Pages

Tuesday, October 13, 2009

penat + letih + rindu

kalau kau rasa kau betul-betul telah buat keputusan yang betul untuk masa depan kau..
kau fikir 2-3 kali..
jangan jadi macam aku
title : project engineer
pergi mana-mana orang tanya engineer..
wah gahnya..
tapi dalam hati tak tahu nama sahaja gah..
kerja macam kuli lebih-lebih lagi dengan bos yang bukan bangsa sendiri
aku bukan racist..
tapi dulu aku gelak bila cakap bangsa aku tetap akan tolong bangsa sendiri
tapi sekarang aku menangis sebab betul-betul menyesal
jadi sekarang
title sahaja tapi kerja macam kerani sampaikan bayar duit astro pun aku yang handle..
what the fuck!


serius aku banyak menangis..
aku letih
i need a break
and friday please la..i'm not in love anymore!

Wednesday, October 7, 2009

Akhirnya, aku berkesempatan juga untuk update blog yang tak berapa nak menarik ni

Firstly, rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat islam di dunia. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih rahmat.

Dan takziah aku ucapkan kepada penduduk Padang yang kehilangan keluarga atau orang-orang tersayang di dalam kejadian gempa bumi yang turut dirasai oleh segelintir rakyat tempatan di sini.

Keadaan aku di Kuala Rompin buat masa ini Alhamdulillah. Aku masih waras dan masih berada di peringkat belajar lagi. Terima kasih banyak kepada Sundram (Site supervisor) dan semua pekerja di sini yang banyak menolong aku walaupun aku baru sahaja bergelar seorang jurutera setahun jagung ni.

Perbualan dengan mama, si dia dan sepupu aku, banyak buat aku berfikir. Now, I really need to think about my future desperately. Aku fikir boleh aku mahu kekal menjadi jurutera, tapi aku akan lebih selesa bekerja dengan kerajaan. Jadi, aku mengambil langkah dengan melayari semua website kerajaan dan mencari peluang pekerjaan sebagai jurutera. Ramai (lotsaaaaaaaaa) kenalan aku yang menasihatkan aku untuk mencari tempat di sector kerajaan disebabkan terlalu banyak benefit untuk aku seorang perempuan. Mungkin Cuma hanya mengisi boring s.p.a sahaja tidak cukup, tapi aku kena berusaha lebih supaya aku dapat apa yang aku inginkan. Jadi aku mula mengorak langkah demi langkah. Bersama doa dari mama dan keluarga, aku betul-betul berharap aku mendapat tempat di sector kerajaan. Memang aku boleh berada si sektor swasta, tapi aku tak mahu mama risau aku terpaksa pergi jauh (macam sekarang..i'm the only woman handle this project at Kuala Rompin). Hati mama tak tenang, hati si dia gundah gulana juga walau tak disuarakan. And I have to work at the middle of the night and wait for the low tied so that my workers can lay goetextiles easily. Bayangkanlah perasaan aku yang memang tahu site tu creepy dan berpenunggu. Tapi pesanan mama, ayah, adik-adik, si dia dan saudara mara yang mengambil berat supaya tidak tinggalkan solat dan sentiasa berdoa meminta perlindungan dari Allah tidak pernah aku abaikan. Selalu tersemat dalam hati, dalam minda.
Oh, dan sekarang aku sedang bersabar menunggu loan untuk beli Viva Elite Ezi. Keep waiting.


Walau banyak dugaan, tapi aku bersabar. Dan masih lagi sedang mengambil lesen P kali ini. insyaAllah ,by the end of October, dah ada kereta (amin) dan dah boleh drive. Nasihat : semasa belajar dan banyak masa, WAJIB ambil lesen kereta and stop give some stupid reason that you don't have time to take a driving licence. Sangat sangat sangat menyesal sebab degil tak mahu ambil lesen sebab kawan baik aku meninggal sebab kemalangan dan buat aku trauma mahu drive dan ada lesen. Ok, aku tipu mama kata tiada masa mahu ambil lessen walhal aku takut. Tapi, sekarang menyesal tak sudah.


*Long sigh*


sangat penat bekerja..hmmmm
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com