Pages

Monday, May 31, 2010

Youth10 sebelum tua..iskk


Fakta Youth10:

1. Kalau umur atas 25 tahun, toksah ngengada nak datang, duduk rumah layan Oprah je
2. Kalau dalam dompet cuma ada RM 50.00 dan ke bawah, jangan nak pengsan-pengsan tengok jualan-jualan murah ya di sini
3. Kalau tak suka suasana hingar bingar, jangan datang
4. Takde kalau-kalau dah..


Sebenarnya saja je menghabiskan masa dengan aktiviti macam ni
dari duduk rumah kebosanan
tapi Sabtu tengahari dan petang aku menonton movie Sky of Love dan Rough Cut di saluran Astro Mustika (rasanyalah)
dua-dua cerita korea..
memang terbaik

Sky of Love
cerita pasal seorang perempuan,Mika hilang handphone dekat library dan selepas dapat balik handphone,dapat panggilan misteri dari seorang lelaki,Hiro.Jadi mereka jatuh cinta.Lelaki ada penyakit kanser.Ingin putuskan hubungan tapi diketahui perempuan.Perempuan menjaganya.Ok-ok memang malas nak cerita sangat.Tapi.....babak paling best aku rasa semasa Mika di hospital sedang mengait untuk Hiro.



Hiro
: Mika, apa akan jadi selepas mati?

Mika : ........
Hiro : Aku nak jadi awan :)
Mika : Kenapa?
Hiro : Supaya aku boleh lihat engkau..sentiasa
Mika : Supaya bila aku rindukan engkau, Hiro, aku akan pandang langit.Bila awan cerah,maksudnya engkau gembira.Bila hujan, engkau sedang bersedih.Bila matahari terbenam dan awan kemerahan, maksudnya en gkau malu.Bila malam,banyak bintang,maksudnya,engkau sedang peluk aku dengan nyamannya.

Sedih sampai mengalir sedikit air mata.Sedikit je tak banyak


Ok,next movie 'Rough Cut'

Mengenai kisah seorang lelaki samseng terkenal di Je pun yang bersetuju untuk berlakon filem dan menjadi diri sendiri.Dikhianati.Hampir mati.Seks.Bunuh.Tikam-tikam.Hensem betul samseng ni lah.2 thumbs up!Memang terbaik!



Oh hampir terlupa aku juga menonton Syurga Cinta
first time ni tau! garapan cerita ini memang banyak beri keinsafan terutaman apabila datuk kepada Heliza menasihatkan Awal mengenai cinta.

Cinta ada 3 jenis :

Cinta dari Syaitan
terjadi apabila lelaki dan perempuan saling terpesona.jatuh cinta kemudian berpegangan tangan.dan kemudian melakukan maksiat sehingga perempuan tersebut mengandung.kemudian baru bernikah bagi menutup malu.ingat, itu cinta dari Syaitan

Cinta dari Jin
terjadi apabila cinta lelaki ditolak oleh perempuan.bagi mendapatkan perempuan tersebut,lelaki mula berjumpa bomoh atau menggunakan jin (minyak dagu, minyak pengasih).dan kemudian perempuan jatuh cinta dengan lelaki akibat perbuatan sihir.Nauzubillah minta dijauhkan

Cinta dari Allah S.W.T
cinta paling agung.lelaki dan perempuan jatuh cinta selepas saling berpandangan.lelaki mendekati perempuan tersebut dengan niat untuk merapatkan hubungan.bagi mengelakkan maksiat, terus meminta izin dari kedua-dua orang tua untuk menjadikan isteri.berkahwin dan bahagia hingga ke akhir hayat.Alhamdulillah.aku mahukan cinta ini.

mungkin sebab itu, aku dan si dia selesa berjauhan begini
boleh mengelakkan dari berjumpa selalu
dan kami tak pergi berjalan-jalan merantau
cuma menonton movie dan makan-makan
sebab kami cuba untuk kekal cool dan rilex
tak beria-ia sangat

diminta teguhkan hati hambamu ini Ya Allah supaya tidak melampaui batas-batas agama
dalam berkasih sayang
akan wujud orang ketiga sehinggakan terlupa mana yang betul dan salah


0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com