Pages

Thursday, December 31, 2009

suka duka 2009



kalau boleh tak mahu dah ungkit kisah 2009
sebab terlalu banyak yang pahit dari yang manis
tapi nak imbas balik dari awal tahun sampai detik 31122009
tiba-tiba segala yang jelik dah mula keluar balik dari kotak ingatan
aku kalau boleh memang tak mahu ingat dah sebab aku rasa buang masa, tenaga dan perasaan sebenarnya
bermula dengan kawan-tikam-belakang, cinta kau-dan-dia, gangguan seksual, kesempitan yang sempit dan jobless
tapi kemudiannya berjumpa kawan baru yang serba best, kerja baru dan environment baru

kawan-tikam-kawan memang aku tak mahu ungkit lagi sebab i feel guilty dah untuk talk shit about other people
aku rasa yang lepas tetap dah lepas
aku cuma kalau jumpa dia dekat mana tempat cuma aku senyum
i don't need friends yang bila depan senyum, babe, hugs & kisses tapi belakang aku tikam dalam-dalam, shout-out tak best dekat facebook perli-perli apa yang aku buat
sudah aku kata
aku dah tinggalkan zaman sekolah, drama swasta, kroni-kroni, hasut-hasut
senang cerita kalau nak jadi bitch sangat, jadi-lah sorang-sorang ok?
dan aku tak gemar kalau siapa-siapa yang baru kenal aku 2-3 tahun dah declare kenal-rapat aku sangat-sangat sampai boleh cerita buruk aku depan kawan lain

kemudian gangguan seksual oleh seorang bangsa yang aku rasa memang busuk
trust me bila aku cakap sebelum kejadian boleh-lah nak cakap kau nak terajang la, tampar ke
tapi bila dalam situasi kau memang akan speechless
memang muka bangsat tu aku tak mahu ingatlah..
macam kalau aku jadi klien kau kan mana tahu kalau Allah nak tunjuk
aku nak tengok apa kau mampu buat time tu

yang manis indah belaka apabila akhirnya tamat juga pengajian 4 tahun aku di UTHM
yay, akhirnya hari konvokesyen
seronok yang amat walau heel aku patah
tapi overall memang superb

dan kemudian pekerjaaan pertama sebagai jurutera projek
seronok walau kena humban jauh di rompin
berpuasa jauh seorang diri dari keluarga
raya pertama kali dan bagi duit raya dekat adik-adik
dan kemudian berhenti kerja sebab peristiwa yang aku cerita tu lah
dan akhirnya akan bekerja pada 04012010 di Kemeterian Kesihatan Malaysia
bukan jadi doktor ya
tapi boleh-lah doktor buat klinik desa dan hospital
heh!

dan berkenalan dengan kawan-kawan baru semasa praktikal dan tempat kerja lama
kawan-kawan baru yang mana aku kira semua lelaki semasa praktikal di Sime Darby
En.Hizir,En.Khalid, Azhar,En.Shukri yang sampai sekarang rajin telefon tanya bila aku nak minta kerja dekat sana sebab rindu nak dengar aku bebel
haha
dan semestinya Sundram kawan-di-tapak-Rompin
Ravi, Mani, Muthukumar sumpah rindu mereka!
Sundram yang sanggup telefon dari India (Sundram berhenti kerja sejurus selepas aku berhenti sebab malu ada bos begitu)
En.Azman yang sanggup hantar aku balik Muar selepas dari kejadian
dan Farah, Nur dan Ema
kakak rindu adik-adik (comel kan aku jadi kakak dalam watak ni sebab aku paling tua)
nanti memang aku akan ke Rompin jumpa budak-budak ni
tunggu ye adik-adik yang tiap-tiap hari telefon tak habis-habis rindu

cinta cinta cinta
malas mahu ulas
tapi sentiasa berdoa mohon supaya yang terbaik untuk aku
ada teman hidup yang sempurna pada kaca mata aku
dah cukup bagi aku
cuma aku harap pada siapa-siapa lah yang mahukan seorang perempuan
berani ambil risiko
ini yang sungguh aku kesalkan
hummphhh..

ok selamat tinggal 2009
saya tak mahu ingat awak lagi
ok syohhhh
kejam je bunyinya
ok, masih ingat sedikit-lah sebab 2009 banyak mengajar aku menjadi manusia yang lebih mulia
:)

3 orang pengkritik:

Musezafar GB said...

selamat tahun baru babe.. wish you all da best in your future life.. AMIN..

Solaris said...

goodluck sue. jom kita sama-sama mula hidup baru dengan kerja baru! chaiyok :))

Nur Suhaila said...

apar : thanks babe..selamat tahun baru..wish you more happiness ok? and u will always be the best :)

yani : good luck gak yani!lupakan yang lama, mari mulakan yang baru, don't stop until u reach a destination ok?

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com