Pages

Wednesday, October 7, 2009

Akhirnya, aku berkesempatan juga untuk update blog yang tak berapa nak menarik ni

Firstly, rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat islam di dunia. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih rahmat.

Dan takziah aku ucapkan kepada penduduk Padang yang kehilangan keluarga atau orang-orang tersayang di dalam kejadian gempa bumi yang turut dirasai oleh segelintir rakyat tempatan di sini.

Keadaan aku di Kuala Rompin buat masa ini Alhamdulillah. Aku masih waras dan masih berada di peringkat belajar lagi. Terima kasih banyak kepada Sundram (Site supervisor) dan semua pekerja di sini yang banyak menolong aku walaupun aku baru sahaja bergelar seorang jurutera setahun jagung ni.

Perbualan dengan mama, si dia dan sepupu aku, banyak buat aku berfikir. Now, I really need to think about my future desperately. Aku fikir boleh aku mahu kekal menjadi jurutera, tapi aku akan lebih selesa bekerja dengan kerajaan. Jadi, aku mengambil langkah dengan melayari semua website kerajaan dan mencari peluang pekerjaan sebagai jurutera. Ramai (lotsaaaaaaaaa) kenalan aku yang menasihatkan aku untuk mencari tempat di sector kerajaan disebabkan terlalu banyak benefit untuk aku seorang perempuan. Mungkin Cuma hanya mengisi boring s.p.a sahaja tidak cukup, tapi aku kena berusaha lebih supaya aku dapat apa yang aku inginkan. Jadi aku mula mengorak langkah demi langkah. Bersama doa dari mama dan keluarga, aku betul-betul berharap aku mendapat tempat di sector kerajaan. Memang aku boleh berada si sektor swasta, tapi aku tak mahu mama risau aku terpaksa pergi jauh (macam sekarang..i'm the only woman handle this project at Kuala Rompin). Hati mama tak tenang, hati si dia gundah gulana juga walau tak disuarakan. And I have to work at the middle of the night and wait for the low tied so that my workers can lay goetextiles easily. Bayangkanlah perasaan aku yang memang tahu site tu creepy dan berpenunggu. Tapi pesanan mama, ayah, adik-adik, si dia dan saudara mara yang mengambil berat supaya tidak tinggalkan solat dan sentiasa berdoa meminta perlindungan dari Allah tidak pernah aku abaikan. Selalu tersemat dalam hati, dalam minda.
Oh, dan sekarang aku sedang bersabar menunggu loan untuk beli Viva Elite Ezi. Keep waiting.


Walau banyak dugaan, tapi aku bersabar. Dan masih lagi sedang mengambil lesen P kali ini. insyaAllah ,by the end of October, dah ada kereta (amin) dan dah boleh drive. Nasihat : semasa belajar dan banyak masa, WAJIB ambil lesen kereta and stop give some stupid reason that you don't have time to take a driving licence. Sangat sangat sangat menyesal sebab degil tak mahu ambil lesen sebab kawan baik aku meninggal sebab kemalangan dan buat aku trauma mahu drive dan ada lesen. Ok, aku tipu mama kata tiada masa mahu ambil lessen walhal aku takut. Tapi, sekarang menyesal tak sudah.


*Long sigh*


sangat penat bekerja..hmmmm

4 orang pengkritik:

Sesedap Biskot Abang said...

Wah...kt Hutan Rompin...jgn buat kotor dah laa...aku camping dgn pompuan dlm tu dlu pn byk benda kacau dorg. Tp semuanya sbb buang merata2 "benda" pompuan tu. klu bleh tanam. hehe..klu x, ok je.
Btul2. Tuk jangka masa panjang elok kerja dgn kerajaan. Biar si dia tu je keje site. Nnt bleh saling tolong2...sorg sangkut, bleh loan dan tak putus2 bayar. Sorg kering, bleh dpt secepuk duit.(ape aku mengarut ni..hehe..) Lgpn, perempuan tak sesuai duduk projek kt luar tu. Sian si dia nnt. Sape nk jaga. Balik rumah je, bini sama2 kt site. Ade anak nnt sape nk jaga. At least, keje kerajaan tak membebankan dan masa fix. Boleh lagi urus family nnt.
Wah...baru nak ambil lesen? aku igt ko dh ade dh..drive mcm si dia tu. kompem selamat. niway...Selamat Hari Raya dan selamat bekerja...(segan nk komen. slalu aku tgk2 je. Dh ade blog sndiri baru aku komen kwn2 punyer plak. hehe..)

aienurz shuhaimi said...

eheh..
hei..
ak da dpt keje
kt gebeng, kuantan
rompin ngn gebeng xjao pom
umpama dr segamat nak g spore je
HAHAHAHHAHAHHA

meh r dtg umah jln2
kemaman maju sket dr rompin 2
haha

Nur Suhaila said...

biskut:thanks for the advice..heee..mmg ler kalo bole sorang gomen n sorang swasta..

awek:ko dtng ler cni..aku ahad pon keje tau

aienurz shuhaimi said...

olololo
sedey je nada anda tu
hehe

xpe..
ko keje je dl
nnt da cukup 3/6 bln,ko cr keje len
ko da ad pengalaman da kt c2
hoho

:D

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com