Pages

Monday, August 23, 2010

Kalau betul wujud..


Apabila hujan turun
melimpahlah air dari perbukitan
aliran menujah ke batu
melekuk tanda waktu beralih
seiring nyawa menghanyut usia
sejalan nafas melangkah ke hujung
awan kalau dapat ku capai
maka saktilah hamba



Kecintaan aku terhadap buku penulisan Ramlee Awang Murshid semakin menjadi-jadi
bermula dengan Bagaikan Puteri, kemudian sambungan ke Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan berakhir dengan Cinta Sufi
semua aku baca bukan sekali. malahan 3 kali
setiap kali baca, aku jatuh cinta dengan Laksamana Sunan
penulis menggambarkan Laksamana Sunan sebagai seorang pahlawan yang taat dan setia kepada Allah Taala dan tidak jemu-jemu membanteras kejahatan dan kemungkaran yang disebabkan dari hasutan Sang Petala atau pun iblis
semakin banyak helaian buku aku selak, semakin jauh aku masuk ke dalam kisah ini
aku membayangkan mukanya
perlakuannya
sumpah, hati tertarik
sedih apabila novel terakhir, Laksaman Sunan ditembak oleh si keparat Portugis, Leandro
tetapi dibawa pergi ke terowong di dalam tasik oleh Laksamana Hang Tuah
tergantung adakah masih beliau hidup atau mati
aku harap supaya Ramlee Awang Murshid, hasilkan lagi buku untuk menutup soalan yang bermain di minda aku

bercerita pula mengenai Hang Tuah
sudah lama aku tanyakan hati
adakah betul wujudnya Hang Tuah?
kenapa tidak disenaraikan sekali namanya sebaris dengan Mat Saleh, Rentap dan pahlawan-pahlwan yang berjuang menentang bangsa asing ke bumi bertuah ini pada tahun 1511 dan ke atas?
lalu aku buat kesimpulan sendiri
Hang Tuah itu wujud tetapi tidak kita pelajari di dalam Sejarah tingkatan 1,2,3,4 atau 5
Hang Tuah dikatakan membawa diri ke Gunung Ledang
selepas pembawakan diri beliau, datanglah gerombolan si keparat Portugis ke Melaka
dan seperti yang dipelajari, Melaka kalah di tangan Portugis
aku berfikir, dan berfikir
bagaimana Hang Tuah mana mahunya menyelamatkan Melaka disebabkan berpergian ke Gunung Ledang membawa hati yang luka?
disebabkan ketiadaan Hang Tuah, Hang Jebat (dibunuh akibat derhaka), Hang Lekiu, Hang Kasturi dan Hang Lekir (yang lagi 4 orang, aku rasa mengikut jejak Hang Tuah, turut membawa diri)
kalahkan Melaka ditangan Portugis
mungkin Hang Tuah ada menentang di tempat lain, tetapi disebabkan semua musuh dibunuh, maka tiadalah siapa bagi menceritakan keperkasaan Hang Tuah seperti yang tercatat di dalam Sejarah Melayu hari ini
ini cuma teori aku sahaja
jangan jadikan kontroversi
lagi pula aku bukan pakar sejarah :)

aku berpendapat karya penulisan Ramlee Awang Murshid
bukan sahaja makanan hiburan bahkan makanan jiwa dengan penekanan terhadap agama Islam
habis membaca buku ini, aku menangis teresak-esak mengenang dosa-dosa lampau
takutnya aku dengan balasan Allah Taala
padanya aku bertaubat memohon keampunan

aku berfikir mengenai cara hidup kawan-kawanku
mereka disekelilingku
ada yang jauh menyimpang dari ajaran Islam
aku kasihan dengan diri sendiri
malu dengan Allah dan para Nabi yang berusaha menyuburkan Islam dalam jiwa setiap umatnya
namun cuma dipandang remeh oleh sesetengah umatnya
betullah, kaum Nabi Muhammad paling sedikit jejakkan kaki ke syurga
sebaknya hati



Ya Allah, Engkau tetapkanlah imanku
Tetapkanlah hatiku supaya sentiasa berada di jalan yang benar dan tidak tergelincir dari landasan Engkau Ya Allah

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
namun tak upaya menghadapi api neraka-Mu
terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku
sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa hamba-Mu

0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com