Pages

Tuesday, December 6, 2011

.Siapa saya?.


Assalamualaikum dan selamat petang semua :)
oh hari ini aku teramat stress dengan kerja yang melambak-lambak tak tahu bila mahu siap, tapi pelik kan aku mampu lagi update belog ni (?!!)
inilah salah satu cara hilangkan stress yakni menulis dengan bebas bukan menulis laporan atau summary tak habis-habis
makanya aku telah di tag oleh seseorang kakak cantik ibu kepada 2 orang bayi yang comel iaitu Kak Ayu :)
tiba-tiba aku rasa seronok pula mahu ceritakan 11 fakta mengenai aku seorang perempuan bernama Suhaila


1. Bagi yang tak tahu, aku merupakan anak sulung dari 4 orang adik-beradik

2. Oh dan, aku ada sepasang adik kembar lelaki yang kini dah berusia 13 tahun

3. Penggila tomyam terutama tomyam putih,paling syok makan dengan ikan kembung masin dan telur dadar

4. Kalau tak makan pedas sehari,memang rasa tak puas dan mulut akan sentiasa rasa nak menguyah sebab tak puas!

5. Anda mungkin terjumpa saya di mana-mana pet shop di Malaysia,dan tolong jangan pelik kalau saya sedang bercakap dengan arnab atau kucing atau hamster atau guinea pig atau sugar glider atau semua binatang di sana, dan tolong jangan takut ok?sebab saya memang sangat-suka-teramat-gilakan binatang comel :)

6. Aku suka habiskan masa dengan membaca apa sahaja buku dan boleh menghabiskan masa di kedai buku sehingga 2-3 jam

7. Cara aku tenangkan fikiran adalah dengan bercuti dan tempat yang aku suka adalah kehijauan iaitu hutan dan pantai,i love the smell of the salty water

8. Aku suka susun baju ikut kod warna, hitam-hitam, hijau-hijau, kuning-kuning

9. Aku benci dengan orang yang bila badan aku mula nak berisi,bising-bising cakap 'wei,kau dah gemuk'..please la,korang buat aku rasa seolah-olah aku ni obes lak kan..untuk makluman berat aku sekarang adalah 44kg,and i'm proud of it :)

10. Aku suka kalau orang buat sesuatu di luar dugaan senang cerita buat surprise la,kira macam tiba-tiba bawa aku pergi tepi pantai ke,tepi tasik ke,ada lilin banyak-banyak,ajak aku piknik..eh berangan norrr

11. Aku sangat obses dengan benda berkelip dan lampu neon yang cantik sebab aku rasa tenang tengok warna warni



Ok,sekarang ni aku tak tahu nak tag siapa,siapa yang rasa dia cantik dan hensem,silalah buat 11 perkara tentang diri dia ye :)

0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com