Pages

Wednesday, December 31, 2008

..bulat kecil bulat besar..

Rindu si bulat sangat-sangat :(



atas sebab kesibukan untuk semester akhir ini..
aku tinggalkan bulat di rumah sahaja..
tapi aku rindu..
sunyi..
:(
sumpah aku tak tipu..

Monday, December 29, 2008

..perubahan itu perlu..

sempana tahun baru ini..
aku sertakan juga azam-azam baru yang aku rasa banyak kali tak termampu untuk ditunaikan :

* kurangkan aktiviti mendengar @ mengata orang lain..sebab aku pun tidaklah sempurna..

* jangan sakitkan hati manusia lain..biar manusia lain menyakiti kita..pesan mama "berdosa bila kita sakitkan hati orang lain"

* cuba kawal perasaan marah..sabar dengan kerenah orang lain..biar orang buat kita..jangan kita buat orang :)

* elakkan membeli barang-barang yang tidak dikehendaki..huuuu..dalam erti kata lain..JANGAN MEMBAZIR SUHAILA!!!! ;P

* percaya..that's the key word :)


sekian dulu..nanti terfikir apa yang perlu diubah..aku tulis lagi sebagai ingatan..

Friday, December 5, 2008

..prejudis..

aku bukan seorang yang prejudis..
dari kecil lagi aku dibesarkan di kalangan masyarakat dari bangsa Cina dan India..
ada masalah dengan itu??

jiran sebelah aku yang mana berbangsa Cina sangat baik..
susah dapat jiran yang bila tengah malam..
waktu kami dah nak tidur..
buka lampu kaler oren..
tiba-tiba nyonya sebelah rumah ketuk pintu bawa suami dia sebab ingatkan rumah kami terbakar..
tengah malam pukul 12.30..
sanggup dia berlari datang sebab risaukan kami sekeluarga..

jiran depan rumah kamu..bangsa Cina juga..
tiap-tiap hari tidak lupa beli ikan untuk kucing kami yang banyak 30 puluh ekor..
sedekahkan ikan segar untuk kucing kami walau kami mahu beri seekor..
tapi menolaknya dengan alasan cucu dia asma..
dan dia bukan nelayan..

jiran sela 3 blok rumah kami adalah bangsa India..
anak dia selalu mabuk..
datang rumah kami menangis sebab percayakan arwah atuk dan arwah nenek aku..
dan bila kami buat kenduri..
tak payah disuruh..
mai datang tolong..

dan jiran depan rumah kami juga sebangsa aku..
ambil berat tentang kami bila kami beli kereta baru..
perabot baru..
"amboi..dah nak raya ke beli??"

aku gembira berjiran dengan pelbagai kaum ini..
dan aku sangat rindu zaman kami anak melayu cina dan india bermain pasir main pondok-pondok tanpa sebarang rasa prejudis..

sekarang..???
bullshit la kau kalau kata sama juga..
aku edar flyers untuk kempen kitar semula U aku..
selitkan dekat sebuah rumah..
datang budak-budak lelaki sebangsa dengan aku..
sambil ejek aku..
"eeee.letak rumah Cina..eee..rumah Cina..rumah Cina"
ye..
mereka masih kecil..
kecil apa kalau ada yang dah bermisai..

dan aku pesan diri aku..
kau esok kalau ada anak suhaila..
jangan lupa serapkan nilai cintakan bangsa..
cintakan kepelbagaian..
jangan prejudis..
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com