Esok, insyaAllah rakyat Malaysia yang beragama Islam akan berpuasa selama 30 hari
Entah kenapa kedatangan Ramadhan kali ini sangat bermakna untuk aku
Perasaan tidak sabar menanti bulan ini akhirnya reda seketika
Namun, terdetik perasaan sayu dan rindu aku dengan kenangan berpuasa aku 17 tahun yang lalu
Aku mula berpuasa penuh seawal usia 7 tahun (sebenarnya tak penuh pon..haha!)
Tapi tak penuh tu macam 27,28,29 hari
Semasa arwah Tok Pak dan arwah Tok Mak masih ada,
Setiap minggu, kami keluarga besar, auntie, uncle, sepupu, sepapat akan berpuasa bersama-sama
Uncle dan auntie yang duduk di Kuala Lumpur turut balik semata-mata untuk berbuka puasa bersama-sama
Meriahnya aku rasa saat tu
Petang tu, sudah kedengaran gelak ketawa, riuh rendah kerabat Samad sibuk bergotong royong juadah berbuka puasa
Aku pasti, dalam hati arwah Tok Pak dan Tok Mak, mereka bangga punyai anak-anak yang tak pernah lupakan mereka
Sibuk macamana pon mereka, tetap akan berbuka puasa beramai-ramai
Ayat kegemaran arwah Tok Pak “Siapa tak puasa, duduk atas tangga, jangan jadi ulat tomato”
Disebabkan takut dan sayangnya kami dengan arwah Tok Pak, kami yang tak puasa ni, cuma telan air liur sahaja melihat juadah yang lazat di depan kami
Atok mana yang tak sayangkan cucu kan?
Semestinya sekejap sahaja kami dihukum sebegitu
Kami memang dimanjakan oleh arwah Tok Pak
Biar aku gelarkan beliau atok terbaik dalam dunia
Rindu terhadap gurauannya memang sangat aku rasakan
Apatah lagi aku memang dibesarkan di rumah Tok Pak dan Tok Mak
Pergi dan balik sekolah dihantar dan dijemput Tok Pak
Mahukan ais-krim, seawal 3 petang sudah tercegat Tok Pak tunggu Apek ais-krim tak kira berhujan panas (sebak)
Aku teringat ada sekali aku merajuk sangat dengan Tok Pak disebabkan beliau bergurau tentang udang
Aku yang pada waktu itu hanya berumur 8 tahun, koyakkan buku sekolah matematik sebab protes
Tapi Tok Pak kutip cebisan-cebisan kertas dan lekatkan balik 1 demi 1 seperti keadaan asal (sebak)
Tok Mak juga rajin masak juadah yang menjilat jari, tapi paling aku suka makan, bubur lambuk yang sangat-sangat-sangat sedap
Seronoknya aku semasa kecil, melalui zaman kanak-kanak yang aku rasa takkan dilupakan
Berpuasa dan beraya beramai-ramai
Berbuka puasa beramai-ramai
Jadi ulat tomata sekejap kalau ponteng puasa (hehe)
Bahkan kami berbuka ramai-ramai dalam dulang besar
Seronoknya!
Bergurau bersama-sama
Haa..Tok Pak memang rajin bergurau dengan semua cucu
Paling tak sangka, suka mengulang balik kata-kata cucunya
Rindunya, rindu sangat dekat Atok
Teringat aku semasa dapat tahu Tok Pak sudah meninggal
Aku menangis teresak-esak
Tak puas bermanja lagi bila Tok Pak pergi tinggalkan aku pada usia 12 tahun
Pada semua orang, aku minta mereka mengatakan yang ini cuma mimpi
Atok, adik rindukan atok (tahan air mata, dalam ofis ni)
Atok, adik sekarang dah berumur 24 tahun
Sekarang tambah si kembar lelaki tau, Fitriy dan Fikriy
Umur kembar sudah menjangkau 13 tahun pada tahun hadapan (tak boleh terima budak-budak cepat membesar)
Adik sekarang dah kerja, ikut jejak langkah Tok Pak sikit
Kalau dulu semasa hidup, atok rajin tolong orang
Sekarang adik pon tolong orang gak atok, buatkan hospital untuk orang sakit
Terima kasih jaga adik selama ni, jadi orang berguna untuk mama dan ayah
Seronok jadi ulat tomato zaman kecil-kecil dulu
Nanti bila aku dah berkahwin dan ada anak
I’ll make sure my children have the best kampong’s experience ever
4 orang pengkritik:
huhuhu, sedih plak bace blog nie time first pose nie... nie yg nak balik kg nie.... huhuhu..
selamat berpuasa!!!!!!
tengah rindu kat kampung tau masa tulis ni
:(
selamat berpuasa gak fai!
jangan ponteng2 tau ;p
kecil..xbest kan puasa di perantauan!paling best masa balek raya sb org mesti tunggu kita pulang ;)
tak best sangat..setiap masa sebak lebih-lebih lagi bila nampak orang berbuka whole family :(
Post a Comment