Pages

Monday, May 31, 2010

Youth10 sebelum tua..iskk


Fakta Youth10:

1. Kalau umur atas 25 tahun, toksah ngengada nak datang, duduk rumah layan Oprah je
2. Kalau dalam dompet cuma ada RM 50.00 dan ke bawah, jangan nak pengsan-pengsan tengok jualan-jualan murah ya di sini
3. Kalau tak suka suasana hingar bingar, jangan datang
4. Takde kalau-kalau dah..


Sebenarnya saja je menghabiskan masa dengan aktiviti macam ni
dari duduk rumah kebosanan
tapi Sabtu tengahari dan petang aku menonton movie Sky of Love dan Rough Cut di saluran Astro Mustika (rasanyalah)
dua-dua cerita korea..
memang terbaik

Sky of Love
cerita pasal seorang perempuan,Mika hilang handphone dekat library dan selepas dapat balik handphone,dapat panggilan misteri dari seorang lelaki,Hiro.Jadi mereka jatuh cinta.Lelaki ada penyakit kanser.Ingin putuskan hubungan tapi diketahui perempuan.Perempuan menjaganya.Ok-ok memang malas nak cerita sangat.Tapi.....babak paling best aku rasa semasa Mika di hospital sedang mengait untuk Hiro.



Hiro
: Mika, apa akan jadi selepas mati?

Mika : ........
Hiro : Aku nak jadi awan :)
Mika : Kenapa?
Hiro : Supaya aku boleh lihat engkau..sentiasa
Mika : Supaya bila aku rindukan engkau, Hiro, aku akan pandang langit.Bila awan cerah,maksudnya engkau gembira.Bila hujan, engkau sedang bersedih.Bila matahari terbenam dan awan kemerahan, maksudnya en gkau malu.Bila malam,banyak bintang,maksudnya,engkau sedang peluk aku dengan nyamannya.

Sedih sampai mengalir sedikit air mata.Sedikit je tak banyak


Ok,next movie 'Rough Cut'

Mengenai kisah seorang lelaki samseng terkenal di Je pun yang bersetuju untuk berlakon filem dan menjadi diri sendiri.Dikhianati.Hampir mati.Seks.Bunuh.Tikam-tikam.Hensem betul samseng ni lah.2 thumbs up!Memang terbaik!



Oh hampir terlupa aku juga menonton Syurga Cinta
first time ni tau! garapan cerita ini memang banyak beri keinsafan terutaman apabila datuk kepada Heliza menasihatkan Awal mengenai cinta.

Cinta ada 3 jenis :

Cinta dari Syaitan
terjadi apabila lelaki dan perempuan saling terpesona.jatuh cinta kemudian berpegangan tangan.dan kemudian melakukan maksiat sehingga perempuan tersebut mengandung.kemudian baru bernikah bagi menutup malu.ingat, itu cinta dari Syaitan

Cinta dari Jin
terjadi apabila cinta lelaki ditolak oleh perempuan.bagi mendapatkan perempuan tersebut,lelaki mula berjumpa bomoh atau menggunakan jin (minyak dagu, minyak pengasih).dan kemudian perempuan jatuh cinta dengan lelaki akibat perbuatan sihir.Nauzubillah minta dijauhkan

Cinta dari Allah S.W.T
cinta paling agung.lelaki dan perempuan jatuh cinta selepas saling berpandangan.lelaki mendekati perempuan tersebut dengan niat untuk merapatkan hubungan.bagi mengelakkan maksiat, terus meminta izin dari kedua-dua orang tua untuk menjadikan isteri.berkahwin dan bahagia hingga ke akhir hayat.Alhamdulillah.aku mahukan cinta ini.

mungkin sebab itu, aku dan si dia selesa berjauhan begini
boleh mengelakkan dari berjumpa selalu
dan kami tak pergi berjalan-jalan merantau
cuma menonton movie dan makan-makan
sebab kami cuba untuk kekal cool dan rilex
tak beria-ia sangat

diminta teguhkan hati hambamu ini Ya Allah supaya tidak melampaui batas-batas agama
dalam berkasih sayang
akan wujud orang ketiga sehinggakan terlupa mana yang betul dan salah


Thursday, May 27, 2010

Sweet Escape Part II






tenang sebentar menghadap kehijauan


Tuesday, May 25, 2010

Comel kan?

Comelkan anak kami?
hahaha!
korang mampu nak hasilkan anak macam ni?
;p


sumpah lepas submit semua kerja,aku bosan



Ish ish ish



Aku paling suka makan pagi dengan kawan-kawan office sebab biasanya kami memang tak bual-bual kosong
ada sahaja isu terkini kami bincangkan
macam pagi tadi, kami berbual mengenai isu cikgu potong rambut pelajar perempuan
sebagai seorang bekas pelajar sekolah
mungkin dah bertahun tak sekolah tapi masih lagi ingat peraturan sekolah ok
tak faham dan keliru kenapa isu memotong rambut yang panjang (senang cerita rambut lepas dahi) nak diperbesarkan..
memang mengada betullah budak-budak zaman sekarang
ibu bapa pula semacam menggalakkan anak-anak ni langgar peraturan sekolah
aku dulu masa belajar, kalau kena marah cikgu
takut tahu tak nak cakap dengan mak ayah sebab tahu aku salah langgar peraturan
aku rasa cara didikan ibu bapa sebenarnya mencorakkan keperibadian anak-anak
maksudnya,ibu bapa sebagai teras utama keluarga sepatutnya menegur sikap negatif anak-anak dan berfikir secara rasional kenapa cikgu kenakan tindakan begitu
bertindak secara bijaksana dan bukan berbekalkan perasaan amarah dan emosi semata
hasilnya setiap kali ditegur atau mungkin dijentik cikgu setiap kali buat kesalahan
nahh, esok dah keluar dalam surat khabar propa
yang wartawan surat khabar propa ni (hint : surat khabar ini ada warna merah.biru dan putih) lagilah suka berita gosip ni
lepas tu tambah-tambah sikit
sebab mengada-kan anak-anak,dekat wetex parade dekat Muo tu melambak budak-budak sekolah melepak buang masa dari pagi sampai malam!
dulu masa aku sekolah, kalau nak keluar pon, mak hantar
mak kata pukul 5 petang tepat mak datang ambil, pukul 4.30 aku dah tunggu mak dah
takut tahu tak?
hormat tahu tak?
kalau aku ada anak nanti (insyaAllah)
aku akan habiskan masa mengajar nilai-nilai murni
NO ASTRO
NO HANDPHONE
kalau astro pon, aku beli channel pelajaran
discovery channel ke, national geographic ke
nak telefon,guna public phone je
sampai masa baru belikan
sabtu atau ahad pastikan buat aktiviti riadah dengan anak-anak
daki bukit broga ke, piknik ke
sebab aku rasa, sesibuk mana pun kita,
kena pandai bahagikan masa dengan anak-anak dan keluarga
anak-anak perlukan perhatian dan kasih sayang
sebab kurang perhatian-lah buat benda bodoh untuk tarik perhatian
itu pun ada yang ibu bapa tak nampak anak-anak cuba tarik perhatian
insyaAllah kalau ada rezeki, akan aplikasikan segala yang perlu untuk hasilkan anak yang soleh dan solehah :)




Monday, May 24, 2010

Sweet escape Part I




Finally dapat jumpa juga dengan ex-housmate semasa menuntut di UTHM
gembira yang amat sebab hampir 1 tahun tak ketemu
bermula dengan petang Sabtu semua berkumpul di Putrajaya
raihana dan aku duduk 1 presint ya

jadi senang untuk kami bergerak sekali

ok dipendekkan ceritalah kan

ahad pagi kami bergerak dari rumah pukul 5.30 pagi
tup tap tup tap..
sesat!

hahaha

nasib baik tanya kakak tol
dia kata kiri kanan kiri kanan kiri kiri

selepas belok kiri yang last
kami masuk ke tempat yang gelap sangat
semua bunyi cengkerik sebab sebenarnya berdebar-debar sangat

tapi kami tak masuk ke hutan gelap

kami belok ke kanan kawasan perumahan
nasib baik ada pakcik yang mungkin mahu ke tempat kerja pagi-oagi buta tu
tanya punya tanya
salah rupanya kami!
sepatutnya terus je lagi
maka perjalanan diteruskan lagi
kami jalan.jalan.jalan.jalan dan jalan

semua berpandukan kepada ladang arnab dan kelapa sawit

mula-mula masuk 1 jalan ni sampai jalan mati (dekat menara)
yang kelakar masing-masing diam saja sebab raihana cakap 'orang kata kalau masuk hutan je jaga apa yang kita cakap'
haha lepas itu kami teruskan jalan
sampai dekat 1 jalan nampak kawasan banyak kereta
tapi salah seorang dari kami cakap 'itu accident tu,nampak tak hazard light tu?'
ok..kami u-turn
teruskan bergerak sehinggalah sampai ke 1 jalan..
kami masuk jalan tersebut

bukan ladang arnab kami jumpa
tapi ladang ayam!
hahaha!
maka raihana pon turun dan bertanya pakcik di situ

tup tap tup tap kami pon sampai!

ingat tak yang kata jalan yang banyak kereta tapi kawan aku cakap ada accident?
haaa..itulah tempatnya
habis kami bahan dia! overall, walaupon penat mendaki tapi sesampainya di atas bukit rasa berbaloi sangat sebab cantik sangat ok!
terima kasih kawan-kawan
u made my day!

next time kita pergi tempat lain pula
tengah planning ni :)




cantik kan?
breath taking
terdiam sebentar kami menghayati detik ini

Friday, May 21, 2010

Sambungan cerita di bawah

sejak berhijab, bermacam-macam warna dan corak shawl aku beli ;)










psssttt..nak bisik..
baru sebentar tadi bos declare aku sebagai team lead untuk projek peminaan dewan bedah dan CSSD hospital seberang jaya
makin banyak tanggungjawab
:(


i love you baby.baby.baby ohhh



Semasa mula-mula aku bertudung
aku terima bermacam reaksi dari kawan-kawan sekeliling
mahupun teman atau kenalan
ramai yang terkejut sebab tak terfikir aku akan bertudung
as always, my family especially mama really.really.really give their supporting
and you also sayang :)
ada juga kawan-kawan yang mungkin aku rasa tak bersedia dengan perubahan diri aku yang baru ini
ada sekali keluar bersama teman rapat
masuk-masuk sahaja kereta 'eh..mana Suhaila yang kukenali dulu..tolong pulangkan Suhaila yang lama'
ada juga yang cakap 'you dah pakai tudung ini, nak gurau-gurau pon tak boleh macam dulu, nak cubit, nak tarik rambut'
atau pun 'alaaa..kejap je ni kan pakai tudung..sebulan 2 bulan ni buka balik'

tapi aku tetap tersenyum dengan kritikan negatif dari teman sebab aku tahu mereka tak bersedia untuk kehilangan 'adik' mereka (i'm the little petite among my friends ya)
tapi aku jadikan itu sebagai pemangkin untuk aku terus bertudung
tapi sebenarnya apabila teman dan kenalan bercakap begitu
aku tersenyum seorang diri sebab nyata dan jelas aku boleh lihat perbezaan setelah bertudung
segalanya ada limit
mampu untuk kawal diri untuk menjadi lebih baik
kalau dulu bergurau bertepuk tampar
kini tidak lagi sebab teman-teman tahu dengan sendiri dan malu untuk lebih-lebih dengan aku
boleh tengok lelaki akan lebih menghormati wanita bertudung

tapi aku rasa tak berapa nak best apabila ada kawan yang mula bertudung dan alasan bertudung sebab fashionable?
what the fish!
jadikan aku sebagai ikon sebab suka style aku?
NO OK??!!
aku tak mahu tanggung dosa kau pulak wei
dosa sendiri pon tak mampu nak tanggung
bertudung biar ikhlas
kalau bertudung sebab trend, habis kalau trend dah habis, nak bukak baliklah tudung tu?
kalau anda membaca belog saya ini, yes kamu!
please lupakan niat kamu ya sayang
kita bertudung, ada 2-3 syria inner, awak menjadi terlalu taksub sampai beli inner 4-5 layer
bettudung kerana Allah Ta'ala la sayang
saya tak nak awak nanti tak bersedia untuk bertudung, terbang pulak tudung awak tu nanti
saya tegur awak sebagai seorang kawan dan muslimah :)

eh ok ok..
masa dah tamat
dah terlewat 10 minit masuk meeting ni
taaa darlingggg!




psss : lepas meeting aku upload gambar tau..tungggguuu ;)

Monday, May 10, 2010

Greatest memory ever!



Akibat kebosanan di rumah dan tidak berduit
gaji belum dapat lagi!!!!!!!!!!!!
sewa rumah belum bayar lagi
loan kereta untuk bulan ini belum bayar juga (padahal 26 haribulan tarikh last bayar)
oh bil elektrik.air.telefon
gaji tolonglah aku merayu keluar minggu ni eh
baru tahu macam mana perasaan mama dan ayah bila masa belajar asyik nak minta duit je kerjanya

insaf
ok ok..
panjang sangat intro
semula!
akibat kebosanan di rumah dan tidak berduit
maka aku buka laptop dan belek 1 demi 1 gambar sambil ketawa.menangis
menangis mengenangkan kegembiraan masa belajar dan gembira aku masih bersama seseorang setelah berhempas pulas mengharungi lautan manusia yang sedikit kejam ni
nak letak gambar
tunggu kejap




ok.gambar ini 4 tahun lepas masa kami mula-mula kenal.masa ni malu-malu lagi (tapi dah ambil gambar dekat-dekat kan..gatai!).kurusnya masa ni.34kg ok berat aku.tapi sekarang terbalikkan berat tu :(


comelkan?macam cerita sepet.masa ni kami ke Senggarang dan dipaksa oleh En.Zakwan kawan kami untuk posing macam ni


bukan mudah ok nak bergambar macam ni
bagi yang kurang kenal buah hati aku ni :)
dia adalah lelaki yang paling merendah diri dan tidak suka untuk expose apa-apa dekat orang ramai termasuk kawan-kawan dia
but still yet, he's a very-very-very friendly person
walaupun dia adalah hopeless romantic di depan orang
dia sebenarnya menjaga hati
kadang-kadang rasa rimas sebab tak mampu untuk bergerak normal
bukanlah dia tu artis
tapi dia milik lelaki-lelaki STAROBA
jadi apa yang aku cakap.tutur.komen ramai yang memerhati
jadi sebenarnya sedih.sedikit sahaja
hmmmm
tapi aku faham dia milik kawan-kawan dia
bukan aku seorang sahaja
ok end of the story

II

sekarang berfikir untuk masa hadapan
bagaimana gaji disimpan untuk masa hadapan (perkahwinan)
ok.mari kita kira!

gaji = RM 2700.00
gaji bersih = RM 2400.00

sewa rumah = RM 190.00 (termasuk bil elektrik dan air)
duit kereta = RM 502.00
bil telefon = RM 150.00
bil broadband = RM 100.00
mama = RM 500.00
minyak kereta balik Muar (2x sebulan) = RM 200.00
tol balik Muar (2x sebulan) = RM 80.00

= RM 1722.00
= RM 2400 - RM 1722.00
= RM 678.00

duit makan untuk sebulan adalah RM 300.00
tinggal RM 378.00
nak bershopping lagi
ni belum untuk ALI lagi
ya Allah.macam mana nak menyimpan kalau macam ni
buntu sangat
sebab tu asyik tiada mood je
hmmm
serabut
macam mana nak kahwin macam ni
:(
:(




Monday, May 3, 2010

Outing day!



Sabtu pagi semasa sedang mengeliat-lentuk
dapat mesej dari my babes, Kusam :)
ajak hang out dekat Midvalley
mula-mula malas juga tapi sebab lama tak gosip jadi mood terus berkobar-kobar.lol!
mula-mula planning nak naik tren saja
tapi sebab fikir hari itu adalah hari Buruh ye
dan kalau expect hari Buruh orang bersenang-lenang di rumah
memang silap besar sebab sekarang ni musim sale ye
jadi dengan cool-nya aku drive ke KTM Serdang untuk ambil Kusam
dipendekkan cerita aku sesat sampai ke pasar borong Seri Kembangan
lakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!
cuak tak cuak aku ni
dah-lah first time drive jauh-jauh dari Putrajaya
sebelum ni paling jauh pon balik Muar je
itu pon terus je takde nak belok-belok
memang panik gila lebih-lebih lagi lalu depan pasar borong
hampir nak tercium bontot teksi
mujurlah i sempat brek
teksi memang degil dan keras kepala kan
ikut dia je
ingatkan nak snap gambar muka cuak tapi kang terbabas takot lak
terus tak jadi
pusing punya pusing jumpa juga Kusam
maka kami pon ke Midvalley
memang jem yang amat
ujian pertama bawa kereta jem macam tu nak masuk parking
berjaya juga sampai tempat parking dengan selamat
keyword dia : bagi signal kalau nak ke kiri atau kanan :)
ya Allah i cakap uolss
full gila lautan manusia dekat midvalley tu
mentang-mentang dah gaji kan
pantang nampak sale (ayat cemburu sebab gaji belum keluar)
MNG, Topshop, Zara, Guess
kenapa ada sale???
arrghhhhhhhhhhhhhhh!
lupa pula, dekat Midvalley kami jumpa Gee
memang dah janji nak jumpa sebenarnya
setelah ke sana ke mari
kami akhiri outing day kami dengan makan sate die Haji Samuri :)
makan dengan jayanya sampai buncet :)
dan terus pulang ke rumah dan tidur dengan nyenyaknya :)






aku dah gemok
sekian


 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com