Pages

Monday, April 12, 2010

Bangga untuk segalanya



Tak siapa yang tahu sangat mengenai keluarga tercinta sebab tak banyak untuk diceritakan
tapi yang pasti sebagai seorang anak sulung
pahit jerih kehidupan lain sedikit berbanding adik-adik yang lain
tapi Alhamdulillah berkat usaha mama dan ayah membesarkan aku
jadilah aku seorang jurutera
dan aku sangat bangga untuk mengaku yang usaha penat lelah mama dan ayah menjadikan apa aku hari ini
adik kedua pernah menjadi salah seorang pelajar terbaik negeri Johor dan sekarang melanjutkan pelajaran di UKM dan mengambil jurusan International Relationship..
adik ketiga dan keempat (kembar ya), top 3 pelajar harapan sekolah
bangga dan bersyukur kerana disebalik dugaan dan ujian yang Allah turunkan untuk kami sekeluarga, Allah kurniakan anak-anak yang bijak untuk mama dan ayah :")

dibesarkan di dalam keluarga yang besar di mana pakcik dan makcik golongan berada tapi disebabkan ayah mungkin agak nakal dan kurang menjadi..
menjadikan aku lebih bersemangat untuk menjadi seseorang kelak
bermacam-macam ujian yang menimpa (rasanya terlalu peribadi untuk diceritakan)
tapi aku tetap fikir mahu menunjukkan contoh terbaik buat adik-adik
dugaan paling hebat semasa sebelum SPM
memang hebat sampaikan terasa untuk lari dari rumah
tapi disebabkan mampu lagi berfikir secara rasional dan bukan bertindak ikut emosi
aku menjadi aku hari ini
menjadi jurutera awam dan lebih menarik lagi
berkhidmat untuk masyarakat dengan membina hospital-hospital kerajaan :)
bukan aku tak pernah protes dengan mama
bukan tak pernah liar dahulu
banyak kali aku kecewakan mama dengan sikap aku
tapi masih lagi aku mengutamakan pelajaran
aku harap adik-adik aku berjaya dan menjadi lebih dari aku sekarang..

dan aku rasa kepada pelajar pintar yang sanggup lari dari rumah
sanggup ketepikan keluarga
sanggup berpaling muka dari emak
fikir balik, emak mengandungkan kita 9 bulan,susah payah perit jerih
boleh saja emak tu lemaskan kita masa mandi
baling-baling kita masa kecil
tapi hidup lagi kan kita?tak cacat cela kan kita?cukup makan pakai kita semua kan?
jangan sebab nafsu dan cinta, keluarga diketepikan
seburuk-buruk mana kita, sejahat-jahat mana kita, emak akan sentiasa terima kita
dan sejahat-jahat mana emak ayah kita, syurga tetap di bawah tapak kaki mereka, dosa masih lagi mereka tanggung..

terima kasih mama dan ayah di atas segala pengorbanan yang tidak terhingga
belum mampu lagi membayar jasa walau tetiap bulan kirim duit
belanja makan
belum mampu lagi membayar perit jerih mereka
tunggu suatu masa nanti
i love you mama dan ayah!



0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com