Pages

Friday, May 29, 2009

Perihal si hitam






dan sebab panas aku gunting rambut..ok diam


Cukup seronok bila dapat baik-baik dengan kongsikong kat tapak
hee

Wednesday, May 27, 2009

Hitam hitam hitam

Fuhhhh
lastly..dapat juga update
ni pun cuti-curi guna laptop safety officer
heh!
3 minggu di Ara Hill, banyak pengalaman yang aku kutip
sebelum ni aku cuma belajar secara teori
tapi dekat site lain sangat
nasib baik site engineer, arkitek, project manager tak kedekut ilmu
tanya je semua
mesti mereka jawab :)
dekat sini akan tak rasa terasing atau dipinggirkan
semua beri layanan yang baik
alhamdulillah aku tak pernah makan seorang diri (duit pun jimat..lalala)
sepanjang kat site aku dapat offer 3 syarikat yang bekerja di bawah Sime Darby UEP
tapi mungkin aku akan stuck dekat Sime Darby kalau ada rezeki laa
heeee
kulit pun dah gelap macam manggis
tak sekata kulit..
huuuu
kalau ada masa aku upload gambar

Friday, May 15, 2009

1 minggu yang sibuk

Update update!
finally i can update my blog..
seronok seronok!
tapi tak boleh nak update sangat
as i mentioned before..
aku dah mula praktikal di Sime Darby..
mula-mula kan aku cakap aku ditempatkan di Planters Haven Nilai..
then..my lovely bos,Tn,Hj.Razali minta pihak Sime Darby Subang kekalkan aku di Ara Damansara..
jadi selesai sudah
tapi masalah transport
aku tiada kenderaan mahupun lesen
nasib baik sepupu aku bermurah hati tumpangkan aku sehingga ke tempat kerja aku..
puchong-petaling jaya..
kalau tak jem..about 15 minutes
kalau jem..30 minit ok..
aku kerja dari isnin sampai jumaat..
sekarang ni kena jaga 3 site..
aku excited gila bila tengok depan mata sendiri macam mana proses pembinaan..
yela..before this kan teori sahaja..
haishhhh

Saturday, May 9, 2009

Ada yang hilang ketika kau pergi

Alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai di kampung halaman..
tapi entah mengapa..
hati aku perasaan aku hiba..
pertama kali aku meratapi kehilangan kawan-kawanku :(
4 tahun bersama banyak suka duka yang kami tempuhi bersama..
aku tak dapat menahan air mataku bilamana aku menjadi orang terakhir yang keluar meninggalkan rumah sewa kami..
air mata bercucuran..
aku balik lambat 1 hari dari kawan-kawan yang lain..
sedih duduk berseorangan..
terngiang-ngiang jerit tawa kawan-kawan semua (rai,coca,mazel dan oreo)
duduk termanggu aku di tepi pintu lantas menangis teresak-esak..
paling aku sedih..
bila aku pergi dapur..
terdengar suara kawan-kawan semua..
"siapa buang sampah hari ni?"
"kenapa tak basuh pinggan?"
aku tak mampu tahan air mata dari terus membasahi pipi..

raihana, ainur, laily, fiza, kak nisa..
4 tahun kita kenal..
terlalu banyak memori antara kita..
aku minta maaf andai ada salah perbuatan percakapan aku..

aziati (jat jat)
terima kasih sebab kau sudi kongsi suka duka dengan aku..
terima kasih sebab kau banyak tolong aku..
aku tak dapat tahan air mata bila jumpa kau untuk terakhir kali..

mazel,coca, orea..
walau sekejap saja kita rapat..
tapi tetap beri kesan mendalam terhadap perasaan aku

kepada kawan-kawan semua yang pernah aku kenali..
terima kasih ke atas segala memori manis di bumi UTHM
berjuta kemaafan aku pinta andai pernah aku kasari kamu semua..
tapi aku seorang yang hargao persahabatan..
cukup payah untuk aku tinggalkan kenangan yang terlalu banyak di sana
:(
:(
:(
cukuplah kehilangan kamu semua dirasai sampai aku boleh kata aku masih lagi menangis sehingga ke detik ini
:(
:(





esok aku akan bertolak ke Subang untuk menjalani praktikal di sana..
tapi aku akan dihantar ke Nilai selepas mendaftarkan diri di sana..
masih lagi belum tahu mana tempat mahu duduk..
hmmmm
aku takut sebenarnya..
walau kawna-kawan kata aku boleh survive sendiri..
tapi aku takut untuk menempuhi hari-hari yang akan mendatang..

Saturday, May 2, 2009

Kenapa diciptakan seorang manusia yang kejam dan keji?

Aku down gila sekarang hari ni..
Kenapa wujud seorang SUNNY VELLU yang muda tapi sangat angkuh sampai semua hasil kerja aku dipandang ibarat sampah?
Kenapa SUNNY VELLU yang berpangakt DR PM DATO' sikap mereka lebih bertinbang rasa dari SUNNY VELLU muda ni?
Kenapa akhirnya aku juga yang diberi ayat "Kalau ikutkan hati, saya fail-kan awak!"
Kenapa?
Usaha yang aku curahkan..
segala kerja yang aku buat..
aku buat bersungguh-sungguh
semua aku ikut telunjuk dia..
kenapa dia cakap salah?
kenapa ye?
aku menangis ibarat anak kehilangan ibu-nya hari ni..
hati aku sakit kecewa marah sedih
&&%##@@%^*#*@!@$$!!!!(faham-faham sendiri)
kenapa kau buat penderaan emosi dekat aku
next week aku present hasil kerja aku..
kau buat aku down..
aku tenggelam jauh ke dalam bumi

:(
:(
:(
:(
:(








kenapa dia tak ada bila aku teramat memerlukan? isk

Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak tenang








hari yang meletihkan tapi penuh dengan keseronokan..
dan aku tahu masa ini tak akan berulang lagi


*sigh*

Friday, May 1, 2009

Ada malaikat menyulam jaring labah-labah

Hari ni aku seronok bangat kerna bisa mengabisi masa-masa baki bersama teman rumah..
ecececece..
hari ni memang sejarah sebab kami semua bangun seawal 6.00 pagi untuk bersiap sedia medaki Bukit Soga..
owh dan kami memang Melayu Tipikal sebab masak nasi goreng dan kopi tarik untuk makan di atas bukit..haishhhhhh
kami bertolak dari rumah pukul 7.30 pagi dan sampai di sana lebih kurang 15 minit..
semangat tinggi betul aku sebab bulan lepas gagal tawan gunung lambak kan..
paling kelakar aku rasa masa mula-mula daki (ok, takde-lah daki sangat sebab ada tangga) bukit tu..baru je mula kami dah pancit..hahahahaha..lepas tu kami salahkan universiti di Malaysia sebab memupuk pelajar yang hanya bangun pagi pergi kuliah buat projek buat assignment lepas tu tidur..heh!
pelik saja aku bila shopping berjam-jam tak rasa penat..
ini naik bukit tak sampai 10 minit dah pancit..adoiiii
jadi pemangkin kami untuk sampai ke atas memang banyak..
semasa kami semua semacam pancit je, aku dengan semangat cakap "eyh..Blair kat atas tu tunggu kita, jom naik (sambil berlari-lari anak)"
haishhh..entah meraban gila!
setelah 7 perhentian..eyhh
maka kami pun sampai di puncak bukit..
oh la la..
dan nampak Batu Pahat tapi kecil je sebab pokok dah makin tinggi la kot..
apa la orang yang design wakaf ni tak fikir long-term period la..
selepas bergambar sakan dan bergosip (opsssss)
kami pun makan sambil bergosip lagi dan lagi sampai pasangan Cina yang ada dekat situ ketawa lihat gelagat kami..
heeee..
overall..seronok dapat habiskan masa dengan teman-teman selepas tekanan siapkan Projek Akhir, teknikal paper dan poster..haishhhh


Sebelum naik bukit..kita Tai Chi dulu!!!



Muka penat..(kami memang Drama Queen ;p



Setelah 7 perhentian



Muka puas (yeke?)







p/s : Petang ni mahu ke pantai pula..tungguuuuu
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com