Pages

Monday, August 30, 2010

Tarabas, will you marry me?


Disebabkan ramai yang cuti hari ini sebab esok nak merdeka
motif cuti?
sebab hari ini hari isnin
jadi combine-kan sekali dengan semalam iaitu Ahad :)
aku saja yang rajin pergi kerja (eh..mestilah!)
jadi aktiviti hari ini selain warna pelan untuk lebih dapat lihat dengan jelas, aku google semua cerita yang aku suka masa kecil-kecil dulu :)



The Cave of The Golden Rose!

siapa yang tak pernah tengok cerita ni, sila masuk dalam selimut dan sorokkan muka anda
cerita ni memang famous gila ok uollss
memang sanggup tidur lewat ni semata-mata nak layan cerita ni
penuh fantasi yang melampau-lampau sampai rasa nak masuk dalam televisyen
nama heroin dalam cerita ni ialah Fantaghiro
masa dulu-dulu, selalu berangan nak jadi Fantaghiro
tunggu Tarabas datang
Tarabas ni, memang hensem gila-lah i cakap dekat uollss
dia ni boleh tukar jadi serigala ok (note : 10 kali ganda lebih hebat dari Jacob..harus!)
tapi Fantaghiro dia bercinta dengan Ramualdo sebenarnya
tapi banyak kali jumpa Tarabas gaduh-gaduh, fall in love
jadi, siapa yang terlepas tengok cerita ini, boleh keluar dari selimut, download cerita ni ok?
dengar ni, WAJIB!

seksi kan?grrrrrrrrrr


Masih lagi dibayangi wajah hensem Tarabas
haishhhhh




The Wizard of Oz!
(kenapa mesti nak tanda seru?sebab nak cerita betapa excited dan semangatnya aku masa taip ni, bayangkan ye)

sebelum nak cerita apa-apa
kenapa aku sanggup cari flat warna merah?
sebab cerita ni lah!
bukan sebab Alice in Wonderland tau
malas-lah nak cerita lebih
dalam cerita ni ada Dorothy (dia ni orphan tau..dia ni-lah yang pakai kasut merah tu), ada Cowardly Lion, ada Tin Man dan Scarecrow
mereka inilah jadi peneman Dorothy untuk pulang ke rumah dia balik selepas mereka terperangkap dalam tornado (ok, sila check balik)

tengok!sama kan kecuali aku takde glitter dan heel ;)


The Neverending Story!

haaaa..cerita ni pasal seorang budak lelaki yang diabaikan oleh bapanya (nama budak lelaki dah lupa ya)
ok-lah, panggil little boy la ye
little boy ni selalu kena buli dengan budak-budak sekolah dia
on 1 fine day ni, little boy curi buku di sebuah kedai yang bernama The Neverending Story
kalau tengok cerita ni, ada seekor naga + anjing (nanjing mungkin?)
ok nama dia Falkor
dia boleh terbang, selalu bawa little boy ni terbang, kalau tak silap aku, dia ni nak pergi negeri nama Fantasi kot (rasanya-lah)
Falkor ni comel, selalu tidur sama-sama dengan little boy
nak tahu lebih, download cerita ni ye



inilah nanjing (Falkor)
masa tengok cerita ni, geram tengok bulu lebat dan telinga dia








tamat..
kawan-kawan macamana?
ada tak cerita yang buat korang sanggup tidur lewat?


pssstt : jangan lupa download cerita ni ok?








2 orang pengkritik:

Amyza said...

uik..salam..saya memang minat gila cite cave of golden rose tu...tarabas tu memang hensem..
camne nak donlot cite tu..kat ne eh?

Nur Suhaila said...

wsalam..
saya tak pasti dekat mane boleh donlod full cerita tu
heee..
try save dekat utube dulu..:)

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com