banyak bersabar dan berfikiran positif. Apabila keadaan agak melampau dan tegang antara pasangan kita, ambil masa, berfikir, fikir macam mana kalau selepas dia letak telefon, lepas kita marah-marah dia, Allah tarik nyawa dia?Jadi hargailah satu sama lain :)





Thursday, May 17, 2012

Bukit-bukit lama-lama jadi gunung


Assalamulalaikum

Kalau ada yang perasan, setiap kali mahu membaca belog aku ni, mesti kena masukkan userid password bagai kan
sebab aku hadkan pembaca aku ni cuma di kalangan para penulis belog
bukan apa, aku dapat tahu, ada la sekumpulan lalat kecil ni, rupa-rupanya terjumpa belog aku ni, dan kerap membincangkan apa yang aku tulis di sini
lama-lama aku fikir balik, tak perlu la aku nak hadkan apa yang aku tulis ni, sebab semua orang punyai hak untuk menyatakan apa yang dirasa, kebebasan bersuara kan
selagi tak mendatangkan mudarat, tak salah untuk luahkan apa yang dirasa ada orang rasa dengan bercakap depan-depan, masalah akan selesai, dia puas hati tapi dia tak sedar mungkin ada yang tak boleh terima dengan apa yang disampaikan tu ada orang lebih senang untuk menulis samada di surat, sms, atau juga belog
mula-mula mungkin sukar untuk menerima, tapi apabila diulang baca, mungkin ada betul, mungkin ada salah
jadi di sini, aku terus buka belog ini untuk umum
persetankan apa cakap-cakap kosong orang lain sebab manusia akan sentiasa bercakap, baik pun mengata, jahat pun diumpat juga
jadi yang penting kita, keluarga, kawan-kawan dan pasangan hidup kita yang kenal kita, dan kita pun bukan orang asing dalam kehidupan seharian mereka

ok, berbalik kepada topik asal mengenai aktiviti hujung minggu aku yang lepas
kali terakhir aku mendaki adalah pada hujung bulan Januari 2011
selepas 1 tahun lebih tak mendaki gunung atau bukit, hujung minggu lepas aku ikut kawan-kawan sekerja aku mendaki bukit kutu
bagi aku, dah tak layak digelar bukit lagi, tapi lebih layak dipanggil gunung
sebelum mula mendaki, kami sarap dahulu di RNR Sg.Buloh
menu pagi aku adalah nasi goreng + telur sebab perut lapar yang amat
selesai bersarapan, kami terus gerak ke Kuala Kubu Bharu
sampai sahaja di sana, tanpa berlengah lagi, kami terus mendaki
di awal pendakian, di antara Checkpoint 1 dan 2, aku rasa oksigen tak sampai dekat otak aku
dengan keadaan tercungap-cungap, aku berhenti sebentar, kawanku Adibah mula mengurut belakang leher, saat tu aku rasa nak pengsan dan mahu turun semula ke bawah
akhirnya, terburai segala isi perut di situ, telur, nasi, lobak, kacang, eh memang terkeluar semua tanpa sempat dihadam
selepas puas muntah, dan bibir kembali merah, kami teruskan pendakian dan kemudian sekali lagi, aku mengeluarkan isi perut dengan jayanya, kali ini lebih banyak dari sebelumnya dan selepas muntah, aku pitam pula
selepas minum 100+ dan mentos, aku rasa tenaga aku kembali aku mendaki dengan penuh tenaga dan semangat
daki daki daki, selepas 4 jam, sampai juga kami di puncak
rasa nak menangis sebab banyak sangat rintangan
bagi aku, trek ke Bukit / Gunung Kutu ni, memang sangat menarik sebab kami perlu merentasi sungai, cerun dengan kecondongan 70% tanpa tali, lalu batu-batu besar yang bentuknya macam kapal angkasa, semua ni memang tak akan dapat kalau aku tidur terbaring sahaja dekat rumah
perjalanan turun pula, agak mencabar memandangkan hujan turun dengan agak lebat ketika itu
aku memang menggelongsor turun, dah tak berdiri, aku duduk sambil menggelongsor, bila lagi kan nak buat macam tu
akibatnya kaki aku melecet =.=
tapi pengalaman ni memang tak akan aku perolehi di mana-mana, dan aku bersyukur ketika berada di puncak bukit, sambil menghirup udara segar gunung, kabus sejuk menghempas ke muka kami
Ya Allah, sungguh indah ciptaan-Mu, betapa kerdilnya aku ni sebagai seorang manusia
dan dari puncak tu, boleh nampak empangan di situ, lembah-lembah dan gunung Rajah kalau tak silap aku
selepas ini, insyaAllah kami ke Gunung Angsi pula
pastikan stamina cukup dan tak makan pagi berlebihan


Monday, May 14, 2012

Kerana mulut badan binasa




Antara kita dah lama takda apa-apa
aku rasa semua perkara dah diselesaikan
kes dah ditutup memandangkan kita pun berpisah secara baik
tapi aku sangat terkejut mendengar cerita yang disampaikan oleh seorang hamba Allah mengenai cerita atau fitnah yang ditaburkan oleh pihak lelaki
oh patutlah aku terfikir kenapa ada segelintir kawan yang memandang serong dan menjauhkan diri dari aku rentetan perpisahan yang berlaku di antara kami
dan aku tak kisah pun dengan pemulauan itu disebabkan sewaktu aku masih lagi bersama si lelaki itu, tak pernah pula kalau hubungan kami bermasalah, kawan-kawan yang ini cuba untuk membantu
dahulu pun sewaktu aku mula bersama dengan si lelaki ini, habis dihasutnya si lelaki ini dengan mengatakan bahawa aku terima lelaki ini sebagai teman hidup aku disebabkan si lelaki ini mempunyai kereta
kelakar memandangkan aku langsung tak terfikir mengenai kereta atau harta si lelaki ni
kalau betullah aku ni gila harta, minta maaf la ye, aku tak pandang kereta engkau tu, aku pandang kereta yang lebih mewah
bunyi macam sombong kan?ye, memang aku sangat sombong dengan engkau dan kenalan-kenalan lain yang ikut sama dengan kata-kata engkau
jangan ingat aku tak dengar cerita dan fitnah yang engkau sampaikan dekat orang lain ye
aku ni punyalah menjaga harga diri dan maruah engkau lagi dengan berdiam diri apabila ditanya apa sebab perpisahan
bagi engkau, mungkin aku ni jahat, cari lelaki lain
tapi tanya diri engkau balik, cuma kita berdua sahaja yang tahu punca berpisah
selama 4 tahun kenal dengan engkau, tak pernah aku terfikir betapa busuknya hati dan mulut engkau ni kan
sungguh, aku terkejut mendengar cerita yang mengatakan bahawa selama ni aku bercinta dengan engkau sebab engkau kaya?engkau kerja gaji tinggi?pangkat besar?dan kemudian aku ni suka sangat paksa engkau kahwin dengan aku sebab mahu tarik engkau masuk keluarga aku?
aku rasa engkau lebih arif mengenai hukum fitnah orang ni
jangan sampai aku buka pekung engkau dan cerita aib engkau, aku mampu bersabar sebab aku fikir kalau aku sama juga macam engkau, betapa rendahnya martabat aku ni sebab sama taraf dengan engkau
aku faham engkau sakit hati, tapi untuk sebarkan cerita yang tak betul macam tu lebih-lebih lagi engkau kaitkan pula dengan keluarga, memang aku sakit hati
aku ajak engkau kahwin sebab umur kita sudah pun 25 tahun ketika itu, dan kita masing-masing dah lama kenal
bukankah engkau cakap,engkau dapat nasihat dari abang-abang yang belajar agama sama-sama dengan engkau supaya percepatkan apa yang wajib?
jadi mengapa timbul aku ni nak tarik engkau masuk keluarga aku?
setahu aku, engkau jumpa keluarga aku pun 2-3 kali sahaja
emak aku tak pernah beria-ia pun nak engkau kahwin dengan aku, apa yang dia mahukan, aku lambatkan perkahwinan aku
jadi kenapa timbul cerita bodoh macam tu?
berfikir guna akal fikiran yang Allah kurniakan dekat engkau, bukan dengan kepala lutut sebab inilah jadinya
dari aku bersabar, aku diam apabila orang pandang serong dekat aku, terus aku melenting macam singa kelaparan akibat mulut longkang engkau
tolonglah ye, aku tak heran dengan duit gaji engkau, pangkat engkau
kalau aku gila sangat duit engkau, masa aku kerja dekat Rompin dulu, aku dah buang engkau jauh-jauh memandangkan gaji engkau yang ciput masa tu
oh dan, kawan baik aku sendiri pernah nak kenalkan aku dengan lelaki lain yang sudah stabil dan kerja dengan pangkat yang lebih besar yang boleh menjamin masa depan aku, tapi aku tolak
tahu ayat kawan aku macam mana? 'tak payah la bercinta sakan dengan lelaki macam tu, gaji basic pun rm1800 je, nak bagi engkau makan apa, kawan aku ni gaji sekarang pun dah rm5000, belum tambah elaun lagi'
sampai hampir bergaduh aku dengan kawan aku ni sebab hina engkau macam tu
betullah apa yang aku pernah cakap dekat kawan-kawan rapat aku yang ilmu agama kalau kurang boleh ditambah, yang penting rajin untuk tuntut ilmu agama tu, tapi kalau perangai dan hati busuk macam bangkai, memang sampai tua susah nak ubah
ilmu banyak di dada tapi tak amalkan dengan betul
sebarkan fitnah
hati tu penuh dengan dendam sampai buat cerita tak betul
aku minta maaf kalau ada yang terkecil hati dengan entri kali ini
tapi cukup-cukuplah perbalahan ni
aku rasa sebelum aku buka mulut, baik engkau berhentikan cerita yang tak betul ni
ingat 'kerana mulut badan binasa'
dan ingat segala perbuatan engkau dulu
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com