Pages

Thursday, December 31, 2009

suka duka 2009



kalau boleh tak mahu dah ungkit kisah 2009
sebab terlalu banyak yang pahit dari yang manis
tapi nak imbas balik dari awal tahun sampai detik 31122009
tiba-tiba segala yang jelik dah mula keluar balik dari kotak ingatan
aku kalau boleh memang tak mahu ingat dah sebab aku rasa buang masa, tenaga dan perasaan sebenarnya
bermula dengan kawan-tikam-belakang, cinta kau-dan-dia, gangguan seksual, kesempitan yang sempit dan jobless
tapi kemudiannya berjumpa kawan baru yang serba best, kerja baru dan environment baru

kawan-tikam-kawan memang aku tak mahu ungkit lagi sebab i feel guilty dah untuk talk shit about other people
aku rasa yang lepas tetap dah lepas
aku cuma kalau jumpa dia dekat mana tempat cuma aku senyum
i don't need friends yang bila depan senyum, babe, hugs & kisses tapi belakang aku tikam dalam-dalam, shout-out tak best dekat facebook perli-perli apa yang aku buat
sudah aku kata
aku dah tinggalkan zaman sekolah, drama swasta, kroni-kroni, hasut-hasut
senang cerita kalau nak jadi bitch sangat, jadi-lah sorang-sorang ok?
dan aku tak gemar kalau siapa-siapa yang baru kenal aku 2-3 tahun dah declare kenal-rapat aku sangat-sangat sampai boleh cerita buruk aku depan kawan lain

kemudian gangguan seksual oleh seorang bangsa yang aku rasa memang busuk
trust me bila aku cakap sebelum kejadian boleh-lah nak cakap kau nak terajang la, tampar ke
tapi bila dalam situasi kau memang akan speechless
memang muka bangsat tu aku tak mahu ingatlah..
macam kalau aku jadi klien kau kan mana tahu kalau Allah nak tunjuk
aku nak tengok apa kau mampu buat time tu

yang manis indah belaka apabila akhirnya tamat juga pengajian 4 tahun aku di UTHM
yay, akhirnya hari konvokesyen
seronok yang amat walau heel aku patah
tapi overall memang superb

dan kemudian pekerjaaan pertama sebagai jurutera projek
seronok walau kena humban jauh di rompin
berpuasa jauh seorang diri dari keluarga
raya pertama kali dan bagi duit raya dekat adik-adik
dan kemudian berhenti kerja sebab peristiwa yang aku cerita tu lah
dan akhirnya akan bekerja pada 04012010 di Kemeterian Kesihatan Malaysia
bukan jadi doktor ya
tapi boleh-lah doktor buat klinik desa dan hospital
heh!

dan berkenalan dengan kawan-kawan baru semasa praktikal dan tempat kerja lama
kawan-kawan baru yang mana aku kira semua lelaki semasa praktikal di Sime Darby
En.Hizir,En.Khalid, Azhar,En.Shukri yang sampai sekarang rajin telefon tanya bila aku nak minta kerja dekat sana sebab rindu nak dengar aku bebel
haha
dan semestinya Sundram kawan-di-tapak-Rompin
Ravi, Mani, Muthukumar sumpah rindu mereka!
Sundram yang sanggup telefon dari India (Sundram berhenti kerja sejurus selepas aku berhenti sebab malu ada bos begitu)
En.Azman yang sanggup hantar aku balik Muar selepas dari kejadian
dan Farah, Nur dan Ema
kakak rindu adik-adik (comel kan aku jadi kakak dalam watak ni sebab aku paling tua)
nanti memang aku akan ke Rompin jumpa budak-budak ni
tunggu ye adik-adik yang tiap-tiap hari telefon tak habis-habis rindu

cinta cinta cinta
malas mahu ulas
tapi sentiasa berdoa mohon supaya yang terbaik untuk aku
ada teman hidup yang sempurna pada kaca mata aku
dah cukup bagi aku
cuma aku harap pada siapa-siapa lah yang mahukan seorang perempuan
berani ambil risiko
ini yang sungguh aku kesalkan
hummphhh..

ok selamat tinggal 2009
saya tak mahu ingat awak lagi
ok syohhhh
kejam je bunyinya
ok, masih ingat sedikit-lah sebab 2009 banyak mengajar aku menjadi manusia yang lebih mulia
:)

Thursday, December 24, 2009

Tetiap hari mahu sayang


You're a lonely guy with much affection


do we not have another chance?
i still think about you
but you probably don't know that
ultimately, is this it?
are we going to end like this?
is this fine with you?
i don't think i can make it
a love like yours
even if i die, i don't think that i'll have it again

what do i do?
if my heart isn't yours, then there's no one who can hold it
please, hold onto me
you know that no matter how much i try, i can't erase you
what do i do?
even now, i live each day broken by your single word
tell me
if being like this is wrong
like me, are you living each day in pain?
tell me
you & me
is it already too late?

do we have another chance?

hari ini mahu bercakap tentang perasaan
jiwang sedikit je tak banyak (haha)
4 tahun yang lepas aku tulis sesuatu seperti di atas untuk tunjukkan betapa kecewanya aku hilang seseorang
tiap-tiap hari mahu nangis
mesti nangis bila dengar lagu sentimental
mahu juga tunggu dia
walau macam-macam dah dia buat..

konon masa tu pegang falsafah "kalau orang yang kita sayang bahagia, kita pun bahagia"
cettt..podaaacitttt
there's no such thing dia bahagia kita bahagia
kemudian wujudlah term "relaku menunggu-mu walau seribu tahun lagi"
ok..salahkan *mran ajma*n sebab buat lagu macam ni
keadaan aku masa tu bolehlah dikatakan macam bella dalam new moon masa hilang edward (oh edward)
eceh..nak juga samakan dengan edward kan?

"you've disappeared like everything else, now who else
can i talk to?i'm lost..when you left you took everything with you but the absence of him is everywhere i look, it's like a huge hole has been punched through my chest.."

memang hafal kot dialog kalau dah sampai 9 kali nonton filem ni (hahaha)
tapi aku rasa sebenarnya bahagian yang hilang bersama dengan dia adalah bahagian persahabatan
sebab kami bermula sebagai kawan
kawan yang amat rapat
rindukan kawan-amat-rapat sebenarnya bukan kekasih
dan kemudian berterima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa ada di sekeliling terutama ex-roomate yang tahu azab sengsara keadaan aku masa tu kan? (fiza dan zue)
sampai ada sekali zue naik angin nak telefon dia sebab t
ak tahan aku menangis 1 malam
ok..masa tu tak matang lagi laaa
baru umur 19 tahun nak masuk 20 tahun

kemudian aku hilang soulmate aku, Hanani binti Abd Razak (al-fatihah)
keadaan semakin buat aku rasa tak boleh bernafas bilamana kawan sehidup semati telah pergi menghadap Ilahi
kau ada kawan yang bila 1 minggu tak jumpa sebelum tidur minggu-minggu yang seterusnya akan text kau cakap "i miss you macam nak gila ok?"
menjadikan keadaan makin sukar aku dah tak lagi berhubung dengan dia
jadi tiada tempat mengadu

dan kemudian bertemu seorang lelaki yang sangat lain dari yang lain
pernah bercakap pasal politik?hal-hal dunia?
sampai gaduh sebab 1 pihak Tun M (aku-lah tu) dan 1 pihak Anwar Ibrahim
gaduh gila-gila ok
dari situ aku lihat dia lain dari yang lain
istimewa sebab punya visi yang lain dari lelaki yang aku pernah kenal
jadi pejam celik pejam celik hampir 7 bulan kami kawan
dan selepas 7 bulan dah tak jadi kawan tapi bertukar ke teman hidup (ececece)
tapi dia tetap kawan baik susah senang aku
dan pejam celik pejam celik juga dah hampir 3 tahun kami menjadi teman hidup satu sama lain
dan memang-lah kadang-kadang gaduh macam filem tamil cuma tiada-lah sound effect hebat
nak berpisah-lah bagai

berpisah kejap-lah
menangis rasa nak pukul rasa nak gigit semua ada
tapi aku fikir
dia bukan yang terbaik untuk aku
tapi dia cuba menjadi yang terbaik untuk aku
kadang-kadang aku rasa mahu saje aku pukul laju-laju segelintir kawan yang bila baru 1 bulan tak dapat jumpa sudah mahu putus hubungan
terus cakap hilang sayang
terus cakap dia bukan yang terbaik
mana kau tahu dia bukan yang terbaik?

dia ada tulis dekat dahi?
kau dah menjadi yang terbaik untuk dia tak?
kadang-kadang perlu juga turunkan ego
macam kawan-gosip-susah-senang cakap (jat jat)
kadang-kadang dah rasa give up rasa menyampah
tapi selalu fikir dia saje yang kita ada
yang boleh tahan dengan kita
aku yang hampir nak 5 bulan tak jumpa
bersabar saje tahu?
tapi nak cakap juga "i miss you enough to die la zulhilmi!"
tapi banyak juga aku belajar

don't expect any long-term relationship to be smooth sailing
the bumps, hills and valleys, rises and falls are life's way of helping us grow
the point is to stay together and grow, not separate and sulk (yang ni memang selalu buat..sumpah tak mahu dah merajuk)
enjoy it
it will last longer if you commit to it and not run from it
jadi point dekat sini
kalau rasa hubungan tu dingin sebab dah lama tak jumpa ke apa bagai
berusaha-lah kan
don't blame your partner
kalau rasa nak marah diam kejap tarik nafas panjang-pan
jang
jangan-lah fikir asyik nak yang terbaik saje
mana tahu yang kau pernah lepaskan tu sebenarnya yang terbaik
cuma mungkin dia bukan kaya, kacak, pangkat tinggi, bergaya, pandai, kurus, tinggi
bukan yang terbaik
tapi dia dah menjadi yang terbaik untuk kita
jadi tak payah lagi wujud-wujud nak tunggu seribu tahun berjuta tahun la ape kan
dia bahagia aku bahagia
memang-lah tipu kan sebenarnya
kadang-kadang tak salah to fight for your love
tapi jangan sampai membunuh ok?



dan Muhammad Zulhilmi,
terima kasih untuk masa-masa terbaik dalam hidup saya
walau awak suka buli saya
tetapi macam awak cakap awak suka buli saya
sebab suka nak tengok saya membebel

Wednesday, December 16, 2009

Kadang-kadang hampir putus asa



Untuk beberapa hari yang lepas
aku terfikir untuk delete blog ini dan mulakan blog baru sebab bosan dengan kecelaruan emosi dan perasaan
tapi mesti menyesal sebab dahulu aku delete juga blog lama yang dari 2006
menyesal tak sudah sebab ada gambar yang aku letak sekarang sebab sudah format laptop banyak yang dah hilang
ye..gambar 3-4 tahun dahulu
tapi seorang kenalan pernah beritahu yang dia sentiasa follow blog aku
jadi dia tahu aliran perjalanan perasaan aku hampir setiap masa
kelakar kan?
sebab aku tak pernah terfikir orang akan baca apa yang aku luahkan dan aku rasai
kebanyakan entri aku adalah berdasarkan kepada minda sedar dan separa sedar aku
semasa menulis
sedikit pun aku tak terlintas terfikir "ish..jangan tulis macam ni, orang baca"
sebab menulis adalah salah satu hobi dan medium untuk aku rasa tenang sedikit untuk lari dari beban dan masalah
jadi,
tak jadi delete entri lama
nanti rindu


II

Sejak duduk sahaja di rumah
otak aku terlalu banyak berfikir
merancang bermacam-macam tujuan hidup
merancang itu ini
berfikir dan munasabah diri
kejadian yang lepas sekarang dan mungkin akan datang
tapi sesuatu yang aku belajar
kalau mahu orang hargai kita, sayangi kita, hormati kita
kita kena hormati dahulu diri kita
sayangi dahulu diri kita

kadang-kadang aku sendiri tak faham juga dengan diri dan perasaan aku
kadang-kadang aku sedar aku lukakan hati orang yang sayangkan aku
dan aku menyesal
tapi esok-nya aku ulang balik
aku tak mahu-lah jadi macam ini
aku kasihan dengan orang sekeliling..
tiba-tiba teringat satu dialog dalam drama Nur Kasih
sesuatu yang bunyi macam ni
"Kita tak perlu untuk berubah cuma perlu menjadi orang yang lebih baik"
(ok..ampun kalau salah)
ya..
try to be a better person
mungkin umur pun hampir mencecah 24 tahun kan
berdebar-debar
jadi sekarang aku senang mahu menjadi pemaaf

kalau dahulu aku kisah orang suka bercakap belakang aku
walau kawan sendiri pun kena hati-hati (nasihat kak nisa)
tapi sekarang
aku cuma anggap langau yang terbang bising dekat telinga capang aku ini (aku pernah cakap kan telinga aku macam elf..haha)
sebab aku tak rasa kawan-kawan macam ni mendorong ke arah perubahan diri yang positif
ada atau tiada
sama sahaja
mungkin lebih baik tiada
kejam bunyinya
tapi lebih baik tiada
terlalu ramai kawan tapi bila kesusahan rasa keseorangan buat apa kan?
baik 2-3 kawan sahaja tapi sentiasa ada bersama
kan?




p/s : rasa lebih baik berkawan dengan arnab je sebab arnab kalau tak suka hentak kaki macam bulat..bila suka lari keliling kaki aku (bulat adalah arnab peliharaan aku yang kekeliruan identiti yang konon-nya seekor kucing dan anjing)

Monday, December 14, 2009

impian harapan kasih sayang


hari ini bangun pagi dengan penuh harapan dan impian
mimpi digilai oleh 3 jejaka yang memang aku kenal kecuali yang seorang
fuh!
tapi aku bukan mahu menulis tentang mimpi
aku mahu menulis tentang impian
bukan impian
tapi semacam "to do list" aku tahun depan
malas menyatakan sebagai impian kerana impian sering tertangguh-tangguh

mari kita lihat senarai wajib tahun depan:

1. menutup aurat (haha..selalu tertangguh-tangguh..tapi aku rasa ada hikmah bekerja di kementerian dan bertudung sebab tak mahu lagi aku bertudung cuma untuk kerja atau belajar..kali ini aku bersungguh!)
2. bekerja bekerja bekerja bekerja dan mengumpul harta
3. bawa mama dan ayah ke Indonesia dan Thailand
4. tak mahu beli kereta dahulu sebab bukan keutamaan aku sangat (lagi pun beli sahaja pas rm 17 sebulan..naik bas..kalau perlu sahaja mungkin difikirkan..nahhh..tak kisah if jalan naik tren..perlu malu ke?i don't think so la!)


cuma 4 sahaja..tak mahu lebih dan kurang
mudah-mudahan semua berjalan lancar
amin!





hidup aku lebih kepada mama dan ayah dan keluarga
fokus utama adalah kegembiraan dan kesenangan hidup mereka
kemudian
baru aku fikirkan hidup aku
rumah kereta
tapi mereka yang utama dahulu


Thursday, December 10, 2009

Hari hari yang cerah


i'm jobless right now
tiada JKR
tiada HULS
tiada kerja
tapi bulan januari depan akan bekerja di bahagian kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia
alhamdulillah
:)
:)

bangun pagi dengan mamai
dapat panggilan yang sungguh menggembirakan
terus segar mata
harapan aku untuk hari ini dan tahun depan
semoga segalanya cerah :)

Tuesday, December 8, 2009

Willing to wait


"You come to love not by finding the perfect person,
but by seeing an imperfect
person perfectly

-
Sam Keen"



I

Temuduga di Kementerian Kesihatan Malaysia pagi tadi berjalan dengan lancar
insyaAllah
January next year will get the result
:)


II

2 malam lepas keluar lepak bersama best friend-gila-paling happening di stesen bas Pagoh
mungkin yang tak pernah sampai di Muar dalam hati mesti terdetik sedikit "kejadahnya dah besar lepak kat busten"
(memang ada ye kawan-kawan tanya pasal busten Pagoh yang agak popular ni)
firstly, wajib datang Muo dan lepak di sini selepas pukul 8 malam
makanan-makanan sedap + nikmat semua ada sini
bau laut air pasang-surut..
bermacam ragam manusia kau boleh tengok
jadi, sila-lah datang ke Muo..
saya dengan gembiranya boleh menjadi pemandu pelancong kalian semua!
(semangat macam promosi cuti-cuti Muo..lakkkkk)
we're having a great conversation about our future career
and decide to become a teacher (?)
aku membayangkan keadaan apabila aku berdiri di sebelah murid-murid sewaktu Pendidikan Jasmani..(haha)


III

life was great untuk beberapa ketika ini
terima kasih kepada kawan-baik-partner-tak-percaya-cinta
mudah-mudahan tahun depan lebih gembira
lebih kecil
lecih duit
lebih disayangi
lebih dihargai
dan
paling penting
titik permulaan sebuah kehidupan Nur Suhaila

:)


Sunday, December 6, 2009

Hari-hari kosong


Mungkin perasaan yang dapat aku gambarkan untuk diri aku pada waktu genting ini adalah kecewa dan putus asa
banyak keluh kesah
aku jadi bingung
hati aku resah
dada aku sesak
otak aku sarat
aku rasa mahu berhenti melangkah
aku teramat penat
dan sebenarnya aku mengalah
tapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
terlalu banyak yang perlu difikirkan sebelum mengalah
tarik nafas dalam-dalam suhaila
sampai kau rasa ke paru-paru
sampai kau rasa biar hilang tekanan dan sengsara kau
lepaskan perlahan-lahan
ibarat kau lepaskan beban yang lama terpendam



*long sigh*

Thursday, December 3, 2009

Katak oh katak kenapa panggil hujan


Agaknyakan-lah
memang macam ni ye kerja ***ajaan?
datang kerja borak gosip mengumpat
pukul 9 kejap lagi keluar minum kopi lepak warong makan mee goreng sembang kencang
agak-agak dalam pukul 11 masuk balik
pukul 12 pergi kedai depan beli cikedis
pukul 1 balik rumah rehat
pukul 2 masuk
borak gosip lagi
sumpah!
aku bosan
nasib baik kontrak
sekarang tangan gatal-gatal hantar resume balik

mungkin ada yang cakap aku tamak
memilih kerja
but, the main point aku nak cakap sekarang
aku penat belajar 4 tahun perah otak macam nak gila
aku muda lagi umur 23 tahun
aku nak buat sesuatu yang buat aku puas..
yang mencabar
boleh tak?
kalau boleh biar aku kerja untuk long term
bukan kerja 3 bulan..
then berhenti..
kejadahnyakan-lah kan?
sekarang aku bagi komitmen 342% dalam bidang kerjaya ni
yang lain dah tak fikir la kot


planning aku sekarang ni dah aku conteng besar-besar kat black book aku

kerja
ada duit
kumpul duit lagi
duit
duit
duit
sambung master
mungkin sambil kerja
depends on situation
mungkin kerja sambil belajar
master bidang veterinar???
alasan : sebab pencinta binatang
cettt
atau master on environment or water la
jadi pensyarah
duit
duit
kumpul duit
lastly end up dengan aku nak buka butik kopitiam
alasan?
mahu duit
duit
duit
dan aku sangat amat gila-kan kopi dan pakaian dan handbag dan kasut dan aksesori
duit!





kesimpulan,
aku memang gila duit sebab duit buat aku senyum lebar


 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com