Pages

Tuesday, February 24, 2009

hujan oh hujan kenapa engkau turun

tajuk di atas tiada kena mengena dengan apa yang ingin aku ceritakan..
eyh..laaa..ada sikit..
semalam semasa buat kerja berdekatan dengan kilang haram (haram ke?) bersebelahan UTHM..
aku sempat snap beberapa keping gambar yang kononnya untuk dihantar ke TV3..lalala
boleh mati kalau hidu asap yang berbau seperti emping jagung basi ni!
dulu karam singh walia ada datang buat liputan pasal habuk dan asap dari kilang sebelah
tapi hasilnya, diam saja lepas tu
ok, aku tak salahkan karam singh walia sebab aku tahu beliau dah cuba bela nasib kami
apa yang aku terkilan, sikap sesetengah pihak atasan..
nak kata yang bina kilang tu bodoh, tak kot
mestilah dari golongan cerdik pandai..
apa salahnya kalau cerobong asap tu dibina tinggi sedikit dari yang asal..
at least asap kotor yang kilang lepaskan tu, tinggi la sikit dari kami ni..
apa yang aku tahu, ramai juga student mahu pun lecturer yang sakit effect dari asap sebelah ni..
kasihan tahu tak?
kalau anak kecil tu..tak kira la anak lecturer ke, anak staff ke, anak makcik kantin ke..
kan muda lagi..
tak pasal-pasal nanti kena penyakit lak!
well, Malaysia ni kebanyakan kilang di sini, memang suka rasuah merasuah ni
tak payah cakap-lah sikit je yang ambil..
realitinya memang ramai..
dan kenapa kilang sebelah tiada tindakan susulan selepas pendedahan dari karan singh walia?
sebab, kilang sebelah ni antara kilang yang memberi keuntungan besar terhadap ekonomi Malaysia ni (top 5)
nampaknya pemimpin kita ni lebih suka rakyat dia mati dari keluarkan sedikit duit dan tinggikan sedikit cerobong asap tu..
aku yang baru beberapa minit duduk situ ambil frekuensi tanah pun dah pening..
lebih-lebih lagi bila ada tanda-tanda hujan nak turun..
cepatlah kami mengemas equipment sebab tak mahu mati cepat!
ish!



# rasa-rasa kalau duduk 30min dekat situ, boleh mati tak? #

0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com