Pages

Friday, December 5, 2008

..prejudis..

aku bukan seorang yang prejudis..
dari kecil lagi aku dibesarkan di kalangan masyarakat dari bangsa Cina dan India..
ada masalah dengan itu??

jiran sebelah aku yang mana berbangsa Cina sangat baik..
susah dapat jiran yang bila tengah malam..
waktu kami dah nak tidur..
buka lampu kaler oren..
tiba-tiba nyonya sebelah rumah ketuk pintu bawa suami dia sebab ingatkan rumah kami terbakar..
tengah malam pukul 12.30..
sanggup dia berlari datang sebab risaukan kami sekeluarga..

jiran depan rumah kamu..bangsa Cina juga..
tiap-tiap hari tidak lupa beli ikan untuk kucing kami yang banyak 30 puluh ekor..
sedekahkan ikan segar untuk kucing kami walau kami mahu beri seekor..
tapi menolaknya dengan alasan cucu dia asma..
dan dia bukan nelayan..

jiran sela 3 blok rumah kami adalah bangsa India..
anak dia selalu mabuk..
datang rumah kami menangis sebab percayakan arwah atuk dan arwah nenek aku..
dan bila kami buat kenduri..
tak payah disuruh..
mai datang tolong..

dan jiran depan rumah kami juga sebangsa aku..
ambil berat tentang kami bila kami beli kereta baru..
perabot baru..
"amboi..dah nak raya ke beli??"

aku gembira berjiran dengan pelbagai kaum ini..
dan aku sangat rindu zaman kami anak melayu cina dan india bermain pasir main pondok-pondok tanpa sebarang rasa prejudis..

sekarang..???
bullshit la kau kalau kata sama juga..
aku edar flyers untuk kempen kitar semula U aku..
selitkan dekat sebuah rumah..
datang budak-budak lelaki sebangsa dengan aku..
sambil ejek aku..
"eeee.letak rumah Cina..eee..rumah Cina..rumah Cina"
ye..
mereka masih kecil..
kecil apa kalau ada yang dah bermisai..

dan aku pesan diri aku..
kau esok kalau ada anak suhaila..
jangan lupa serapkan nilai cintakan bangsa..
cintakan kepelbagaian..
jangan prejudis..

0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com