Pages

Wednesday, February 24, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang


Dramatikkan tajuk entri?


Selamat hari jadi Muhammad Zulhilmi Bin Zulkifli
dah tua umur 24 tahun
harap-harap kumpul duit cepat-cepat nanti boleh kahwin cepat dengan saya ok? (gatal ok)
saya doakan:


- awak dapat kerja yang best

- hidup awak berjalan dengan sempurna
- dikurniakan isteri yang comel (saya-lah tu ;p)

- menjadi hamba Allah yang soleh



saya sayang awak!


Tuesday, February 23, 2010

Kau ingat kau cantik


Ya,
aku memang tak sempurna
aku memang tak cantik
aku memang tak comel
teman hidup biasa sahaja
teman hidup tak hensem orang lain
tapi tolong-lah
tak payah nak keluar ayat perli cakap teman hidup aku tak pandai bergaya
tak sehensem lelaki lain
tak payah

ikutkan hati
cukup-lah ayat
'Kau ingat kau cantik?'
aku rasa dah cukup untuk kau teliti belek diri sendiri
aku ni tak jahat
tak kejam
tak busuk hati
tak bergaya boleh diubah
gemuk boleh kurus
tapi mulut longkang
memang tak boleh-lah kan nak ubah
kau buat plastic surgeric pun aku rasa tetap busuk bau bangkai kan

ringan sahaja mulut cakap
at least aku ada seseorang yang boleh share everything dengan aku
bukan macam kau
loser
aku tengok juga bekas teman lelaki dia
maaf-lah
buruk gila ok
tak bergaya
jadi tak payah-lah tiba-tiba keluar ayat nak libatkan teman hidup aku
aku tak pernah pula mulakan ayat-ayat sakit hati

cermin muka sikit sebelum nak kata orang
sebelum nak keji
tengok dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut
kalau rasa sempurna
tak hitam gemuk buruk
nak kata apa pun aku tak kisah

kalau sikit je kata tak apa
ni boleh dikatakan sepanjang kena-lah ada je nak cakap keburukan
kalau sakitkan hati orang aku sayang
sama sakitkan hati aku
bukan teman hidup sahaja
tapi kawan-kawan rapat juga
sebab aku jenis menghargai persahabatan



Friday, February 19, 2010

tak marah cuma geram


Cuma peringatan untuk diri sendiri
kalau Si Dia ada kawan perempuan yang rapat dengan dia

patut jangan halang
sebab kawan perempuan mungkin dah lama berkawan dengan dia
jadi tak salah nak get along dengan kawan baik dia

tak kena bayar pun


memang rasa terkilan-lah kan

ni nak cakap
kalau rasa aku ni baik dengan teman lelaki orang lain atau tunang
tak payah nak rasa insecure sampai nak perli-perli

lebih-lebih lagi kalau persahabatan dah terjalin 15 tahun
kalau nak hadap sangat kan..

dalam jangka masa 15 tahun aku dah boleh flirt couple dengan tunang or teman lelaki kau aka kawan baik aku
tapi pernah tak dengar
kalau dah ditakdirkan jadi kawan baik sampai mati pun hubungan tak akan ubah
kalau nak fikir aku baik dengan tunang atau teman lelaki orang lain sebab status dia sebagai marine engineer ke, doktor ke, peguam ke

aku betul-betul tak heran

cinta hati aku bidang profesional juga

engineer juga

aku sendiri engineer juga

jadi tak payah nak keluar ayat yang buat aku rasa terkilan

bukan tak pernah kot lepak sama-sama

bukan aku buat muka pun kalau kawan baik lelaki bawa kau lepak sekali dengan kami
tak pernah
sebab aku hormat friendship kami
dan aku hormat kau sebagai kawan aku juga

bukan stranger

aku tak minta lebih
cuma hormat aku sebagai kakak mungkin yang lebih tua dari kau banyak angka
dan mungkin kawan baik tunang atau teman lelaki




*nukilan ini ditulis dengan penuh rasa terkilan

Wednesday, February 17, 2010

kegembiraan saya!


Saya gembira, anda bagaimana?
tak faham tiba-tiba je muncul ayat ni dalam benak fikiran
ok..
lets talk about Melaka
dah kenapa kan nak cerita pasal Melaka?
sebab cuti raya cina kami sekeluarga ke Melaka
cuma kali ini tak ke Zoo Melaka yang bila aku kira dah nak berpuluh kali gak la aku dengan family aku jengah binatang dekat sana
cuma kali ni, adik-adik aku tak larat dah nak melayan semangat cintakan binatang aku dah
asyik-asyik pergi zoo
dah aku memang pencinta binatang
mengalah juga-lah kan
maka kami sepakat buat aktiviti lasak sikit
maka ATV + buggy + go-kart-lah jawapannya
hebat tak hebat-lah aku ni kan dengan pakai wedges 5 inci
campur blaus lagi bawa ATV tu
dengan helmet 10 kilo sampai senget kepala rasanya
haishhh
tapi memang best!
kalau tekanan sila-lah cuba ye


dan kemudian dengan bahasa kiasan mahu ke Taman Buaya
tapi gagal lak semua tak mahu
sorry kawan-kawan zoo dan taman buaya
kali ni i datang tak sempat nak jenguk uolss semua
sedih
:(


nak pujuk hati kami ke dataran pahlawan
ni part yang best
pernah minum skyjuice atau bahasa kasarnya air sejuk harga RM 3.00 tak?
haa..aku pernah!
kalau datang Melaka TAK PAYAH makan dekat restoran d'celup ok?
TAK PAYAH DIULANGI!
secret recipe pun tak macam tu
lepas ni memang tak jejak dah kaki dekat situ
baik makan dekat Johnny's je hari tu


kalau ke Melaka memang rugi-lah kan kalau tak ke Jonker Walk


memang best ok..
gembira sebab banyak barang vintage di situ
wow!
apa lagi
borong habis!
next time nak datang dengan kawan-kawan tidur 1 malam area situ



kepala senget lepas pakai helmet 10 kilo..sekian









Sunday, February 14, 2010

Kau hidupku tawa bahagiaku


Berakhirnya sebuah penantian
akhirnya setelah 7 bulan tidak berjumpa
segala rindu dendam terlerai
terima kasih kepada lelaki kegemaraan aku untuk selamanya yang sanggup bersusah payah demi aku
terharu :")
terima kasih sudi berjumpa dan memberi senyuman yang dah lama hilang kepada saya
:)
:)


aktiviti perjumpaan (ok, dah macam rombongan sekolah ya)
tak nak cerita
rahsia (eleh gedik)
seronok lakukan sesuatu lain dari rutin deting selalu (tengok wayang + makan)
nampak berubah-lah life style kami
dah besar katanya
heee
tapi aku betul-betul gembira dan bahagia
oh selamat kembali senyuman!

dan kegembiraan bertambah disebabkan tumpang tidur di rumah Jat jat
love u sayangness even kita tidur pukul 3 pagi kan update gosip
jangka masa tak jumpa sama dengan jangka masa lelaki kegemaran
7 bulan juga
jadi sabtu dan ahad yang gembira dan bahagia
dan sekarang di Muar yang permai
home sweet home
:)
:)


gambar nanti akan di upload ye
USB hilang mana entah
tapi gembira punya pasal
takpa
senyum je




* jiran-jiran semua makan besar, bunga api dentam dentum, auntie uncle nak angpau! (pantun 3 kerat ok)


Friday, February 12, 2010

:(



Dengan ini aku umumkan bahawa bulan Februari bulan paling jahat dan kejam!
walaupun orang kata bulan cinta
tapi aku percaya itu adalah tipu semata-mata
selepas hari ini
aku tidak akan sesekali percaya bulat-bulat segala janji palsu
datang kerja hati sebak
nak nangis
tahan nangis
sumpah!
sakit sangat tahan


i am here still waiting though i still have my doubts
i am damaged at best..like you've already figured out

i'm falling apart, i'm barely breathing
with a broken heart that's still beating
in the pain there is healing
in your name i find meaning









entri untuk bulan Februari adalah berkenaan hati
kecuali
kalau kekasih hati datang ke sini setelah 7 bulan tidak berjumpa
aku janji aku diam
cuma tak boleh nak jadi seperti biasa
i'm a sober!!



Wednesday, February 10, 2010

mungkin patut diam


Mungkin aku patut private-kan blog ini
Mungkin untuk aku sahaja baca
orang tak suka cerita hati perasaan ni
hmmm

Tuesday, February 9, 2010

dying to have you


hati tak tenang
hati mahu berjumpa
degupan makin kuat
haishh
gaji tolong masuk awal please??
dah minggu ke-2 bulan lain ni
eeeeee
rasa nak meletup je jantung ni
rindu yang amat
sumpah! tak tipu
:(

Sunday, February 7, 2010

Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..aku pilih derita



Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu





sejak akhir-akhir ini
mental emosi kurang sihat
jadikan aku manusia pendiam
semangat berkata-kata hilang
kawan-kawan buat lawak
ketawa bersungguh-sungguh
hati siapa tahu?
hati sihat?
jawapannya tidak
penat
letih
tapi ada sedikit daya untuk ku teruskan lagi
tapi terkadang-kala aku tewas juga mengikut sangat perasaan marah dan kesal
sejujurnya aku muak
aku bosan dengan permainan cinta ini
kenapa diciptakan manusia berpasangan kalau terpaksa menderita berjauhan
kalau sehari seminggu tidak jumpa
boleh dimaafkan
tapi kalau 7,8,9 bulan
bagaimana?
setiap malam menangis
kadang-kadang rasa tak mahu lagi derita macam ni
tapi hati cakap "sayang,jangan tinggalkan"
ye..
gagahkan juga berjalan dengan dia
sampai 1 masa yang tinggal cuma perasaan benci
tapi semaikan juga benih cinta
siramkan juga dengan kasih sayang
tapi layu juga
perlukan matahari
tapi jauh menyorok di Ipoh
sibuk sinari kehidupan makhluk lain yang pentingkan diri sendiri
tak terfikir yang satu ni hampir mati kelayuan
hmmmmm
aku cuma mampu berdoa dikuatkan hati
untuk mencintai cuma yang satu
setiap hari berdoa
supaya didekatkan hatiku dengan hatinya
cuma
aku minta fahami hati aku
again again and again
ramai menjadi batu api
suruh mencari di tempat yang senang ku lihat
senang ku belai
tapi tak sanggup
sayang masih kuat
dinding kasih sayang masih teguh
janganlah kau rapuhkan sayang
takut aku tak mampu lagi untuk teruskan
mengeluh panjang aku kali ini
:(

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com