Pages

Friday, January 21, 2011

Balik-balik nonton cerita seram sampai mahu histeria

Minggu ini hidup aku memang dihantui dengan benda-benda seram sampaikan sudah 2 hari tidur aku susah nak nyenyak
mula-mula Season of The Witch yang memang aku ingatkan cerita ala-ala Harry Potter
rupanya sangkaanku meleset
lebih kepada menentang syaitan iblis
permulaan cerita je, aku dah tutup muka, tak faham kan kenapa nak tutup muka
mungkin sebab semasa dia hukum gantung ahli sihir tu, seram sikit
tapi keseluruhannya, cerita ni memang best, serius!
Nicholas Cage sebagai hero dalam cerita ni yang bertanggungjawab bawa seorang perempuan yang dikatakan ahli sihir ke sebuah pekan untuk diberi pengadilan
pehhh, psiko gila perempuan ni bila dia pura-pura baik, lepas tu senyum macam hantu
tapi perempuan tu sebenarnya bukan ahli sihir, tetapi, jeng jeng jeng, rupa-rupanya syaitan-iblis-yang-direjam



Tontonan seterusnya adalah pada malam hari Thaipusam iaitu Paranormal Activity 2
aku rasa kebanyakan yang datang menonton cerita ini adalah kerana tiket untuk filem Khurafat sudah habis, jadi alang-alang sudah sampai di GSC, tengok jela filem seram lain, betul kan?
jangan tipu sebab aku asyik dengar orang merungut cakap kalau dapat tengok cerita Khurafat mesti lagi best ni, haaaa..
cerita ni walaupun takde hantu yang keluar, cuma dengar bunyi dan gangguan, tapi sumpah aku takut sampai aku jerit macam orang gila sampai senget-senget-cermin-mata-kaki-kejang-terus
sebab ini baru real babe!
hantu tak nampak, tapi ada gangguan macam daily life aku, yeah, rumah di atas rumah sewa aku di flat-hijau-setinggan tu, setiap malam sibuk pindah barang pukul 1 hingga 3 pagi pula tu, terus aku teringat bila tengok filem ni
meremang bulu roma-tengkuk semua ni
sampaikan selepas balik, aku terus ketuk pintu bilik housemate aku, mintak tidur sama-sama
pulak tu, aku langsung tak boleh tidur sebab termimpikan pontianak berkeliaran, lepas tu ada Raihana pulak yang kena cakar dan gigit dengan pontianak
terus aku bangun, baca ayat Kursi
penangan cerita ni, tengoklah midnight lagi ye, bagus Suhaila



Dan semalamnya, aku gatal-gatal menonton Khurafat pula
pehhh, duduk je terus aku tutup muka, apa cerita ni Suhaila
ada la pula tu, seorang perempuan duduk sebelah kiri aku seorang diri terpisah dari boyfriend sebab beli tiket last minute,
sepanjang cerita jerit 'bodoh!!!!!!!!!!!!!janganlah pergi situ'..'ya Allah, nak pecah jantung aku ni,ya Allah'..'Astaghfirullah, hantu dia'
seram ke idak kalau dah macam tu kan sampaikan kawan aku di sebelah kanan sempat berbisik 'dah macam naik roller-coaster dah kita ni'
masa part hantu tiba-tiba peluk si Syamsul ni dari belakang, aku tengah makan popcorn dan tersembur keluar sampaikan kotak dia jatuh tergolek sebab aku terkejut beruk masa tu
boleh dikatakan dari 100% cerita ni ditayangkan, 10% je aku bukak mata aku, hahahaha
nasib baiklah tak terfikir sangat sebab aku menonton siang kan ;)
aku sarankan yang ada sakit jantung tu, toksah la tengok sebab aku yang tak sakit jantung pon dah rasa lemah je jantung aku ni, serammmmmm



time ni lah popcorn aku tersembur keluar, peh terkejut



malam tu, boleh la pulak housemate aku melayan cerita 7 Perhentian dan Santau
fobia gila aku dah masa tu, macam nak histeria pon ada
terus aku lari masuk bilik housemate seorang lagi guna alasan nak tengok dia buat kerja
padahal, nak pengsan dah ni
kesimpulannya, aku dah tak nak tengok cerita hantu lagi sebab sudah 2 hari aku tidur pon terganggu je

3 orang pengkritik:

Kirmizi said...

Haha,its really funny to view ur experience,for me not kinda like to watch horror movie cos of scared but some time watch gak,,haha,but why dont u try an old horror movie like Evil Dead and Blair Witch Project, confirm tk tido malam punya...haha

Nur Suhaila said...

i already watched Blair Witch Project and i can't sleep for 1 weeks kot after watch the movie..hahaha

Kirmizi said...

haha...creepy and horror kan that movie ,cam real je,mula mula tu ingatkan real lah movie tu but the end dapat tahu yang movie tu fake,rugi je takut...haha

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com