Pages

Tuesday, August 17, 2010

Kenapa cantik sangat ni?



Psssttt..nak tahu 1 rahsia tak?
Aku terlampau suka perempuan cantik + bergaya
terutama perempuan bertudung
jadi, aku memang rajin add perempuan cantik bertudung di facebook (oh dan bergaya)
sebab mungkin aku tak cantik, pasal itulah suka tengok perempuan lain yang cantik belaka
haihhh
kalau nak senaraikan perempuan-perempuan cantik ni, memang ramai
tapi aku lebih suka tengok cara pemikiran dan pembawakan diri mereka (bukan pembawakan budak tau)

aku suka tengok watak Nur Amina dalam cerita Nur Kasih
bagi aku perempuan seperti Nur mempunyai ciri-ciri seorang wanita Islam yang pandai berdikari, bekerja, bergaul tapi masih lagi menjaga adab dan kelakuan sebagai seorang muslimah
tapi kalau diberi pilihan, aku ingin mencontohi isteri Nabi Muhammad, iaitu Siti Aishah
sebenarnya pilihan di tangan sendiri, mahu atau tidak
Nabi Muhammad sendiri pernah berkata, 'Sekiranya dikumpul ilmu wanita-wanita dan isteri-isteriku, masih tidak dapat menandingi ilmu yang ada pada Siti Aishah'
Siti Aishah seorang yang suka belajar dan tak pernah jemu menuntut ilmu dalam segenap sudut
dalam diam aku menyimpan niat untuk belajar lebih lagi tentang Islam
malam tadi sebelum tidur, jenuh aku fikirkan perjalanan diri ini selama 24 tahun
baik, buruk
kesimpulannya, terlalu banyak kecacatan dan kelemahan dalam diriku
berbanding buku ilmuan dan pengetahuan, aku lebih banyak membeli majalah (cleo, eh! and so on)..ish
jadi malu dengan diri sendiri
aku mulakan dengan tafsir Al-Quran supaya aku lebih memahami Islam sedalam-dalamnya
insyaAllah, aku mampu menjadi muslimah yang lebih baik :)

perubahan dalam diri aku, datangnya dari hati
aku dapat lihat semakin hari makin terbuka hati aku untuk menjadi yang lebih baik dari hari ini
contohnya, dari segi pakaian
aku dah tak suka pakai jeans lagi
aku mahu seluar yang lebih longgar atau skirt labuh
tapi kena tunggu gaji dulu keluar untuk buat belian dan sedekahkan jeans kepada yang memerlukan
baju pun aku lebih suka yang longgar
sebab tu aku gemar fesyen vintage sebab kebanyakan pakaian yang dijual, memang longgar, but yet still nampak cantik and affordable
terlalu banyak baju fesyen mak-mak yang aku beli dengan harga yang sangat tak disangka
kebanyakkannya RM5.00 atau 4 helai RM10.00
tapi memang berbaloi dan puas hati :)
aku cuba hidup dalam kesederhanaan
aku cuma inginkan hidup yang sederhana dan tidak melebih-lebih dalam sesuatu perkara
bukankah cara hidup begitu yang digalakkan dalam islam?


II

Sebagai manusia, aku kadang-kadang pelik dengan sikap sesetengah manusia yang suka mencari kesalahan orang
kadang-kadang aku lihat dari kawan dan pengalaman aku sendiri
apabila bersuara sedikit mengenai isu-isu semasa, agama dan pandangan sendiri mengenai sesuatu hal, akan ada golongon minor ini yang rajin bagi pendapat yang sinis yang aku rasakan sebenarnya untuk sedarkan diri si penulis status bahawa mereka tidak layak bercakap mengenai perkara ini
kita mengamalkan sistem di mana semua orang bebas bersuara kan?
bebas bersuara tapi secara terkawal
tapi kenapa apabila kita menyatakan sesuatu yang kita rasakan tidak betul di mata kita, ada sahaja yang sibuk mengatakan kita tak layak bersuara sebab kecetekan ilmu dalam diri
bagi aku tak salah, mungkin si tukang komen boleh beri pendapat
bukan jatuhkan maruah kawan yang lain

1 lagi
aku cukup pantang dengan jenis manusia yang apabila kawan berubah ke arah yang lebih baik,
tapi tak suka dengan perubahan kawan
ada seorang hamba Allah yang agak rapat dengan aku, suatu hari telefon aku untuk bertanyakan khabar
tiba-tiba ayat yang keluar dari mulutnya "Sekarang pakai tudung lagi atau dah free hair balik, mesti dah free hair je kan"
???&*^%$#@*()()*$@!~@%((_+)(*(!!!!!!
marahnya aku!
tapi atas dasar persahabatan, aku diam sahaja
aku ingat masa awal-awal aku berhijrah, dia kawan yang paling lantang memperlekehkan aku bertudung
aku TIDAK akan sesekali membuka aurat aku kembali sebab aku betul-betul ikhlas
aku BUKAN bertudung disebabkan fesyen
aku BUKAN bertudung disebabkan paksaan
aku bertudung sebab tuntutan agama dan ingin melunaskan tuntutan agama supaya menutup aurat
sepatutnya, sudah lama aku menutup aurat
tapi aku hanyut sebentar dalam dunia pinjaman ini
bukankah dahulu kita sama-sama ke sekolah agama
kau aku kita berbasikal
belajar mengenai Ibadah, Tauhid, Tasawwur, Munakahat
bukan kau antara pelajar yang hebat?
kenapa tak aplikasikan tapi kau memperlekehkan aku
mahu cari buah hati, tapi menyuruh cari yang free-hair
kenapa?
sebab rasa perempuan bertudung tak pandai bergaya?
tak faham apa ada dalam fikiran kamu sahabat
mungkin masa berubah terlalu pantas sehingga kamu tak ingin menoleh kebelakang dan bangga dengan ilmu agama yang kita pelajari bersama
sebagai sahabat, aku sayang kamu
jadi hormati perubahan ini
tak pernah aku menegur cara hidup kamu
tapi sesiapa yang mengenali aku, pasti tahu aku sayangkan kawan-kawan aku
jadi dimaafi sahaja segala kata sinis yang keluar dari mulut seorang sahabat
kalau kawan, mungkin sudah lama aku katakan 'bye!'
jadi aku berpendapat, sebagai manusia kita perlu bersederhana dalam kehidupan
aku tak mahu hidup di kalangan manusia yang cakap perkara-perkara besar, harta-harta besar
dan aku bersyukur dilahirkan di dalam keluarga yang serba sederhana walaupun mungkin ayah kurang berada berbanding adik-beradiknya yang kaya raya
walaupun, kadang-kadang dibebani masalah sedikit, tapi kami tetap gembira dengan hidup kami
dan aku gembira dan bersyukur, dikurniakan adik-adik yang bijaksana hasil bimbingan mama dan ayah
seorang pernah dinobatkan pelajar terbaik negeri Johor dan menuntut di UKM sekarang
2 orang adik lelaki kembar, setiap thaun naik ke pentas ambil hadiah tempat pertama atau kedua
alhamdulillah, aku bersyukur pada-Mu ya Allah
disebalik kekurangan, ada kelebihan yang tidak terhingga


psstt : ni perempuan bertudung manyak cantik woo..pandai bergaya saja


2 orang pengkritik:

oya zihanee said...

+ alahai~~ suke sgt la adik akak sorng nie berhujah.. bagus2.. benda yg menyakitkan hati kite, kite ignore je.. hidup xperlu menonjol pada mata org, tp menonjollah dimata ALLAH. ok!! biar dunia xkenal kite, tp jgn kite xkenal dunia. bye!

Nur Suhaila said...

heeee..baik kak oya..nak menonjol di mata orang..tu yg macam2 perasaan hasad dengki tu kan..baik kita bersederhana je

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com