Pages

Wednesday, February 25, 2009

kadang-kadang tak semua manusia boleh terima semua benda semua perkara dengan hati senang



malam tadi aku memang menghabiskan masa dengan menonton movie di atas..
aku bagi 5 bintang ++ lagi..
heee..
ulasan cerita ni?
emmm, cerita ni buka mata aku untuk lebih menghargai orang sekeliling
tak kira-lah keluarga ke, kekasih ke, kawan ke, bubu dan bebot ke, eyh..bulat sekali dan cici dan kuntum..heh!
kadang-kadang kita tak tahu bila Allah akan tarik nyawa kita
mungkin ada juga yang berfikiran "muda lagi, rilex-lah!"
tapi aku buat kesilapan dengan berfikiran sebegitu semasa muda remaja..
dan hasilnya,
sampai sekarang aku masih lagi menyesal kerana tidak dapat luangkan masa dengan arwah kawan baik aku :(
aku tak hargai masa-masa bila kami keluar bersama-sama
shopping bersama-sama
menangis bersama-sama
sebab aku terlupa, aku alpa yang kami ni masih muda
dan tidak terlintas sama sekali untuk kehilangan dia..
sehingga-lah tiba tarikh keramat 13/5/2007
dia pergi untuk selama-lamanya..
aku menyesal, menyesal aku tak hargai masa kami bersama..
frankly, sampai sekarang aku masih lagi dial nombor telefon arwah :( :(



tapi Allah masih lagi beri peluang dekat aku..
aku ada mama, ayah dan adik-adik yang sentiasa ambil berat di antara satu sama lain
ya, mana ada keluarga yang sempurna..
tapi hubungan kasih sayang keluarga tu tetap utuh!
dan Allah juga turunkan aku seorang lelaki yang buat hidup aku betul-betul berubah..
seorang lelaki yang aku kasihi selalu :)
kadang-kadang aku lalai..
aku lalai dengan sakiti dia..
tapi kemudian aku berdoa kepada Allah, jangan biarkan aku terima lagi satu kehilangan..
aku tak sanggup lagi!
cukuplah kehilangan teman baik aku..
jangan kehilangan keluarga dan lelaki ini..


dan aku juga mula menghargai kawan-kawan baik yang menghargai aku..
maaf ya,
jiwa aku menjadi lain dari hari lahir aku tahun lepas
ya, aku berazam pada tahun tersebut yang aku dah tak mahu jaga hati atau menghargai



aku harap aku akan berterusan menghargai orang sekeliling aku tanpa rasa jemu..
sebab aku ingat pesan mama "jangan sesekali kita buat orang yang baik dengan kita rasa kecil hati, berdosa buat jahat dengan orang, belajar hargai orang, dan ingat, tak semua orang akan jadi apa yang kita harapkan"
dan aku pegang kata-kata mama..
aku akan lebih menghargai..

Tuesday, February 24, 2009

hujan oh hujan kenapa engkau turun

tajuk di atas tiada kena mengena dengan apa yang ingin aku ceritakan..
eyh..laaa..ada sikit..
semalam semasa buat kerja berdekatan dengan kilang haram (haram ke?) bersebelahan UTHM..
aku sempat snap beberapa keping gambar yang kononnya untuk dihantar ke TV3..lalala
boleh mati kalau hidu asap yang berbau seperti emping jagung basi ni!
dulu karam singh walia ada datang buat liputan pasal habuk dan asap dari kilang sebelah
tapi hasilnya, diam saja lepas tu
ok, aku tak salahkan karam singh walia sebab aku tahu beliau dah cuba bela nasib kami
apa yang aku terkilan, sikap sesetengah pihak atasan..
nak kata yang bina kilang tu bodoh, tak kot
mestilah dari golongan cerdik pandai..
apa salahnya kalau cerobong asap tu dibina tinggi sedikit dari yang asal..
at least asap kotor yang kilang lepaskan tu, tinggi la sikit dari kami ni..
apa yang aku tahu, ramai juga student mahu pun lecturer yang sakit effect dari asap sebelah ni..
kasihan tahu tak?
kalau anak kecil tu..tak kira la anak lecturer ke, anak staff ke, anak makcik kantin ke..
kan muda lagi..
tak pasal-pasal nanti kena penyakit lak!
well, Malaysia ni kebanyakan kilang di sini, memang suka rasuah merasuah ni
tak payah cakap-lah sikit je yang ambil..
realitinya memang ramai..
dan kenapa kilang sebelah tiada tindakan susulan selepas pendedahan dari karan singh walia?
sebab, kilang sebelah ni antara kilang yang memberi keuntungan besar terhadap ekonomi Malaysia ni (top 5)
nampaknya pemimpin kita ni lebih suka rakyat dia mati dari keluarkan sedikit duit dan tinggikan sedikit cerobong asap tu..
aku yang baru beberapa minit duduk situ ambil frekuensi tanah pun dah pening..
lebih-lebih lagi bila ada tanda-tanda hujan nak turun..
cepatlah kami mengemas equipment sebab tak mahu mati cepat!
ish!



# rasa-rasa kalau duduk 30min dekat situ, boleh mati tak? #

Monday, February 23, 2009

eeee..bahagianya hati saya..nampak tak lukisan hati penuh saya?






aku tidak tahu bahagian mana yang harus dicoretkan..
terlalu banyak yang hendak diceritakan..
tapi..
aku mulakan dengan perkara tiada terlalu manis (masam-lah bahasa orang muo) eyh ada ke?
pagi tadi dalam pukul 11..
aku, jat jat dan jali..
kami saja buang masa di tasik semata-mata untuk mendapatkan frekuensi tanah di kawasan tersebut..
wow..bunyi macam hebat kan?..heeee
sebenarnya untuk projek akhir sarjana ni, aku diberi tajuk "Microzonation of Natural and Amplification Factors in New Campus of UTHM"
ok, kebiasaannya respon kawan-kawan bila pertama kali dengar,"WTF tajuk kau!"
aku dikehendaki untuk plot kontour di kawasan baru UTHM dengan mengambil kira faktor resonan asal kawasan tersebut..(muka bangga bercerita ok? ;p)
jadi kalau anda nampak 3 orang makhluk berjalan di kawasan UTHM sambil bawa peralatan yang hebat sampai ada orang ingat kami nak pasang bom dekat UTHM, buat-buat tak kenal ye!
hehehe..
memang penat buat measurement ni..
kena kental..
thanx to jat jat and jali..
kalau mereka tiada, maka saya menangis keseorangan di tepi tasik (dan kawasan saya bukan di tasik saja ya, seluruh kampus baru!)..
mati mati..
memang kena cepat..
masa pun makin suntuk..
aja aja fighting!!

walau aku penat dengan projek tersebut..
namum masa aku tetap ada untuk menyiapkan kad hari lahir seseorang yang amat aku sayang! (ececece)
pagi ahad aku habiskan masa dengan buatkan kad untuk dia..
aku lebih suka buat sendiri kad dari beli di kedai..
selain dapat berjimat (hey, kertas mahal juga tau!)
nilai sentimental lebih tinggi..
lebih seni dan halus..
ikhlas dari hati saya,sayang :)





# proses dimulakan dengan menggunting kertas-kertas berwarna yang mana memang aku suka kumpul dari sekolah lagi
# nampak tak ukiran bunga tu? walau luka-luka jari aku, tapi untuk dia, aku tak kesah


jeng jeng jeng
kad yang telah siap :)




# ini bahagian dalam kad (p/s:sila jangan cuba zoom gambar ni untuk baca wishes saya)
# kenapa fisherman>..sebab itu hobi baru dia :) (sorry love,fisherman tu buruk sikit)





# ini kad yang aku buat dengan rasa sayang, cinta, kasih, bahagia :)


selain buat kad untuk dia
aku juga buatkan cookies untuk dia..
biskut biasa sahaja..
asalnya mahu buat cupcake, tapi peralatan membuat cupcake mana nak cari????
kalau rumah muo mungkin ada..
ni rumah sewa..
jadi aku fikirkan satu idea..
biskut yang ringkas tapi penuh kasih sayang..
biskut hati suhaila (lalala..sila jangan geli geliman)





# heee..inilah biskutnya..ringkas saja..nampak 3 huruf tak? lalala


selamat hari lahir Muhammad Zulhimmi
awak sentiasa dalam hati saya
awak, ye awak-lah perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup saya
awak buat hidup saya sentiasa wonderful? (saya speechless untuk gambarkan perasaan saya setiap kali ada awak)



p/s : i love you!

Saturday, February 21, 2009

sampai bila-bila tak akan faham :"(

aku ambil keputusan untuk diam diri saja
walau aku tahu dia bukan jenis yang akan memujuk dan hati aku akan bertambah sakit lagi
biarlah..
dari aku buka mulut dan aku terus sedih..
baik aku diam..





*plan nak beli barang-barang buat cake, tapi rasanya usaha aku tu tak akan dihargai :(

Friday, February 20, 2009

Apa yang saya mahukan hanyalah layanan yang baik bla bla bla


saya cuma mahukan kamu layan saya baik-baik sebab saya mahu spend this last semester dengan kamu puas-puas sebab saya tahu kita akan jauh selepas bulan 4 ni :(








well,i know it's been a tough semester for both of us. But yet i know we still can spend time together.Hmmmmm

Thursday, February 19, 2009

kebarangkalian aku bagi penampar sama dia memang tinggi



dear dumb diary..
mungkin terlalu lama bersabar dengan kerenah dia,
akhirnya meletup juga rasa marah aku
tapi masih berjaya lagi disorokkan
sebab aku masih lagi hormati dia sebagai seorang kawan..
tapi..
tolonglah..
aku sudah mula jemu, muak, jelek, menyampah-lah dengan sikap dia
aku terfikir
selama dia berkawan, dia pernah perasan tak kawan-kawan selalu berkecil hati dengan sikap dia tu?
kawan-kawan tu juga yang cari aku luahkan betapa kecilnya hati mereka..
i guess,
she's that type of girl yang tidak akan turunkan ego dia atau air muka dia untuk seorang kawan..
untuk kekasih?
malas mahu komen kehidupan peribadi dia
sebagai mana aku sabar dengan perangai buruk kau yang rampas segala kawan-kawan rapat aku..
aku harap macam tu-lah kau boleh faham perasaan seorang kawan..

****************************************************************************************

ok..
forget about her..
sekarang ini rancangan perlu diubah..
aku rasa kalau si dia ada test on his special day..
it's ok..
esok masih ada lagi kan?
heee..
syhhhh..


* debar-debar *


p/s : thanks to my besties, tipah, didie and kama untuk idea-idea yang bernas..untuk tipah, kau memang superb romentik! ;p

Wednesday, February 18, 2009

:(


i guess there's gonna be NO celebration on 23/2





:(
:(
:(
:(
:(
:(

Friday, February 13, 2009

suara tiada akibat nyanyi bak perempuan gila

malam ni memang seronok :)
yeyy..
aku dan house-mate kecuali mazel (mazel celebrate hari lahir kawan)
kami berpoya-poya..
mula-mula kami penuhkan perut kami dekat restoran Pinang Sebatang..
tiba-tiba oreo cakap..
"g karok jom!"
dengan penuh semangat aku jawab
"yey..jom jom!" (sudah lama tidak karaoke ya)
sampai di sana..
memang ramai tapi kami sanggup tunggu..
heeee..
dapat sahaja bilik..
dengan semangatnya kami pilih lagu..
lagu aku??
cintaku 100% dan mengapa..
ececece..
siap bergelek lagi..
hasilnya = suara aku hampir tiada sewaktu keluar bilik..
tapi..
aku puas sangat..
sebab perasaan tertekan dengan PSM dan sebagainya (rujuk entri di bawah dan di bawah)
seminggu pendam..
dapat diluahkan..
yeyy..
terima kasih kepada cik rai, cik coca dan cik oreo :)
next time kita bawa cik mazel..
suruh dia gelek!
;p

Tuesday, February 10, 2009

oh perut ph perut kenapa asyik lapar nanti engkau buncit

ish..
masa tengah study macam ni..
banyak sangat halangan lah..
terutama dengan perut yang mengada-ngada ni..
banyak sangat mengidam..
dah cukup masa lah tu nak sakit perempuan..
bestnya kalau dapat makan..

~ moist chocolate cake
~ kfc (tiba-tiba je..nanti bila dah sampai kfc tiba-tiba hilang selera..angkara perut!)
~ burger (lamanya tak makan!)
~ sotong goreng tepung (even baru saja makan masa balik minggu lepas..;p)
~ maggi bihun tomyam PA & MA (gila!)
~ air tauhu panas
~ mee bandung Muar
~ nasi goreng ayam (kat bus-stand Muar saja ya)
~ toast (semestinya di Old Town..arghhhh!!!)
~ satay (atau sate?)











tapi akhirnya..maggi perisa kari juga jadi santapan malam ini..;p

aku seorang kakak yang sayang adik senyap-senyap

big applause to my lovely sister for her poetry about Palestine..
sebagai kakak aku kagum secara diam bakat terpendam adik perempuan aku yang dalam diam sajaknya terpilih sebagai salah satu sajak terbaik dan tersiar di akhbar..
walau kami selalu bergaduh..
tapi tidak ke mana juga perbalahan kami..
mama kata kalau baik..
berkepit ke sana ke sini..
bercerita rahsia satu sama lain..
tapi kalau gaduh..
rumah diam sunyi..
heee..
di sini aku sertakan nukilan beliau
bukan untuk menunjuk..
tapi aku tersentuh dengan bait-bait nukilan ini..
indah sungguh..





Simfoni Palestin

Suara itu
suara meminta keamanan
berdekad lalu
tak sanggup berbola besi
menghujani daerah itu lagi

Tangisan itu
tangisan ketakutan
meminta sebuah pengertian
yang tidak dipedulikan
lara terus setia menemani Palestin

Burung-burung pagi tak lagi bersiul riang
bunga tak lagi kembang mekar keharuman
awan terlukis kehampaan
tiada lagi pelangi damai

Kau terus angkuh Israel
bersama kekejaman
tiada cerita keamanan
yang kau berikan
hanya cerita kematian
mayat syuhada gugur dalam perjuangan
tangisan dan kematian
satu kemenangan bagimu
si hati batu

Semoga sepotong doa dan keamanan
Palestin
masyarakat dunia
dimakbulkan-Nya
Amin..







p/s : selepas pulang ke rumah di Muar, kekecewaan akibat kematian Cici terubat dengan keletah Bulat, Bubu dan Bebot..;p

Wednesday, February 4, 2009

aku tahu aku boleh pilih yang positif buangkan negatif

aku ke REAL Undergraduate Conferene 2009 (RUC'09) pada Sabtu lepas..
dan kata-kata Mejar Dr Faiz Khaleed betul-betul menyerap masuk ke dalam jiwa..
he said that..



"when we wake up in a morning, we only have 2 choice, either it positive or negative, yes or no, we just have to chose"



and today..
i choose to be more positive than yesterday..
i'll never let anyone spoil my mood..
everything's gonna be fine..
great actually..
i'll continue my PSM..
i'll be a person that be abble to adapt prssure..
i can do it!!!

Sunday, February 1, 2009

Kawan-kawan dadah aku paling aku rindu

aku punya ramai kenalan..
ada yang positif..
ada yang negatif..
tapi kebanyakannya negatif..
selalu buat aku sedih..
tapi aku ada kawan yang betul-betul setia..
betul-betul faham aku..
betul-betul sayang aku..
kawan-kawan dadah aku walau tak selalu ada..
tapi selalu ingat aku..
ambil berat setiap perasaan aku..
aku rindu mereka..
masa berlalu..
persahabatan kami tetap utuh walau ada masanya goyah..
walau kami bukan selalu mesej..
tapi kami tahu kami saling mengingati satu sama lain..
aku rindu sama kalian..
kalaulah masa itu boleh aku bawa ke mari semula..
aku akan lebih menghargai masa kami bersama..
sebab aku tahu untuk masa sebegini..
kami jarang berjumpa..
banyak komitmen..
banyak tanggungjawab..



*sigh*



kadang-kadang rindu ini buat aku menangis..
rindu ini buat aku cepat terluka..
rindu ini buat aku berfikiran negatif terhadap kalian semua..
tapi hati aku..
sesibuk mana aku..
aku sentiasa ingat kalian..
untuk tipah dan apar..
kalian memang selalu ada..
untuk syard, kama, didie dan arzami..
kalian jauh di mata tapi selalu dekat di hati..
aku rindu kalian bagai nak gila :(







 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com