Pages

Monday, April 6, 2009

Enjit enjit semut siapa sakit turun bawah



aku fikir tiada yang lebih indah apabila berada dalam tekanan secara tiba-tiba diajak menaiki gunung dan melihat keindahan alam semesta..
secara tiba-tiba sahaja tanpa sebarang perancangan, aku, mazel (room-mate), si dia, frank, malik, biskut, jLo dan otai pantas saja menuju ke Gunung Lambak..
ok, Gunung Lambak ni bukan-lah belakang rumah kami saja..
tapi di Kluang..
sanggup kan?
aku semacam malas mahu mendaki sebab lama sudah meninggalkan dunia mendaki ni..
dah pancit-lah senang cakap ;)
kami sampai di Gunung Lambak dalam pukul 4.45 petang dan terus mendaki..
cesss..monyet memang mengganggu konsentrasi aku..
naseb baik kami tak bawa apa-apa makanan..
kalau tidak, percaya-lah memang akan dirompak (aku nyaris dirompak tempoh hari)
heh!
jalan untuk ke puncak memang mencabar..
bukan macam kebanyakan gunung..
curam sampai kaki aku nak panjat pun rasa tercabut..
tapi sepanjang laluan kami keindahan ciptaan Allah memang tersergam indah..
air gunung turun membentuk kawasan mandian..

cisss..gara-gara kawasan mandian semulajadi di situ..
ada 2 ekor beruk besar yang cuma hanya ber'seluar dalam tanpa segan silu mandi di situ..
bukan anak beruk, tapi abang beruk mata sepet kulit putih melepak selamba mandi dekat situ..
apa bodoh ke sangat sampai tak tahu kawasan tersebut juga tempat tumpu keluarga untuk berehat?
owhh..lupa, beruk kan?

cuci mata kejap..hahahaha
daki punya daki (sebenarnya baru 4 minit)
sumpah rasa macam setengah jam!
aku dah pancit gara-gara makan maggi perisa kari (ok..boikot juga tapi dibeli sebelum diboikot..faham?)
badan aku terasa semacam..
peluh mula menitis dengan banyak..
tengkuk mula terasa panas..
dan bibir aku..putih..
aku loya tapi tak muntah..
paksa muntah supaya aku ok dan boleh teruskan pendakian kami..
damn!
tak mahu muntah pula!
aku suruh mereka teruskan pendakian..
aku serius tak larat (faktor lain, aku semput sebenarnya)
mereka yang lain terus mendaki
tapi aku dan mazel, turun ke bawah semula
terima kasih kepada mazel sebab jaga aku tempoh hari..
tapi aku terkilan tak dapat lihat keindahan di atas sana..:(
kami turun bawah dan menghabiskan masa di tasik berdekatan gunung tersebut..
bercerita sakan kami
mazel yang pendiam pun bercakap banyak bila duduk dengan aku..
lalala
tunggu punya tunggu hampir 2 jam baru mereka turun semula dengan muka bangga..
sabar sabar..
si dia memang bangga tak terkira..
ceh..
tak mengapa..next time..aku cuba lagi naik lebih tinggi
dan tak akan makan maggi ;p









jeng jeng jeng, pendakian bermula



oke, dah pancit si baju biru..adeh





mereka yang berjaya (cess, jeles jeles)





eyhh..si baju biru yang kecundang..sob sob (next time panjat tinggi lagi)








p/s: masih lagi dalam tekanan projek akhir..damn!!

0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com