Pages

Tuesday, August 23, 2011

Kenapa lelaki curang??




Assalamualaikum semua :)
Maaf kalau ada yang buka belog ini tapi aku private-kan
Sebenarnya aku tak berapa gemar kalau ada di kalangan rakan pejabat yang baca blog aku ni, kalau bekas rakan pejabat, aku tak kisah, tapi dengan tempat sekarang, aku rasa terlalu banyak orang yang suka ambil tahu hal orang lain
lebih-lebih lagi ada insiden tak disengajakan
apabila seseorang di pejabat terjumpa blog aku melalui e-mail aku
aku tak marah, cuma aku terkilan sebab tak perlu dia nak cakap kuat 'eh, asal dah tak boleh baca blog kau lagi?', sedar tak kita ni duduk depan bos?duduk depan kawan pejabat yang lain?tak perlu nak cakap kuat-kuat
aku rasa kalau dia buka blog ni balik, pandai baca pandai simpan, tak payah nak ringan mulut tanya pasal blog aku ni
al-maklumlah, aku minat menulis, tapi aku tak berapa gemar apabila digembar-gemburkan pasal perkara ini


Berbalik semula kepada tajuk entri kali ini 'Ken
apa suami/pasangan curang?'
aku tertarik untuk menulis mengenai perkara ni sebab
dalam masa tak sampai setahun, terlalu banyak kisah kecurangan suami/pasangan yang diluahkan dekat aku
daripada apa yang aku dengar, ada yang sanggup menipu dengan bekas kekasih semata-mata nafsu mahu bersama perempuan lain
hebat!mula-mula si lelaki mengatakan ibu bapa tidak me
restui hubungan mereka, ok itu sesuatu yang sukar, tapi kenapa tidak pernah berusaha untuk pujuk hati ibu?tak pernah dikenalkan pun si perempuan kepada ibu, alih-alih berputus asa?
kalau betul mahukan si perempuan, tak salah berusaha keras, bawa dulu berjumpa ibu, mana tahu hati ibu terbuka, kalau dah bawa berjumpa tapi ibu masih tak suka, mungkin cuba cara lain atau berpisah
at least ada effort untuk satukan dua jiwa dari tak berusaha langsung
tiba-tiba aku teringatkan kisah seseorang yang bercerita kepada aku tentang penentangan ibu si lelaki untuk terima si perempuan gara-gara berasal dari sebuah negeri
alkisahnya, si lelaki jatuh cinta dengan si perempuan ketika zaman belajar
beberapa tahun bermadu kasih, maka si lelaki ingin perkenalkan si perempuan dengan family-nya lebih-lebih lagi ibunya sendiri
tapi, tak sangka mendapat tentangan hebat dari ibu si lelaki ni gara-gara tak suka asal-usul si perempuan ni
paling menyayat hati apabila mereka keluar berjalan-jalan di Johor dan si perempuan ingin tumpang solat di rumah keluarga si lelaki memandangkan sudah terlalu dekat dengan rumah family si lelaki
tapi, ibu lelaki dengan keras hatinya tidak benarkan si perempuan jejakkan kaki langsung ke rumah mereka
dari situ si perempuan dapat melihat betapa susahnya mereka untuk bersama kelak
ibu si lelaki pula mendesak si lelaki menerima balik bekas kekasihnya sebab dulu-dulu masa si lelaki masih dengan bekas kekasih, berkenan betullah ibunya dengan bekas kekasih tu
akhirnya tumpah air mata si lelaki di hadapan ibunya sendiri dengan mengatakan dia terlalu cintakan si perempuan, dan janganlah minta dipisahkan dengan si perempuan
dan, ibu meminta supaya si lelaki membawa si perempuan datang menemuinya
lama-kelamaan hati ibu terbuka untuk menerima
si perempuan melihatkan kesungguhan anak lelaki yang terlalu sayangkan si perempuan dan kesungguhan si perempuan mengambil hati ibu si lelaki
dan sekarang?alhamdulillah, mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun 2011
itu namanya hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
macam cerita yang aku sampaikan awal entri tadi yang si lelaki tak buat usaha apa-apa, kemudian tawar hati kot, dan mereka berpisah
perpisahan mereka memang teruk lebih-lebih lagi beberapa minggu selepas berpisah, lelaki tersebut sudah mula meletakkan status 'in a relationship' dengan perempuan lain di Facebook
bekas kekasih mahukan penjelasan kenapa semudah itu melupakan kasih mereka?kenapa dulu tak pernah letak status 'in a relationship' ketika mereka bersama lagi?
jawapan lelaki itu mudah sahaja, itu kesilapan dia tak letak status tu dulu, dia tak nak ulangi perkara yang sama
aku merupakan antara orang yang rapat dengan bekas kekasih lelaki tersebut, agak marah dengan tindakan lelaki tersebut yang langsung tak fikirkan hati dan perasaan bekas kekasih ni, kata berpisah sebab terpaksa kan?
selepas tu, bermulalah drama swasta, pelakonnya adalah lelaki itu sendiri
aku memang hamburkan segala kemarahan aku di status facebook
si pelakon lelaki pon like status tu, yelaa, kata pelakon kan?
selang beberapa hari kemudian, lelaki tu pon mesej aku di facebook meminta aku supaya nasihatkan bekas kekasih jangan salahkan diri
dia sendiri sebab komen-komen buruk kami di facebook
menyalahkan diri sendiri la bagai kan..aku pon termakan dengan kata-kata dia, hebat gila la kan penulis skrin pelakon lelaki ni
ok, lama-lama kisah tu ditutup, tapi kelakar sangat sebab aku dapat tahu pelakon lelaki tu block aku dari baca wall facebook dia, aku terfikir, kenapa lak kan dia nak buat macam tu
dalam hati aku, aku rasa dia ni memang menipu, tapi aku diamkan je, malas nak ambil tahu sebab lelaki ni ibarat sampah bagi aku, walaupun dulu dia kawan aku, tapi sekarang tidak lagi sebab aku tak tahan kawan dengan sampah macam ni, busuk
setelah hampir 9 bulan berpisah, dan bekas kekasih aka kawan aku ni masih lagi dalam proses sembuhkan hati yang luka, di dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, Allah tunjukkan dia blog kekasih baru atau tunang pelakon lelaki tu
maka, terbongkarlah penipuan lelaki tu yang mengatakan bahawa family dia yang kenalkan perempuan tu dengan dia, kejap kata anak kepada kawan ayah dia, kejap kata emak tak kenal, kejap kata perempuan tu dulu pernah 1 sekolah dengan dia la bagai
rupa-rupanya kenal di facebook!makin menarik kan cerita ni
perempuan tu siap cerita A to Z saat perkenalan di mana lelaki sampah ni masih lagi bersama dengan kawan aku tu semasa mereka berkenalan
makin terluka hati kawan aku ni
aku rasa tak jadi masalah kalau berterus terang, mungkin terluka, tapi tak terluka seteruk ini
kawan aku sebelum ini masih ragu-ragu ketika kawan-kawan ni cakap lelaki ni menipu dia, tapi Allah tunjukkan juga lelaki ni memang penipu
macam-macam penipuan dilakukan untuk menutup penipuan lain yang dilakukan
memang bila tahu blog perempuan ni, aku baca la entri dia kan, siap lagi warning kawan aku ni cakap lelaki sampah tu dia punya!
perempuan jenis apa cakap macam tu sedangkan dia pernah terluka dahulu, turut merasa sakitnya apabila dikecewakan
tapi aku gembira, walaupon kawan aku sedih, tapi perkara ini mampu menjadi titik noktah hubungan kawan aku dan lelaki sampah ni
at least dia tahu siapa lelaki tu..



jadi persoalannya, kenapa lelaki curang?
aku sendiri pon tak tahu jawapannya
aku pernah terbaca yang kebanyakan lelaki curang disebabkan oleh tiada hubungan emosi di antara dia dan pasangan
sebab perempuan selalu fikir dia je terluka, tapi tak fikir
sekeras-keras lelaki tu, kadang-kalan terluka juga dia
tapi ada juga yang aku tengok isteri baik, jaga makan minum, tapi cari perempuan lain pula
sebab apa pula tu?kemahuan seks ke?
aku bercakap berdasarkan pengalaman sekeliling
terlalu banyak perkara ni berlaku
aku terfikir, kenapa semasa bercinta, kalau bergaduh, kita pujuk, dah break-up, kita sambung, tetapi kenapa selepas berkahwin segalanya berubah?
mungkin kuota perempuan yang terlampau ramai menyebabkan lelaki rambang mata?
aku pelik dan tak dapat ku tafsirkan kenapa lelaki curang sebenarnya
mungkin salah satu penyebabnya tak cukup didikan agama?
tapi kenapa apabila suami yang bersolat pon susah, tapi apabila bercakap hal poligami, terus pandai pula kan?
seseorang pernah berkata bahawa 'lelaki yang ketika bujang kaki perempuan, bila dah kahwin, dia akan fokus pada isteri dia seorang sahaja sebab dah berjenis perempuan pernah dia jumpa zaman bujang dulu, tapi lelaki yang ketika bujang setia pada yang satu, apabila sudah berkahwin, dia ligat melilau dengan perempuan lain"
betul ke?


sejujurnya, aku takut mahu berkahwin
aku takut mahu berdepan dengan realiti kehidupan yang sebenar
dalam novel kita disogokkan dengan kisah-kisah indah, ya, aku mengaku sampaikan aku terpengaruh sedikit dengan keindahan tersebut
tapi, kita bercakap tentang realiti
aku jadi kecut perut mahu melangkah alam perkahwinan
ada juga yang pernah meluahkan kepadaku 'nak berkahwin tu senang, tapi nak kekalkan dua jiwa yang kemudian jadi 3, 4, 5 dan seterusnya tu bukan kerja mudah, ada jenis suami yang bila dah dapat anak, sikit pon tak pandang kita dah, ada juga merajuk tak tentu pasal sebab isteri bagi perhatian dekat anak-anak'
ish, sebegitu sekali kan?takutnya!
aku inginkan perkahwinan yang bahagia, aku mahu perasaan cinta tu sama, makiin bertambah selari dengan umur perkahwinan
aku mahu berpegangan tangan dengannya hingga akhir hayat
masa bercinta tak berpegangan tangan, selepas berkahwin, aku mahu bersama dengan dia selalu
aku mahu panggilan manja antara kami kekal walaupon sudah beranak cucu cicit nanti
tapi terselit rasa takut sekiranya pasangan aku curang, simpang malaikat 44



tapi persoalan mengapa lelaki curang masih lagi tergantung, susah mahu tafsirkan hati lelaki sebenarnya





suhaila ahmad

4 orang pengkritik:

S.A. said...

Teringat masa I buat practikal at construction site yang kesemuanya lelaki, mereka walapun ada isteri tapi tetap nak dating ngan org2 kat sekitar area tu, just for fun diorg kata. Sifat lelaki memang begitu, tapi it depends on perempuan juga, kalau perempuan tu melayan jadilah berpanjangan, kalau perempuan tu tegas dan tak melayan, tak akan jadi jugak.

Nur Suhaila said...

yes..totaly agree with you..bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..sifat lelaki memang tak pernah i faham..maybe naluri dorang sebagai lelaki yang suka tengok kecantikan..saja nak suka-suka..tapi permepuan pula cepat sangat jatuh hati..2 yang jadi masalahnya

rye membebel... said...

kecik, aku bace kat mane ntah aku pun tak ingat, lelaki ni ade sifat 'Pemburu'. kalau lelaki tu jenis 'Pemburu perempuan' dia akan terus memburu, even dah khawin pun dia akan cari perempuan lain. ada jugak lelaki yang 'Pemburu kejayaan'. Ni yang jenis hard working, kerja keras nak sampai pangkat tinggi, gaji besar. ada jugak 'Pemburu ilmu' suka belajar. 'Pemburu ilmu agama', ni ustaz2 dan alim2. mcm2 jenis pemburu lagi la. ok bye!

Nur Suhaila said...

hurmmm..lelaki ni macam-macam kan..kalo pemburu yang lain-lain tu takpe..pemburu perempuan yang tak best nak dengar tu..aku nak lelaki yang pemburu kejayaan dan pemburu ilmu agama..heee..ok bai gak!!

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com