Pages

Wednesday, December 14, 2011




Wednesday, December 7, 2011

.Kenapa awak romentik sangat entah.



Aku terjumpa puisi ini di facebook, dari Zahiril untuk isterinya, Shera
mula-mula tak rasa terharu, tapi bait-bait terakhir buat aku sebak


“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana.
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu.
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik.
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau,
bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku,
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku,
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku,
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku,
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku."




Jangan pula para perempuan paksa bakal suami untuk buat puisi juga ye, Zahiril ini memang aku suka baca belognya,ada tersirat di sebalik tersurat

Semoga bahagia hingga ke syurga, Amin :)



Tuesday, December 6, 2011

.Siapa saya?.


Assalamualaikum dan selamat petang semua :)
oh hari ini aku teramat stress dengan kerja yang melambak-lambak tak tahu bila mahu siap, tapi pelik kan aku mampu lagi update belog ni (?!!)
inilah salah satu cara hilangkan stress yakni menulis dengan bebas bukan menulis laporan atau summary tak habis-habis
makanya aku telah di tag oleh seseorang kakak cantik ibu kepada 2 orang bayi yang comel iaitu Kak Ayu :)
tiba-tiba aku rasa seronok pula mahu ceritakan 11 fakta mengenai aku seorang perempuan bernama Suhaila


1. Bagi yang tak tahu, aku merupakan anak sulung dari 4 orang adik-beradik

2. Oh dan, aku ada sepasang adik kembar lelaki yang kini dah berusia 13 tahun

3. Penggila tomyam terutama tomyam putih,paling syok makan dengan ikan kembung masin dan telur dadar

4. Kalau tak makan pedas sehari,memang rasa tak puas dan mulut akan sentiasa rasa nak menguyah sebab tak puas!

5. Anda mungkin terjumpa saya di mana-mana pet shop di Malaysia,dan tolong jangan pelik kalau saya sedang bercakap dengan arnab atau kucing atau hamster atau guinea pig atau sugar glider atau semua binatang di sana, dan tolong jangan takut ok?sebab saya memang sangat-suka-teramat-gilakan binatang comel :)

6. Aku suka habiskan masa dengan membaca apa sahaja buku dan boleh menghabiskan masa di kedai buku sehingga 2-3 jam

7. Cara aku tenangkan fikiran adalah dengan bercuti dan tempat yang aku suka adalah kehijauan iaitu hutan dan pantai,i love the smell of the salty water

8. Aku suka susun baju ikut kod warna, hitam-hitam, hijau-hijau, kuning-kuning

9. Aku benci dengan orang yang bila badan aku mula nak berisi,bising-bising cakap 'wei,kau dah gemuk'..please la,korang buat aku rasa seolah-olah aku ni obes lak kan..untuk makluman berat aku sekarang adalah 44kg,and i'm proud of it :)

10. Aku suka kalau orang buat sesuatu di luar dugaan senang cerita buat surprise la,kira macam tiba-tiba bawa aku pergi tepi pantai ke,tepi tasik ke,ada lilin banyak-banyak,ajak aku piknik..eh berangan norrr

11. Aku sangat obses dengan benda berkelip dan lampu neon yang cantik sebab aku rasa tenang tengok warna warni



Ok,sekarang ni aku tak tahu nak tag siapa,siapa yang rasa dia cantik dan hensem,silalah buat 11 perkara tentang diri dia ye :)

Monday, December 5, 2011

.Selamat tinggal 2011,kita takkan jumpa lagi ok?.


Assalamualaikum semua
Pejam celik pejam celik, lagi beberapa minggu sahaja lagi atau secara tepatnya 26 hari lagi kita bakal menutup tirai 2011 dan memulakan tahun 2012
pantas ibarat ferrari kita meninggalkan garisan permulaan2011 kan?
aku rasa macam baru sahaja aku duduk rumah menonton televisyen dengan keluarga orang terpekik terlolong berpesta muda mudi sambut tahun baru 2011, dan sekarang sudah pon hampir ke penghujung 2011?
cepatnya!
banyak lagi perkara tak buat ni
banyak lagi azam yang belum ditunaikan ni
tapi bagi aku tahun 2011 adalah tahun yang paling seimbang manis dan pahit kehidupanku
awal tahun 2011 sehingga pertengahan tahun 2011, aku kira paling banyak aktiviti yang aku buat
dan sumpah semua manis sampaikan aku masih lagi tersenyum apabila terfikirkan betapa manisnya hidup aku untuk pertengahan tahun 2011 ni
ok,where should i start my journey..
aku rasa aku mahu tunjukkan kegembiraan aku melalui gambar sahaja supaya semua orang boleh melihat senyuman lebar aku yang menunjukkan betapa bahagianya aku ketika itu
sumpah bahagia!


trip to Ulu Geroh :)

Volunteering day at Zoo Negara, you should try this with you family :)

Taman Negara!what an awesome trip

Raptor Watch at Tanjung Tuan

Cherating with love :)


dan untuk tahun 2012, jeng jeng jeng
aku mahu ke Pulau Banding dan menikmati ciptaan Allah di sana!
yes Pulau Banding dan memang teruja sampai aku taip laju-laju ;)
tempat yang wajib semua orang pergi
daripada membazir duit shopping je, baik simpan duit untuk ke Pulau Banding..yeyy tak sabar!





tak rasa tergoda ke tengok betapa cantiknya pemandangan dan ciptaan Allah


tak sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!






 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com