Pages

Thursday, June 2, 2011

.Pakai tudung nak cantik atau sebab nak tutup aurat.



Mintak maaf kalau tersinggung baca tajuk entri di atas
tapi ini untuk aku, bukan untuk sesiapa
sejak akhir-akhir ni, aku rasa bosan dengan diri sendiri
aku ni jenis cepat bosan, tapi nasib baik Allah tetapkan pendirian sayang aku :)
bukan apa, aku bosan tengok baju-baju dan jeans aku
aku boleh kira berapa banyak baju yang aku ada, yang betul-betul labuh menutup punggung
seluar jeans pon, banyak yang skinny
seriously, skinny jeans tu, dari zaman aku free-hair
aku gabungkan skinny dengan baju paras lutut, sejak bertudung
tapi sekarang aku rasa malu dengan diri sendiri yang bertudung, tapi pakai seluar ketat-ketat lagi
kadang-kadang pakai tudung tak tutup dada
malunya aku dengan Allah!malunya aku dengan malaikat kiri kanan aku!
tapi alhamdulillah, aku cepat tersedar dan disedarkan oleh bakal imam aku (insyaAllah)
dia tak pernah putus asa membimbing aku, selalu sahaja bagi ceramah free dekat aku
walaupon aku diam tak bersuara sampai dia rasakan aku tak nak dengar, tapi sebenarnya aku mendengar dan aku fikir balik
aku malu, malu yang amat sangat
tapi, aku mahu berubah, aku mahu mendalami Al-Quran dengan mendalam lagi
setakat aku berubah ke arah memakai tudung dan menutup aurat tapi aku seronok dengan duniawi sahaja, nak buat apa?
aku mahu mendekatkan diri kepada Allah dengan mengenal lebih dalam lagi maksud-maksud di dalam Al-Quran, dan menghayati apa yang ingin disampaikan
dulu aku banyak merapu, aku pakai tudung tapi pakai legging, aku pakai tudung tapi atas tudung letak riben la, aku pakai tudung tapi baju singkat tak tutup punggung la, aku pakai tudung tapi ketawa kuat la, aku pakai tudung tapi mencarut, aku pakai tudung tapi suka bergosip, aku pakai tudung tapi suka dengar gosip orang lain, aku pakai tudung tapi aku tak menjaga solat, aku pakai tudung tapi aku kurang mengingati Allah dan para rasul
sesungguhnya aku menggigil mahu mengaku semua ini
Ya Allah!banyaknya dosa aku
aku tak nak lagi hanyut, aku tak nak lagi leka, aku tak nak lagi terus hilang dalam duniawi
aku sedih dengan kawan aku yang mana apabila aku tegur cara dia pakai tudung nampak dada sebab dia masukkan tudung dalam baju dia, terserlah mahkota yang dia ada, aku cakap 'nampak dada kau', kawanku jawab, 'kan bergaya pakai macam ni, aku tak rela pakai tudung tutup dada, macam makcik-makcik',saat tu nak sahaja aku lempang muka kawan aku tu
tapi apabila aku fikir yang aku tak layak untuk buat sebegitu, aku diam, wajarkah aku diam?hmmmm
aku tak faham kenapa kalau pakai tudung tutup dada, kau kata macam makcik?
aku tengok ramai je contoh perempuan yang betudung tutup dada dan masih lagi nampak menawan..
mungkin dia belum nampak lagi jalannya, insyaAllah aku doakan untuk kawan aku yang satu ni
tapi sekarang aku bercakap tentang diri aku
aku harap aku mampu berubah, dan aku masih lagi sedang muhasabah diri aku yang hina ni




Ya Allah, Engkau tetapkanlah hatiku ini pada jalan-Mu


9 orang pengkritik:

Silent Reader said...

Assalamualaikum....entri yang bagus n sangat down to earth.....Bila baca post ni, scr x langsung kita blh saling ingat mengingati antara satu sama lain....dan niat ke arah perubahan yang baik akan dipermudahkan oleh Allah....InshaAllah....

Nur Suhaila said...

waalaikumussalam silent reader..saya masih lagi dalam proses mendalami Islam dengan mendalam..malu rasanya saya seorang Islam tapi saya kurang menghayati keindahan Islam itu sendiri..insyaAllah..mudah-mudahan perubahan ini dapat membawa kebaikan untuk semua pihak :)

Abdullah said...

assalamualaikum saudari.. berdoa'alah pada Nya..islam agama petunjuk, ibarat manual kita hidup di dunia yang sementara ini.. berdo'alah supaya sentiasa.. Allah membuat peraturan hidup ini untuk kita gak hambaNya.. Sebab Allah nk tinggikan darjat kita berbeza dengan makhluk lain ciptanNYA.. ALLAH nak bagi kita Syurganya...Itulah tempat kita tuju..igt stu perkara Allah sgt sygkan saudari...

Nur Suhaila said...

waalaikumussalam saudara Abdullah..terima kasih di atas nasihat dan pandangan saudara..saya akan terus memperbaiki diri saya :)

syafeenamk said...

alhamdulillah, mudah-mudahan.. :)

S.A. said...

Hi Suhaila, a very good entry dan saya rasa ramai wanita di luar sana rasa nak menutup aurat sebaik mungkin tapi rasa susah sikit nak buat, antara tutup aurat sepenuhnya dan nak ikut trend. Bila semakin meningkat usia, dan berkahwin, kesedaran datang sendiri, rasa malu nak pakai baju singkat2, atau seluar ketat2. Apa2 bermula dari niat, mohon tetapkan hati ke jalan yg baik2.

Nur Suhaila said...

Hi S.A..thanks..saya sebenarnye rasa sebagai perempuan, keinginan untuk berpakaian cantik dan nak ikut trend sentiasa membuak-buak..sampai kadang-kadang kite lupe tuntutan agama tu sendiri..saya setuju dgn ape awak ckp tu..niat..ape2 yg penting niat..ingsyaAllah kayuh perlahan-lahan untuk jadi yang terbaik :)

Unknown said...

Salam , betol jugak , Fatin pon dulu free hair , and skinny neh dulu sampai sekrang lah org pakai , Fatin pon pakai , tp bila dah lama2 tuhh , rasa mcm nak buang ja skinny nehh , rasa rimas bila pakai lama2 , Jujur fatin ckp , baju labuh bawah punggung pon ada 4 ke 5 helai jaa . Harap kita semua boleh ke arah jalan yg benar :)

Nur Suhaila said...

Wsalam Fatin :)..nampaknye kita semua pernah rase keadaan yang same kan..mule2 pakai tudung..tp masih lagi pakai skinny jeans..then lame2 rase tak selesa sangat pakai mcm tu..then rase nak pakai baju longgar2 lak..step by step merangkak belajar care yang betul kan :)

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com