Pages

Wednesday, January 19, 2011

Tetiap hari fully booked je Khurafat ni!

Tajuk tiada kena mengena langsung dengan entri hari ni, harap maklum
mungkin cetusan dari hati yang terkilan sebab masuk kali ini sudah seminggu tiket filem Khurafat fully booked, haihhhh

entri kali ini mungkin agak sensitif untuk wanita yang bertudung
tapi mari kita jadikan ini sebagai satu peringatan untuk kita melangkah setapak demi setapak untuk melengkapkan diri sebagai muslimah yang sejati, insyaAllah
gaya cakap ada macam Ustazah tak?
oh, aku tahu aku belum lagi layak menjadi Ustazah macam yang dikatakan oleh sesetengah kenalan yang ayatnya 'eleh, baru pakai tudung nak tunjuk bagus'
Alhamdulillah, cakaplah apa yang nak dicakap sebab aku malas nak layan gosip liar (ish, awak ingat awak artis ke Suhaila!)



kempen ini dimulakan oleh SueAnna yang sangat comel dari kaca mata aku
pertama kali tengok dia di Maysaa Event tapi cuma dari jauh sebab aku kan pemalu ;)
tapi usaha SueAnna ni memang wajib diikuti oleh semua wanita muslimah yang memakai tudung atau selendang dan tidak menutup bahagian dada
dalam Islam sendiri menyuruh muslimah menutup aurat di bahagian dada
dalam konteks ini, tak kiralah si pemakai tudung bawal atau selendang, aku rasa tetap sama sahaja penekanan terhadap menutup bahagian dada kita
kedua-duanya dibuat untuk menutup aurat kita, jadi tiada 'klik' pakai tudung bawal atau selendang, yang penting niat kita ikhlas memakai tudung
sewaktu masa dahulu, pernah ada seorang kenalan yang mengatakan dia memakai tudung disebabkan aku, suka tengok cara aku lilit selendang
terang-terang sahaja aku katakan kalau dia mahu memakai tudung demi aku, lucut sahaja tudung itu, sebab setiap yang muslim menutup aurat adalah wajib, dan wajib itu hanya untuk Allah, bukan untuk aku atau sesiapa sahaja

teringat dahulu semasa rambut aku masih lagi berbogel tanpa seurat benang, sang kekasih rajin memberi nasihat kepadaku tentang kewajipan menutup aurat
selalu sahaja aku menjawab 'nantilah, belum bersedia'
sejujurnya, aku kesal benar dengan jawapan yang aku berikan
belum bersedia apa ye?sedangkan kita memang dituntut untuk menutup aurat
memang suatu kewajipan menutup rambut dari berbogel sebegini
akhirnya sampai waktu, aku memberikan nafas baru kepada rambutku dengan menutupnya dengan selendang
tapi aku lalai, menutup tanpa dengan sempurna
kali ini sang kekasih menegur, mahu menutup, biarlah dengan cara yang betul, rujuk kembali al-Quran
kali ini lama aku merujuk kepada yang mengetahui
dan sekarang, Alhamdulillah, aku bukan katakan aku sudah sempurna, tapi aku melangkah sedikit demi sedikit untuk menjadi yang terbaik
pakaian pun aku makin longgarkan, malu i tutup aurat tapi ketat-ketat
paling penting, kita sentiasa nampak cantik untuk menghadap Allah Taala
ayoh kawan-kawan, mari kita menutup aurat dengan sempurna :)

0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com