Pages

Friday, June 24, 2011

.Kerja kerja kerja.

Assalamualaikum :)
2 minggu lebih terabai belog aku ni, kasian sama dia
terima kasih kepada yang bagi komen positif dan beri kata-kata dorongan untuk aku bagi entri di bawah :)
ada berita baik yang nak dikhabarkan :)
aku dapat tawaran bekerja di tempat yang lebih baik dari sekarang
dan paling bagus kerja kali ini betul-betul menepati degree yang aku perolehi selama ini
segala ilmu mengenai landfill, waste management, leachate, insyaAllah bakal dipraktikkan (ok, siapa tak pasti mengenai landfill dan leachate sila google)
segala ilmu yang aku tuntut sambil menghidu keharuman sampah di Sepa*ng Landfill dan Seelong akan aku keluarkan dari dada walaupon dah hampir berhabuk ilmu tersebut disebabkan terlalu lama tak tajamkan ilmu yang lama terpendam ni
entah apa aku mengarut ni
bukan aku tak suka kerja sekarang, walaupon dengan gaji yang tak berapa nak banyak, tapi aku suka kerja ni, aku belajar banyak perkara baru terutama betapa pentingnya manusia ni mengekalkan ekologi alam sekitar ni
orang kata kalau dapat sesuatu yang lebih baik dari sekarang, baik grab je kan
lagi pon, hati tiada di sini lagi disebabkan seseorang, ramai kawan aku hilang dari tempat kerja sekarang
jadi, aku ikut jejak langkah mereka
aku tak nak malas-malas lagi
aku tak nak bertangguh-tangguh lagi, bercakap mengenai tangguh kerja ni, macam mana nak bagi kita fokus kepada keja yang kita sedang lakukan ye?
kadang-kadang bosan dengan diri sendiri ni yang degil asyik bertangguh kerja je
tapi kalau dah rajin, memang laju je semua benda aku buat, mungkin ikut mood?
tak tahulah
tapi kerja di tempat baru nanti, aku akan buat kerja dengan bersungguh-sungguh
aku nak simpan duit untuk kahwin
ni tak, nak menyimpan pon payah dengan gaji macam tu dan duduk di Kuala Lumpur
rasa makin sesak nafas lak, aku mula rasa teraniaya dengan 'golongan' yang cakap rakyat diutamakan
ok takmo cerita pasal ketidakpuasan hati aku terhadap mereka, karang masuk mahkamah lak ;p
perbualan dengan seorang kawan, menguatkan lagi hati aku mengenai taraf perempuan sebagai jurutera awam/elektrik/mekanikal
ini pendapat aku dan kawan sahaja, kalau ada pendapat lain, boleh berkongsi sama-sama
aku ingatkan aku sahaja yang berfikir perempuan kalau jadi jurutera, kalau bekerja di sektor awam, boleh sahaja berlama-lamaan
tapi kalau di sektor swasta, lebih-lebih terpaksa duduk di site, bakal wujud masalah kalau sudah berkahwin
kalau single, memang takde hal la kan, ikut suka la nak pergi mana pon
tapi kalau yang berkahwin atau bakal berkahwin ni..akan susah sedikit
kalau kerja di consultant, ok sikit rasanya, atau pun dekat developer, mungkin tak banyak gerak ke site
tapi kalau di pihak kontraktor, emmm, susah rasanya
seorang kawan lelaki yang sedang dalam kemelut di mana dia bakal berkahwin dan bakal isterinya duduk nun jauh di utara manakala dia pula di Kuala lumpur, tanyakan aku 1 soalan bonus
kawan aku bertanyakan adakah aku sanggup tinggalkan kerja yang aku suka sekarang, semata-mata untuk ikut suami ke tempat yang suami tinggal sekarang?
aku tanpa ragu-ragu jawab 'ya, aku sanggup sebab kalau semua tak nak mengalah, tak nak bertolak-ansur, sampai bila nak duduk jauh?boleh tahan duudk jauh lama-lama?aku sanggup mengalah'
dan aku dah lama fikir sebenarnya mengenai hal ini
tak kisah la aku punyai degree civil engineering ke apa, tapi aku sanggup berhenti kerja demi suami bukankah kerja bodoh?
eh, tak bodoh, tapi sebab dalam Islam sendiri ada sebut mengenai tanggungjawab seorang isteri kan
kalau aku udah berpindah ke tempat tinggal suami yang jauh, tak semestinya aku tak bekerja langsung membantu suami, kalau perlu aku kerja, aku cair kerja
tapi bakal suami pernah menyebut, terpulang pada aku, tapi kalau boleh dia lebih suka aku duduk di rumah sahaja
dan duduk di rumah sahaja tak semestinya aku duduk goyang kaki sahaja, mungkin aku akan buat bisnes dari rumah
come on la kan, banyak benda yang boleh isteri buat di rumah
tapi tapi, kalau suami mampu bayar semua bebanan hutang, dan aku tak rasa aku akan duduk goyang kaki di rumah sahaja
ada la rezeki lain untuk aku nanti
aku selalu fikir, rezeki tu ada dekat mana-mana, Allah tak pernah abaikan atau susahkan hamba-Nya kecuali yang tak nak berusaha langsung, goyang kaki tunggu guit masuk mana dapat kan
jadi ckgu tadika pon aku suka gak, tak pon bukak pusat jagaan kanak-kanak yang memang aku dah terfikirkan lama dahulu
sebab tu sekarang kena usaha kumpul duit sebab aku dah ada planning masa depan
tapi ada juga kawan-kawan aku yang sebelum kahwin, berbincang dengan pasangan masing-masing siapa mahu berhenti kerja, dan end up dengan yang gaji rendah akan berhenti kerja, itu salah satu kaedah la kan
ada juga nak paksa suami pindah duduk dengan dia, itu aku ucapkan good luck la kan..
bagi aku berkorban itu perlu, dan tak perlu pentingkan diri sendiri itu wajib
jadi renung-renungkan lah mana yang baik dan buruk dan selamat beramal :)

Thursday, June 2, 2011

.Pakai tudung nak cantik atau sebab nak tutup aurat.



Mintak maaf kalau tersinggung baca tajuk entri di atas
tapi ini untuk aku, bukan untuk sesiapa
sejak akhir-akhir ni, aku rasa bosan dengan diri sendiri
aku ni jenis cepat bosan, tapi nasib baik Allah tetapkan pendirian sayang aku :)
bukan apa, aku bosan tengok baju-baju dan jeans aku
aku boleh kira berapa banyak baju yang aku ada, yang betul-betul labuh menutup punggung
seluar jeans pon, banyak yang skinny
seriously, skinny jeans tu, dari zaman aku free-hair
aku gabungkan skinny dengan baju paras lutut, sejak bertudung
tapi sekarang aku rasa malu dengan diri sendiri yang bertudung, tapi pakai seluar ketat-ketat lagi
kadang-kadang pakai tudung tak tutup dada
malunya aku dengan Allah!malunya aku dengan malaikat kiri kanan aku!
tapi alhamdulillah, aku cepat tersedar dan disedarkan oleh bakal imam aku (insyaAllah)
dia tak pernah putus asa membimbing aku, selalu sahaja bagi ceramah free dekat aku
walaupon aku diam tak bersuara sampai dia rasakan aku tak nak dengar, tapi sebenarnya aku mendengar dan aku fikir balik
aku malu, malu yang amat sangat
tapi, aku mahu berubah, aku mahu mendalami Al-Quran dengan mendalam lagi
setakat aku berubah ke arah memakai tudung dan menutup aurat tapi aku seronok dengan duniawi sahaja, nak buat apa?
aku mahu mendekatkan diri kepada Allah dengan mengenal lebih dalam lagi maksud-maksud di dalam Al-Quran, dan menghayati apa yang ingin disampaikan
dulu aku banyak merapu, aku pakai tudung tapi pakai legging, aku pakai tudung tapi atas tudung letak riben la, aku pakai tudung tapi baju singkat tak tutup punggung la, aku pakai tudung tapi ketawa kuat la, aku pakai tudung tapi mencarut, aku pakai tudung tapi suka bergosip, aku pakai tudung tapi suka dengar gosip orang lain, aku pakai tudung tapi aku tak menjaga solat, aku pakai tudung tapi aku kurang mengingati Allah dan para rasul
sesungguhnya aku menggigil mahu mengaku semua ini
Ya Allah!banyaknya dosa aku
aku tak nak lagi hanyut, aku tak nak lagi leka, aku tak nak lagi terus hilang dalam duniawi
aku sedih dengan kawan aku yang mana apabila aku tegur cara dia pakai tudung nampak dada sebab dia masukkan tudung dalam baju dia, terserlah mahkota yang dia ada, aku cakap 'nampak dada kau', kawanku jawab, 'kan bergaya pakai macam ni, aku tak rela pakai tudung tutup dada, macam makcik-makcik',saat tu nak sahaja aku lempang muka kawan aku tu
tapi apabila aku fikir yang aku tak layak untuk buat sebegitu, aku diam, wajarkah aku diam?hmmmm
aku tak faham kenapa kalau pakai tudung tutup dada, kau kata macam makcik?
aku tengok ramai je contoh perempuan yang betudung tutup dada dan masih lagi nampak menawan..
mungkin dia belum nampak lagi jalannya, insyaAllah aku doakan untuk kawan aku yang satu ni
tapi sekarang aku bercakap tentang diri aku
aku harap aku mampu berubah, dan aku masih lagi sedang muhasabah diri aku yang hina ni




Ya Allah, Engkau tetapkanlah hatiku ini pada jalan-Mu


 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com