Pages

Thursday, December 30, 2010

Khairul Fahmi..will you marry me?!!!



memang macam Yakuza ni,grrrrrr

sejuk mata memandang awak ni fahmi
ok gatal




nasib baik dah ada gf, which i know all the girls that gone crazy about Khairul Fahmi will get jealous with his girlfriend
(tapi, baru girlfriend, dah kahwin pon boleh cerai), ok jahat sangat ni!
anyway, congrats Sang Harimau!roarrrrr

malam semalam suara hampir hilang sebab menjerit-jerit apabila tengok Khairul Fahmi, eh salah, tengok bola
sebenarnya aku ni bukan peminat bola sepak, aku tak pernah faham pasal bola ni
serius aku tak pernah faham
tapi disebabkan Khairul Fahmi-lah aku sanggup duduk mengadap bola dengan penuh debar dan hampir kena heart-attack ye
aku rasa one of the reson aku tak layan bola mungkin sebab aku tak suka sangat debaran untuk jaringkan bola tu..boleh terima tak alasan tu?
tapi sekarang sebab dah ada Fahmi, memang tak akan terlepas-lah perlawanan apa-apa pon


malas nak tulis banyak-banyak sebab memang malas, aku tak kisah kalau belog aku ni takde pembaca ke, follower ke (thanks bagi yang follow belog i ni), komen ke, and so on sebab apa yang penting aku suka menulis dan luahkan apa yang aku rasa, kiranya belog ni macam second diary cuma tak private sikit






nak sambung sikit je lagi, tak banyak
aku rasa aku nak Syed Adney Syed Hussein laaa
sebaya pon sebaya dah
lebih hensem dari Fahmi ni
ala-ala David Beckham je aku tengok dia ni ;)


ok, babai Fahmi!







tapi..tapi, tetap tak dapat menandingi buah hati yang sorang ni
lebih-lebih lagi selepas jadi model dashing-ku
oh Abang Remy!
raya tahun 2011, aku memang sanggup pergi masjid tanah beraya rumah mak remy ni, hantar ketupat sikit, masakkan asam pedas, nak tackle anak kena jadi kawan baik emak dia kan (berangan nor dah ni)


dear abang remy, i harap you pandai main bola dan lebih terer dari Fahmi











tapi dah tentu semua tak dapat menandingi yang sorang ini
lebih dari Fahmi, lebih dari Syed, dan lebih dari Abang Remy










kalau buah hati Fahmi panggil dia MIA (My Incik Apek), i pon ada MMZ
My Maher Zain
ok bai!











Wednesday, December 29, 2010

Naik basikal feeling ala-ala drama full house




Aku rasa aktiviti berbasikal di Taman Botani, merupakan aktiviti wajib untuk aku lakukan pada tahun 2011
sewa basikal pon murah, cuma RM4.00 untuk 2 jam, itu untuk hari cuti sahaja
kalau hari-hari bekerja caj lebih murah, RM 2.00 untuk 2 jam
pemandangan memang MasyaAllah, ternganga kejap aku
cantik sangat! aku memang sokong usaha mereka ni untuk wujudkan hutan di tengah bandar ni
sekurang-kurangnya dapat melarikan diri dari kesibukan dunia kota sebentar
oh kejap, kalau masuk berjalan-jalan sahaja, tiada bayaran dikenakan
free of charge untuk merasai keindahan alam hijau :)


Paha nampak gemok di situ ye





ini namanya canopy bridge
cantik :)














Friday, December 24, 2010

Dengan kuasa bulan,datanglah!


Dulu-dulu aku memang sangat gila menonton anime channel
setiap hari pagi ke malam duduk menghadap televisyen sampai kalau hari raya sanggup tak nak ikut beraya semata-mata layan kartun ni
ini aku senaraikan rancangan kartun kegemaran aku dari kecil sampai ini hari umur mencecah 24 tahun (ok, sedar dah tua untuk melayan kartun)



1. Sailormoon

Tipu kalau kata tak layan sebab bila aku buka je OST Sailormoon, semua orang ikut nyanyi termasuk lelaki, ok comel. Dulu sebab Sailormoon, cita-cita aku pon mahu jadi macam Sailormoon, boleh tak macam tu?Tapi sebab kartun ni, aku temui cinta pertama aku iaitu Mamoru (Tuksedo Bertopeng), memang macam budak-budaklah pemikiran aku masa tu. Penuh emosi setiap kali aku tengok Sailormoon ni sampai menangis bila cerita ni dah habis.


dengan kuasa bulan, datanglah!!!!!!

oh, Mamoru ;)


mari nyanyi lagu tema Sailormoon ramai-ramai!


Maafku tak pernah berterus-terang
bukan ku tak mempercayaimu
namun sebelum ku berganti rupa
ingin aku menemuimu
ku kan bermandi cahaya bulan
yang cemerlang di malam yang cerah
memang telah lama ku rasakan
ingin menolong yang lemah
tiba-tiba keajaiban terjadi
kekuatan muncul di diri
untuk melawan semua kejahatan
kekuatanku harus digunakan
menegakkan segala kebenaran
ini keajaiban alam
aku mempercayainya
ini keajaiban alam





2. Barney

Wajib menyanyi sambil menari depan TV sambil nyanyi lagu 'I love you, you love me'. Nanti kalau aku ada anak, cerita ni wajib aku suruh anak aku tonton sebab bagus untuk belajar bahasa Inggeris. Ok sekali lagi, mari kita nyanyi lagi 'I love you' tanpa muzik.


you are shooo cute, i wanna bite your head, aummmm!




3. Sesame Street

Sebab utama tonton rancangan ni adalah Elmo!Watak kartun merah berbulu yang sangat aku gemari sehingga ke hari ini sampaikan aku terima banyak koleksi elmo pelbagai rupa dan bentuk. Aku rasa-lah kan, antara penyebab aku jadi talkative adalah mungkin dari pengaruh Elmo (?). Ok cuba bayangkan aku menyanyi Elmo song dengan nada yang sangat annoying, kalau yang tak familiar sangat dengan lagu elmo ni, sila cari sekarang juga!


This is the song
La la la la
Elmo's song
La la la la la la la la
Elmo's song



tahu tak dekat mana boleh cari t-shirt elmo yang cantik-cantik?




4. Tomatoman

Tomato tomato tomatoman, tomato tomato tomatoman (ulang sampai muntah), ok bai!





itulah rancangan kartun kegemaran aku masa kecil-kecil
rindu zaman kecil-kecil
tak payah fikir nak kerja, bayar sewa rumah, bil telefon, bil air, bil elektrik
tapi, takkan nak kecil je sepanjang masa kan
kalau tak, macam mana nak kahwin
ok gatal, bai!

Thursday, December 23, 2010

Yes,i'm a lesbian (konon macam azwan ismail)



Tadi bace belog Cik Epal mengenai perempuan cantik dan bergaya yang dia suka
jadi, kita ni share same interest-lah ni ye, memang suke tengok perempuan cantik yang bergaya dan pandai bawa diri (sep sikit!)
oh, mesti semua dah kenal Cik Epal kan? dia ni antara blogger yang fofular juga selain Hamis Jalikha, ok siapa tak kenal Hanis si cantik ni memang jenis dengki atau tak minat sangat buka laman sesawang selain buka Microsoft Word
jadi, mestilah aku nak share juga perempuan cantik bergaya pandai comel kelakar yang memang aku senyap-senyap aje stalk belog dorang tetiap hari dari pagi sampai petang
ok, ok, mari kita terjah!



1. Yuna



Aku rasa semua perempuan bertudung yang bergaya memang minat dengan Yuna ni kan?tipu kalau kata tak kenal / tak minat..dengkilah tu kan kalau kata Yuna ni style dress-up dia mengarut-karut, sebab bagi aku Yuna membuktikan perempuan bertudung juga boleh bergaya dan berjaya..paling aku suka mestilah suara dan her confidence level..dan dan Yuna ni memang down-to-earth :)..dulu-dulu masa Yuna tak fofular lagi, aku memang tetiap hari pasang lagu dia sampai semua kawan-kawan aku tanya 'siapa dia ni?', ok-lah aku nak cakap aku memang minat Yuna sebelum dia femes lagi, ok bai!






When i first time met her at Maysaa's, i was very speechless and shy because i think she's so stunning, baru ingat nak tanya dekat Hana product penjagaan kulit apa yang dia guna..kulit dia macam baby ok licin dan putih and flawless!
















Comel sangat-sangat dia ni dan sama tinggi dengan aku, comel puhlis sebab ada kawan sama tinggi :)







Pernah terserempak dengan Shea semasa Maysaa's hari tu, tapi malu sangat untuk bertegur dan ambil gambar sebab jerawat besar tumbuh dekat pipi sampai low self-esteem dengan mereka-mereka yang cantik..haih, Shea if you read my blog, i nak you tahu betapa menyesalnya i tak snap gambar dengan you!! (menangis) T_____T








sebenarnya ramai lagi, tak mampu nak list sorang-sorang,rambang mata sebab semua cantik!!!!
aku rasa dengan adanya fashionista yang macam mereka ni, buktikan walau bertudung dan menutup aurat, tapi masih lagi boleh pakai cantik-cantik dan bergaya
tiba-tiba teringat kawan lelaki yang minta aku carikan teman istimewa dengan syarat-syarat tidak mahu perempuan berhijab sebab merasakan perempuan berhijab kolot dan tidak tahu berfesyen (?!)
tapi ingat, biar bertudung niat kerana Allah bukan sebab fesyen ok
dengan itu barulah kita dapat kaf-ba-ra-kaf-alif-tha-nun

Tuesday, December 21, 2010

Azam 2011,2012,2013 dan sampai tiada di bumi lagi


Hampir 10 hari lagi kita bakal akhiri tahun 2010
Ya Allah, cepatnya masa berlalu!
tapi aku tak mahu lagi menoleh ke belakang menyesali segala keputusan yang telah aku buat
boleh kalau nak toleh-toleh, tapi cuma untuk menjadi yang lebih baik dari semalam
sempena pengakhiran 2010 dan permulaan 2011, ada banyak sangat perkara yang ingin aku perbaiki, tapi bukan untuk 2011 sebenarnya tapi untuk sampai bila-bila, boleh tak macam tu?




1. menjadi anak perempuan yang lebih baik dari sekarang
2. menjadi kakak sulung yang terbaik untuk adik-adik
3. bawa mama,ayah,Nabila,Fitriy dan Fikriy melancong 1 Malaysia
4. mengempiskan perut yang semakin memboroi..ish ish ish
5. menyimpan duit
6. kurangkan nafsu membeli-belah (yang ni menggigil sikit)
7. belajar memasak
8. berfikiran positif sepanjang masa
9. menjadi lemah-lembut


duduk macam ni nampak sopan dan lemah-lembut tak?


10. bercakap dalam nada yang bukan macam halilintar ye, penting tu
11. ketawa dengan sopan ye adik-adik
12. jangan masuk campur hal peribadi orang lain dalam erti kata lain, mengumpat uolss
13. buang sikit sikap keras kepala dan degil


14. rajin bekerja, jangan malas-malas, no no no!
15. renovate rumah ikut konsep mesra alam (green house)

16. bawa mama dan ayah menunaikan haji dan umrah, insyaAllah
17. berkahwin dengan lelaki yang dapat membimbing aku menjadi isteri yang solehah..ececece
18. peroleh anak-anak yang comel macam aku..berangan.................................
19. menjauhkan diri dari kawan-kawan yang cuma mengaggap persahabatan sebagai medan mementingkan diri
20. sentiasa belajar mensyukuri segala nikmat yang ada di depan mata
21. menikmati kehidupan dan alam sekitar
22. membantu binatang-binatang yang diancam kepupusan, dan pokok-pokok yang semakin banyak ditebang dan ditogelkan



comel ni

alaaaaaa..comel sangat ni!


23. buka butik kopitiam..tak faham?bayangkan sendiri ;)
24. jangan terlalu sayangkan pasangan, sebab kadang-kadang kita tak dihargai,jadi kena cool (pengajarang paling penting)
25. banyakkan beramal jariah dan membantu orang-orang kurang kemampuan
26. tak payah tukar-tukar produk pencuci muka, setia pada yang satu aje
27. elakkan diri dari terlibat dengan pergaduhan dengan sesiapa, tak menguntungkan pon
28. travel 1 Malaysia dengan train sahaja (sorry, i bukan jayzuan, kalau tak faham, cari buku penulisan jayzuan)
29. belajar berenang supaya boleh berenang dengan ikan lumba-lumba (ini serius!)
30. mengambil master/phD di luar negara dalam bidang tropical forest ke, biologi ke, zoologi ke seterusnya dapat gelaran Doktor Suhaila, siapa tahu kan, babai IR Suhaila ;)
31. ok tamat, setakat ini sahaja


eheh, aku harap aku mampu mencapai apa yang dihajati untuk jangka masa yang tertentu


dream as if you'll live forever, live as if you'll die tomorrow

Monday, December 20, 2010

All i wanted was you



so i've made my decision :)
Alhamdulillah for the 'rezeki'
i'll make my mom and myself happy with these decision
and the decision is.....jeng jeng jeng..rahsia ;)
biarlah cuma aku, mama, ayah, adik-adik dan si dia sahaja yang tahu memandangkan tiada siapa yang kisah sebenarnya mengenai aku
i'm so proud of myself!




Diluah mati emak, ditelan mati bapa


Lets talk about something serious
lets talk about our dream job

since i was a child, it's always be my dream to work with nature/animal and protect our natural heritage for our future
i've been trying like crazy to find an opportunity to work with WWF (World Wild Fund of Nature) or MNS (Malaysian Nature Society)
and now, i got an offer to work with MNS as Education officer
Alhamdulillah :)
tapi, terlalu banyak perkara yang aku perlu pertimbangkan
ikutkan hati, aku mahu terus menerima tawaran tersebut
tapi, apabila utarakan perkara ini kepada mama, mama terasa berat hati mahu aku menerima tawaran bekerja dengan MNS
ibu siapa yang tak berat hati apabila anak sulung yang sepatutnya bekerja sebagai jurutera beralih bidang yang asing baginya
especially when these job need me to travel everywhere all the time
tapi, aku minta untuk menunaikan solat istikarah terlebih dahulu sebelum buat sebarang keputusan
usai solat istikarah hingga dinihari, aku masih lagi belum menerima sebarang petunjuk
atau pun, aku sendiri tak nampak/perasan petunjuk yang diberikan
tapi apa yang aku perasan, hati aku berbolak-balik dan tidak keruan
aku terfikir betapa bangganya mama apabila anaknya bekerja sebagai jurutera
sentiasa tersenyum apabila kawan-kawannya bertanya perihal aku
sanggup ke aku kecewakan harapan mama?
berat sungguh hati aku mahu menerima pekerjaan ini walaupon hati aku benar-benar mahu bekerja di sana
apa pendapat para pembaca?
apa yang patut aku buat?


Tuesday, December 14, 2010

Yuna-Hana Life Fashion Love Music




Sebelum mula bercerita, sila tenung lama-lama gambar di atas sampai muntah hijau
rasanya tahun 2010 merupakan tahun yang paling terbaik dalam hidup aku
mungkin disebabkan Maysaa Event semalam?
ececece, cakap jela kan yang kau teruja yang amat dapat face-to-face dengan Yuna and Hana Tajima kan
ok, ok, kita cerita dulu aktiviti menggelapkan kulit di Jom Heboh di Bukit Jalil hari Sabtu lepas
disebabkan kegilaan terhadap susu cokelat dutch lady, maka aku merajinkan juga kaki ke pesta-lagha-jom-heboh di bukit jalil
fuhh, walaupon datang agak awal, boleh tahan ramai juga pengunjung yang datang
tapi masih lagi nampak gerai-gerai sekeliling, tunggulah malam sabtu atau pagi/tengahari/petang/malam ahad, phewwww mesti pitam merentangi lautan manusia
sesudah puas membeli-belah susu untuk menambahkan ketinggian (in your dream Suhaila!), aku pusing-pusing lagi di sana dengan harapan bertembung dengan Remy Ishak
tapi, cuma mapu berdiri seiring dengan Tam (he was my childhood favorite's actor),elelele

sesuai tak jadi best couple of the year ;)




ok fine!
sebenarnya aku excited tentang event yang satu ini
yesterday, i went to the Maysaa Live Fashion Love Music organized by Hana Tajima and Yuna
like helloooo, Yuna and Hana ok??!!!
tapi sedikit kecewa apabila tidak dapat masuk ke dalam Black Box
terlepas 2 kali peluang!grrrr
tapi kekecewaan dapat ditebus apabila dapat bertentang mata dengan Yuna dan Hana
they are so gorgeous, stunning, and very nice
paling best semasa sesi bergambar, i was like very shy-nervous-excited and blank
but the best part is, the moment i step beside Yuna, suddenly she said 'ey hai, i really love your outfit'
ok, at that time i'm speechless..zip zip zip zip zip
are you kidding me????????!!
terus aku cakap, 'errr,thanks yuna, you are so beautiful and sorry i'm soooooooo speechless right now'
tapi dalam suara menggigil sampai snap gambar muka menggigil
cuba bayangkan macamana ye tu
seriously tak sangka Yuna akan cakap macam tu, memang malam tak boleh tidur, sambil bawa kereta menjerit gembira
ok, Yuna je kot maybe ada yang akan cakap macam ni, tapi dari awal masa Yuna tak popular macam sekarang ni, aku memang minat her voice and her style
so yeah, it's a best feeling ever!


she is so prettyyyyyy

nurulcakapcakap si comel yang amat


yuna!yuna!yuna
terpakse censored mata sebab kuyu amat-sangat, masih belom bersedia bergambar

this is hana tajima
dia adalah sangat cantik macam barbie doll
*faint*

Yuhana








and and and
jumpa boyfriend baru i
goodbye z, hello Q ;)











ehem, ok bye!

Friday, December 10, 2010

Asyik-asyik membazir, balik-balik shopping






dear alam maya,
aku rasa ketagihan terhadap aktiviti menghabiskan duit ke arah penimbunan baju-baju dalam almari semakin menjadi-j
adi
ok, i know i'm a big spender
homai homai, untuk apa bekerja kalau langsung tiada simpanan
aku memang jenis cepat sangat tertarik dengan binatang comel seperti arnab, kucing, sugar glider and guinea pig
bulan lepas sahaja, jantung aku hampir
tercabut disebabkan terlalu excited duduk lama di pasar malam Putrajaya melayankan arnab dan guinea pig
memandangkan housemate tak benarkan aku bela sebarang binatang, ok fine akak! aku duduk lama-lama dekat kedai binatang untuk puaskan hati!
beside animals, my major weakness adalah aku sangat-amat suka shopping
clothes, pants, shoes, handbags, accessories, shawl etc..pffttttt grrrrr
sampaikan aku buat hipotesis 'Semakin banyak shawl seorang perempuan, semakin banyak duit yang kerap dihabiskan'
ok, maybe aku seorang je yang boleh gunapakai hipotesis ni sebab semalam aku kira bilangan helaian shawl aku dan sungguh mengejutkan kerana menghampiri angka 100..wow!
pening tak pening fikir kenapa aku boros sangat
perempuan memang macam ni ke, kalau nampak sale 70%, walaupon tak pakai sangat pon barang tu, tapi tetap nak beli juga
semacam penyakit aku rasa
so starting from today, aku kena mendisiplinkan diri supaya sentiasa tak lebih berbelanja
ada masa aku boleh tahan nafsu aku, tapi kebanyakannya memang gagal-lah lebih-lebih lagi apabila dah jejakkan kaki
di Sunway Pyramid..haih
jadi sekarang ni, aku cuma aku shopping baju 2 bulan sekali
menggigil ni nak buat macam ni
kalau tak menyimpan, bila nak kahwin?
kalau takde duit, macamana nak travel 1 dunia selepas kahwin?
mungkin aku kena kerja semula di tempat-tempat yang tiada shopping complex
banyak duit dapat simpan hokeh uols
harap-harap misi kali ni berjaya sebab dah banyak kali berjanji untuk saving ni
susahnya!!!!!!!




macam mana ni nak saving dengan jayanya??!!
ggrrrrrrrrrrrrrr




Lari aku lari



Aku telah di tag oleh seorang kakak yang aku kira sangat cantik dan lemah lembut
kiranya kakak ni aku ibaratkan macam watak Heliza dalam cerita Syurga Cinta :)
ok, enough puji lebih-lebih, nanti kak Oya marah
actually masa kena tag ni, blur gila aku tak faham kena buat apa
3-4 kali juga aku baca apa sebenarnya ni
forgive me for being blurry ;)


ok, mari kita tengok step by step

1. mula-mula letak banner dan link belog berlari-lari ni..





2. next step kena-lah follow belog larian ini..

- wajib hokeh kak neng

3. kemudian, lengkapkan slogan ini 'Saya suka berkawan dengan Nur Suhaila sebab .........'..eceh, tipu je, jangan jawab ok slogan ni, tapi slogan ni 'Saya suka berblogwalking kerana .......' (tidak melebihi 30 patah perkataan ok uols)..ok ok, jawapan i ialah

'Saya suka berblogwalking kerana saya suka melihat blog perempuan-perempuan cantik dan bergaya dan mendapatkan inspirasi daripada mereka. Blogwalking juga berjaya buatkan stress kerja saya hilang lebih-lebih lagi kalau terjumpa belog yang kelakar'

4. tag 3 orang rakan atau lebih, emmm..siapa ye yang rajin

- belog cik Faizura
- belog cik yani (jawab yani, kau banyak hutang tag dengan aku..hehe)
- belog bakal kakak ipar (kak elly)..lalalala
- belog jah
- belog cdomp

5. beritahu kawan anda mengenai belog larian ini

- kawan-kawan, sila jawab tag i hokeh, klik je dekat link yang i bagi, nanti i komen dekat page uols terangkan ye

6. ok, last sekali masukkan dan link entri yang anda buat ni dalam komen belog larian tau

- hokeh, dah masukkan dah even mod cakap under maintenance :)


Monday, December 6, 2010

Hye, i'm Suhaila, 'Berangan' nama kedua i



we are enemies 4 years ago
but then turn into greatest friendship ever
i love you darlings!



i really like my outfit
sometimes i hate being so small and short
yeah, i'm 150cm tall
whenever i go, people will staring at me like i don't have money to buy an expensive clothes
so, i have to change my style to make me look 24 years old instead of 16 years old
i'm not trying hard to be in a famous hijab community
i just enjoy being me







p/s : my colleague said that i look very 'selekeh' during office hour, but turn to Cinderella after 5.00 o'clock
ok, kelakar ni uolsss
sebabi pergi kerja just pakai baju kurung and selipar
mungkin jadi perhatian sedikit dengan cara aku betudung
a bit different
sebab aku rasa as a goverment servant, aku tak suka sangat bergaya berlebihan sebab aku bukan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)
1 lagi, trust me, gaya tudung pelik aku pun sudah menjadi bualan dan jelingan, apatah lagi kalau berlebih-lebihan
jawapan artis i selalunya begini 'I pergi kerja cari nafkah, bukan cari calon suami'
terus sonyap eh mulut tu ;)








 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com