Pages

Friday, August 6, 2010

The World of Silence


"Kadang-kadang kita tidak perasan apa yang kita selalu nampak"


Bagaimana kalau semua manusia dalam dunia ini pekak, buta dan bisu?
Bagaimana kalau semua manusia dikurniakan bakat membaca pemikiran dan hati orang lain?
Aku pasti dunia pasti sunyi dari gelak tawa, sedu sedan, maki herdik dan gurauan apabila ketiga-ketiga deria ditarik oleh Allah Taala
Malam tadi sebelum lena, ayat-ayat di atas, terngiang-ngiang dan bergema-gema seiring dengan nafas aku
Kadang-kadang apabila aku marah, aku abaikan perasaan orang sekeliling aku
Orang yang sayangkan dan kasihkan aku
Aku lukakan mereka
Keras kepala!
memang si dia selalu cakap aku macam ni
cukuplah aku menyesal dan menderita kehilangan Soulmate (Al-Fatihah)
setiap masa tak dapat dibuang jauh rasa kesal
sampaikan mengalir air mata sebelum tidur

Kadang-kadang aku terfikir bagaimana dunia ini di kaca mata mereka yang pekak, bisu dan buta
Adakah indah-indah belaka dengan manusia yang melayani baik mereka?
Berapa kerat sahaja mungkin
Adakah cuma penuh dengan ketidakadilan hasil dari sikap manusia yang suka mendiskriminasi dan memandang hina?
Secara jujur, berapa ramai manusia yang sanggup berikan tempat duduk di dalam bas atau tren kepada mereka yang kurang upaya?
Kurang upaya di sini termasuklah orang tua, kanak-kanak dan perempuan mengandung?
Jujur, tanya hati
Berapa ramai yang apabila berbelanja sakan setiap bulan selepas gaji, teringatkan mereka yang tidak mampu tukat pakaian baru setiap bulan macam kita?
Sedihnya aku sebab kadang-kadang aku lupa dan alpa

Aku terfikir, ada segelintir mereka yang pekak, buta dan bisu yang mahu kekalkan keadaan mereka seadanya
Yang pekak, terus ingin pekak, enggan mendengar fitnah dan umpatan manusia, kata-kata dusta
Yang buta, terus ingin buta, malu dan enggan melihat kejahatan dan keburukan manusia, enggan melihat maksiat yang semakin berleluasa
Yang bisu, terus ingin bisu, enggan terlibat sama mengumpat dan membuat fitnah sesama manusia
Mungkin mereka selesa keadaan yang sederhana sahaja
Hidup penuh merendah diri

Hari ini ingin melihat dunia dengan luas
Lihat dengan mata dan hati
Dengar, merasa dengan telinga, mulut, lidah dan liang roma
Hidup dengan penuh kesederhanaan
Sebab tak mungkin hidup dengan kesempurnaan seorang manusia melainkan kita sendiri yang merubahnya
tapi, tak mungkin kan?kerana hanya Allah Taala yang sempurna


0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com