Pages

Friday, January 28, 2011

Yang kedua kali




Comel kan IU ni??
sambil buat kerja sambil dengar suara merdu dia, hilang tensen
penyanyi asal lagu ni Taeyang, sebab IU ni perempuan kan, jadi dia tukar tajuk lagu asal iaitu I Need A Girl kepada I Need A Boy, sumpah comel!

Membebel sebab sayang



Lagu ni memang comel sangat
sehari hampir berpuluh kali aku ulang lagu ni terutama apabila penyanyi lagu ni (iaitu IU) yang memang sangat comel
suara IU ni mengingatkan aku kepada penyanyi Sixpence None The Richer, Leigh Nash
lagu ni memang mengingatkan yang aku selalu sahaja berleter si dia untuk banyak perkara
sampaikan si dia selalu rasa kekok apabila aku diam sahaja kalau dapat peluang keluar berdua
walaupon kuat membebel, itu tandanya yang saya sayang dekat awak..awwwwww



Nagging - IU ft Seulong 2AM

Stop being out so late
Try not to drink so often
You don't listen to me like a 10 year old child

I can only laugh
Who are you calling a child?
Really, I can only laugh

You don't know how it feels for me to say these things
You don't know that I only want to say nice things to you
Should I stop? Let's stop

From one to ten, they're all words for you
But since you don't listen to me, it's only nagging to you
Let's stop, let's stop
There's not even enough time to just love

A story told by the heart, not the mind
Stories that I can't help but tell you even if you hate them
Let's stop, let's stop
I only hear your nagging

Are you eating at the right time
Are you staying away from girls
I want to be beside you all day
That's how I feel
If I could keep you in my pocket
I'd be really happy

Our story where we can only be two
A story that would make someone laugh if they heard
Should I stop? Let's stop

From one to ten, they're all words for you
But since you don't listen to me, it's only nagging to you
Let's stop, let's stop
There's not even enough time to just love

A story told by the heart, not the mind
Stories that I can't help but tell you even if you hate them
Let's stop, let's stop
I only hear your nagging

Even if you glare and try to scare me
Your face is just too cute to me
Are you going to keep this up? (You) I can't hold back anymore
I really might get angry

A story that wouldn't be told if we were to give up love
The sound of my heart that thinks only of you
Even if you're angry, even if you shout
Your nagging is just so sweet to me

A story that can only be told if we love
But since you don't listen to me, it's only nagging to you
Let's stop, let's stop
But trust my feelings



Monday, January 24, 2011

Hari menghabiskan duit, bagus!

Sabtu yang lepas, aku, Nabila dan Ain aka Kusam berjaya membelanjakan duit dengan borosnya di Chic Pop Street Market 6, Jaya One Petaling Jaya
jangan cakaplah kami tiba di sana pukul berapa
12.00 tepat muka kami sudah terpacul di situ disebabkan ketamakan diri yang tak mahu terlepas beli barang kesukaan
ramainya fashionista yang aku jumpa di sana
mahu bergambar, tetapi kenapa aku semacam malas pula, mungkin akibat terlampau teruja mencuci mata dengan galaknya di sana (ehem, mencuci mata tengok baju dan kasut ye)
jumlah duit yang dilaburkan, syhhhh rahsia, tapi memuaskan hati sangat
dengan harga yang murah, aku berjaya grab baju + seluar + kasut kegemaran yang memang dah lama aku cari
balik sahaja ke rumah, kepala mula pening sebab baru tersedar dari pengaruh nafsu membeli-belah, hehe!
kenapa sakit kepala? sebab aku baru sahaja berazam untuk tidak ber'shopping mengikut nafsu
beli yang perlu sahaja
tapi aku rasa tapered pants dan harem pants itu keperluan..lalala
tapi betullah, kena menyimpan ni, aku nak kahwin wooo, kalau takde saving, tak ke naya tu jadi anak dara tua, haihhh simpang malaikat 44!
sekarang ni aku dah mula buat budget 2011
aku kena menahan diri dari godaan baju + seluar + kasut, kiranya macam drug addict la kan tak dapat dadah meleleh air liur, aku tak dapat shopping sampai rasa nak pengsan, ok tipu tak pengsan tapi pitam je






Tapi malam tu, bagi hilangkan kegusaran hati dan kesusahan untuk melelapkan mata,
aku kemas bilik aku yang agak berserabut tu
selendang aku gantung-susun cantik-cantik
baju aku sangkut ikut kategorinya (siap ada kategori kan)
tiba-tiba aku terfikir, kalau dah kahwin, suami aku bagi tak aku pakai sesetengah baju ni
aku rasa kalau dah menjadi isteri, aku mungkin akan pakai long skirt macam di atas (kena beli banyak-banyak ni), seluar yang tidak ketat yang menampakkan bentuk kaki, tapi masih lagi bergaya..belum apa-apa dah berangan
tapi aku sudah ada design baju pengantin sendiri, kad kahwin pun dah ada design-nya
yela, kena-lah buat persiapan awal kan, bolehlah tahu tetiap bulan nak menyimpan berapa hengget kan..
bagi yang tak tahu, umur aku sudah 25 tahun dah ni
tahun ni pula ramai bakal akhiri zaman bujang
aku macam tertampar juga la kan





nak saving katanya, haihhhh
segar mata memandang kawan-kawan baik yang tergantung ni


Friday, January 21, 2011

Balik-balik nonton cerita seram sampai mahu histeria

Minggu ini hidup aku memang dihantui dengan benda-benda seram sampaikan sudah 2 hari tidur aku susah nak nyenyak
mula-mula Season of The Witch yang memang aku ingatkan cerita ala-ala Harry Potter
rupanya sangkaanku meleset
lebih kepada menentang syaitan iblis
permulaan cerita je, aku dah tutup muka, tak faham kan kenapa nak tutup muka
mungkin sebab semasa dia hukum gantung ahli sihir tu, seram sikit
tapi keseluruhannya, cerita ni memang best, serius!
Nicholas Cage sebagai hero dalam cerita ni yang bertanggungjawab bawa seorang perempuan yang dikatakan ahli sihir ke sebuah pekan untuk diberi pengadilan
pehhh, psiko gila perempuan ni bila dia pura-pura baik, lepas tu senyum macam hantu
tapi perempuan tu sebenarnya bukan ahli sihir, tetapi, jeng jeng jeng, rupa-rupanya syaitan-iblis-yang-direjam



Tontonan seterusnya adalah pada malam hari Thaipusam iaitu Paranormal Activity 2
aku rasa kebanyakan yang datang menonton cerita ini adalah kerana tiket untuk filem Khurafat sudah habis, jadi alang-alang sudah sampai di GSC, tengok jela filem seram lain, betul kan?
jangan tipu sebab aku asyik dengar orang merungut cakap kalau dapat tengok cerita Khurafat mesti lagi best ni, haaaa..
cerita ni walaupun takde hantu yang keluar, cuma dengar bunyi dan gangguan, tapi sumpah aku takut sampai aku jerit macam orang gila sampai senget-senget-cermin-mata-kaki-kejang-terus
sebab ini baru real babe!
hantu tak nampak, tapi ada gangguan macam daily life aku, yeah, rumah di atas rumah sewa aku di flat-hijau-setinggan tu, setiap malam sibuk pindah barang pukul 1 hingga 3 pagi pula tu, terus aku teringat bila tengok filem ni
meremang bulu roma-tengkuk semua ni
sampaikan selepas balik, aku terus ketuk pintu bilik housemate aku, mintak tidur sama-sama
pulak tu, aku langsung tak boleh tidur sebab termimpikan pontianak berkeliaran, lepas tu ada Raihana pulak yang kena cakar dan gigit dengan pontianak
terus aku bangun, baca ayat Kursi
penangan cerita ni, tengoklah midnight lagi ye, bagus Suhaila



Dan semalamnya, aku gatal-gatal menonton Khurafat pula
pehhh, duduk je terus aku tutup muka, apa cerita ni Suhaila
ada la pula tu, seorang perempuan duduk sebelah kiri aku seorang diri terpisah dari boyfriend sebab beli tiket last minute,
sepanjang cerita jerit 'bodoh!!!!!!!!!!!!!janganlah pergi situ'..'ya Allah, nak pecah jantung aku ni,ya Allah'..'Astaghfirullah, hantu dia'
seram ke idak kalau dah macam tu kan sampaikan kawan aku di sebelah kanan sempat berbisik 'dah macam naik roller-coaster dah kita ni'
masa part hantu tiba-tiba peluk si Syamsul ni dari belakang, aku tengah makan popcorn dan tersembur keluar sampaikan kotak dia jatuh tergolek sebab aku terkejut beruk masa tu
boleh dikatakan dari 100% cerita ni ditayangkan, 10% je aku bukak mata aku, hahahaha
nasib baiklah tak terfikir sangat sebab aku menonton siang kan ;)
aku sarankan yang ada sakit jantung tu, toksah la tengok sebab aku yang tak sakit jantung pon dah rasa lemah je jantung aku ni, serammmmmm



time ni lah popcorn aku tersembur keluar, peh terkejut



malam tu, boleh la pulak housemate aku melayan cerita 7 Perhentian dan Santau
fobia gila aku dah masa tu, macam nak histeria pon ada
terus aku lari masuk bilik housemate seorang lagi guna alasan nak tengok dia buat kerja
padahal, nak pengsan dah ni
kesimpulannya, aku dah tak nak tengok cerita hantu lagi sebab sudah 2 hari aku tidur pon terganggu je

Wednesday, January 19, 2011

Tetiap hari fully booked je Khurafat ni!

Tajuk tiada kena mengena langsung dengan entri hari ni, harap maklum
mungkin cetusan dari hati yang terkilan sebab masuk kali ini sudah seminggu tiket filem Khurafat fully booked, haihhhh

entri kali ini mungkin agak sensitif untuk wanita yang bertudung
tapi mari kita jadikan ini sebagai satu peringatan untuk kita melangkah setapak demi setapak untuk melengkapkan diri sebagai muslimah yang sejati, insyaAllah
gaya cakap ada macam Ustazah tak?
oh, aku tahu aku belum lagi layak menjadi Ustazah macam yang dikatakan oleh sesetengah kenalan yang ayatnya 'eleh, baru pakai tudung nak tunjuk bagus'
Alhamdulillah, cakaplah apa yang nak dicakap sebab aku malas nak layan gosip liar (ish, awak ingat awak artis ke Suhaila!)



kempen ini dimulakan oleh SueAnna yang sangat comel dari kaca mata aku
pertama kali tengok dia di Maysaa Event tapi cuma dari jauh sebab aku kan pemalu ;)
tapi usaha SueAnna ni memang wajib diikuti oleh semua wanita muslimah yang memakai tudung atau selendang dan tidak menutup bahagian dada
dalam Islam sendiri menyuruh muslimah menutup aurat di bahagian dada
dalam konteks ini, tak kiralah si pemakai tudung bawal atau selendang, aku rasa tetap sama sahaja penekanan terhadap menutup bahagian dada kita
kedua-duanya dibuat untuk menutup aurat kita, jadi tiada 'klik' pakai tudung bawal atau selendang, yang penting niat kita ikhlas memakai tudung
sewaktu masa dahulu, pernah ada seorang kenalan yang mengatakan dia memakai tudung disebabkan aku, suka tengok cara aku lilit selendang
terang-terang sahaja aku katakan kalau dia mahu memakai tudung demi aku, lucut sahaja tudung itu, sebab setiap yang muslim menutup aurat adalah wajib, dan wajib itu hanya untuk Allah, bukan untuk aku atau sesiapa sahaja

teringat dahulu semasa rambut aku masih lagi berbogel tanpa seurat benang, sang kekasih rajin memberi nasihat kepadaku tentang kewajipan menutup aurat
selalu sahaja aku menjawab 'nantilah, belum bersedia'
sejujurnya, aku kesal benar dengan jawapan yang aku berikan
belum bersedia apa ye?sedangkan kita memang dituntut untuk menutup aurat
memang suatu kewajipan menutup rambut dari berbogel sebegini
akhirnya sampai waktu, aku memberikan nafas baru kepada rambutku dengan menutupnya dengan selendang
tapi aku lalai, menutup tanpa dengan sempurna
kali ini sang kekasih menegur, mahu menutup, biarlah dengan cara yang betul, rujuk kembali al-Quran
kali ini lama aku merujuk kepada yang mengetahui
dan sekarang, Alhamdulillah, aku bukan katakan aku sudah sempurna, tapi aku melangkah sedikit demi sedikit untuk menjadi yang terbaik
pakaian pun aku makin longgarkan, malu i tutup aurat tapi ketat-ketat
paling penting, kita sentiasa nampak cantik untuk menghadap Allah Taala
ayoh kawan-kawan, mari kita menutup aurat dengan sempurna :)

Tuesday, January 11, 2011

Orang asli sama macam kita juga

As i told in my previous entry before, i went to Ulu G*eroh with the nature in*terpreter from Japan (Mahsa) and U.SA (Tim, Paul and Lisa) to do some documentation about how the orang asli interpret nature to the visitors. As for me, it's a new experience as a new member of this organization. Lets the picture do the talking :)



p/s : Malas nak susun gambar, tunggang-terbalik ye

can you spot my happy face?
now can you spot the orange thing beside me?
haa haaaaaaaa, that's the rafflesia's bud
i'm quite dissapointed because the rafflesia will bloom 2 days after the expedition which mean today (11.1.11)
Our last night at Ulu G*eroh
Tim, Lisa and Mahsa with the Sewang Dancer
the main propose for the Sewang Dance is to chase out the evil spirit

The journey to the heaven begins here
the mating milipede


stick insect, i spot a few of them during the night walk in the jungle

Dragon headed katy*did




Cup mushroom



me wearing the Se*mai traditional outfit, i look very pale right?

with the Orang Asli's kid (Andy and Jimi)


glowing fungi





the rafflesia's bud :)


Mahsa is trying to dig his nose with the stick insect..LOL

trying the blow pipe..yeyyyy!

Rajah Brooke B*irdwing

After the trip, i realized that life isn't about buying new clothes, heels, handbags..........
it's about how you appreacite your daily days with the family and friends

II

Tahu tak kerajaan menafikan hak orang asli di Malaysia?
tahu tak kerajaan buat akta pemilikan tanah orang asli tanpa mengadakan sebarang perbincangan dengan orang asli
yup, aku sendiri baru tahu perkara ini pada hari terakhir kami di sana
aku rasa terkejut dan amat marah dengan tindakan kerajaan yang seolah-olah menganaktirikan orang asli yang mana merekalah antara kaum terawal yang datang di tanah Malaysia ini sebelum bangsa lain tiba lagi
paling sedih apabila mendengar sendiri keluhan hati mereka sambil memandang ke dalam mata dan mendengar suara sedih mereka
aku ingatkan perkara ini cuma berlaku di Amerika sahaja di mana Red Indian mempertahankan tanah tempat asal nenek moyang mereka daripada dirampas oleh pihak kerajaan
tak sangka, betul-betul tak sangka perkara sebegini berlaku di Malaysia
pada pendapat aku, media memainkan peranan penting dalam membantu orang asli dalam mempertahankan hak mereka
sekurang-kurangnya ada sedikit artikel mengenai mereka di dalam mana-mana kolum
yang aku tahu, sampai ke hari ini, kerajaan masih lagi memujuk orang asli untuk menyerahkan tanah mereka untuk tujuan pembangunan kot
katakanlah kerajaan sediakan rumah untuk mereka sebagai pampasan, bagaimana dengan mata pencarian mereka?sedangkan selama tinggal menetap di hutan, aktiviti mereka adalah bercucuk tanam, menjala ikan, menyumpit dan sebagainya
fikirlah sikit kan, aku rasa semakin meluat dan jelik dengan permainan jijik dan kotor 'golongan yang tidak boleh disebutkan' itu sampaikan aku tidak lagi menonton berita atau membaca akhbar
renung-renungkanlah ye

Wednesday, January 5, 2011

Hello 2011!

Hye guys!
sorry for the not-so-long-hiatus ;)
happy new year all my friends! *waving*


ok ok, malas mahu berlanjutan
aku sekarang bekerja sebagai Environment Education Engineer
oh, aku tidak lagi bekerja di Kementerian Kuat Makan..eh..Kementerian Kesihatan Malaysia
first day at my new office, i feel very welcoming
they are very nice and friendly
hari kedua pula, aku dibawa ke gua gelap (dark cave) di Batu caves oleh ketua department aku
waaa, pertama kali ok aku jejakkan kaki ke sini, memang excited
haaa, aku paling excited untuk bercerita yang aku akan ke Ulu Ge*roh bersama-sama nature interpreter from oversea to study about aboriginal peoples (orang asli) and rafflesia
this is my first experience ever and i really hope that everything went very well, insyaAllah
i'll update my blog as soon as i come back from the trip and will upload fews picture to share with all of you..


what more can i say, i'm proud of myself because i'm brave enough to chase my dream job :)
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com