Pages

Tuesday, May 25, 2010

Ish ish ish



Aku paling suka makan pagi dengan kawan-kawan office sebab biasanya kami memang tak bual-bual kosong
ada sahaja isu terkini kami bincangkan
macam pagi tadi, kami berbual mengenai isu cikgu potong rambut pelajar perempuan
sebagai seorang bekas pelajar sekolah
mungkin dah bertahun tak sekolah tapi masih lagi ingat peraturan sekolah ok
tak faham dan keliru kenapa isu memotong rambut yang panjang (senang cerita rambut lepas dahi) nak diperbesarkan..
memang mengada betullah budak-budak zaman sekarang
ibu bapa pula semacam menggalakkan anak-anak ni langgar peraturan sekolah
aku dulu masa belajar, kalau kena marah cikgu
takut tahu tak nak cakap dengan mak ayah sebab tahu aku salah langgar peraturan
aku rasa cara didikan ibu bapa sebenarnya mencorakkan keperibadian anak-anak
maksudnya,ibu bapa sebagai teras utama keluarga sepatutnya menegur sikap negatif anak-anak dan berfikir secara rasional kenapa cikgu kenakan tindakan begitu
bertindak secara bijaksana dan bukan berbekalkan perasaan amarah dan emosi semata
hasilnya setiap kali ditegur atau mungkin dijentik cikgu setiap kali buat kesalahan
nahh, esok dah keluar dalam surat khabar propa
yang wartawan surat khabar propa ni (hint : surat khabar ini ada warna merah.biru dan putih) lagilah suka berita gosip ni
lepas tu tambah-tambah sikit
sebab mengada-kan anak-anak,dekat wetex parade dekat Muo tu melambak budak-budak sekolah melepak buang masa dari pagi sampai malam!
dulu masa aku sekolah, kalau nak keluar pon, mak hantar
mak kata pukul 5 petang tepat mak datang ambil, pukul 4.30 aku dah tunggu mak dah
takut tahu tak?
hormat tahu tak?
kalau aku ada anak nanti (insyaAllah)
aku akan habiskan masa mengajar nilai-nilai murni
NO ASTRO
NO HANDPHONE
kalau astro pon, aku beli channel pelajaran
discovery channel ke, national geographic ke
nak telefon,guna public phone je
sampai masa baru belikan
sabtu atau ahad pastikan buat aktiviti riadah dengan anak-anak
daki bukit broga ke, piknik ke
sebab aku rasa, sesibuk mana pun kita,
kena pandai bahagikan masa dengan anak-anak dan keluarga
anak-anak perlukan perhatian dan kasih sayang
sebab kurang perhatian-lah buat benda bodoh untuk tarik perhatian
itu pun ada yang ibu bapa tak nampak anak-anak cuba tarik perhatian
insyaAllah kalau ada rezeki, akan aplikasikan segala yang perlu untuk hasilkan anak yang soleh dan solehah :)




0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com