Pages

Monday, August 30, 2010

Tarabas, will you marry me?


Disebabkan ramai yang cuti hari ini sebab esok nak merdeka
motif cuti?
sebab hari ini hari isnin
jadi combine-kan sekali dengan semalam iaitu Ahad :)
aku saja yang rajin pergi kerja (eh..mestilah!)
jadi aktiviti hari ini selain warna pelan untuk lebih dapat lihat dengan jelas, aku google semua cerita yang aku suka masa kecil-kecil dulu :)



The Cave of The Golden Rose!

siapa yang tak pernah tengok cerita ni, sila masuk dalam selimut dan sorokkan muka anda
cerita ni memang famous gila ok uollss
memang sanggup tidur lewat ni semata-mata nak layan cerita ni
penuh fantasi yang melampau-lampau sampai rasa nak masuk dalam televisyen
nama heroin dalam cerita ni ialah Fantaghiro
masa dulu-dulu, selalu berangan nak jadi Fantaghiro
tunggu Tarabas datang
Tarabas ni, memang hensem gila-lah i cakap dekat uollss
dia ni boleh tukar jadi serigala ok (note : 10 kali ganda lebih hebat dari Jacob..harus!)
tapi Fantaghiro dia bercinta dengan Ramualdo sebenarnya
tapi banyak kali jumpa Tarabas gaduh-gaduh, fall in love
jadi, siapa yang terlepas tengok cerita ini, boleh keluar dari selimut, download cerita ni ok?
dengar ni, WAJIB!

seksi kan?grrrrrrrrrr


Masih lagi dibayangi wajah hensem Tarabas
haishhhhh




The Wizard of Oz!
(kenapa mesti nak tanda seru?sebab nak cerita betapa excited dan semangatnya aku masa taip ni, bayangkan ye)

sebelum nak cerita apa-apa
kenapa aku sanggup cari flat warna merah?
sebab cerita ni lah!
bukan sebab Alice in Wonderland tau
malas-lah nak cerita lebih
dalam cerita ni ada Dorothy (dia ni orphan tau..dia ni-lah yang pakai kasut merah tu), ada Cowardly Lion, ada Tin Man dan Scarecrow
mereka inilah jadi peneman Dorothy untuk pulang ke rumah dia balik selepas mereka terperangkap dalam tornado (ok, sila check balik)

tengok!sama kan kecuali aku takde glitter dan heel ;)


The Neverending Story!

haaaa..cerita ni pasal seorang budak lelaki yang diabaikan oleh bapanya (nama budak lelaki dah lupa ya)
ok-lah, panggil little boy la ye
little boy ni selalu kena buli dengan budak-budak sekolah dia
on 1 fine day ni, little boy curi buku di sebuah kedai yang bernama The Neverending Story
kalau tengok cerita ni, ada seekor naga + anjing (nanjing mungkin?)
ok nama dia Falkor
dia boleh terbang, selalu bawa little boy ni terbang, kalau tak silap aku, dia ni nak pergi negeri nama Fantasi kot (rasanya-lah)
Falkor ni comel, selalu tidur sama-sama dengan little boy
nak tahu lebih, download cerita ni ye



inilah nanjing (Falkor)
masa tengok cerita ni, geram tengok bulu lebat dan telinga dia








tamat..
kawan-kawan macamana?
ada tak cerita yang buat korang sanggup tidur lewat?


pssstt : jangan lupa download cerita ni ok?








Wednesday, August 25, 2010


Teringat waktu muda remaja semasa umur 12 tahun rasanya (ok, sekarang sudah berumur 24 tahun..dah tua!)

selalu sanggup tidur lambat untuk tonton cerita Beautiful Life lakonan Takuya Kimura (he's HOT!)

mengenai perempuan OKU dan mereka jatuh cinta

sedih sangat wei masa perempuan OKU tu mati sampai aku menangis..

tengok!kecil-kecil lagi dah cepat touching apatah lagi dah menginjak dewasa ini

lagi asyik nak touching sahaja



seterusnya, GTO, great teacher onizuka!!

siapa yang tak tengok cerita ini memang rugi walaupun unsur-unsur lucah tetap ada

ok, onizuka memang pervert

nampak perempuan macam kucing nampak ikan..meowwwww

setiap sabtu dengan ahad kan tak silap aku-lah


kemudian, datanglah cerita The Successful Story of A Bright Girl (entah betul ke tak tajuk dia ni)

ish, comel betul pelakon dia

aku rasa itu cerita korea pertama aku tonton dan terus jatuh cinta


dan cerita yang buat laptop aku terbakar adalah Full House

comelnya Han Ji Yun!!grrrrrrr

dah tengok sekali tak puas

tengok untuk kali kedua

tak puas dan terus ketiga

ambil ko!terus terbakar laptop aku!

sebabnya tak tutup laptop selama 3 hari (my bad :I)


dan sekarang, jeng jeng jeng

aku tengah gilakan cerita Invincible Youth di channel 303

rancangan ini pasal artis-artis famous yang dikehendaki duduk di kampung dan belajar cara hidup orang-orang kampung

aku tengok, best je artis-artis ni tanam kentang, tomato, terung dan macam-macam lagi

tapi aku paling suka dengan Narsha

Narsha ni anggota Brown Eyes (tak silap aku-lah) yang famous di Korea

dia ni kelakar sangat, mungkin dia paling berumur (30 tahun) di antara mereka semua

yang join rancangan ni, bukan artis cikai-cikai saja, dari Kara, 4 Minutes, SNSD (kalau tak kenal, sila google)

jadi, sila-lah tonton ya!


hot kan mereka?



ok.bye!

Monday, August 23, 2010

Kalau betul wujud..


Apabila hujan turun
melimpahlah air dari perbukitan
aliran menujah ke batu
melekuk tanda waktu beralih
seiring nyawa menghanyut usia
sejalan nafas melangkah ke hujung
awan kalau dapat ku capai
maka saktilah hamba



Kecintaan aku terhadap buku penulisan Ramlee Awang Murshid semakin menjadi-jadi
bermula dengan Bagaikan Puteri, kemudian sambungan ke Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan berakhir dengan Cinta Sufi
semua aku baca bukan sekali. malahan 3 kali
setiap kali baca, aku jatuh cinta dengan Laksamana Sunan
penulis menggambarkan Laksamana Sunan sebagai seorang pahlawan yang taat dan setia kepada Allah Taala dan tidak jemu-jemu membanteras kejahatan dan kemungkaran yang disebabkan dari hasutan Sang Petala atau pun iblis
semakin banyak helaian buku aku selak, semakin jauh aku masuk ke dalam kisah ini
aku membayangkan mukanya
perlakuannya
sumpah, hati tertarik
sedih apabila novel terakhir, Laksaman Sunan ditembak oleh si keparat Portugis, Leandro
tetapi dibawa pergi ke terowong di dalam tasik oleh Laksamana Hang Tuah
tergantung adakah masih beliau hidup atau mati
aku harap supaya Ramlee Awang Murshid, hasilkan lagi buku untuk menutup soalan yang bermain di minda aku

bercerita pula mengenai Hang Tuah
sudah lama aku tanyakan hati
adakah betul wujudnya Hang Tuah?
kenapa tidak disenaraikan sekali namanya sebaris dengan Mat Saleh, Rentap dan pahlawan-pahlwan yang berjuang menentang bangsa asing ke bumi bertuah ini pada tahun 1511 dan ke atas?
lalu aku buat kesimpulan sendiri
Hang Tuah itu wujud tetapi tidak kita pelajari di dalam Sejarah tingkatan 1,2,3,4 atau 5
Hang Tuah dikatakan membawa diri ke Gunung Ledang
selepas pembawakan diri beliau, datanglah gerombolan si keparat Portugis ke Melaka
dan seperti yang dipelajari, Melaka kalah di tangan Portugis
aku berfikir, dan berfikir
bagaimana Hang Tuah mana mahunya menyelamatkan Melaka disebabkan berpergian ke Gunung Ledang membawa hati yang luka?
disebabkan ketiadaan Hang Tuah, Hang Jebat (dibunuh akibat derhaka), Hang Lekiu, Hang Kasturi dan Hang Lekir (yang lagi 4 orang, aku rasa mengikut jejak Hang Tuah, turut membawa diri)
kalahkan Melaka ditangan Portugis
mungkin Hang Tuah ada menentang di tempat lain, tetapi disebabkan semua musuh dibunuh, maka tiadalah siapa bagi menceritakan keperkasaan Hang Tuah seperti yang tercatat di dalam Sejarah Melayu hari ini
ini cuma teori aku sahaja
jangan jadikan kontroversi
lagi pula aku bukan pakar sejarah :)

aku berpendapat karya penulisan Ramlee Awang Murshid
bukan sahaja makanan hiburan bahkan makanan jiwa dengan penekanan terhadap agama Islam
habis membaca buku ini, aku menangis teresak-esak mengenang dosa-dosa lampau
takutnya aku dengan balasan Allah Taala
padanya aku bertaubat memohon keampunan

aku berfikir mengenai cara hidup kawan-kawanku
mereka disekelilingku
ada yang jauh menyimpang dari ajaran Islam
aku kasihan dengan diri sendiri
malu dengan Allah dan para Nabi yang berusaha menyuburkan Islam dalam jiwa setiap umatnya
namun cuma dipandang remeh oleh sesetengah umatnya
betullah, kaum Nabi Muhammad paling sedikit jejakkan kaki ke syurga
sebaknya hati



Ya Allah, Engkau tetapkanlah imanku
Tetapkanlah hatiku supaya sentiasa berada di jalan yang benar dan tidak tergelincir dari landasan Engkau Ya Allah

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
namun tak upaya menghadapi api neraka-Mu
terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku
sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa hamba-Mu

Tuesday, August 17, 2010

Kenapa cantik sangat ni?



Psssttt..nak tahu 1 rahsia tak?
Aku terlampau suka perempuan cantik + bergaya
terutama perempuan bertudung
jadi, aku memang rajin add perempuan cantik bertudung di facebook (oh dan bergaya)
sebab mungkin aku tak cantik, pasal itulah suka tengok perempuan lain yang cantik belaka
haihhh
kalau nak senaraikan perempuan-perempuan cantik ni, memang ramai
tapi aku lebih suka tengok cara pemikiran dan pembawakan diri mereka (bukan pembawakan budak tau)

aku suka tengok watak Nur Amina dalam cerita Nur Kasih
bagi aku perempuan seperti Nur mempunyai ciri-ciri seorang wanita Islam yang pandai berdikari, bekerja, bergaul tapi masih lagi menjaga adab dan kelakuan sebagai seorang muslimah
tapi kalau diberi pilihan, aku ingin mencontohi isteri Nabi Muhammad, iaitu Siti Aishah
sebenarnya pilihan di tangan sendiri, mahu atau tidak
Nabi Muhammad sendiri pernah berkata, 'Sekiranya dikumpul ilmu wanita-wanita dan isteri-isteriku, masih tidak dapat menandingi ilmu yang ada pada Siti Aishah'
Siti Aishah seorang yang suka belajar dan tak pernah jemu menuntut ilmu dalam segenap sudut
dalam diam aku menyimpan niat untuk belajar lebih lagi tentang Islam
malam tadi sebelum tidur, jenuh aku fikirkan perjalanan diri ini selama 24 tahun
baik, buruk
kesimpulannya, terlalu banyak kecacatan dan kelemahan dalam diriku
berbanding buku ilmuan dan pengetahuan, aku lebih banyak membeli majalah (cleo, eh! and so on)..ish
jadi malu dengan diri sendiri
aku mulakan dengan tafsir Al-Quran supaya aku lebih memahami Islam sedalam-dalamnya
insyaAllah, aku mampu menjadi muslimah yang lebih baik :)

perubahan dalam diri aku, datangnya dari hati
aku dapat lihat semakin hari makin terbuka hati aku untuk menjadi yang lebih baik dari hari ini
contohnya, dari segi pakaian
aku dah tak suka pakai jeans lagi
aku mahu seluar yang lebih longgar atau skirt labuh
tapi kena tunggu gaji dulu keluar untuk buat belian dan sedekahkan jeans kepada yang memerlukan
baju pun aku lebih suka yang longgar
sebab tu aku gemar fesyen vintage sebab kebanyakan pakaian yang dijual, memang longgar, but yet still nampak cantik and affordable
terlalu banyak baju fesyen mak-mak yang aku beli dengan harga yang sangat tak disangka
kebanyakkannya RM5.00 atau 4 helai RM10.00
tapi memang berbaloi dan puas hati :)
aku cuba hidup dalam kesederhanaan
aku cuma inginkan hidup yang sederhana dan tidak melebih-lebih dalam sesuatu perkara
bukankah cara hidup begitu yang digalakkan dalam islam?


II

Sebagai manusia, aku kadang-kadang pelik dengan sikap sesetengah manusia yang suka mencari kesalahan orang
kadang-kadang aku lihat dari kawan dan pengalaman aku sendiri
apabila bersuara sedikit mengenai isu-isu semasa, agama dan pandangan sendiri mengenai sesuatu hal, akan ada golongon minor ini yang rajin bagi pendapat yang sinis yang aku rasakan sebenarnya untuk sedarkan diri si penulis status bahawa mereka tidak layak bercakap mengenai perkara ini
kita mengamalkan sistem di mana semua orang bebas bersuara kan?
bebas bersuara tapi secara terkawal
tapi kenapa apabila kita menyatakan sesuatu yang kita rasakan tidak betul di mata kita, ada sahaja yang sibuk mengatakan kita tak layak bersuara sebab kecetekan ilmu dalam diri
bagi aku tak salah, mungkin si tukang komen boleh beri pendapat
bukan jatuhkan maruah kawan yang lain

1 lagi
aku cukup pantang dengan jenis manusia yang apabila kawan berubah ke arah yang lebih baik,
tapi tak suka dengan perubahan kawan
ada seorang hamba Allah yang agak rapat dengan aku, suatu hari telefon aku untuk bertanyakan khabar
tiba-tiba ayat yang keluar dari mulutnya "Sekarang pakai tudung lagi atau dah free hair balik, mesti dah free hair je kan"
???&*^%$#@*()()*$@!~@%((_+)(*(!!!!!!
marahnya aku!
tapi atas dasar persahabatan, aku diam sahaja
aku ingat masa awal-awal aku berhijrah, dia kawan yang paling lantang memperlekehkan aku bertudung
aku TIDAK akan sesekali membuka aurat aku kembali sebab aku betul-betul ikhlas
aku BUKAN bertudung disebabkan fesyen
aku BUKAN bertudung disebabkan paksaan
aku bertudung sebab tuntutan agama dan ingin melunaskan tuntutan agama supaya menutup aurat
sepatutnya, sudah lama aku menutup aurat
tapi aku hanyut sebentar dalam dunia pinjaman ini
bukankah dahulu kita sama-sama ke sekolah agama
kau aku kita berbasikal
belajar mengenai Ibadah, Tauhid, Tasawwur, Munakahat
bukan kau antara pelajar yang hebat?
kenapa tak aplikasikan tapi kau memperlekehkan aku
mahu cari buah hati, tapi menyuruh cari yang free-hair
kenapa?
sebab rasa perempuan bertudung tak pandai bergaya?
tak faham apa ada dalam fikiran kamu sahabat
mungkin masa berubah terlalu pantas sehingga kamu tak ingin menoleh kebelakang dan bangga dengan ilmu agama yang kita pelajari bersama
sebagai sahabat, aku sayang kamu
jadi hormati perubahan ini
tak pernah aku menegur cara hidup kamu
tapi sesiapa yang mengenali aku, pasti tahu aku sayangkan kawan-kawan aku
jadi dimaafi sahaja segala kata sinis yang keluar dari mulut seorang sahabat
kalau kawan, mungkin sudah lama aku katakan 'bye!'
jadi aku berpendapat, sebagai manusia kita perlu bersederhana dalam kehidupan
aku tak mahu hidup di kalangan manusia yang cakap perkara-perkara besar, harta-harta besar
dan aku bersyukur dilahirkan di dalam keluarga yang serba sederhana walaupun mungkin ayah kurang berada berbanding adik-beradiknya yang kaya raya
walaupun, kadang-kadang dibebani masalah sedikit, tapi kami tetap gembira dengan hidup kami
dan aku gembira dan bersyukur, dikurniakan adik-adik yang bijaksana hasil bimbingan mama dan ayah
seorang pernah dinobatkan pelajar terbaik negeri Johor dan menuntut di UKM sekarang
2 orang adik lelaki kembar, setiap thaun naik ke pentas ambil hadiah tempat pertama atau kedua
alhamdulillah, aku bersyukur pada-Mu ya Allah
disebalik kekurangan, ada kelebihan yang tidak terhingga


psstt : ni perempuan bertudung manyak cantik woo..pandai bergaya saja


Ramadhan dahulu dan sekarang


Semakin tua bumi ini, semakin hilang sifat malu dalam diri seseorang individu
ok, tak semua individu, cuma perlu tepuk dada tanya selera masing-masing
contoh paling ketara kalau disebut malu :

Situasi 1 (bulan Ramadhan 2010) : Sekumpulan perempuan yang tidak berpuasa (datang haid atau ada sebab tersendiri) dengan tanpa rasa segan silu, makan di MCD dan KFC pada waktu makan tengahari (!?), agak-agaklah kan kalau tak boleh berpuasa sekalipun, hormatlah bulan Ramadhan dan muslimin serta muslimah yang lain..ini tidak, muka bangga pula tu kalau kita pandang-pandang..

Situasi 2 (bulan Ramadhan 1999) : teringat mama kalau tak puasa, tetap cakap puasa depan kami, tapi makan senyap-senyap je, itu pon aku rasa minum air sahaja..kalau pergi KFC dan MCD, yang bukan Islam sahaja makan dekat sana


Sebagai seorang muslimah walaupun terlalu banyak kelemahan, aku rasa malu untuk melihat kaum hawa sendiri menconteng arang ke muka muslimah lain yang berpuasa.
Tak terfikir ke apa pandangan penganut agama lain terhadap kita?
Kalau yang beragama Islam pon tidak menghormati bulan Ramadhan, bagaimana penganut agama lain?
Alhamdulillah, mereka masih ada lagi rasa hormat terhadap penganut Islam yang berpuasa
Aku tak faham apa yang difikirkan perempuan-perempuan tak tahu malu tu
Kalau betul sudah kebulur sangat, bungkus sajalah
Makan senyap-senyap
Tak pernah lagi aku tengok perempuan berperangai teruk macam tu
Bukankah kita, masyarakat Timur diserapkan dengan nilai murni dan budi bahasa
tapi kalau sudah berperangai macam tu, tak menghormati bulan Ramadhan, aku rasa hukum sebat je..grrrr (ok, mungkin hukuman lain)
Aku harap kawan-kawan aku, tiada yang berperangai buruk macam ni
Kalau jumpa, aku langgar je

Tuesday, August 10, 2010

Kenangan Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula


Esok, insyaAllah rakyat Malaysia yang beragama Islam akan berpuasa selama 30 hari

Entah kenapa kedatangan Ramadhan kali ini sangat bermakna untuk aku

Perasaan tidak sabar menanti bulan ini akhirnya reda seketika

Namun, terdetik perasaan sayu dan rindu aku dengan kenangan berpuasa aku 17 tahun yang lalu

Aku mula berpuasa penuh seawal usia 7 tahun (sebenarnya tak penuh pon..haha!)

Tapi tak penuh tu macam 27,28,29 hari

Semasa arwah Tok Pak dan arwah Tok Mak masih ada,

Setiap minggu, kami keluarga besar, auntie, uncle, sepupu, sepapat akan berpuasa bersama-sama

Uncle dan auntie yang duduk di Kuala Lumpur turut balik semata-mata untuk berbuka puasa bersama-sama

Meriahnya aku rasa saat tu

Petang tu, sudah kedengaran gelak ketawa, riuh rendah kerabat Samad sibuk bergotong royong juadah berbuka puasa

Aku pasti, dalam hati arwah Tok Pak dan Tok Mak, mereka bangga punyai anak-anak yang tak pernah lupakan mereka

Sibuk macamana pon mereka, tetap akan berbuka puasa beramai-ramai

Ayat kegemaran arwah Tok Pak “Siapa tak puasa, duduk atas tangga, jangan jadi ulat tomato”

Disebabkan takut dan sayangnya kami dengan arwah Tok Pak, kami yang tak puasa ni, cuma telan air liur sahaja melihat juadah yang lazat di depan kami

Atok mana yang tak sayangkan cucu kan?

Semestinya sekejap sahaja kami dihukum sebegitu

Kami memang dimanjakan oleh arwah Tok Pak

Biar aku gelarkan beliau atok terbaik dalam dunia

Rindu terhadap gurauannya memang sangat aku rasakan

Apatah lagi aku memang dibesarkan di rumah Tok Pak dan Tok Mak

Pergi dan balik sekolah dihantar dan dijemput Tok Pak

Mahukan ais-krim, seawal 3 petang sudah tercegat Tok Pak tunggu Apek ais-krim tak kira berhujan panas (sebak)

Aku teringat ada sekali aku merajuk sangat dengan Tok Pak disebabkan beliau bergurau tentang udang

Aku yang pada waktu itu hanya berumur 8 tahun, koyakkan buku sekolah matematik sebab protes

Tapi Tok Pak kutip cebisan-cebisan kertas dan lekatkan balik 1 demi 1 seperti keadaan asal (sebak)

Tok Mak juga rajin masak juadah yang menjilat jari, tapi paling aku suka makan, bubur lambuk yang sangat-sangat-sangat sedap

Seronoknya aku semasa kecil, melalui zaman kanak-kanak yang aku rasa takkan dilupakan

Berpuasa dan beraya beramai-ramai

Berbuka puasa beramai-ramai

Jadi ulat tomata sekejap kalau ponteng puasa (hehe)

Bahkan kami berbuka ramai-ramai dalam dulang besar

Seronoknya!

Bergurau bersama-sama

Haa..Tok Pak memang rajin bergurau dengan semua cucu

Paling tak sangka, suka mengulang balik kata-kata cucunya

Rindunya, rindu sangat dekat Atok

Teringat aku semasa dapat tahu Tok Pak sudah meninggal

Aku menangis teresak-esak

Tak puas bermanja lagi bila Tok Pak pergi tinggalkan aku pada usia 12 tahun

Pada semua orang, aku minta mereka mengatakan yang ini cuma mimpi

Atok, adik rindukan atok (tahan air mata, dalam ofis ni)

Atok, adik sekarang dah berumur 24 tahun

Sekarang tambah si kembar lelaki tau, Fitriy dan Fikriy

Umur kembar sudah menjangkau 13 tahun pada tahun hadapan (tak boleh terima budak-budak cepat membesar)

Adik sekarang dah kerja, ikut jejak langkah Tok Pak sikit

Kalau dulu semasa hidup, atok rajin tolong orang

Sekarang adik pon tolong orang gak atok, buatkan hospital untuk orang sakit

Terima kasih jaga adik selama ni, jadi orang berguna untuk mama dan ayah

Seronok jadi ulat tomato zaman kecil-kecil dulu




Nanti bila aku dah berkahwin dan ada anak

I’ll make sure my children have the best kampong’s experience ever

Friday, August 6, 2010

The World of Silence


"Kadang-kadang kita tidak perasan apa yang kita selalu nampak"


Bagaimana kalau semua manusia dalam dunia ini pekak, buta dan bisu?
Bagaimana kalau semua manusia dikurniakan bakat membaca pemikiran dan hati orang lain?
Aku pasti dunia pasti sunyi dari gelak tawa, sedu sedan, maki herdik dan gurauan apabila ketiga-ketiga deria ditarik oleh Allah Taala
Malam tadi sebelum lena, ayat-ayat di atas, terngiang-ngiang dan bergema-gema seiring dengan nafas aku
Kadang-kadang apabila aku marah, aku abaikan perasaan orang sekeliling aku
Orang yang sayangkan dan kasihkan aku
Aku lukakan mereka
Keras kepala!
memang si dia selalu cakap aku macam ni
cukuplah aku menyesal dan menderita kehilangan Soulmate (Al-Fatihah)
setiap masa tak dapat dibuang jauh rasa kesal
sampaikan mengalir air mata sebelum tidur

Kadang-kadang aku terfikir bagaimana dunia ini di kaca mata mereka yang pekak, bisu dan buta
Adakah indah-indah belaka dengan manusia yang melayani baik mereka?
Berapa kerat sahaja mungkin
Adakah cuma penuh dengan ketidakadilan hasil dari sikap manusia yang suka mendiskriminasi dan memandang hina?
Secara jujur, berapa ramai manusia yang sanggup berikan tempat duduk di dalam bas atau tren kepada mereka yang kurang upaya?
Kurang upaya di sini termasuklah orang tua, kanak-kanak dan perempuan mengandung?
Jujur, tanya hati
Berapa ramai yang apabila berbelanja sakan setiap bulan selepas gaji, teringatkan mereka yang tidak mampu tukat pakaian baru setiap bulan macam kita?
Sedihnya aku sebab kadang-kadang aku lupa dan alpa

Aku terfikir, ada segelintir mereka yang pekak, buta dan bisu yang mahu kekalkan keadaan mereka seadanya
Yang pekak, terus ingin pekak, enggan mendengar fitnah dan umpatan manusia, kata-kata dusta
Yang buta, terus ingin buta, malu dan enggan melihat kejahatan dan keburukan manusia, enggan melihat maksiat yang semakin berleluasa
Yang bisu, terus ingin bisu, enggan terlibat sama mengumpat dan membuat fitnah sesama manusia
Mungkin mereka selesa keadaan yang sederhana sahaja
Hidup penuh merendah diri

Hari ini ingin melihat dunia dengan luas
Lihat dengan mata dan hati
Dengar, merasa dengan telinga, mulut, lidah dan liang roma
Hidup dengan penuh kesederhanaan
Sebab tak mungkin hidup dengan kesempurnaan seorang manusia melainkan kita sendiri yang merubahnya
tapi, tak mungkin kan?kerana hanya Allah Taala yang sempurna


 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com