Assalamualaikum :)
Rasanya cukup lama terbiar belog kesayangan ni untuk beberapa ketika untuk menyelesaikan beberapa perkara (padahal ko susah nak update belog dekat ofis ;p)
Entri ini sebenarnya dah lama aku tulis, tapi tak sempat untuk aku publish sahaja memandangkan kesibukan kerja
Hari ini merupakan hari ke-8 umat Islam menunaikan rukun Islam ke-3..alhamdulillah sekejapa sahaja masa berlalu kan?
Aku tengok sehari sebelum tiba bulan Ramadhan, macam-macam persediaan yang dilakukan
Ada yang aku tengok dah beli baju raya siap-siap, patut la Sunway Pyramid penuh orang itu hari..
Mungkin sebab raya jatuh pada hari Selasa, hari Sabtu pula orang dah mula berkejar untuk pulang ke kampung, jadi tiada masa mahu membeli-belah, ye dak?
Tapi yang penting sebenarnya persediaan untuk diri sendiri bagi menjalani ibadah puasa..dah bersedia menahan perut dari makan dan minum?
Tapi yang paling penting ialah menjaga mulut, telinga, mata dan seluruh anggota badan kita dari benda-benda yang tidak elok / melalaikan
Jangan mengumpat dan mengata orang lain
Jangan mendengar hasutan orang lain
Pokok pangkalnya, banyakkan beramal dan jauhi kemungkaran :)
Sebenarnya, perkara-perkara tersebut perlu kita serap di dalam diri dan hati kita bukan sahaja ketika tibanya bulan Ramadhan tetapi juga bulan-bulan biasa
Ramadhan melatih diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara tersebut supaya dengan mudah dapat kita praktikkan sejurus selepas tamat bulan Ramadhan
Selamat Berpuasa kawan-kawan!
Berbuka puasa biarlah penuh dengan kesederhanaan dan keinsafan dengan beringat-ingat dengan nasib mereka yang seagama dengan kita di Palestin dan Iraq, semoga Ramadhan mereka dipenuhi dengan limpah rahmat dari Allah Taala, Amin...
0 orang pengkritik:
Post a Comment