Pages

Tuesday, October 5, 2010





Untuk beberapa hari ini
aku cuma rasakan kosong
jiwa
hati
perasaan
bukan perasaan sayang
tapi perasaan terhadap kerjaya aku sekarang
ok, mesti ramai yang cakap 'here she goes again..work..bla..bla..bla'
tapi serius aku rasa diri aku makin hilang
aku sesat dalam dunia aku sendiri
aku rasa lemas dengan jalan yang aku pilih sendiri
penat
sesak nafas
pernah tak setiap pagi bangun untuk kerja, hati cepat je cakap, 'nak MC hari ni'?
aku?
makin kerap pula
tapi tak pernah aku lakukan atas dasar tanggungjawab terhadap rakyat
sejujurnya aku muak dan jelik dengan keadaan sekeliling
kawna-kawan di tempat kerja, semuanya baik-baik sahaja
cuma, persekitaran yang buat aku mahu pengsan
selalu sahaja aku semput dada
aku benci dengan keadaan aku sekarang
aku sendiri bingung
aku sendiri tak pasti apa yang aku inginkan
aku cuma ingin bebas
bebas buat pekerjaan yang aku betul-betul suka
mungkin ada yang cakap 'tak bersyukur!dah dapat kerja merungut lagi'
cakaplah apa sahaja, aku tetap begini
jadi hamba
kuli pelbagai pihak
aku bosan dengan keadaan ini

Ya Allah, Engkau bantulah hamba-Mu ini mencari kehidupan yang sebenar
sesungguhnya aku sesat dalam pilihan aku sendiri
Engkau berikanlah aku petunjuk
Amin



mungkin aku terlalu penat revise drawing consultant
hmmmm



0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com