Pages

Tuesday, October 26, 2010

Stop trying to steal my heart away



I can feel your heartbeat
running through me
heartbeat
feel your heartbeat




he's hot
hot hot
and i'm melting
dulu Enrique ni masa ada tahi lalat aku tengok biasa-biasa je
sekarang ni, grrrrrrrrr
YES!
YOU STEAL MY HEART AWAY!!



OMG!!!




you got me dreaming like a fool


Monday, October 25, 2010

Positif-Negatif aura



tak faham pipi nak tembam sangat
ok ok..cara sedapkan hati
mungkin cara pemakaian tudung kot buat nampak chubby
padahal........memang tembam dah!!grrrr

kawan saya yang bernama Kusam, tak lapar sangat katanya
tapi makan nasi lemak ayam
sambal belacan dekat 'Simply Penang' ni memang sedap

saya?
mestilah nak rasa nasi goreng ayam + kepak ayam
p/s :setiap hari aku WAJIB makan ayam goreng or else, i'll die..is a must ok!
pstttt..tak berapa nak sedap

yang tepi sekali berbaju biru, kawan baru bernama shaze
kekasih hati Nizar
mereka memang sweet
paling sweet tang jam Casio kaler biru dan pink..awwww

lepas balik dari Midvalley,
tiba-tiba mood mengemas bilik datang
apa lagi, habis aku punggah baju-baju sejak berkurun lama
memang HOARDERS!!!
jadi, baju yang agak ketat sampai nampak kesan ilusi buncet di perut, memang diketepikan
fikir dan berfikir, aku putuskan untuk bagi sahaja baju kepada anak-anak yatim yang lebih memerlukan :)

yang ni tak la, baju zaman emak-emak kami ;)

baju sejak umur 20 tahun
4 tahun nok, muat lagi tu
sekarang ni?
disebabkan berat badan yang makin naik, jadi tak muat sudah ;(







sebenarnya aku malas untuk menaip sangat
nanti aku cari bahan yang menarik untuk dikongsikan bersama ye ;)
tooooodlesssssssssssss.....!

Thursday, October 21, 2010

Hijau tetap jadi pilihan



Hello peeps!
how's your day?
mine was stressful but yet i'm enjoying my days without makhluk busuk
bencilah kan asyik state nama dia je
beberapa hari ni, puas aku berfikir mengenai apa yang telah aku lakukan dalam hidup aku
macamana aku puaskan hati aku
as a conclusion, aku tak berpuas hati dengan cara aku nikmati hidup aku ni
mungkin faktor kewangan buat aku berhati-hati dengan apa yang aku perlukan
aku perlukan kehijauan!!

YES!I NEED SOMETHING TO REFRESHING MY MIND AND MY SOUL!

jadi, aku sudah write down beberapa buah tempat yang aku kira sangat menarik
budget, accomodation, activites and others factor yang terlibat sudah ku tuliskan dan dikira-kira dengan Casio fx-570MS
note : siapa-siapa mahu ikut aku bercuti, sila pastikan anda bukan seorang yang cerewet hal-hal tempat tinggal, pacat, tempat mandi and so on
aku bukan jenis nak pergi travel somewhere, kena naik kereta or flight
mungkin aku akan pilih bas atau keretapi
tempat tingal?sekadar yang selesa dan dapat tidur, it's enough for me......tapi penting ye bab-bab tempat melepaskan hajat ni (wajib bersih!)
apa yang penting, dapatkan ketenangan hati, jiwa bersih
bayangkan bangun pagi dengar burung berkicau
hirup udara segar, bunga-bunga berkembang mekar, deruan sungai mengalir tenang
seronoknya!!!!!!!!!
ok, ok, jom tengok list tempat-tempat yang penuh dengan temptation dan menggiurkan lebih dari Spicy Chicken Mcdeluxe..nyum nyum

1. Taman Negara Pahang

aku paling excited tempat sinilah!!
banyak gila aktiviti yang menarik, jungle trekking, canopy walk, memancing, cave exploration, bird watching, night walking safaris..you name it baby!
hati meronta-ronta di tambah dengan perasaan cemburu membaca belog-belog orang yang pernah travel di sana..grrrrrr



Canopy walk, 530m ok





2. The Belum Forest (Tasik Temenggor)






3. Lembah Bujang





4. Sungai Klah Hot Springs Park, Perak




ni yang best dapat rebus telur ni








nyaman betul kalau dapat pergi tempat-tempat ni
sekarang ni giat kumpul duit untuk ke sini
dan mencari kawan-kawan yang sporting and open minded untuk sama-sama nikmati keindahan bumi ciptaan Allah
jom, siapa nak ikut? ;p




Monday, October 18, 2010

Derap-derap Tasbih

People don't realize this, but loneliness is underrated


Seorang laki-laki dan perempuan, 2 orang sama-sama jatuh cinta
mereka melayari dunia cinta khayalan dengan penuh penuh keasyikan
suka duka tetap berjanji sehidup semati berdua
tiada yang lain
cuma yang ada, mereka
dan kemudian, happily ever after


cerita dongeng begini memang selalu disogokkan pada kita semua sejak kecil sebesar tapak kaki lagi
hidup bahagia hingga ke syurga, insyaAllah
pernah terfikir bagaimana pasangan yang saling mencintai sepenuh jiwanya, keesokan paginya hilang terus rasa cinta terhadap pasangannya?
atau terus hilang rasa kosong
4 tahun dahulu, pernah aku merasakan perkara yang sama
mungkin aku dikhianati sehingga hati tak mampu lagi untuk terus sayang dan cinta
tapi aku tak mahu hilang yang satu ini
yang satu ini walaupon punyai ego yang tinggi
tapi aku tahu, lubuk hatinya sangat menyayangi aku
walau berjuta kali aku minta putus sahaja sebab merasakan penat lelah dalam berhubungan jauh ini, dia tetap bersabar
bersabar yang aku kira kalau lelaki lain sudah pasti aku diceraikan awal-awal lagi
lately aku sering berfikir bagaimana kehidupan selepas berkahwin
aku takot berkahwin kemudian bercerai
ya Allah, minta dijauhkan
ada 1 hari aku tanyakan pada yang satu ini
kenapa ada laki-laki yang sudah lama titipkan rasa cinta kepada perempuan-perempuan
tapi akhirnya suatu hari bertemu dengan seorang yang lain, kemudian katanya hilang cinta terus dengan pasangan lamanya?
yang satu ini katanya jodoh lain datang
lantas aku angin
iya, Allah menghidupkan nafsu itu, tetapi Allah kurniakan kita akal untuk berfikir baik buruk betul salah
masih lagi berfikir dengan waras
tapi seringkali aku terdengar ungkapan 'Cinta itu buta'
tipu, cinta itu tidak buta, orang yang jatuh cinta matanya terus buta melihat keburukan pasangannya
ada juga jadikan cinta itu buta untuk meraba-raba ya?
terus melahirkan anak dan kemudian di buang ya?
memang buta akal dan hati manusia sebegitu
tapi aku takut kalau terjadi begitu
bukan aku minta
tapi keadaan sekeliling
kiri kanan depan belakang, cinta 10 tahun, kahwin beranak pinak, bercerai

Ya Allah, sebagaimana Engkau kukuhkan perasaan cinta Adam dan Hawa, Engkau mekarkanlah cintaku pada lelaki yang satu untukku.Semoga cinta kami diberkati selalu oleh-Mu.Amin





Menulis dengan ikhlas pada ini kali,
Nur Suhaila Ahmad




Friday, October 15, 2010

PMS is driving me crazy


Dream as if you'll live forever, live as if you'll die today



Bismillahirrahmanirrahim dimulakan sebagai pembuka bicara
sopan tak i? ;)
minggu ni mood i memang macam tahi lembu betul
kesian my colleague kena tempias moody i
terus macam hingus cair darah haid i keluar selepas moody tak tentu pasal..haihhhhh
minggu ini memang seronok sebab bos tiada
buat kerja pon dengan hati yang tenang
rabu lepas, kami buat site visit di Jalan Kucing dan Subang untuk lihat struktur Kalsa B*rick
punyalah suka sebab dapat keluar office, iyalah kan, kerja kerajaan ni bukan selalu dapat keluar pergi site
seronok dapat tengok site ni lebih-lebih lagi apabila ada kerja yang sedang dilakukan macam piling work ke, brick test ke kan..dapat tanya lebih
sekali sampai-sampai je sana, makhluk busuk tu ada lak
maka, aku buat-buat tak kenal dia sahaja
paling best masa naik sampai tingkat 30, naik construction lift bukan lif biasa ye, memang nampak 1 Jalan Kucing tu
gila menggigil kaki aku ni
dah hampir setahun lebih aku tak naik tempat tinggi yang belum siap
alhamdulillah, lif tak terhempas, amin


yang pakai tudung cokelat, i lah tu, khusyuk sangatlah tu kan dengar pasal Brick ni

psttttttttttt..makhluk busuk ada dalam gambar ni,yang mana satu tu,rahsia

selepas kepenatan,semua layan jiwang,yang depan sebelah driver yang bersongkong tu bos besar kami




gambar paling last sahaja dari kamera aku, yang lain tangan gatal-gatal godek, habis terdelete
nasib baik Paan bawa kamera
phewwww



II

Semalam akibat ketegangan yang amat sangat
aku decide untuk makan ais-krim tepi tasik dengan Raihana
thanks Raihana sebab belanja makan ais-krim, i love you!!!muaaahhh muaaahhh!
sambil makan ais-krim, sambil tengok ikan sebesar lengan The Rock melahap lebihan makanan yang dibawa oleh pekerja Nandos
kita bercakap tentang ikan yang makan makanan Nandos setiap hari ye
korang mampu setiap hari macam ikan ni?
mana tak gemuk, ish ish
rasa tenang juga di sini
sambil berbual-bual dengan Raihana, menikmati ais-krim hilangkan rasa panas di hati
cair terus perasaan tegang, marah, sakit hati

class makan ais-krim sambil menghadap rumah PM kita
eh, rumah PM ke rumah siapa entah tu

haaa, kan dah cakap besar-besar ikan ni..lengan i pon kalah tau
sebab tu cakap lengan The Rock

cantik kan bunga ni?walaupon guna kamera digital biasa sahaja, dapat juga focus bunga di belakang sahaja




next time mahu ke Taman Rimba Alam, Wetland dan Taman Botani
apa guna duduk dekat Putrajaya tapi belum lagi pergi taman-taman tu semua












Monday, October 11, 2010

Semoga semuanya dipermudahkan..Amin



Setelah mengalami rentetan episod kemurungan diri yang semakin menjadi-jadi,
akhirnya aku berjaya juga mengawal sedikit perasaan murung yang terbuku di dalam hati
tapi terkeluar juga kadang-kadang apabila berhadapan dengan makhluk tersebut di office
minggu lepas merupakan minggu yang paling aku kira tertekan dan menyeksakan
aku rasa hampir setiap hari aku mendoakan makhluk busuk tersebut di langgar lori balak
berdosa betul mendoakan kematian orang lain walaupon makhluk busuk tersebut berlainan bangsa dan agama
makin hari makin menyampah
grrrrrrrrrrrrrrrr!!!



Kita tinggalkan segalanya mengenai makhluk busuk
(wei, dah kenapa aku tertekan butang Publish Post ni!!!)
Jumaat lepas, office aku buat pejabat terbuka bagi meraikan hari terakhir Syawal
ada yang datang bawa perut sahaja macam aku..yang datang bawa perut sahaja menyumbang dalam bentuk kewangan
ada juga bawa Potluck, bermacam jenis makanan sampai aku rasa rambang mata mahu makan yang mana dahulu
akhirnya aku memilih untuk makan sate disebabkan kempunannya aku sudah lama tak jamah sate
sorrylah sate Hj.Samuri, kurang umpphlah..sate Muo lagi best (yang depan bus-stand Pagoh tu)



terliur kan tengok?
liat sikitlah, tapi sedap

rasa sakit hati je kan tengok kek dekat depan ni
hancur!
inilah akibat apabila minta tolong lelaki potong kek ni sampai bos tanya 'Apa ni??'

yang ni pizza malaysia
isteri officemate team klinik yang buat :)

yang ni kawan-kawan office
dorang semua best dan baik
kalau ikutkan hati nak letak gambar makhluk busuk dekat sini
tapi takut dia terjumpa belog ni kang, mampus aku

taraaaa..this is my GFF ok uolsss
nama dia Kanesh :)
kami suka bincang pasal fashion



10.10.2010
aku habiskan masa di Midvalley seawal 11 pagi
bukan shopping tapi ke career fair
nampaknya tiada yang berkenan di hati
laju sahaja langkah aku keluar dari situ dan terus drive ke Gombak menemankan Kusam ke majlis kahwin kawannya
kenyang betul makan nasi minyak orang Gombak ni
tapi tetap tak dapat tandingi nasi minyak Pak Kadir
pehhhh, meleleh air liur aku teringatkan Ayam Masak Merah Pak Kadir
terbaik!
memang kalau ada jemputan kahwin dekat Muo, aku awal-awal tanya mama siapa yang masak
kalau Pak Kadir memang laju je aku balik
kalau orang lain, memang liatlah jawabnya
angan-angan untuk minta Pak Kadir sendiri masak pada hari perkahwinan aku mungkin musnah sebab gosip mengatakan Pak Kadir nak bersara dan menyerahkan perniagaan Nasi Minyak kepada anaknya


cantik tak?
menyampah ek apa punya soalan tu
aku pakai bunga palsu di kepala inspired by Blair Waldorf
yela, aku fikir kalau zaman free-hair rambut berterbangan dulu, rajin aku hias rambut aku
jadi, perempuan bertudung pon layak untuk berhias selagi menutup aurat dan tak mendedahkan apa yang tidak patut didedahkan :)


konon ambil berkat-lah ni ye bergambar depan gerbang ni
Amin :)







dan aku sudah mengorak langkah untuk buat apa yang aku gemari
aku akan cuba dan tidak berputus asa untuk mengejar apa yang aku minati










mulakan minggu ini dengan doa dan harapan!





Tuesday, October 5, 2010





Untuk beberapa hari ini
aku cuma rasakan kosong
jiwa
hati
perasaan
bukan perasaan sayang
tapi perasaan terhadap kerjaya aku sekarang
ok, mesti ramai yang cakap 'here she goes again..work..bla..bla..bla'
tapi serius aku rasa diri aku makin hilang
aku sesat dalam dunia aku sendiri
aku rasa lemas dengan jalan yang aku pilih sendiri
penat
sesak nafas
pernah tak setiap pagi bangun untuk kerja, hati cepat je cakap, 'nak MC hari ni'?
aku?
makin kerap pula
tapi tak pernah aku lakukan atas dasar tanggungjawab terhadap rakyat
sejujurnya aku muak dan jelik dengan keadaan sekeliling
kawna-kawan di tempat kerja, semuanya baik-baik sahaja
cuma, persekitaran yang buat aku mahu pengsan
selalu sahaja aku semput dada
aku benci dengan keadaan aku sekarang
aku sendiri bingung
aku sendiri tak pasti apa yang aku inginkan
aku cuma ingin bebas
bebas buat pekerjaan yang aku betul-betul suka
mungkin ada yang cakap 'tak bersyukur!dah dapat kerja merungut lagi'
cakaplah apa sahaja, aku tetap begini
jadi hamba
kuli pelbagai pihak
aku bosan dengan keadaan ini

Ya Allah, Engkau bantulah hamba-Mu ini mencari kehidupan yang sebenar
sesungguhnya aku sesat dalam pilihan aku sendiri
Engkau berikanlah aku petunjuk
Amin



mungkin aku terlalu penat revise drawing consultant
hmmmm



Monday, October 4, 2010

Always be my hero :)





Dilahirkan di bawah pucuk pimpinan Tun Mahathir,
semangat dan jiwaku, turut bangga dengan pemikiran dan perubahan yang bukan sedikit dibawa oleh bekas pemimpin Malaysia, my Tun :)
aku masih ingat lagi pada tahun 2002, ketika perhimpunan UMNO sedang bersidang
aku yang mamai baru bangun dari tidur petang, terus membuntang biji mata mendengar perletakan jawatan Tun Mahathir
sedihnya hati aku
pilunya hati aku tak terperi
aku sambung tidur, tapi seingat aku, aku tidur sambil menangis teresak-esak memikirkan bagaimana nasib Malaysia selepas ini
ya, umurku baru 16 tahun
tapi sayangnya aku terhadap Tun Mahathir ibarat anak sayangkan bapa


aku rasa marah, aku rasa kecewa dengan sikap bangsa aku sendiri yang tak pernah berhenti maki-hamun Tun Mahathir sebagaimana ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri dan selepas beliau menjadi mantan Perdana Menteri
kenapa?
kenapa?
kenapa?
dan ketika ini, Tun Mahathir di hospital kerana dijangkiti virus
yang kejam, ada yang mendoakan beliau menghembuskan nafasnya sebagai balasan
Islam apa mereka tu?
mendoakan kecelakaan umat Islam yang lain?
itu ajaran Islam yang diterap?
bagus macam tu?
fikir-fikirkanlah



dear Tun,
you are my hero no matter what ungrateful people said about you


selepas ke teater, aku dan faizura ke Old Town White Coffee untuk melantak sepuasnya selepas menangis teresak-esak ketika babak terakhir di mana Tun Mahathir meletakkan jawatan
serius aku menangis :(








 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com