Pages

Wednesday, April 28, 2010

Senarai perlu buat


Sejak dua menjak ni, mood asyik tak tentu
my mood swings like a pendulum this days
kejap-kejap gembira sangat

kejap-kejap terasa annoying dengan semua orang
is it normal to hate my friend yang suka nak mengada-ngada dengan kawan yang lain?
urghhhhhh
tak faham kenapa hati jiwa emosi sangat

mungkin ada betulnya Cinta Hati cakap yang sebenarnya aku perlukan aktiviti lain selain balik kerja,basuh baju, menonton televisyen,tidur
setiap hari rotate perkara sama sampai rasa aku ni takde life dah
kalau berjalan cuma bila balik muar

putrajaya-muar
itu jela
aku perlukan kehijauan dan kebiruan

banyak sangat aku plan untuk dapatkan kehidupan yang gembira dan bahagia
cinta hati pun nasihatkan untuk aku bercuti atau berjalan-jalan sementara masih bujang
nanti sudah berkahwin makin banyak komitmen (wow..nak kahwin dah..yeyy!!)

senarai wajib buat tahun ini (tapi tak pasti bila dan memerlukan wang yang banyak ye):


1. Pulau Tioman
- Nah..sesiapa yang tak kenal sangat aku tak tahu yang aku dan arwah kawan baik suka travel bersama..backpackers katanya..kami suka merantau lebih-lebih lagi ke pantai..tenang..jadi aku decide untuk ke Tioman mungkin bulan hadapan bergantung kepada belanjawan 2010..


2. Bukit Broga
- Haaa..yang ni memang dah laaaaaaaaaaaama (10 harakat) plan..tapi takde kesempatan lagi..ada je halangan tapi memang akan pergi..wajib..haruslah..tenangkan diri..



3. ATV
- Yang ni mula rasa nak buat sejak cuba dekat Melaka..seronok..rasa-rasa tekanan..nak lepaskan geram..boleh cuba aktiviti ini..bagi yang tak pasti tempat yang ada aktiviti ini..aku cadangkan di Kemensah chalets and Waterfall..tak tahu dekat mane?silalah google :)



4. Tasik Taiping
- Sayang!nak pergi sini!tiba-tiba teringat cerita cinta hati yang lucu..sumpah lucu..cerita mengenai sepasang kekasih yang sedang bermadu kasih di Tasik Taiping..sedang asyik bercinta tiba-tiba sesuatu timbul di tebing tasik..tengok-tengok badak air sedang nganga-kan mulut seluas-luasnya dekat pasangan tersebut..hahaha..tak tahu cinta hati tipu aku ke apa..macam mana badak air boleh ada dalam tasik taiping kan?sebab boleh ada kelakar sangat..badak air terlepas dari Zoo Taiping..(gelak nak mati dalam office sekarang ni)



5. Jonker Walk
- Mahu pergi lagi sebab tak puas pergi sekejap saja hari tu..nak pergi nak pergi bulan 5 ni gak..bulan 6 pon nak pergi gak



6. Berbasikal
- Nak pergi Bukit Cahaya Seri Alam untuk berbasikal..nak join?jom!





tak sabar untuk semua ni
duit boleh dicari kan?
ketenangan dan kegembiraan susah nak dicari ganti
yang penting puas
satu lagi
love her style!



siapa kata bertudung tak boleh berfesyen?
boo


0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com