Pages

Thursday, January 28, 2010

pftttttttt.grrrrr


Mudah terasa janggal dan annoying-lah sekarang ni
jangan-lah buat aku macam bodoh
aku fikir pasal kau
kau buruk-burukkan aku
dah tentu aku nampak jahat
sebab bagi yang tak habiskan masa dengan kau
fikir kau betul-betul sopan,suci,naif
tapi mulut kau bau longkang kuat sangat
sampai aku rasa nak hempuk je!


Monday, January 25, 2010

Sakit


Rasanya ini pertama kali aku sakit
sakit hati

sakit jiwa
siapa ada ubat untuk hati?

aku mengalah kali ini
untuk kebaikan
aku cuma harap engkau belajar hati perempuan

perempuan yang sayangkan engkau

perempuan yang cintai engkau

lebih dari segalanya


aku harap engkau belajar
sebab buat masa sekarang
aku betul-betul terluka

aku tak rasa mampu bertahan
sebelum tidur

puas air mata tumpah

dalam tersedu
aku tertidur
tidur yang tidak nyenyak sakit sangat :( :( :(


penantian itu suatu penyeksaan :(

Saturday, January 16, 2010

1601


seperti diketahui umum
aku sekarang memilih untuk bertudung
bukan bertudung ikut trend ye
tapi kerana cinta terhadap-Nya
aku harap perubahan ini biarlah kekal untuk selamanya

tak mahu cuma bertahan cuma untuk seketika sahaja
aku rasa orang memandang tinggi perempuan bertudung berkerjaya hebat
pandai bergaya tapi masih menutup aurat
aku memilih untuk bertudung kerana aku rasa sudah sampai masanya untuk aku berubah
enough dengan dunia jahiliah (itu panggilan untuk dunia lama aku)

kalau dulu semua berlandaskan nafsu dan eksperimen
boleh dikatakan aku puas dengan dunia dahulu

tapi untuk teruskan..
aku rasa cukuplah
lagi pun biar berubah dari negatif ke positif
jangan berubah dari positif ke negatif
sebab walau kau janji mahu berubah semula ke positif
kau pasti keliru sebab barangkali bila kau menjadi sesuatu yang lain (negatif), baru orang pandang kau
contohnya kalau kau memang bertudung sejak azali

tapi tiba-tiba dek perubahan masa kau mahu free-hair katanya
tiba-tiba ramai pula yang puji kau hot bila dah free-hair
mesti susah kau mahu berubah
berfikir panjang
tapi itu terpulang kepada individu kan
dan aku sangat gembira dengan perubahan ini

kiranya level confident tinggi gitu..
:)
:)
:)
kalau lepas ni nampak aku free-hair balik
aku harap ada orang berani bakar rambut aku ye!


nah!
ciuman kasih sayang!




Saturday, January 9, 2010

:)

kejap sangat masa ni
dah seminggu aku kerja..
seminggu tu macam-macam aku belajar
dan kami masih sesat (hahaha)
paling tak boleh blah bila kami lupa nak punch card kami bila time balik
nasib baik ada kak ida
kalau tak..naya kami
kawan-kawan sekalian
aku tak kerja jururawat atau doktor ye dekat kementerian kesihatan
tapi sebagai jurutera awam di bahagian kejuruteraan
haaa..jadi jangan tanya aku dah jadi doktor ke sekarang
rasa excited sangat sebab berpeluang belajar selok belok pembinaan hospital
sebab hospital tak sama dengan bangunan lain
setiap bahagian untuk kegunaan yang berbeza
kalau rumah atau bangunan biasa
semua sama sahaja
tapi hospital banyak yang kena ambil tahu
ada yang bilik ada radioaktif
jadi apa yang perlu ada dan tiada
peralatan yang akan ditempatkan di situ juga perlu untuk amil tahu
tapi bukan secara terperinci
yang tu serah kepada bahagian biomedical and elecrical
cool kan dengar ada jawatan tu..
aku memang bersyukur diberi peluang untuk belajar benda baru macam ni
:)
:)
kalau dahulu kena marah dengan klien
tapi sekarang kena belajar untuk marah
itu aku bersyukur tidak ditugaskan untuk menjaga projek klinik desa dan klinik kesihatan yang mana teman hidup bekerja di sebuah syarikat kontraktor yang ambil tender dengan kementerian kesihatan ni
kalau tidak nak marah dia tak sampai hati


keadaan di sini sebab masih baru tak banyak kenal orang
tapi alhamdulillah
tak rasa terasing sebab semuanya murah dengan senyuman
lama baru kontrak tetap semua peramah
buat masa sekarang akan duduk i presint 9
dan mungkin akan pindah hujung bulan 2 nanti
dan sudah merancang untuk jogging bersama jaja dan kak ida
oh dan sudah ambil note pasar malam di presint mana
bank di presint berapa
mydin di presint berapa
heee
dan sudah tentu alamanda di belakang ofis
dan semalam jalan kaki bersama jaja habiskan masa dengan cuci mata di alamanda
cop dulu apa yang perlu
gaji lambat lagi
hahah
overall : i think i can adapt new environment and new people
oh gembira
dan aku berharap akan terus bekerja di sana
insyaAllah
:)
:)

Wednesday, January 6, 2010

Hari ke-3



Makin seronok di tempat baru
semua sangat peramah dan pemurah dengan senyuman
dan aku ditugaskan di unit projek hospital
banyak kena belajar
sebab speacialist kan
but overall..
i love my job :)

Saturday, January 2, 2010

020210



aku tak pasti samada mampu bertahan atau tidak


 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com