Pages

Friday, June 24, 2011

.Kerja kerja kerja.

Assalamualaikum :)
2 minggu lebih terabai belog aku ni, kasian sama dia
terima kasih kepada yang bagi komen positif dan beri kata-kata dorongan untuk aku bagi entri di bawah :)
ada berita baik yang nak dikhabarkan :)
aku dapat tawaran bekerja di tempat yang lebih baik dari sekarang
dan paling bagus kerja kali ini betul-betul menepati degree yang aku perolehi selama ini
segala ilmu mengenai landfill, waste management, leachate, insyaAllah bakal dipraktikkan (ok, siapa tak pasti mengenai landfill dan leachate sila google)
segala ilmu yang aku tuntut sambil menghidu keharuman sampah di Sepa*ng Landfill dan Seelong akan aku keluarkan dari dada walaupon dah hampir berhabuk ilmu tersebut disebabkan terlalu lama tak tajamkan ilmu yang lama terpendam ni
entah apa aku mengarut ni
bukan aku tak suka kerja sekarang, walaupon dengan gaji yang tak berapa nak banyak, tapi aku suka kerja ni, aku belajar banyak perkara baru terutama betapa pentingnya manusia ni mengekalkan ekologi alam sekitar ni
orang kata kalau dapat sesuatu yang lebih baik dari sekarang, baik grab je kan
lagi pon, hati tiada di sini lagi disebabkan seseorang, ramai kawan aku hilang dari tempat kerja sekarang
jadi, aku ikut jejak langkah mereka
aku tak nak malas-malas lagi
aku tak nak bertangguh-tangguh lagi, bercakap mengenai tangguh kerja ni, macam mana nak bagi kita fokus kepada keja yang kita sedang lakukan ye?
kadang-kadang bosan dengan diri sendiri ni yang degil asyik bertangguh kerja je
tapi kalau dah rajin, memang laju je semua benda aku buat, mungkin ikut mood?
tak tahulah
tapi kerja di tempat baru nanti, aku akan buat kerja dengan bersungguh-sungguh
aku nak simpan duit untuk kahwin
ni tak, nak menyimpan pon payah dengan gaji macam tu dan duduk di Kuala Lumpur
rasa makin sesak nafas lak, aku mula rasa teraniaya dengan 'golongan' yang cakap rakyat diutamakan
ok takmo cerita pasal ketidakpuasan hati aku terhadap mereka, karang masuk mahkamah lak ;p
perbualan dengan seorang kawan, menguatkan lagi hati aku mengenai taraf perempuan sebagai jurutera awam/elektrik/mekanikal
ini pendapat aku dan kawan sahaja, kalau ada pendapat lain, boleh berkongsi sama-sama
aku ingatkan aku sahaja yang berfikir perempuan kalau jadi jurutera, kalau bekerja di sektor awam, boleh sahaja berlama-lamaan
tapi kalau di sektor swasta, lebih-lebih terpaksa duduk di site, bakal wujud masalah kalau sudah berkahwin
kalau single, memang takde hal la kan, ikut suka la nak pergi mana pon
tapi kalau yang berkahwin atau bakal berkahwin ni..akan susah sedikit
kalau kerja di consultant, ok sikit rasanya, atau pun dekat developer, mungkin tak banyak gerak ke site
tapi kalau di pihak kontraktor, emmm, susah rasanya
seorang kawan lelaki yang sedang dalam kemelut di mana dia bakal berkahwin dan bakal isterinya duduk nun jauh di utara manakala dia pula di Kuala lumpur, tanyakan aku 1 soalan bonus
kawan aku bertanyakan adakah aku sanggup tinggalkan kerja yang aku suka sekarang, semata-mata untuk ikut suami ke tempat yang suami tinggal sekarang?
aku tanpa ragu-ragu jawab 'ya, aku sanggup sebab kalau semua tak nak mengalah, tak nak bertolak-ansur, sampai bila nak duduk jauh?boleh tahan duudk jauh lama-lama?aku sanggup mengalah'
dan aku dah lama fikir sebenarnya mengenai hal ini
tak kisah la aku punyai degree civil engineering ke apa, tapi aku sanggup berhenti kerja demi suami bukankah kerja bodoh?
eh, tak bodoh, tapi sebab dalam Islam sendiri ada sebut mengenai tanggungjawab seorang isteri kan
kalau aku udah berpindah ke tempat tinggal suami yang jauh, tak semestinya aku tak bekerja langsung membantu suami, kalau perlu aku kerja, aku cair kerja
tapi bakal suami pernah menyebut, terpulang pada aku, tapi kalau boleh dia lebih suka aku duduk di rumah sahaja
dan duduk di rumah sahaja tak semestinya aku duduk goyang kaki sahaja, mungkin aku akan buat bisnes dari rumah
come on la kan, banyak benda yang boleh isteri buat di rumah
tapi tapi, kalau suami mampu bayar semua bebanan hutang, dan aku tak rasa aku akan duduk goyang kaki di rumah sahaja
ada la rezeki lain untuk aku nanti
aku selalu fikir, rezeki tu ada dekat mana-mana, Allah tak pernah abaikan atau susahkan hamba-Nya kecuali yang tak nak berusaha langsung, goyang kaki tunggu guit masuk mana dapat kan
jadi ckgu tadika pon aku suka gak, tak pon bukak pusat jagaan kanak-kanak yang memang aku dah terfikirkan lama dahulu
sebab tu sekarang kena usaha kumpul duit sebab aku dah ada planning masa depan
tapi ada juga kawan-kawan aku yang sebelum kahwin, berbincang dengan pasangan masing-masing siapa mahu berhenti kerja, dan end up dengan yang gaji rendah akan berhenti kerja, itu salah satu kaedah la kan
ada juga nak paksa suami pindah duduk dengan dia, itu aku ucapkan good luck la kan..
bagi aku berkorban itu perlu, dan tak perlu pentingkan diri sendiri itu wajib
jadi renung-renungkan lah mana yang baik dan buruk dan selamat beramal :)

4 orang pengkritik:

Unknown said...

wahh.. udah jauh merenung masa depan.. insya allah, semoga lebih selesa di tempat baru

Nur Suhaila said...

heee..lama fikir-fikir pasal ni tau kak ayu, nanti takde pening sangat..thanks sebab selalu support sue :)

alifah@along said...

wahhh..i pun nak jd mcm sue la... hehehe

Nur Suhaila said...

hehehe..part yang mane nka jadi macam sue??

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com