Pages

Thursday, July 29, 2010

Luahan jiwa si buruh kasar



Kebelakangan ni, hati selalu rasa tak tenang
jiwa sentiasa rasa tertekan
setiap hari aku berfikir ' kenapa engineer?kenapa tak yang lain? '
dan tiba-tiba aku minta diputarkan waktu semasa di tingkatan 3
memilih samada bersekolah di sekolah perempuan atau sekolah teknik, aku ingin-mahu-nak sangat buat pilihan untuk terus kekal di sekolah perempuan
dan bukan buat keputusan ke sekolah teknik
tapi,
masa itu bukan macam roda, senang putar atas turun bawah naik balik
masa tak boleh diputarkan balik
hmmm..

bangga ke aku bekerja sebagai engineer?
tak pernah aku bangga sebab aku tahu bidang ni memang perlu bekerja keras
mungkin ada kawan yang bangga dan uar-uarkan di mana-mana
tapi aku malu
serius aku malu
kalau orang tanya aku kerja apa, lambat mahu aku nyatakan
jawapan pertama : kerja biasa saja
apabila diasak lagi dengan soalan yang sama
jawapan kedua : buruh jela
jawapan ketiga : buat hospital
susah mahu aku cakap pekerjaan aku..

dengan keadaan aku yang tak berapa nak stabil untuk minggu lepas dan minggu ni
aku mengalami kemurungan
aku tak mahu bercakap sangat
aku penat
aku makan banyak dari biasa atau aku terus tak makan
aku letih, aku lemah
aku banyak berfikir, aku banyak menangis
lebih-lebih lagi selepas dapat bos baru
yang apabila ditanyakan soalan olehnya
jawab kena marah, tak jawab lagi kena marah
tiada tapi-tapi, tiada jika
cuma YES sahaja walaupun jawapan sebenar NO
bos yang sendiri buruk-burukkan kami di hadapan bos yang lebih tinggi
kenal kami tak sampai sebulan, tapi bercakap semacam kenal team kami ni, dah bertahun-tahun
tak salah seorang ketua yang tak pernah terlibat dengan mana-mana projek atau selama ini cuma bergelumang dengan pengurusan sahaja untuk bertanya kepada anak-anak buahnya mengenai status projek terkini
bukan apabila diceritakan mengenai status terkini projek, dijeritkan ' don't try to teach me!!!!'
menjerit di hadapan bos yang lain menjatuhkan air muka kami
seorang ular lebih bahaya berbanding seekor ular
kami semua berada di dalam belitan ular ni
tapi aku sudah mulakan langkah awal
ya, mencari kerja lain
kerja yang lebih sesuai dengan jiwa
kerja yang walaupun berat dan susah, tapi aku gembira untuk lakukan kerja tu
kerja yang tak gah namanya, tapi mampu berikan aku kebahagiaan dan kepuasan

sampai bila mahu jadi jurutera?
selama-lamanya?
tak mungkin aku akan selama-lamanya jadi jurutera




*deep sigh*



2 orang pengkritik:

mazelina punye bLog said...

sabo yea cik...nnti mst dpt keje yg sesuai ngn jiwa ko...fashion designer pn cool weh...nnti blh suh ko design baju chntek2...lalala...

Nur Suhaila said...

malu lak saya ;p
tengok la mazel..tak lama nak stay dalam bidang ni..tak berniat nak jadi engineer sampai tua tau..huuu

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com