Pages

Thursday, July 29, 2010

Luahan jiwa si buruh kasar



Kebelakangan ni, hati selalu rasa tak tenang
jiwa sentiasa rasa tertekan
setiap hari aku berfikir ' kenapa engineer?kenapa tak yang lain? '
dan tiba-tiba aku minta diputarkan waktu semasa di tingkatan 3
memilih samada bersekolah di sekolah perempuan atau sekolah teknik, aku ingin-mahu-nak sangat buat pilihan untuk terus kekal di sekolah perempuan
dan bukan buat keputusan ke sekolah teknik
tapi,
masa itu bukan macam roda, senang putar atas turun bawah naik balik
masa tak boleh diputarkan balik
hmmm..

bangga ke aku bekerja sebagai engineer?
tak pernah aku bangga sebab aku tahu bidang ni memang perlu bekerja keras
mungkin ada kawan yang bangga dan uar-uarkan di mana-mana
tapi aku malu
serius aku malu
kalau orang tanya aku kerja apa, lambat mahu aku nyatakan
jawapan pertama : kerja biasa saja
apabila diasak lagi dengan soalan yang sama
jawapan kedua : buruh jela
jawapan ketiga : buat hospital
susah mahu aku cakap pekerjaan aku..

dengan keadaan aku yang tak berapa nak stabil untuk minggu lepas dan minggu ni
aku mengalami kemurungan
aku tak mahu bercakap sangat
aku penat
aku makan banyak dari biasa atau aku terus tak makan
aku letih, aku lemah
aku banyak berfikir, aku banyak menangis
lebih-lebih lagi selepas dapat bos baru
yang apabila ditanyakan soalan olehnya
jawab kena marah, tak jawab lagi kena marah
tiada tapi-tapi, tiada jika
cuma YES sahaja walaupun jawapan sebenar NO
bos yang sendiri buruk-burukkan kami di hadapan bos yang lebih tinggi
kenal kami tak sampai sebulan, tapi bercakap semacam kenal team kami ni, dah bertahun-tahun
tak salah seorang ketua yang tak pernah terlibat dengan mana-mana projek atau selama ini cuma bergelumang dengan pengurusan sahaja untuk bertanya kepada anak-anak buahnya mengenai status projek terkini
bukan apabila diceritakan mengenai status terkini projek, dijeritkan ' don't try to teach me!!!!'
menjerit di hadapan bos yang lain menjatuhkan air muka kami
seorang ular lebih bahaya berbanding seekor ular
kami semua berada di dalam belitan ular ni
tapi aku sudah mulakan langkah awal
ya, mencari kerja lain
kerja yang lebih sesuai dengan jiwa
kerja yang walaupun berat dan susah, tapi aku gembira untuk lakukan kerja tu
kerja yang tak gah namanya, tapi mampu berikan aku kebahagiaan dan kepuasan

sampai bila mahu jadi jurutera?
selama-lamanya?
tak mungkin aku akan selama-lamanya jadi jurutera




*deep sigh*



Tuesday, July 20, 2010

Bunga oh bunga si kelip-kelip

Perjalanan pun bermula


ingat Kuch-kuch Hota Hai ke? (betul ke tak aku eja ni)






orkedlah!!


kalau tak jejakkan kaki ke pesta flora di putrajaya, memang rugi
sebab banyak sangat bunga yang cantik..
memang jakun sangatlah aku ni tengok bunga banyak-banyak




II


sabtu dan ahad lepas, aku dan kawan-kawan bercuti-cuti malaysia
destinasi bajet kami adalah kuala selangor
total perjalanan, makan dan tempat tinggal = RM 60.00 (murah kan???)
seawal 6 pagi aku menuju ke ERL Putrajaya untuk ke KL Sentral
Raihan dan Hazreen sudah pun menunggu aku di sana dengan gembiranya
(padahal dah angin sebab tren lambat)
sampai di sana, kami terus gerak ke Kuala Selangor
sebelum sampai di kuala selangor, kami singgah di Pantai Remis untuk sarapan kerang bakar (??!!)
biar betul!!!
kerang bakar seawal 9.00 pagi????

amaigadddd!
memang gemuk!

selepas berjaya menggemukkan badan, kami terus gerak ke kuala selangor
sampai sahaja di sana, terus ke kaunter tiket untuk beli tiket kelip-kelip
semangat gila kami padahal baru pukul 11 pagi kot
kaunter buka pukul 7.30 malam (ish!)
jadi kami terus ke homestay di rumah Tok Zoyah untuk tengok keadaan rumah
itu ini bebel sana sini dengan Tok Zoyah mengenai tujuan kami ke sini,
kami terus pergi ke Taman Alam dan Bukit Malawati yang sangat banyak lotong

tahu lotong tu apa?
adik beradik monyet, cuma warna hitam dan ekor panjang
jinak ok?kalau datang terus dia tarik seluar minta makanan
apa lagi, menjeritlah aku
selepas lama saling pandang memandang, jeling menjeling
barulah kami bermesraan dengan mengambil gambar bersama
setelah penat berjalan, kami balik ke rumah Tok Zoyah..
mandi dan bersiap-siap untuk tengok kelip-kelip ramai gila orang
sanggatttttttt ramai!!
sempat juga cuci mata dengan pelancong lelaki dari Jepun (macam Takuya Kimura!!)
puas dapat tengok kelip-kelip aku rasa semua patut nikmati dan hayati sendiri keindahan kelip-kelip
tak mustahil dalam masa 5-6 tahun lagi, spesies tu susah nak tengok lagi
jadi, aku sarankan, kalau ada masa, bawalah ibu, ayah, adik, kakak, abang, teman lelaki, nenek atau atok ke sini ya!



sedang tunggu ERL datang

sebelah aku perempuan berpurdah
aku lately suka dengan perempuan berpurdah :)


dalam ERL
saja ambil gambar kerusi kosong untuk tunjukkan aku seorang diri membawa hati yang lara pada hari tersebut
ecececece



di pantai remis
saja ambil gambar kaki nak korang rasa perasaan pijak batu (haha!)


belangkas
dulu-dulu masa kecik, arwah Tok Pak selalu bakar belangkas
makan ramai-ramai
rindu!
:')

taman alam
penat berjalan 1 jam setengah
jumpa tarzan sama warna dengan pondok je warna dia
;p




aku menjalani hidup-hidup yang sihat dan gembira setakat ini
:))))





Wednesday, July 14, 2010

Tips melupakan kekasih lama



Baca tajuk pon dah rasa macam doktor cinta pula aku ni
tapi kawan-kawan memang bagi gelaran doktor cinta sebab aku rajin nasihatkan mereka perihal cinta ni (konon-lah!)
seorang kawan minta aku tulis tips-tips untuk lupakan ex-bf, buang jauh-jauh dari hati
sebenarnya aku bukan pro sangat mahu bercerita dan menasihat hal-hal sebegini
tapi aku cakap apa yang aku lalui sahaja
yang tak betul, jangan ikut pula
karang cakap aku ni macam ketam, jalan pun senget-senget, ada hati nak ajar yang lain ;p

mungkin tak ramai tahu 4 tahun yang lalu, aku pernah mengalami kekecewaan hati tahap gaban
serius patah hati sangat sampai menangis tak henti-henti lebih-lebih lagi apabila soulmate sudah tiada untuk diceritakan penderitaan hatiku ini
setiap hari aku menunggu sms / panggilan telefon dari ex-bf tanpa menyedari dia sebenarnya tak ingat pun dekat aku lagi
seronok bersuka-ria
minggu yang pertama, masih lagi mengharap dan boleh dikatakan setiap hari aku sms / telefon dia (layan macam nak tak nak saja)
minggu kedua, masa ini memang hipokrit macam haram, konon dah boleh lupakan dia dan cuma ingin berkawan biasa sahaja
padahal dalam hati terseksa bilamana tahu ada gadis lain dalam hati dia kini
dengan penuh kebodohan sanggup untuk tunggu ni sebab rasa dia akan menyesal dan kembali semula
cett..pooddaacit
mana ada!dia dah seronok menggila, takkan nak balik dekat aku, tapi degil juga, akhirnya selepas sebulan lebih, aku makin perlahan pergi jauh dari dia
lama-kelamaan, dalam diam aku singkirkan dia dari hati, buang jauh-jauh tak mahu kenang
selepas hampir setahun, baru aku jatuh cinta dan bahagia ke dinihari :)
aku tak mudah untuk jatuh cinta dan lafazkan cinta
tapi aku mudah sukakan orang
ya, bagi aku, suka dan cinta itu lain, macam aku suka dekat Nicholas Saputra separuh mati, tapi tak cinta mati tau!
sebab itu aku pelik, kenapa mudah sangat sesetengah perempuan yang aku kenal, untuk jatuh cinta katanya berulang-kali
contohnya si perempuan bertemu dan bercinta dengan lelaki A, kata-kata manis mengiringi perasaan terutama di status Facebook
2,3,4,5 bulan kemudian, sudah berpisah, maki dendam pula di statusnya sekali lagi di Facebook
sebulan lepas itu, tup-tup sudah bercinta dengan lelaki lain
macamana pula boleh dikatakan cinta dengan lelaki A itu sebenarnya cinta?sedangkan sekejap sahaja sudah melupakan dia..
jadi nak bagi tips lupakan kekasih lama

1. awal-awal perpisahan, menangislah sepuas-puas hati, kalau boleh semasa mandi, sebab apabila dah rasa puas, akan rasa lega sedikit

2. tolonglah jangan buat perkara memalukan dengan sms ex-bf cakap kita akan tunggu dia sampai bila-bila, kau tahu tak yang dia akan cerita dekat gf baru dia?cakap sanggup dimadukanlah what-so-ever-lah..DON'T!

3. jangan stalk facebook / friendster / myspace / atau laman sesawang lain milik ex-bf, sebab nanti diri sendiri makin terluka kalau-kalau terbaca komen yang mengatakan hidup dia lebih gembira sekarang

4. tolong jangan nak mengampu atau tiba-tiba nak jadi bff dengan kawan perempuan / kawan lelaki ex-bf dengan harapan mereka akan pujuk ex-bf supaya pilih kau dan bukan gf baru.yang ni memang mengarut aku rasa-lah-kan sebab sebelum ini tak nak pula rapat / berbual dengan kawan-kawan ex-bf, tiba-tiba sibuk je, puhlisss jangan buat, sebab mula-mula kesian, lama-lama mereka naik menyampah

5. kalau ex-bf sudah ada gf baru, tak payah nak jadi bitch dengan mengacau mereka, sibuk-sibuk sms gf baru dia, sibuk-sibuk komen dekat page ex-bf dengan niat nak sakitkan hati gf baru dia, tak payah buat-lah, nampak kita terhegeh hegeh ok?


mampu letupkan ex-bf dari hati?


6. tak payah letak dekat status facebook / friendster / mysapce / laman sesawang lain mengenai perasaan kita dekat ex-bf dan bagaimana kita sedih dan tak boleh lupakan dia dan seolah-olah menyalahkan dia. pernah terfikir tak kadang-kadang kita yang mulakan dahulu pergaduhan atau perpisahan?pernah terfikir tak dahulu kita pernah curang dan kecewakan hati dia dahulu?pernah buat dia macam sampah tak dulu masa kita curang dengan dia? (berdasarkan cerita kawan)

7. tetapkan standard kita sebagai seorang perempuan, jadi perempuan high-class dan jangan jatuhkan maruah diri sendiri disebabkan lelaki yang tak mengh
argai perasaan kita

8. ambil masa sedikit untuk tenangkan diri dan hati sebelum mula berjinak-jinak dengan cinta semula, sebab takut kalau-kalau percintaan baru tak menjadi, makin terluka hati yang sedia parah tu



seperti Oprah Winfrey cakap (Oprah lagi..huu), setiap perempuan akan diketemukan dengan lelaki, mungkin bukan sekarang, tapi akan datang
penantian itu satu penyeksaan kan?tapi kalau bersabar, mana tahu dapat lelaki yang lebih baik dari ex-bf
dan percaya, setiap kita diciptakan berpasangan lelaki dan perempuan, jadi jangan terlalu memilih atau terlalu menetapkan tahap kesempurnaan lelaki untuk hidup dengan kita sebab kita pun takde lah sempurna sangat kan?
oh dan mesti tertanya-tanya kan samada ex-bf rasa menyesal atau tidak tinggalkan kita, well depends on him
dan untuk keadaan aku, ya
tapi aku sudah ada yang terbaik dalam hidup aku (En.Zulhilmi)
jadi tak rugi melepaskan yang lama sebab kalau bersabar, kita akan dapat yang terbaik mungkin 2kali ganda terbaik :)

dan, lepaskan ex-bf, biar dia hidup bahagia dan tolong jangan tamak eh nak 2 lelaki sekaligus..

mampu jadi macam marilyn monroe ni?
;)


Ada kamu aku ada




Malam tadi menonton cerita Ada Kamu Aku Ada lakonan bunga citra lestari dan andhika pratama
jatuh cinta aku dengan andhika ni
grrrrrrrrrr!
cerita ini berkisarkan seorang perempuan bernama stella lakonan bunga citra lestari yang mana tertekan dengan masalah keluarganya. bertemu dengan erlang lakonan si kacak andhika, seorang pemain gitar (cair.....cair..................)
babak menarik apabila stella dan erlang stuck dalam hujan di bawah jambatan
erlang berseloroh tentang setiap orang yang menunggu hujan berhenti
dan kemudian bercium (awwww)


babak dalam hujan
sweet katanya


semasa bercium, stella merasakan dunia terhenti seketika tetapi apabila bercium dengan teman lelakinya iaitu damian, tak rasa apa-apa, bagaimana sih prasaan lo ni stella? ;p

tengoklah nanti ye movie ni dah lama dah keluar sebenarnya
maybe banyak aksi ciuman kot, tu yang orang jarang tengok kot
aku memang suka tengok movie underground ni (bukan movie ciuman ye)
nanti cari lagi dan aku review ok?





p/s : aku rasa bunga ni cantik sangat dalam cerita ni sebab dia chubby sikit, but now dia dah kurus, jadi kurang cantik (dia pregnant kan sekarang?mesti cantik)

Tuesday, July 13, 2010

Oprah oh Oprah


Perasan tak aku banyak bercerita mengenai Oprah Winfrey?
aku baru perasan sebab kawan-kawan ramai cakap dah yang aku obses dengan Oprah Winfrey
cara cakap pun macam Oprah Winfrey (hahaha!)
percaya tak yang ayah,mama,Nabila (adik no.2) dan Fitriy dan Fikriy (adik kembar no.3 dan no.4) rajin melayan talkshow Oprah Winfrey
pendek kata memang rancangan kegemaran kami
kenapa Oprah?
sebab material dan pendekatan yang Oprah gunakan dalam talkshow dia, bukan hiburan semata-mata contohnya seperti AC Mizal Di Sini or Macam-macam Aznil (bukan aku tak suka tengok, aku tengok cuma untuk hiburkan hati)
malam semalam topik yang dikupaskan betul-betul menarik
keganasan lelaki terhadap wanita terutama yang sudah berumahtangga
aku betul-betul tertarik dengan kata-kata dari penceramah yang dijemput



"Wanita yang pertama kali dipukul oleh teman lelaki atau suami, seringkali akan berkata 'Takpe,ini yang pertama dan yang terakhir dia pukul aku sebab sayangkan aku'..tapi sebenarnya keadaan tersebut sebenarnya telah membuka ruang kepada lelaki untuk melakukan untuk kali yang ke-2, ke-3 dan seterusnya"


" Anak perempuan yang melihat ibunya dipukul oleh bapa, kelak apabila dewasa nanti akan mengalami perkara yang sama dengan ibunya"


"Anak lelaki yang melihat bapanya memukul ibunya, turut akan melakukan perkara yang sama seperti bapanya apabila dewasa"


Keadaan ini berlaku disebabkan kanak-kanak tidak belajar melalui kata-kata tetapi melalui apa yang dilihat olehnya.


Jadi, kepada wanita-wanita diluar sana, sekiranya disakiti, jangan lagi terus kekal bersama dengan lelaki tersebut (untuk yang belum berkahwin sebab dah kahwin fikir sendiri).Kalau sayangkan teman lelaki, berpada-pada dan jangan biarkan badan kita menjadi 'Punch Bag' kaum lelaki yang psiko ok??

Dan kalau tak nak anak jadi jahat macam setan merempit meragut bunuh sana sini, jangan tunjukkan perangai buruk depan anak.Kalau tak boleh kawal diri tu, jangan dermakan sperma ok?Nanti anak jadi mangsa



kenapa aku suka Oprah?
beliau banyak memberi inspirasi kepada aku
banyak membuka mata
buka mata membuktikan nak menjadi kaya bukan perlu mengampu orang sana sini tapi perlu berusaha keras sedikit dari yang lain :)



Oprah tolong datang Malaysia boleh tak???
Puhlissss



Monday, July 12, 2010

King Canal Town



Gembira dapat bertemu kawan-kawan di Parit Raja :)






ramai yang cakap aku dah chubby
naik 3 kilo kot
tapi aku gembira dengan badan aku
sebab sihat :)




Friday, July 9, 2010

Tetiap hari mesti makan ayam, kalau tak aku mati!



Rasanya kurang sedikit mood untuk menulis sebab kurang idea
tapi nak cerita pasal semalam
ye, semalam hari terakhri aku puasa ganti
yeyy!sudah raya!
nak dijadikan cerita, aku dan suami, raihana (haha!) berbuka puasa bersama di Penang Village
asalnya raihana mahu masak ayam goreng kunyit tapi sebab aku ajak dia berbuka di tempat yang mahal kononlah, jadi dia bersetuju melayan kerenah aku ;)
jadi pukul 6.30 kami ke alamanda
berpakaian cantik ibarat wanita berkerjaya hebat
kami memilih duduk di luar restoran konon-konon nak hirup udara segar

menu raihana untuk berbuka puasa : nasi putih, baba fried chicken, 'jungle book' (menarik air dia)
al-kisahnya raihana tersilap baca baba fried chicken as baba chicken fried rice, kesian dia sebab makan nasi tanpa kuah, rasa bersalah pula
menu untuk aku : nasi goreng tomyam, watermelon juice





ulasan tentang makanan?
ok la
tak berbaloi bayar mahal untuk makan di sini
nasi goreng tomyam banyak minyak
air sikit je
patut tinggikan lagi gelas tu
heeee
ok, taknak makan dekat sini lagi..



Friday, July 2, 2010

Kenapa sambalbelacan?



Aku telah di-tagged oleh Cik Nina
berbesar hati untuk menjawab sebab tak pernah lagi cerita asal usul kelahiran baby sambalbelacan ini ke dunia cyber kan..


1.ape name blog dan kenape letak name tu?

Ini Suhaila Punya

Sebelum ni, nama blog aku 'Dear Dumb Diary' sebab aku rajin tulis diari dan tak tahu nak letak nama apa, jadi aku letak nama tu tapi tak faham kenapa ada perkataan 'dumb', but since dah tak private lagi, aku tukar nama kepada Ini Suhaila Punya memang sebab aku punya pon.



2.apa url blog anda dan dr mane dtgnye namanye?
www.sambalbelacan89.blogspot.com

Kenapa sambalbelacan89?sebab aku suka makan sambal belacan dan 89 adalah tarikh lahir aku 8/9..



3.apa method penulisan anda?
Kalau dulu asyik suka membebel tak tentu pasal, mengenai perasaan marah tak sudah-sudah (zaman tak matang), tapi sekarang lebih suka menulis mengenai daily activities such as food, fashion etc..setiap entri kena ada gambar sebab baru pembaca boleh feel sikit :)


4. pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
Pernah dan banyak kali sebab kadang-kadang naik menyampah pula dengan emosi tak tentu pasal, but again, i love reading as much as i love to jot down everything about me and my friends. aku suka share apa yang aku rasa patut. Tapi bila orang yang aku benci baca blog aku dan sampaikan kepada orang lain dan kemudian bergosip-gosip, aku jadi jelik. Yalah, diam-diam sudahlah. 1 lagi aku paling benci kalau ada kawan-kawan yang keluar dengan aku, sibuk bercerita apa yang aku tulis dalam blog. Diam jela!



5.pernah ahli keluarga baca blog anda?

ermm..adik kedua mungkin baca, yang lain..nah, i don't think so :)



6.apakah perasaan anda bila ade org kate blog anda buruk sedangkan ade yang kate cantik?
Tiada perasaan rasanya kecuali ada orang hantar private message cakap 'blog kau buruk, aku menyampah'..haa..itu aku mungkin akan tukarlah :)



7.bile blog anda di beranakkan?

Setelah mengandung 9 bulan, maka lahirlah si sambalbelacan ni pada bulan November 2008, tapi lebih lama rasanya sebab dulu aku rajin delete blog ni


8.siapa org pertama yang tahu anda ade blog?
aku tak tahu sebenarnya sebab tak pernah bercerita pada sesiapa



9.apa perasaan anda bila org mengatakan tentang blog anda di campus?
So far tak pernah dengar, tapi i malu ok kalau uollss cakap pasal blog yang tak seberapa, dan aku buna hanis zalikha.sekian


10. sila senaraikan 5-10 orang yang nk di tag

Cik Eyani (dah 2 kali aku tag ko ni tau.jawab!)
Cik Rai (ni pon sama)
Cik Ainur
En.Zulhilmi (walaupon tahu sayang anggap mengarut)
Cik Mazel


siapa jawab dia cantik dan ensem!



 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com