Pages

Friday, April 30, 2010

Mana nak dapat ni



Satu perkara yang tak ramai tahu yang aku sebenarnya sangat suka membaca karya Sasterawan Negara
A. Samad Said.Usman Awang.Keris Mas.Shahnon Ahmad.Arena Wati
mereka antara sasterawan yang aku gemar
actually sangat suka karya mereka
novel pertama yang aku kira agak dewasa untuk peringkat umur aku sewaktu 12 tahun dahulu adalah Salina hasil karya A.Samad Said
seingat aku hampir berbelas kali juga aku membaca novel ni
takkan aku ingat lagi jalan cerita novel ni kan
novel Salina sebenarnya menggambarkan keruntuhan moral, penderitaan masyarakat Melayu akibat dari perang (kalau tak silap zaman perang Jepun)
Salina merupakan seorang pelacur yang berjiwa kental dan murni
tak silap aku Abdul Fakar kekasih Salina yang pemalas tak habis-habis mempergunakan Salina
overall kisah ni, memaparkan bagaimana mereka sebagai mangsa kemiskinan hidup dalam penuh irama suka duka, cinta dan dendam
siapa yang belum baca, aku sarankan segera cari novel Salina ni
tak rugi!





novel-novel ni sebenarnya aku jumpa di rumah arwah nenek
rajin mengopes (bahasa pasar yang bermaksud tangan gatal suka belek sana sini)
terjumpa novel Salina ni
novel kedua aku suka baca adalah Badai Semalam
yang ni menarik sebab buku sastera makcik aku
makcik aku sekarang nak 50 tahun bayangkan betapa dah kuning buku tu sekarang (selepas pindah rumah, mana entah buku tu mama buang)
Badai Semalam mengisahkan seorang perempuan bernama Mazni anak kepada orang gaji En.Haris (tak silap aku nama dia Haris) ;p
aku ingar dia sekolah dekat Tanjung Puteri
Karim anak En.Haris jatuh cinta dengan Mazni ibu bapa menentang
tapi mereka berkahwin
selepas kahwin part best
tapi tak nak cakap
cari sendiri buku ni ok?
memang best
bunyi macam cliche kan bercinta kena tentang
tapi lain dari novel hari ni yang pun tak rugi tau baca
serius tak tipu

sekarang tengah dalam usaha cari balik buku ni
buku-buku tu memang buat otak aku berkembang dengan jayanya
takkan-lah karangan aku selalu dinobatkan antara karangan terbaik (nak yakinkan betapa best novel-novel tu ni) ;)

siapa-siapa yang ada simpan lagi novel ni nak pinjam boleh tak?





Thursday, April 29, 2010

:(


Hari yang tak gembira
minggu yang macam tahi

bebanan kerja yang melampau
boleh tak kaya cepat sikit?
nak buka kopitiam untuk side income
tak jadi nak berhenti jadi engineer dan jadi tokei kedai kopi

hari ini baru tahu kereta kena servis bila dah sampai 1000 miles

jahatlah kawan-kawan yang mainkan aku cakap 2000

dah lah ALI tu dah calar aku kerjakan

nanti makin sakit dia aku lambat servis :(

mood nak kerja automatic dah hilanglah

dengan bos yang bagi kerja melambak tapi kejap lagi dah telefon nak tengok kerja

kejaplah bosss

bagi la masa sikit

peninglah kepala macam ni..
dengan badan dah naik 3 kilo kawan-kawan dah tegur depan belakang naik (pandai-pandailah fikir)
ahhhhhhhhhhhhhhhhh..

aku mengalami kemurungan

dengan stok makanan untuk masa-masa genting (duit kering) kena kebas

menyiraplah aku
woi
kalau nak mintaklah..
gua bagi laaa

jangan ambil diam tak cakap

gua tahu pon lepas gua nak buat milo panas semalam..

dari 10 paket tinggal 1 paket
tutt tuttt shit lah!

kesimpulannya
bulan April sungguh tak gembira!



jadi bila stress kenalah makan

makan makanan mahal
;)


contohnya:
1. Chocolate indulgence - sumpah petang ni lepas office hour aku pergi alamanda tapau indulgence..meleleh air liur


2. Steak - Sedap gila ni..lama gila tak makan :(..nak makan!!!



3. Tempe - Makanan paling sedap dalam dunia..kalau siapa tak pernah makan..wajib makan..tempe potong kecil-kecil..goreng garing-garing..pehhh..sedap


meleleh dah air liur aku ni
ok..sambung balik kerja
tak boleh fokus dah ni
fikir nak makan je



Wednesday, April 28, 2010

Senarai perlu buat


Sejak dua menjak ni, mood asyik tak tentu
my mood swings like a pendulum this days
kejap-kejap gembira sangat

kejap-kejap terasa annoying dengan semua orang
is it normal to hate my friend yang suka nak mengada-ngada dengan kawan yang lain?
urghhhhhh
tak faham kenapa hati jiwa emosi sangat

mungkin ada betulnya Cinta Hati cakap yang sebenarnya aku perlukan aktiviti lain selain balik kerja,basuh baju, menonton televisyen,tidur
setiap hari rotate perkara sama sampai rasa aku ni takde life dah
kalau berjalan cuma bila balik muar

putrajaya-muar
itu jela
aku perlukan kehijauan dan kebiruan

banyak sangat aku plan untuk dapatkan kehidupan yang gembira dan bahagia
cinta hati pun nasihatkan untuk aku bercuti atau berjalan-jalan sementara masih bujang
nanti sudah berkahwin makin banyak komitmen (wow..nak kahwin dah..yeyy!!)

senarai wajib buat tahun ini (tapi tak pasti bila dan memerlukan wang yang banyak ye):


1. Pulau Tioman
- Nah..sesiapa yang tak kenal sangat aku tak tahu yang aku dan arwah kawan baik suka travel bersama..backpackers katanya..kami suka merantau lebih-lebih lagi ke pantai..tenang..jadi aku decide untuk ke Tioman mungkin bulan hadapan bergantung kepada belanjawan 2010..


2. Bukit Broga
- Haaa..yang ni memang dah laaaaaaaaaaaama (10 harakat) plan..tapi takde kesempatan lagi..ada je halangan tapi memang akan pergi..wajib..haruslah..tenangkan diri..



3. ATV
- Yang ni mula rasa nak buat sejak cuba dekat Melaka..seronok..rasa-rasa tekanan..nak lepaskan geram..boleh cuba aktiviti ini..bagi yang tak pasti tempat yang ada aktiviti ini..aku cadangkan di Kemensah chalets and Waterfall..tak tahu dekat mane?silalah google :)



4. Tasik Taiping
- Sayang!nak pergi sini!tiba-tiba teringat cerita cinta hati yang lucu..sumpah lucu..cerita mengenai sepasang kekasih yang sedang bermadu kasih di Tasik Taiping..sedang asyik bercinta tiba-tiba sesuatu timbul di tebing tasik..tengok-tengok badak air sedang nganga-kan mulut seluas-luasnya dekat pasangan tersebut..hahaha..tak tahu cinta hati tipu aku ke apa..macam mana badak air boleh ada dalam tasik taiping kan?sebab boleh ada kelakar sangat..badak air terlepas dari Zoo Taiping..(gelak nak mati dalam office sekarang ni)



5. Jonker Walk
- Mahu pergi lagi sebab tak puas pergi sekejap saja hari tu..nak pergi nak pergi bulan 5 ni gak..bulan 6 pon nak pergi gak



6. Berbasikal
- Nak pergi Bukit Cahaya Seri Alam untuk berbasikal..nak join?jom!





tak sabar untuk semua ni
duit boleh dicari kan?
ketenangan dan kegembiraan susah nak dicari ganti
yang penting puas
satu lagi
love her style!



siapa kata bertudung tak boleh berfesyen?
boo


Tuesday, April 27, 2010

Surat kepada Soulmate



Dear Soulmate.
take times for me to wrote this for you
because you know darling, my life totally suck without you
all gone wrong
hmmm..
soulmate, it's been a year since you left me hanging here alone in this cruel world
i miss you so freaking bad :(
sebenarnya walau surat ini aku tahu tak sampai untuk engkau
tapi sekurangnya hati aku lega..sedikit mungkin


*deep sigh*

soulmate
ingat tak masa first time kita kenal dulu?
you're such a lovely girl you know?
aku tahu dari hati pertama kita kenal, kita memang ditakdirkan untuk menjadi soulmate
aku ingat lagi sewaktu aku,syard dan wan sorokkan purse engkau,makan cokelat engkau dalam beg,sorokkan lip gloss engkau
dengan comel engkau senyum sahaja
sebab tu aku tahu kita berdua can get along very well
jadi kita pindah tempat duduk berdua kan?
tampal lagu-lagu Avril dekat meja
poyo kan kita?
makan ais-krim pagi-pagi
dalam beg masing-masing penuh cokelat dan bukan buku
ingat tak kita gaduh sebab perkara paling bodoh kan?
aku diam tak bercakap dengan engkau sampai engkau menangis sebab tak boleh tak dengar aku bercakap walau sehari.silly! :)

dan masa mencemburui kita kan
tamat sekolah menengah semua bawa haluan masing-masing tapi engkau dan aku tetap hampir setiap masa text each other
kita saling melengkapi satu sama lain sebab masing-masing menyimpan rahsia sesama sendiri
kita travel sama-sama
bercuti berdua

tapi soulmate
tanggal 13 Mei 2006 buat hidup aku gelap dan berubah dari saat itu
saat aku terima mesej meminta aku menyedekahkan Al-Fatihah untuk engkau
aku rasa hati aku bagai dihempas.hempas.hempas
sakit!
aku tidak boleh terima engkau pergi jauh dari aku sedangkan kita baru sahaja mesej
engkau janji untuk mesej aku sesampainya di mersing
kenapa mesej lain yang aku dapat
aku terlalu lemah untuk terima yang engkau dah tiada
berkali-kali aku dial nombor engkau walaupun tiada bunyi
menangis aku teresak-esak di tepi katil

soulmate
kini hampir 4 tahun engkau pergi tinggalkan aku sendiri
dan setiap kali hari lahir engkau
aku pasti hilang mood
hati terasa sakit tahan air mata
setiap hari soulmate aku berdoa engkau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal
setiap hari aku berdoa supaya dikurniakan sahabat sebaik engkau
mencari aku di merata tempat soulmate
tapi tak juga aku temui
tapi tetap aku gagahkan jiwa dan hati
orang yang tak pernah kehilangan mungkin tak faham
tapi soulmate,
aku menyusun sepuluh jari meminta kemaafan
aku tak mampu lagi menjejakkan kaki ke kubur insan bernama Hanani Abdul Razak
aku cuma mampu membacakan Yassin dan Al-Fatihah untukmu soulmate
jiwa aku terlalu lemah untuk ke sana dan mengetahui engkau sebenarnya tiada
memori kita menyebabkan engkau sentiasa segar di ingatanku
aku sayang kau soulmate
sentiasa dalam hati
:(
:"(


Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia








Selamat Hari Lahir Soulmate
Sejahteralah engkau di sana sayang
Al-Fatihah






Monday, April 26, 2010

Ok-lah saya layan



Tiba-tiba dapat award pula
:)

1) Thank & link the person that gave you the award:

Dapat award ini dari Cik Ainur Roshita :)
atau pun bakal puan..lalala
dia dah tak single jadi jangan nak mengurat dia ke apa
tahun depan nak kahwin dah selepas melalui beberapa episod genting
ada 4 siri aku rasa (4 tahun)
hahaha
tapi Alhamdulillah jodoh mereka kuat (yang aku nak cerita pasal love-hate relationship mereka ni dah kenapa?)

kami kenal di UTHM aka KUITTHO
sebab kenal
dia masuk kelas dengan sneaker converse dia sambil galas beg penuh key-chain dengan muka brutal yang amat
nak panggil kakak tapi tak bagi
last-last panggil awek sebab muka brutal tapi email awekcun..
hahahaha
walaupun begitu dia seorang kawan yang sangatttt baik
diam-diam kalau aku ada masalah akan bertindak secara profesional tak terlalu memaksa nak buat aku ceritakan masalah dekat dia
thanks kawan!


2) Pass this award onto 15 blog you’ve recently discovered and think are fantastic:

1. Cik Eyani
2. Cik Haryani (tengok ramai Yani)
3. Kakak Cantek
4. Cik Rai
5. Cik Nabila
6. Abang Gembo (lalala)
7. En.Apar


wei..banyak sangat aku tak larat nak fikir
7 jela!



3) Contact each blogs and let them know they’ve won the award:

Hmmmm
siapa-siapa kena tag dah..jawablah
kalau tak ainur langgar dengan waja dia
;p

4) State 7 things about yourself:

1. Tak suka orang panggil Sue sebab melambangkan yang sangat lemah lembut tapi aku sebaliknya
2. Kawan-kawan selalu mengadu aku cakap laju sangat dan kadang-kadang tak faham aku cakap apa..sadisnya!
3. Tak suka iron baju..benci!
4. Sangat-amat-terlampau sukakan binatang dan tumbuh-tumbuhan :)
5. Sangat suka membebel..talkative 24/7
6. Macam ramai cakap senang untuk jaga hubungan dengan aku tapi sangat-amat susah nak menjaga aku
7. Sampai sekarang tak boleh lagi lupakan arwah kawan baik dan akan menangis bila tiba hari lahir dia iaitu 27 April (esok) dan tarikh dia dah tiada (13 Mei) :(

ok..titik


Tuesday, April 20, 2010

Hujan bunga di Ipoh la chor



Ehem ehem
sejak dua tiga menjak ini
perasaan berbunga-bunga riang gembira warna warni pelangi 7 warna
terima kasih sayang for making me the happiest women in this world :) :)

aku jadi makin rapat dan dekat dengan dia
alhamdulillah, walau sekejap sahaja berjumpa future mother and father-in-law (mudah-mudahan)
aku rasa boleh 'ngam' dengan mereka :)
sebab memang macam ayah dan mama
peramah dan kelakar :)
dan aku sangat selesa dengan mereka

tapi ada cerita kelakar sebelum tiba hari tersebut
aku runsing fikir nak pakai baju apa
fikir kalau makan tengahari, kalau mak si dia masak ikan yang aku tak makan ke, macam mana?
fikir nak berbual apa
fikir kalau mak dia tak berkenan macam mana?
tak boleh tidur malam
haha!
kelakarnya rasa

keseluruhan, aku gembira berada di Ipoh dan tak puas cuma 1 hari sahaja berada di sana
and sayang
i love you so much
you're the best i ever had!



i love you

Friday, April 16, 2010

Update cepat cepat



Hari yang lemau
kerja yang terlampau sibuk
tapi mencuri masa mengemaskini blog yang agak berhabuk ni ;p
baru tadi saja gatal-gatal tengok website tempat kerja (kalau tak, tak tengok)
dan terpampang muka aku tengah posing dalam semasa taklimat utiliti hari tu
malu sangat sebab website ni memang umum
haha!
dodol gila siapa yang upload gambar tu
nasib baik tak pose muncung ke..
lagi meletup dekat office ni nanti
;p
sesiapa yang rindu dekat i yang tak berapa nak comel ni
bukalah website engineering.moh tau
nescaya hilang rindu dekat i ni




muka konon khusyuk dengar penjelasan pihak TNB :)

Monday, April 12, 2010

Bangga untuk segalanya



Tak siapa yang tahu sangat mengenai keluarga tercinta sebab tak banyak untuk diceritakan
tapi yang pasti sebagai seorang anak sulung
pahit jerih kehidupan lain sedikit berbanding adik-adik yang lain
tapi Alhamdulillah berkat usaha mama dan ayah membesarkan aku
jadilah aku seorang jurutera
dan aku sangat bangga untuk mengaku yang usaha penat lelah mama dan ayah menjadikan apa aku hari ini
adik kedua pernah menjadi salah seorang pelajar terbaik negeri Johor dan sekarang melanjutkan pelajaran di UKM dan mengambil jurusan International Relationship..
adik ketiga dan keempat (kembar ya), top 3 pelajar harapan sekolah
bangga dan bersyukur kerana disebalik dugaan dan ujian yang Allah turunkan untuk kami sekeluarga, Allah kurniakan anak-anak yang bijak untuk mama dan ayah :")

dibesarkan di dalam keluarga yang besar di mana pakcik dan makcik golongan berada tapi disebabkan ayah mungkin agak nakal dan kurang menjadi..
menjadikan aku lebih bersemangat untuk menjadi seseorang kelak
bermacam-macam ujian yang menimpa (rasanya terlalu peribadi untuk diceritakan)
tapi aku tetap fikir mahu menunjukkan contoh terbaik buat adik-adik
dugaan paling hebat semasa sebelum SPM
memang hebat sampaikan terasa untuk lari dari rumah
tapi disebabkan mampu lagi berfikir secara rasional dan bukan bertindak ikut emosi
aku menjadi aku hari ini
menjadi jurutera awam dan lebih menarik lagi
berkhidmat untuk masyarakat dengan membina hospital-hospital kerajaan :)
bukan aku tak pernah protes dengan mama
bukan tak pernah liar dahulu
banyak kali aku kecewakan mama dengan sikap aku
tapi masih lagi aku mengutamakan pelajaran
aku harap adik-adik aku berjaya dan menjadi lebih dari aku sekarang..

dan aku rasa kepada pelajar pintar yang sanggup lari dari rumah
sanggup ketepikan keluarga
sanggup berpaling muka dari emak
fikir balik, emak mengandungkan kita 9 bulan,susah payah perit jerih
boleh saja emak tu lemaskan kita masa mandi
baling-baling kita masa kecil
tapi hidup lagi kan kita?tak cacat cela kan kita?cukup makan pakai kita semua kan?
jangan sebab nafsu dan cinta, keluarga diketepikan
seburuk-buruk mana kita, sejahat-jahat mana kita, emak akan sentiasa terima kita
dan sejahat-jahat mana emak ayah kita, syurga tetap di bawah tapak kaki mereka, dosa masih lagi mereka tanggung..

terima kasih mama dan ayah di atas segala pengorbanan yang tidak terhingga
belum mampu lagi membayar jasa walau tetiap bulan kirim duit
belanja makan
belum mampu lagi membayar perit jerih mereka
tunggu suatu masa nanti
i love you mama dan ayah!



Thursday, April 8, 2010

Siapa kata kerja kerajaan tak sibuk

bulat yang dah tua.sedih :(


kerja yang melambak - lambak



kepenatan memandu selama 2 jam.baru tahu yang memandu ni sebenarnya penat.ish







minggu ini minggu yang padat dan emosi
dan selasa dan rabu lepas baru selepas seminar utiliti projek yang mana aku dipertanggungjawabkan oleh bos untuk handle acara tersebut
dan baru keluar dari bilik bos sebentar tadi
dan bos berpuas hati dengan seminar tersebut
terima kasih kepada team-mate yang sudi bertungkus lumus bersama-sama dan balik kerja pukul 7.30 malam
love you all
x0x0



 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com