Pages

Monday, October 11, 2010

Semoga semuanya dipermudahkan..Amin



Setelah mengalami rentetan episod kemurungan diri yang semakin menjadi-jadi,
akhirnya aku berjaya juga mengawal sedikit perasaan murung yang terbuku di dalam hati
tapi terkeluar juga kadang-kadang apabila berhadapan dengan makhluk tersebut di office
minggu lepas merupakan minggu yang paling aku kira tertekan dan menyeksakan
aku rasa hampir setiap hari aku mendoakan makhluk busuk tersebut di langgar lori balak
berdosa betul mendoakan kematian orang lain walaupon makhluk busuk tersebut berlainan bangsa dan agama
makin hari makin menyampah
grrrrrrrrrrrrrrrr!!!



Kita tinggalkan segalanya mengenai makhluk busuk
(wei, dah kenapa aku tertekan butang Publish Post ni!!!)
Jumaat lepas, office aku buat pejabat terbuka bagi meraikan hari terakhir Syawal
ada yang datang bawa perut sahaja macam aku..yang datang bawa perut sahaja menyumbang dalam bentuk kewangan
ada juga bawa Potluck, bermacam jenis makanan sampai aku rasa rambang mata mahu makan yang mana dahulu
akhirnya aku memilih untuk makan sate disebabkan kempunannya aku sudah lama tak jamah sate
sorrylah sate Hj.Samuri, kurang umpphlah..sate Muo lagi best (yang depan bus-stand Pagoh tu)



terliur kan tengok?
liat sikitlah, tapi sedap

rasa sakit hati je kan tengok kek dekat depan ni
hancur!
inilah akibat apabila minta tolong lelaki potong kek ni sampai bos tanya 'Apa ni??'

yang ni pizza malaysia
isteri officemate team klinik yang buat :)

yang ni kawan-kawan office
dorang semua best dan baik
kalau ikutkan hati nak letak gambar makhluk busuk dekat sini
tapi takut dia terjumpa belog ni kang, mampus aku

taraaaa..this is my GFF ok uolsss
nama dia Kanesh :)
kami suka bincang pasal fashion



10.10.2010
aku habiskan masa di Midvalley seawal 11 pagi
bukan shopping tapi ke career fair
nampaknya tiada yang berkenan di hati
laju sahaja langkah aku keluar dari situ dan terus drive ke Gombak menemankan Kusam ke majlis kahwin kawannya
kenyang betul makan nasi minyak orang Gombak ni
tapi tetap tak dapat tandingi nasi minyak Pak Kadir
pehhhh, meleleh air liur aku teringatkan Ayam Masak Merah Pak Kadir
terbaik!
memang kalau ada jemputan kahwin dekat Muo, aku awal-awal tanya mama siapa yang masak
kalau Pak Kadir memang laju je aku balik
kalau orang lain, memang liatlah jawabnya
angan-angan untuk minta Pak Kadir sendiri masak pada hari perkahwinan aku mungkin musnah sebab gosip mengatakan Pak Kadir nak bersara dan menyerahkan perniagaan Nasi Minyak kepada anaknya


cantik tak?
menyampah ek apa punya soalan tu
aku pakai bunga palsu di kepala inspired by Blair Waldorf
yela, aku fikir kalau zaman free-hair rambut berterbangan dulu, rajin aku hias rambut aku
jadi, perempuan bertudung pon layak untuk berhias selagi menutup aurat dan tak mendedahkan apa yang tidak patut didedahkan :)


konon ambil berkat-lah ni ye bergambar depan gerbang ni
Amin :)







dan aku sudah mengorak langkah untuk buat apa yang aku gemari
aku akan cuba dan tidak berputus asa untuk mengejar apa yang aku minati










mulakan minggu ini dengan doa dan harapan!





2 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com