Pages

Wednesday, April 29, 2009

Tak mahu tinggal sisa-sisa

1 hari
2 hari
3 hari
4 hari..
5 hari
6 hari
7 hari
8 hari


8 hari lagi untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di Parit Raja..


Saturday, April 25, 2009

Lost lost lost my mind want you to be my prize



This innocence is brilliance
I hope that it will stay
This moment is perfect
Please don't go away
I need you now
And I'll hold on to it
Don't you let it pass you by











tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan aku petang semalam..
tak perlu pergi jauh..
yang penting dengan siapa kita habiskan masa-masa sempit yang tinggal :)
terima kasih sebab ada dalam hati kecil ni..
selalu ada :)

Sun is hot like a giant spotlight




Ajaib aku seorang Suhaila belum lagi tidur bila mana jam telah menunjukkan pukul 3.16 pagi..
disebabkan kerajinan yang melampau..
maka aku berjaya menyiapkan tesis projek akhir aku!!
yahoooo!!
akhirnya..
.
.
.
.
.
tapi
tapi
tapi..
haishhhh kenapa ada tapi?
aku harap encik F dapat beri kerjasama dengan tidak mengatakan tesis aku adalah "entah apa-apa" saja..
aku marah sebenarnya dia cakap macam tu sedangkan aku tahu aku bersungguh buat..
susah bagi aku sebab tajuk yang diberikan tiada rujukan dalam Malaysia..
dan aku bersungguh mencari tesis-tesis dari bahasa asing yang kemudian cuba memahamkan bahasa kejuruteraan yang mana aku sanggup beli kamus jurutera semata-mata untuk memuaskan hati beliau..
haishhh
tolong-lah kali ni sahaja encik F..
jangan cakap kerja saya "entah apa-apa"
cuba bayangkan sanggup tidur lewat bersengkang mata buat yang terbaik tapi kemudian dikatakan entah apa-apa???
cuba belajar untuk consider la sikit..
.
.
.
.
owh mungkin umur encik F baru berumur 27 tahun dan masih banyak lagi pengalaman bila mana anakmu belum lagi dikatakan kerjanya ibarat entah apa-apa setelah segala usaha diletakkan semata-mata untuk memuaskan hati encik F..



*sigh*
ya..
mengeluh panjang aku kali ni..
mengeluh mengenang nasib aku yang entah apa-apa ni



mungkin masa-masa begini semua orang sibuk diulit mimpi-mimpi yang tidak keruan..
mimpi-mimpi indah mungkin..
tapi aku di sini..
sedaya upaya berjuang ke titisan akhir supaya hasil usahaku tidak lagi dituduh "entah apa-apa"







*sighhhhhhhhhhhhh*

Tuesday, April 21, 2009

panas panas panas mengantuk malas






i miss u SYAZWANI SULEIMAN aka SYARD..
best girlfriend ever..
kata-kata kau "aku rasa kalau kita jarang contact as long as kita ingat each other dalam hati dah cukup" betul-betul buat aku terharu
love u babe!!!


Saturday, April 18, 2009

Mad mad mad world





SITUASI I

cuaca panas disebabkan ozon yang semakin menipis akibat dari kegilaan manusia yang saling berlumba-lumba menggondol-kan hutan dan kehijauan hutan muda dan hutan tua tanpa mengira faktor usia bumi yang semakin uzur,
menyebabkan bumi merajuk lantas menjadikan cuaca hari ini seakan-akan aku berada di dalam kolam air panas walaupun cuma di dalam bilik mandi rumah sewa Pakcik Salleh di Lorong Kosnee..
kenapa berlaku pemanasan global?
mungkin ramai yang tidak sedar, semakin banyak iklan pendingin udara ditontonkan di televisyen..
semakin panas bumi ni..
semakin banyak manusia-manusia degil yang melakukan pembakaran terbuka..
semakin aku berada di zon panas..
owh dan kenapa??
kerana disebabkan kedegilan dan kejahilan manusia-manusia yang sebenarnya cerdik akal tetapi mementingkan diri sendiri membabi buta,
CFC terbebas ke langit-langit kebiruan yang tidak berdosa..
CFC = Chloroflourocarbon..
penggunaan aerosol (ridsect, shieldtox dan sebagainya) juga mendorong ke arah penuaan bumi tercinta..
kasihan bumi tua..
kenapa degil tak mahu recycle?
bukannya keluarkan duit pun..
dan kenapa masih wujud lagi manusia bodoh lagi jahil buang sampah sesuka hati di jalan raya..
hey, buta-kah kau dengan kenderaan lain di belakang??
ingat jalan ni bapak kau yang punya?


SITUASI II

disebabkan kegilaan manusia yang semakin menjadi-jadi ni,
maka mood studi hari ni merudum jatuh ke dalam lubuk paling dalam dan gelap..
tapi akhirnya kesedaran datang juga dan dengan pantas kaki dijejakkan ke perpustakaan yang teramat ramai pengunjung masa-masa peperiksaan ni..
maka, diam-lah aku di situ
walaupun sekejap cuma aku membaca buku ilmiah rekabentuk pengurusan air sisa..
tapi ada lagi ilmu yang masih masuk ke dalam sarang gelap di atas kepala
tahukah anda bahawa setiap orang rata-rata menghasilkan 120 gelen/person/day waste water?
dan tahukah anda kepekatan bagi setiap waste yang anda keluar adalah sama iaitu 50 gram BOD/person/day???
menarik kan?
ye, aku memang suka kaji tahi-tahi dan air-air kencing manusia ni..
kalau tiada orang yang suka subjek ni macam aku..
maka bersepah-sepahlah tahi-tahi anda semua..
dan tahukan anda bahawa pada tahun 50-an, di negara-negara Eropah mereka buang tahi-tahi busuk mereka dengan hanya campak mungkin di halaman rumah anda atau bumbung rumah anda?
gelak-lah..
aku serius..


SITUASI III

aku masih lagi merangkak untuk menyiapkan Projek Akhir Tahun aku..
owh aku sangat-lah stress-strain dengan keadaan sekarang
tapi masih ada masa lagi untuk menulis blog..
heh!
hmmmm..sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?
bercadang untuk stay up malam ni untuk menyiapkan Chapter 3 dan Chapter 4..
owh Chapter 5 dah siap..
heee


PSM yang bikin mood aku macam PMS


Thursday, April 16, 2009

Mari mari puan tuan dengar ini cerita..cehhh

Saat-saat akhir kami semua di sini..
semua aktiviti bersama, memang payah aku nak tolak..
so, yesterday kami semua 1 batch buat pertandingan bowling batch..
yeyyy..
seronok seronok seronok tak terkata :))
tapi berlaku peristiwa sebelum itu yang buatkan aku hampir-hampir tak dapat nak join kawan-kawan semua..
dalam pukul 11 pagi, Mr.F aka my second supervisor call minta aku jumpa dia..
tung tang tung tang..
kena pergi rumah dia..
ok..dah biasa..
bincang punya bincang potong punya potong tesis..
rupa-rupanya dah nak hampir 2 jam..(12.00pm - 1.30pm)
main bowling pukul 2..
adoi..bergegas-gegas-lah aku balik ke rumah..
siap-siap..terus pergi BP Mall..
walaupun skill aku teruk..
tapi aku tetap main jugak..
ada-lah masuk longkang..heh!
tapi game akhir memang seronok..
strike!! STRIKE!!! (first time dalam hidup)
lalala..
after boling kami buat aktiviti sendiri..
maka saya dengan si dia dengan housemate dia dengan buah hati mereka makan-makan besar di Ruby (BP Walk)

p/s : kalau datang BP..rugi kalau tak makan nasi goreng tomyam..special punya..bukan nasi goreng + tomyam..tapi nasi goreng tomyam..nyumm nyummmmm













this innocence is brilliance
i hope that it will stay
this moment is perfect
please don't go away..



yes..the vain one


Wednesday, April 15, 2009

i ain't nothing


Life is short to be someone else



i feel suck today!!
hurmm..
i've problem with SDR Mapping software..
like so bongok aku tahu guna SDR Mapping tapi sebab tak cukup data aku jadi terpinga-pinga..
ohhh..dan satu-satunya lecturer yang tahu guna software tu kebetulan takde dekat King Canal Town ni..
till the end of this month baru dia ada..
erghhh..like 2 days duduk dalam lab try to figure out how to replace frekuensi dalam SDR Mapping..
frekuensi dalam SDR Mapping??
ennn..macam mana tu?
tak pernah diajar..before this cuma guna ketinggian pole..jarak mendatar..aras laras..
ok..maybe gantikan aras laras dengan frekuensi??..ok..esok cuba lagi..hari ni??
lab penuh..what the fuck!!nak exam tak payah la rajin masuk lab tu..duduk study saja..
dan kenapa mesti jilid sampai banyak thesis ni??
kena ke bagi dekat En.H yang kerek yang tak pernah ambil tahu pasal PSM aku??
erghh..i hate him!!kenapa ya dia tu sangat annoying like mesti ke kau nak bebel pasal aku tak buat kerja ke apa..what the fuck la kau ni..
aku buat kerja la!!!kalau setakat analisis guna 1 software yang memang senang je..aku pon boleh buat..yang ni sampai 2 software..so,shut up la Mr.Nerdy,,
eeeeee..pfffftttttttttt..tak suka dia!!!

Friday, April 10, 2009

hello, goodbye

entah terasa terbit suatu perasan pilu jauh dalam lubuk hati aku..
mungkin sekarang masa-masa bagi aku lalui sisa baki hidup di UTHM bersama-sama teman dan si dia..
aku fikir ini-lah masa yang sesuai untuk kutip segala kenangan terindah di sini..
dan sebenarnya aku baru tersedar dari lamunan yang panjang..
kami tak lama di bumi UTHM ni lagi..
cuma ada beberapa minggu saja..
bagi teman yang rapat..
mungkin masing-masing sibuk merakamkan sisa-sisa kenangan yang tinggal..
dalam kesibukan yang melanda diri..
masih ada ruang untuk menghabiskan masa bersama teman dan si dia..
entah-lah..
aku rasa baru saja aku kenal teman-teman di sini..
baru saja aku kenal si dia..
kamu tahu apa rasa punya ramai teman walau kamu tak saling memahami tapi kamu bersatu bila saat-saat susah?
aku suka perasaan itu..
tapi bila kamu tempuhi alam yang satu lagi..
alam pekerjaaan
kamu fikir kamu boleh rasa keadaan yang sebegitu?
4 tahun di sini..
beribu..berjuta sebenarnya kenangan pahit manis aku kutip..
kadang-kadang perit..
kadang-kadang manis..
dan terkadang-kala aku menangis tak sanggup nak tempuh yang perit..
tapi dek teman yang sentiasa prihatin..
aku kuat demi mereka..
walaupun aku rasa kawan yang datang ada yang pergi..
tapi aku tetap jalani hidup di sini dengan senyuman..
cuma masa amat mencemburui kami..
terasa kejap sahaja kami di sini..
aku belum puas lagi mengenali teman-teman di sini..
aku belum puas lagi jelajahi seluruh pelosok kampung Parit Raja ni..
belum puas lagi..
entah bila kami ada kesempatan untuk bertemu lagi..
hmmmmm..


first time outing selepas kami berempat kenal..gonna miss this moment



first time kenal dan kami tahu kami becok



paling best dan akan terus ingat :")



first time kena kurung



first time rasa busuk sama-sama di landfill



first time mandi pantai ramai-ramai..berjemur ramai-ramai



dan ini adalah first time kenal si dia dan bergambar bersama :)


tapi,
setiap permulaan mesti ada pengakhiran..
tapi aku harap kisah kita semua..
persahabatan kita yang cuma sekejap ini
akan berkekalan selamanya..
:")


last time panjat kelas sama-sama



last time kami makan free sama-sama



last time nyanyi sama-sama



dan untuk terkahir kalinya kita bergambar beramai-ramai dengan gembira


Monday, April 6, 2009

Enjit enjit semut siapa sakit turun bawah



aku fikir tiada yang lebih indah apabila berada dalam tekanan secara tiba-tiba diajak menaiki gunung dan melihat keindahan alam semesta..
secara tiba-tiba sahaja tanpa sebarang perancangan, aku, mazel (room-mate), si dia, frank, malik, biskut, jLo dan otai pantas saja menuju ke Gunung Lambak..
ok, Gunung Lambak ni bukan-lah belakang rumah kami saja..
tapi di Kluang..
sanggup kan?
aku semacam malas mahu mendaki sebab lama sudah meninggalkan dunia mendaki ni..
dah pancit-lah senang cakap ;)
kami sampai di Gunung Lambak dalam pukul 4.45 petang dan terus mendaki..
cesss..monyet memang mengganggu konsentrasi aku..
naseb baik kami tak bawa apa-apa makanan..
kalau tidak, percaya-lah memang akan dirompak (aku nyaris dirompak tempoh hari)
heh!
jalan untuk ke puncak memang mencabar..
bukan macam kebanyakan gunung..
curam sampai kaki aku nak panjat pun rasa tercabut..
tapi sepanjang laluan kami keindahan ciptaan Allah memang tersergam indah..
air gunung turun membentuk kawasan mandian..

cisss..gara-gara kawasan mandian semulajadi di situ..
ada 2 ekor beruk besar yang cuma hanya ber'seluar dalam tanpa segan silu mandi di situ..
bukan anak beruk, tapi abang beruk mata sepet kulit putih melepak selamba mandi dekat situ..
apa bodoh ke sangat sampai tak tahu kawasan tersebut juga tempat tumpu keluarga untuk berehat?
owhh..lupa, beruk kan?

cuci mata kejap..hahahaha
daki punya daki (sebenarnya baru 4 minit)
sumpah rasa macam setengah jam!
aku dah pancit gara-gara makan maggi perisa kari (ok..boikot juga tapi dibeli sebelum diboikot..faham?)
badan aku terasa semacam..
peluh mula menitis dengan banyak..
tengkuk mula terasa panas..
dan bibir aku..putih..
aku loya tapi tak muntah..
paksa muntah supaya aku ok dan boleh teruskan pendakian kami..
damn!
tak mahu muntah pula!
aku suruh mereka teruskan pendakian..
aku serius tak larat (faktor lain, aku semput sebenarnya)
mereka yang lain terus mendaki
tapi aku dan mazel, turun ke bawah semula
terima kasih kepada mazel sebab jaga aku tempoh hari..
tapi aku terkilan tak dapat lihat keindahan di atas sana..:(
kami turun bawah dan menghabiskan masa di tasik berdekatan gunung tersebut..
bercerita sakan kami
mazel yang pendiam pun bercakap banyak bila duduk dengan aku..
lalala
tunggu punya tunggu hampir 2 jam baru mereka turun semula dengan muka bangga..
sabar sabar..
si dia memang bangga tak terkira..
ceh..
tak mengapa..next time..aku cuba lagi naik lebih tinggi
dan tak akan makan maggi ;p









jeng jeng jeng, pendakian bermula



oke, dah pancit si baju biru..adeh





mereka yang berjaya (cess, jeles jeles)





eyhh..si baju biru yang kecundang..sob sob (next time panjat tinggi lagi)








p/s: masih lagi dalam tekanan projek akhir..damn!!

Sunday, April 5, 2009

Come on laa..growing up banyak lebih tinggalkan hasad dengki-lah!



"Pakaian tidak melambangkan keperibadian seseorang"









Enough said.

Friday, April 3, 2009

gila kecewa weyy!



erghhhh..
memang kecewa gila-lah..
kenapa-lah jadi macam tu..
penat aku simpan harapan tinggi menggunung..
tak sabar pun ada..
2 bulan lah kot aku macam terlebih excited tunggu..
bila dah ada depan mata..
apa yang dinanti-nantikan cuma indah khabar dari rupa..


damn..so much frustrated!
ok..it was ok-lah (?!)
not much like the book..though
mungkin letak high expectation for this movie
heh!
but..oh please..
all the costume..
kenapa macam badut?
badut
badut
badut
badut
badut



ok sekian sahaja ulasan untuk filem Shopaholic!
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com