Pages

Wednesday, February 25, 2009

kadang-kadang tak semua manusia boleh terima semua benda semua perkara dengan hati senang



malam tadi aku memang menghabiskan masa dengan menonton movie di atas..
aku bagi 5 bintang ++ lagi..
heee..
ulasan cerita ni?
emmm, cerita ni buka mata aku untuk lebih menghargai orang sekeliling
tak kira-lah keluarga ke, kekasih ke, kawan ke, bubu dan bebot ke, eyh..bulat sekali dan cici dan kuntum..heh!
kadang-kadang kita tak tahu bila Allah akan tarik nyawa kita
mungkin ada juga yang berfikiran "muda lagi, rilex-lah!"
tapi aku buat kesilapan dengan berfikiran sebegitu semasa muda remaja..
dan hasilnya,
sampai sekarang aku masih lagi menyesal kerana tidak dapat luangkan masa dengan arwah kawan baik aku :(
aku tak hargai masa-masa bila kami keluar bersama-sama
shopping bersama-sama
menangis bersama-sama
sebab aku terlupa, aku alpa yang kami ni masih muda
dan tidak terlintas sama sekali untuk kehilangan dia..
sehingga-lah tiba tarikh keramat 13/5/2007
dia pergi untuk selama-lamanya..
aku menyesal, menyesal aku tak hargai masa kami bersama..
frankly, sampai sekarang aku masih lagi dial nombor telefon arwah :( :(



tapi Allah masih lagi beri peluang dekat aku..
aku ada mama, ayah dan adik-adik yang sentiasa ambil berat di antara satu sama lain
ya, mana ada keluarga yang sempurna..
tapi hubungan kasih sayang keluarga tu tetap utuh!
dan Allah juga turunkan aku seorang lelaki yang buat hidup aku betul-betul berubah..
seorang lelaki yang aku kasihi selalu :)
kadang-kadang aku lalai..
aku lalai dengan sakiti dia..
tapi kemudian aku berdoa kepada Allah, jangan biarkan aku terima lagi satu kehilangan..
aku tak sanggup lagi!
cukuplah kehilangan teman baik aku..
jangan kehilangan keluarga dan lelaki ini..


dan aku juga mula menghargai kawan-kawan baik yang menghargai aku..
maaf ya,
jiwa aku menjadi lain dari hari lahir aku tahun lepas
ya, aku berazam pada tahun tersebut yang aku dah tak mahu jaga hati atau menghargai



aku harap aku akan berterusan menghargai orang sekeliling aku tanpa rasa jemu..
sebab aku ingat pesan mama "jangan sesekali kita buat orang yang baik dengan kita rasa kecil hati, berdosa buat jahat dengan orang, belajar hargai orang, dan ingat, tak semua orang akan jadi apa yang kita harapkan"
dan aku pegang kata-kata mama..
aku akan lebih menghargai..

0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com