Pages

Friday, April 30, 2010

Mana nak dapat ni



Satu perkara yang tak ramai tahu yang aku sebenarnya sangat suka membaca karya Sasterawan Negara
A. Samad Said.Usman Awang.Keris Mas.Shahnon Ahmad.Arena Wati
mereka antara sasterawan yang aku gemar
actually sangat suka karya mereka
novel pertama yang aku kira agak dewasa untuk peringkat umur aku sewaktu 12 tahun dahulu adalah Salina hasil karya A.Samad Said
seingat aku hampir berbelas kali juga aku membaca novel ni
takkan aku ingat lagi jalan cerita novel ni kan
novel Salina sebenarnya menggambarkan keruntuhan moral, penderitaan masyarakat Melayu akibat dari perang (kalau tak silap zaman perang Jepun)
Salina merupakan seorang pelacur yang berjiwa kental dan murni
tak silap aku Abdul Fakar kekasih Salina yang pemalas tak habis-habis mempergunakan Salina
overall kisah ni, memaparkan bagaimana mereka sebagai mangsa kemiskinan hidup dalam penuh irama suka duka, cinta dan dendam
siapa yang belum baca, aku sarankan segera cari novel Salina ni
tak rugi!





novel-novel ni sebenarnya aku jumpa di rumah arwah nenek
rajin mengopes (bahasa pasar yang bermaksud tangan gatal suka belek sana sini)
terjumpa novel Salina ni
novel kedua aku suka baca adalah Badai Semalam
yang ni menarik sebab buku sastera makcik aku
makcik aku sekarang nak 50 tahun bayangkan betapa dah kuning buku tu sekarang (selepas pindah rumah, mana entah buku tu mama buang)
Badai Semalam mengisahkan seorang perempuan bernama Mazni anak kepada orang gaji En.Haris (tak silap aku nama dia Haris) ;p
aku ingar dia sekolah dekat Tanjung Puteri
Karim anak En.Haris jatuh cinta dengan Mazni ibu bapa menentang
tapi mereka berkahwin
selepas kahwin part best
tapi tak nak cakap
cari sendiri buku ni ok?
memang best
bunyi macam cliche kan bercinta kena tentang
tapi lain dari novel hari ni yang pun tak rugi tau baca
serius tak tipu

sekarang tengah dalam usaha cari balik buku ni
buku-buku tu memang buat otak aku berkembang dengan jayanya
takkan-lah karangan aku selalu dinobatkan antara karangan terbaik (nak yakinkan betapa best novel-novel tu ni) ;)

siapa-siapa yang ada simpan lagi novel ni nak pinjam boleh tak?





0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com