Pages

Monday, December 14, 2009

impian harapan kasih sayang


hari ini bangun pagi dengan penuh harapan dan impian
mimpi digilai oleh 3 jejaka yang memang aku kenal kecuali yang seorang
fuh!
tapi aku bukan mahu menulis tentang mimpi
aku mahu menulis tentang impian
bukan impian
tapi semacam "to do list" aku tahun depan
malas menyatakan sebagai impian kerana impian sering tertangguh-tangguh

mari kita lihat senarai wajib tahun depan:

1. menutup aurat (haha..selalu tertangguh-tangguh..tapi aku rasa ada hikmah bekerja di kementerian dan bertudung sebab tak mahu lagi aku bertudung cuma untuk kerja atau belajar..kali ini aku bersungguh!)
2. bekerja bekerja bekerja bekerja dan mengumpul harta
3. bawa mama dan ayah ke Indonesia dan Thailand
4. tak mahu beli kereta dahulu sebab bukan keutamaan aku sangat (lagi pun beli sahaja pas rm 17 sebulan..naik bas..kalau perlu sahaja mungkin difikirkan..nahhh..tak kisah if jalan naik tren..perlu malu ke?i don't think so la!)


cuma 4 sahaja..tak mahu lebih dan kurang
mudah-mudahan semua berjalan lancar
amin!





hidup aku lebih kepada mama dan ayah dan keluarga
fokus utama adalah kegembiraan dan kesenangan hidup mereka
kemudian
baru aku fikirkan hidup aku
rumah kereta
tapi mereka yang utama dahulu


0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com